Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
MASJID 56 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE - UAE
MASJID 56 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE - UAE
🔵Binaan masjid ini adalah usaha Sheikh Zayed yang mahu mewujudkan satu struktur yang akan menyatukan kepelbagaian budaya dunia Islam dengan nilai-nilai sejarah lama dan moden dalam seni binaan dan kesenian.
🔵Tapaknya berukuran lebih 22 ribu meter persegi dan boleh muat lebih 40 ribu orang jemaah dalam satu masa.
🔵Boleh memuatkan seramai 7 ribu jemaah dalam dewan solat utama, 2 ribu lagi di dewan solat terbuka dan 22 ribu jemaah di courtyard.
🔵Dari apa yang saya baca masjid ini ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
🔵Bagi masyarakat Islam UAE, masjid ini dibina sebagai menghormati memori Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, bapa United Arab Emirates yang mereka kasihi.
🔵Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dikebumikan di masjid ini selepas baginda meninggal dunia pada tahun 2004.
🔵"Masjid ini diilhamkan dari wawasan toleransi yang berakar umbi dalam tradisi era keemasan Islam, yang berdasarkan rasa hormat dan pertukaran idea untuk memperkaya kehidupan dan masyarakat manusia".
🔵Sheikh Zayed bukan sekadar memberi arahan untuk dibina sebuah masjid tapi beliau sendiri sangat terlibat dalam pelbagai aspek pembinaan masjid ini.
🔵Beliau terlibat dalam setiap peringkat proses perancangan contohnya seperti dalam reka bentuk masjid, dalam banyak aspek pembinaan secara terperinci dan menyatakan apa yang utama dan penting pada beliau disamping menyumbangkan pelbagai idea.
🔵In other words he was very much involved in the whole processes.
🔵Antara input Sheikh Zayed ialah tentang dimensi menara dan halaman, warna-warna yang akan digunakan dan pemilihan bahan-bahan pembinaan.
🔵Penggunaan air dalam reka bentuk juga mencerminkan komitmen sepanjang hayat beliau dalam menghijaukan Abu Dhabi, seperti juga dalam penggunaan batu marmar hijau dan penekanan yang sentiasa ada pada perhiasan tanaman dan landskap masjid secara keseluruhannya.
🔵Jadi boleh disimpulkan bahawa banyak daripada ciri-ciri pembinaan masjid ini datangnya dari citarasa peribadi beliau sendiri.
🔵Sebelum masuk kawasan masjid mestilah lalu security check dulu.
🔵Semua barang dalam beg kamera saya security guard tu minta saya keluarkan. Semua sekali. Every little thing. Batteries, camera memory cards, keys, coins etc. Of course my cameras dan lenses juga.
🔵However, saya mesti nyatakan di sini yang security guards tu was very polite. Pada saya tak jadi hal kena check begitu, malah saya rasa lega dan selamat kerana adanya pemeriksaan seperti ini.
🔵Syabas saya ucapkan pada pihak pengurusan Sheikh Zayed Grand Mosque ini kerana membuat pemeriksaan yang thorough begitu especially bila pernah berlaku kejadian pengeboman masjid seperti di Saudi dan Kuwait.
🔵Oh ya, dalam bilik pemeriksaan inilah pelancong wanita yang berpakaian tak mematuhi kod pakaian masuk masjid akan diberi abaya. So masa masuk bilik seksi, keluar bilik tu dah bertutup aurat 😊
🔵Bukan sahaja masjid ini sungguh besar saiznya tapi reka bentuk juga sangat cantik.
🔵Dari apa yang saya baca, ilham reka bentuk masjid ini adalah dari seni bina Parsi, Mughal dan seni bina masjid Moor, terutamanya Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan dan Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco.
🔵Susunan 82 kubah dan pelan lantai masjid itu diilhamkan oleh Masjid Badshahi.
🔵Pintu-pintu di masjid ini adalah contoh unggul reka bentuk Moor dan menara pula adalah seni bina klasik Arab.
🔵Di tepi masjid ini ada kolam panjang berdasar jubin biru yang nampak sangat cantik dengan bayang tiang-tiang putih masjid.
🔵Pandangan ke arah pintu masuk utama masjid. Tinggi menara tu ialah 107 meter.
🔵Pandangan ke arah dewan solat utama masjid.
🔵Pada tiang-tiang masjid ini ada floral designs warna emas yang menjadikan suasana bertemakan taman mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang.
🔵Kolam di tepi masjid, so blue, so calming.
🔵Tiang-tiang itu adalah tiang lampu yang menyuluh masjid ini di waktu malam dengan simbahan cahaya yang sangat cantik, based on photos I saw in the internet.
🔵Kami memasuki masjid ini dari bahagian South Entrance. Kelihatan Sahan Courtyard. Besar sungguh. Ia boleh memuatkan lebih 20 ribu orang jemaah.
🔵Saya baca lebih 30 jenis marmar digunakan dalam pembinaan masjid ini yang didatangkan dari beberapa negara seperti Greece, Macedonia, Italy, India dan China.
🔵Antara marmar yang digunakan adalah seperti berikut:
🔹Marmar Sivec dari Greece dan Macedonia, digunakan pada pelapisan luar (seluas lebih 115 ribu meter persegi) dan pada keempat-empat menara masjid.
🔹Marmar Lasa dari Italy, digunakan pada internal elevations.
🔹Marmar Makrana dari India, digunakan pada annexes and offices.
🔹Marmar Aquabianca dan Marmo Bianco Pi dari Italy.
🔹Marmar East White dan Ming Green dari China.
🔵Tiang-tiang masjid yang dihiasi dengan floral designs dan di bahagian atas ada golden palm.
🔵Masjid ini juga dikenali sebagai 'Mosque of the Flowers' kerana ada banyak floral designs dalam masjid ini. Ini adalah kerana Sheikh Zayed sendiri sangat sukakan nature.
🔵Ia direka oleh Kevin Dean, seorang pencipta reka bentuk dan ilustrasi botani yang terkenal.
🔵Ada pendapat yang mengatakan the fact that salah satu ciri landskap bangunan yang paling indah ini telah direka oleh seorang bukan Islam, ia sebagai satu bukti yang kuat menunjukkan toleransi masyarakat Islam.
🔵Tourists bukan Islam diberi jubah colored prints yang ada hood sekali untuk menutup kepala/rambut.
🔵Beautiful golden palm pada atas tiang-tiang masjid ini yang disalut emas.
🔵Juga ada hiasan floral pada siling di kubah yang sangat cantik.
🔵Semasa kami masuk ke ruang masjid ini kami ada terdengar bacaan ayat-ayat Al Quran. Menurut tour guide kami, bacaan ini adalah 'live' (bukan rakaman) dan dibacakan tanpa henti secara bergilir-gilir oleh 6 orang Imam sepanjang masa tanpa henti kecuali waktu solat.
🔵Bacaan ini adalah unutk dihadiahkan kepada Almarhum Sheikh Zayed yang dikebumikan di sini. Bacaan ayat suci Al-Quran tanpa henti ini dibuat atas arahan pemerintah Abu Dhabi sekarang, Sheikh Khalifa yang juga merupakan anak kepada Almarhum Sheikh Zayed.
🔵Drinking fountain yang dihias indah dengan jubin.
🔵Ini Sahan Courtyard.
🔵Ianya seluas 17,000 meter persegi dan dianggap sebagai contoh marmar mozek yang terbesar di dunia.
🔵Secara keseluruhan, 37 warna marmar digunakan untuk membuat dataran Sahan ini yang datangnya dari Brazil dan Itali.
🔵Bunga-bunga seperti iris, teratai, bunga popi, bunga tulip, bunga ros, melur dan passifloras telah dipilih untuk hiasan lantai Sahan Courtyard ini.
🔵Jika diperhatikan lantai dataran ini, ia kelihatan seperti permukaan air. Cantik!
🔵Di hujung sana pelawat boleh mengambil gambar dewan solat utama masjid ini.
🔵Pelawat tidak dibenarkan ke tengah dataran, setakat dalam kawasan kepungan sahaja.
🔵Di Malaysia bila masuk waktu sembahyang, kita ada dengar beberapa laungan azan secara serentak dari beberapa masjid, especially di kawasan-kawasan perumahan.
🔵Tapi tidak di Abu Dhabi. Azan di sana datang dari satu masjid iaitu dari Sheikh Zayed Grand Mosque ini.
🔵Ini kerana General Authority for Islamic Affairs and Endowments UAE had decided supaya azan di centralized dari satu sumber.
🔵Dan dengan sistem canggih dan teknologi satelit, azan dari masjid ini dihubungkan kepada lebih 200 masjid di Abu Dhabi.
🔵Jadi jika kita berada di mana sahaja di Abu Dhabi dan mendengar azan, ia sebenarnya datang dari masjid ini.
🔵Dalam dewan solat utama, spesies bunga yang digunakan dalam rekaan hiasan datangnya dari Timur Tengah; di pintu masuk utara pula, datangnya dari hemisfera utara; dan di pintu masuk selatan, datangnya dari hemisfera selatan.
🔵Idea ini adalah untuk mewakili hakikat bahawa Islam adalah agama dunia.
🔵Bunga-bunga di Sahan Courtyard pula adalah bunga popi.
🔵Manakala bunga pilihan untuk pintu masuk utara ialah bunga melati. Dan kemboja merah di sebelah yang bertentangan.
🔵Pihak Masjid berusaha untuk memastikan pengunjung memasuki masjid dengan cara yang baik, dan menahan diri daripada bertindak dalam apa-apa cara yang tidak selaras dengan kesucian tempat agama ini.
🔵Sekiranya berlaku kelakuan yang melanggar kod moral masjid, atau peraturan-peraturan lawatan yang lain - seperti mengambil gambar-gambar yang tidak sesuai, bergambar dengan cara yang tidak wajar dalam konteks tempat suci, bercakap dengan kuat, atau makan - pesalah akan ditegur atau diarahkan supaya meninggalkan masjid ini dengan cara yang sopan, dan ini mencerminkan sifat-sifat bertamadun dan toleran Islam".
🔵Menggabungkan gaya Mamluk, Ottoman dan Fatimid, reka bentuk menara masjid ini menggabungkan dunia Islam yang luas dan pelbagai ke dalam satu penjumlahan seni yang cukup indah.
🔵Terdapat 82 kubah pelbagai saiz dan yang terbesar terletak di tengah-tengah dewan solat utama dengan tingkap untuk membenarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam dewan solat.
🔵Seterusnya kami masuk pula ke bahagian ruang dalam dewan solat utama. Di sini kita mesti tanggalkan kasut dan letak di rak-rak yang disediakan.
🔵Ini di bahagian ruang legar di pintu utama masuk ke dewan solat utama. Lihatlah betapa cantiknya floral designs pada dinding dan lantai.
🔵Bukan sahaja dinding, lantai juga dihiasi dengan bunga-bunga seperti di coutyard masjid ini.
🔵Di ruang legar di pintu masuk dewan solat utama ini juga ada sebuah chandelier yang sangat cantik.
🔵Dewan solat utama. Terpegun kami seketika.
🔵Semua chandeliers di masjid ini diimpot dari Munich Germany.
🔵Ianya penuh dengan kristal Swarovski. Setinggi 15 meter dengan diameter sepanjang 10 meter. Beratnya 12 tan.
🔵Semua candelier diperbuat daripada keluli tahan karat dan disalut dengan emas 24 karat. Semua panel-panel kaca tu pula bertatahkan kristal Swarovski.
🔵Karpet yang sangat cantik dan sangat lembut ini dibuat oleh sebuah syarikat karpet di Iran dan direka oleh seorang Iranian artist bernama Ali Khaliqi.
🔵Karpet berukuran lebih 5 ribu meter persegi ini dibuat oleh lebih 1,200 orang penenun dan disiapkan dalam masa 2 tahun.
🔵Ia dibuat dari 70% bulu kambing dan 30% kapas. Beratnya 35 tan, jadi dibawa ke masjid ini petak demi petak dan disambungkan.
🔵Perhatikan juga betapa cantiknya hiasan dinding dan tiang yang semuanya bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungan.
🔵Mihrab Masjid dihiasi dengan 99 Nama Allah SWT.
🔵99 nama Allah SWT ditampilkan di dinding kiblat dalam seni khat Kufi tradisional, direka oleh kaligrafi UAE terkemuka, Mohammed Mandi Al Tamimi.
🔵Dinding ini juga mempunyai gentian optik lampu halus, yang disepadukan sebagai sebahagian daripada reka bentuk organik.
🔵Tiang-tiang di tengah dewan solat utama ini dibuat selepas masjid ini siap to improve the ventilation.
🔵Sebelum penambahan ini dibuat, ruang solat ini adalah tidak begitu selesa terutamanya bila masjid ini penuh dengan jemaah.
🔵Ruang di depan mihrab.
🔵Suasana dalam dewan solat utama ketika dibuka untuk lawatan.
🔵Pegawai-pegawai bertugas sentiasa ada.
🔵Ini adalah 2 versi chandelier yang lebih kecil dari chandelier di mihrab tapi dengan reka bentuk yang sama. Setiap satu adalah seberat 8 tan.
🔵Juga ada 4 lagi candelier kecil berwarna biru dengan reka bentuk dan saiz yang serupa yang terletak di pintu masuk ruang legar mengelilingi masjid ini. Beratnya ialah 2 tan.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment