Wednesday, May 17, 2017

UMRAH 2017 - DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH

Sayu rasanya meninggalkan kota Makkah Al Mukarramah, Makkah Yang Penuh Rahmat. Tapi begitulah, dah tiba masa untuk bertolak ke Madinah. 

Seperti biasa kami sampai Masjidil Haram awal untuk solat Subuh. Ada yang masih berselimut, dengan karpet. 


Baru perasan ada charging station dalam masjid ni. 

Memang seronok rasanya dapat membaca Al Quran di Masjidil Haram. 

Suasana around pukul 4 pagi di dalam Masjidil Haram.

Jemaah dari UK.

Kasut adalah lebih selamat kalau dibawa masuk ke dalam masjid dan diletakkan di rak-rak kasut ni. Kalau letak di rak-rak kasut di pintu-pintu besar masuk ke masjid, takut hilang. Pernah saya nampak berlonggok-longgok kasut/sandal/selipar diangkut oleh pekerja-pekerja masjid for disposal. 

Jumpa isteri di Gate No: 79 setelah selesai solat Subuh.

Selesai solat Subuh di tingkat 1, kami naik ke tingkat 2 (bumbung) untuk bersama rakan-rakan serombongan yang lain untuk berkuliah Subuh dengan Ustaz.



Berzikir pagi bersama-sama.

Kuliah Subuh dimulakan.

Tetiba muncul si comel ni. Manja betul, tak takut orang. 

Berlebih manja dia dengan Ustaz 😊.


Berjalan balik ke hotel.


Memang kesian tengok adik-adik yang kudung ni. Lagi kesian memikirkan mereka mungkin dipergunakan.

Sekumpulan jemaah dari Indonesia sedang diberi taklimat oleh Mutawwif mereka. Begitulah cabaran bagi mereka. Group members mereka sangat ramai, ada yang kami nampak sampai 5 atau 6 bas. Ada saya berbual dengan jemaah dari Indonesia, mereka menceritakan sebenarnya berada dalam big group ni banyak cabarannya. Kalau di hotel, lift sentiasa sesak dan kena tunggu lama terutama masa nak pergi/balik solat. Kalau masa nak makan, dewan makan selalunya penuh, so mereka tepaksa ambil makanan dari dewan makan dan bawa ke bilik. Bila dah ramai, susah untuk mendengar taklimat atau nak dapatkan perhatian dari Mutawwif. Most times they are left on their own. Dan ramai antara mereka adalah orang-orang kampung yang tak pernah sebelum ini keluar negara jadi kesusahan juga mereka nak keep up with the program. Dan banyak lagi cabaran lain. Begitulah, kita yang lihat dari luar tak tahu bagaimana keadaaan mereka sebenarnya. 

Pihak masjid ada menyediakan beg plastik kasut.

'Make sure it is yours'.

Antara beberapa foto Kaabah terakhir yang sempat saya ambil semasa Umrah 2017 kami ni. 




Kami akan bertolak ke Madinah lepas solat Zohor/makan tengahari. Jadi kami lakukan tawaf Wada'. Kami bertawaf di tingkat 1 ni. 

Dan tentunya jaraknya lebih jauh kerana laluan tawaf ini jauh dari Kabaah. Lebih besar diameternya.

Lampu hijau yang kedudukannya setentang dengan Hajar Aswad.

Untuk siapkan tawaf Wada' di laluan tawaf di tingkat 1 ini, kami ambil masa selama 1 jam 7 minit dan berjalan sejauh 5.96 km.

Bersolat Zohor.

Berjalan balik ke hotel. Sayu lagi saya masa itu kerana melangkah pergi meninggalkan Masjidil Haram. Tidak tahu bilakah saya dan isteri dapat ke sini lagi. 


Makan tengahari. 

Beg-beg kami yang dah kami letakkan bersama-sama beg-beg ahli rombongan yang lain dekat lift sebelum keluar bersolat Zohor tadi sudah pun berada di lobi hotel. 

Naik bas untuk menuju ke Madinah sejauh 498 km, lebih kurang 5 jam perjalanan. 




Ini Masjid Jin.
Dikisahkan sewaktu serombongan jin yang berasal dari persempadanan Syria dan Iran melewati Makkah, mereka terdengar lantunan ayat-ayat suci Al Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka terus berbai'at (berjanji setia) untuk beriman kepada Allah SWT, mengikut ajaran Islam dan menyebarkan agama Allah di kalangan mereka. Oleh sebab itu, masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid Al-Bai'ah, iaitu tempat serombongan jin melakukan bai'at.

Lokasi Masjid Jin adalah bersebelahan dengan Jannat Al Muallaa Cemetery.

Inilah tanah perkuburan Maa'la yang menempatkan pusara isteri pertama Rasullullah SAW, Siti Khadijah.

Selain Siti Khadijah, perkuburan ini juga menempatkan pusara Asma binti Abu Bakar, kakak kepada Ummul Muslimin Siti Aishah yang juga sangat berjasa membantu menghantar makanan kepada Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar As-Siddiq sewaktu mereka bersembunyi di Gua Tsur dalam Hijrah ke Madinah. 

Asma dikatakan sering berdoa kepada Tuhan yang dia ingin menyaksikan anaknya mati syahid. Doa Asma dimakbulkan Allah SWT. Dia dikurniakan usia yang panjang sehingga hampir 97 tahun dan dapat melihat anaknya, Abdullah bin Zubair mati syahid. Jasad Abdullah yang mati lebih awal berbanding ibunya ini juga turut dikebumikan di sini. 

Keistimewaan perkuburan Maa'la telah disebut dalam sebuah hadis Rasullullah SAW yang berbunyi: "Allah membangkitkan dari tempat ini (Perkuburan Maa'la) dan dari seluruh Tanah Haram 70,000 orang yang masuk syurga tanpa dihisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang dari mereka dapat membawa 70,000 orang. Wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama". 

Manusia pertama yang dikubur di Ma’la adalah Qushay bin Kilab (ketua bangsa Quraish). Kemudian keturunan Nabi saw lainnya diantaranya; Abdu Manaf bin Qushay, Hasyim bin Abdu Manaf, Abdul Muthalib bin Hasyim. Selain itu Abu Thalib datuk Nabi saw, al-Walid ibnu Al-Mughirah, Al-Qasim dan At-Thayib (putra-putra Nabi saw), Sumayyah bin al-Khabbath (wanita pertama yang mati syahid), Abdullah bin Yasir (saudara ‘Ammar bin Yasir), Asma’ binti Abu bakkar Siddiq ra, Abdurahman bin Abubakar Siddiq, Abdullah bin Umar bin Khattab, Abdullah bin Zubair, dan masih banyak lagi sahabat Nabi saw yang dimakamkan di Ma’la.


Inilah al-Ma’lah, pemakaman keluarga besar Bani Hasyim, keluarga Rasulullah saw, yang kemudian dijadikan pemakaman umum, terletak sekitar 1 km utara masjidil Haram. Pemakaman ini dikenal juga dengan nama Jannatul Ma’la yang artinya syurga al-Ma’lah.


Dalam perjalanan meninggalkan Makkah, kami telah ditunjukkan sebuah kawasan yang dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Abu Lahab. Dia terkenal bukan kerana kebaikannya, tetapi kerana kebencian yang sangat mendalam terhadap Nabi Muhammad SAW dan ajaran yang dibawa oleh baginda. 
Bapa saudara Nabi Muhammad SAW yang hidup di masa kerasulan ada empat orang. Dua orang beriman kepada risalah Islam dan dua lainnya kufur bahkan ada yang menentang.


Dua orang yang beriman adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan Al-Abbas bin Abdul Mutalib RA. Seorang lagi pula menolong dan menjaganya, tidak menentang dakwahnya, namun dia tidak menerima agama Islam yang dibawa baginda. Dia adalah Abu Talib bin Abdul Mutalib.

Yang keempat adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Dia menentang dan memusuhi anak saudaranya. Bahkan dia menjadi tokoh orang-orang musyrik yang memerangi Nabi Muhammad SAW. Nama yang terakhir ini lebih kita kenali sebagai Abu Lahab. Al Quran turut mengabadikan beliau dengan nama itu.

Abu Lahab mati 7 hari selepas Perang Badar. Dia menderita bisul-bisul di seluruh tubuh. Tiga hari mayatnya terlantar. Tak seorang pun yang mahu mendekati mayatnya. Karena malu, keluarganya menggali lubang dan kemudian menolak tubuh Abu Lahab dengan kayu panjang hingga masuk ke dalam lubang itu. Kemudian mereka lempari kuburnya dengan batu hingga jasadnya tertimbun. Tak ada seorang pun yang mahu menguruskan mayatnya, karena takut terjangkit penyakit. Dia mati dengan seburuk-buruk kematian.

Masjid Siti Aishah di Tanaim dilalui sekali lagi dalam perjalanan menuju ke Madinah.

Kalau tak silap ini adalah Juvenile Detention and Rehabilitation Center.

Merakam landskap gurun.



Keadaan di jalanraya hampir sepanjang perjalanan adalah seperti ni. 

Kami bersyukur kerana pemandu bas kami cukup berdisiplin dan memandu dengan cermat dan tidak laju. 

Road visibility ada kalanya begitu merbahaya dan kenderaan terpaksa slow down. Sampai kami nampak ada yang berhenti di tepi jalan.

Dan ada kalanya kami lalu ketika ada ribut pasir!

Saya rasa itu adalah kandang unta yang dah dikepung dengan kain untuk elak ribut pasir. Saya kata unta sebab ada ternampak signboard unta earlier. 

Untuk bersolat Asar kami stop di Wadi Qudaid yang merupakan stop popular jemaah umrah dan haji ketika dalam perjalanan antara Makkah dan Madinah. Tempat ini ada disebut dalam kisah Hijrah Nabi ke kota Madinah. 

Ketika itu, Nabi Muhammad berserta rombongan kecil baginda telah singgah di khemah seorang wanita yang bernama Ummu Ma'bad. Dia adalah seorang wanita yang baik hati dan selalu memberi makanan dan minuman kepada sesiapa sahaja musafir yang singgah di khemahnya.

Namun demikian, sewaktu Nabi Muhammad SAW singgah di sini, kawasan ini sedang mengalami kemarau yang teruk. Ummu Ma'bad tak dapat memberikan daging dan kurma yang ingin dibeli oleh Nabi Muhammad dan Abu Bakar ketika itu.

Rasullullah telah melihat seekor kambing betina di sebelah khemah. "Mengapa kambing ini?" tanya baginda.
"Dia tertinggal dari kambing-kambing yang lain kerana lemah," jawab Ummu Ma'bad.
"Adakah dia masih mengeluarkan susu?" tanya Rasullullah.
"Tidak lagi," jawab Ummu Ma'bad. 
"Apakah engkau izinkan aku memerah susunya?" tanya Rasullullah. 
"Kalau kamu rasa dia masih boleh diperah susunya, maka perahlah!" izin Ummu Ma'bad. 

Rasullullah mengusap kantung susu kambing betina itu sambil menyebut nama Allah dan berdoa. Seketika itu juga, kantung susu kambing betina itu menggembung dan membesar. Rasullullah meminta bekas dari Ummu Ma'bad lalu memerah susuk kambing itu ke dalam bekas sehingga penuh.

Rasullullah menyerahkan bekas itu kepada Ummu Ma'bad. Ummu Ma'bad pun meminum susu itu sehingga kenyang. Setelah itu, baginda memberikannya kepada yang lainnya sehngga mereka pun kenyang. Selepas itu barulah baginda meminum susu itu.

Rasullullah memerah susu kambing itu lagi sehingga memenuhi beberapa bekas. Kesemuanya ditinggalkan untuk Ummu Ma'bad sebelum baginda meneruskan perjalanan.

Tak lama kemudian, suami Ummu Ma'bad pulang sambil menggiring kambing-kambing yang kurus dan lemah. Ketika melihat bekas berisi susu, dia bertanya kehairanan, "Dari mana susu ini? Padahal kambing-kambing kita tidak beranak dan di rumah tak ada kambing yang dapat diperah!"

"Demi Allah", kata Ummu Ma'bad. "Tadi ada seseorang yang penuh berkah lalu di sini. Di antara ucapannya begini dan begini..."

"Demi Allah," sahut Abu Ma'bad, "Aku yakin, dialah salah seorang Quraisy yang sedang mereka cari-cari! Gambarkan padaku, bagaimana ciri-cirinya, wahai Ummu Ma'bad!"

Dikisahkan, kambing Ummu Ma'bad yang diusap oleh Rasullullah SAW panjang umurnya. Kambing itu tetap hidup sampai zaman pemerintahan Umar Al-Khattab pada tahun 12 Hijrah dan selalu mengeluarkan air susunya saat diperah, baik di waktu pagi mahupun petang.

Sangat berhabuk berpasir masa tu.

Sehingga matahari nampak samar-samar.

Had laju 120 km sejam.

Papan-papan tanda Zikir.

Perjalanan ke Madinah diteruskan.

Membaca bersama bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari surah-surah An-Naba dan An-Naziat yang dipasang oleh pemandu bas.

240 km lagi.


Dah mula senja.


Matahari mula terbenam.

Salah satu check point di highway.

Hari dah mula gelap.

Alhamdulillah kami telah selamat tiba di Madinah Al Munawwarah, 'kota yang bercahaya'.

Kami tiba ketika baru sahaja masuk waktu Isyak.

Selama di Madinah kami menginap di Mubarak Silver Hotel. Hotel ini tidak jauh dari Masjid Nabawi.

Suasana di lobi Mubarak Silver Hotel.

Ustaz bersama crew Mursyid Al Haramain Travels Sdn Bhd di Madinah sedang menguruskan check-in. 


Beg-beg kami dah ada di lobi lift di tingkat 5.

Bilik kami. Alhamdulillah, selesa. 

Besar biliknya both our big bags boleh dibuka tanpa menghalang laluan.

Pemandangan luar tingkap bilik hotel.

Makanan makan malam kami dah siap dihantar ke bilik kami. Selama di Madinah kami semua makan di bilik. Dinasihatkan berbuat begitu kerana dewan makan masa waktu makan adalah penuh dengan jemaah lain. 

Alhamdulillah, sedap hidangan makan malam kami. 

Bersambung...

Saya list di bawah semua entries Umrah 2017 for easy reference:
DAY 01 - PREPARATION & DEPARTURE

DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA

DAY 03 - MASJID SITI AISYAH, TANAIM

DAY 04 - JABAL ABU KUBAIS, JABAL THUR, MASJID AL RAJHI, UMM AL-QURA UNIVERSITY, ARAFAH, MASJID NIMRA, JABAL RAHMAH, AIN ZUBAIDAH, WADI MUHASSIR, MASJID MASYA'IR HARAM, MUZDALIFAH, MINA, JABAL QURBAN, KOMPLEKS JAMRAH, MASJID BAIAH AQABAH, JABAL NUR, JAARANAH & UMRAH KE 2

DAY 05 - TAIF, MASJID ANDULLAH BIN ABBAS, MASJID KU', EMPANGAN IKRIMAH, PASAR BUAH-BUAHAN, MASJID MIQAT QARNUL MANAZIL & UMRAH KE 3

DAY 06 -  LADANG UNTA, EXHIBITION OF THE TWO HOLY MOSQUES ARCHITECTURE & YAYASAN JAMIYYAH KHAIRIYYAH

DAY 07 - BERANGKAT KE MADINAH, MASJID JIN, TANAH PERKUBURAN MAA'LA, KAWASAN ABU LAHAB, MASJID SITI AISHAH & WADI QUDAID

DAY 08 - MASJID GHAMAMAH, MASJID QUBA', LADANG KURMA, TELAGA YASEERAH, JABAL UHUD, MASJID SAYYID AL-SHUHADA, JABAL RUMAT, PERKUBURAN SHUHADA, MASJID QIBLATAIN, KAWASAN KHANDAK, MASJID SAB'AH, MASJID FATH, MASJID KHANDAK, PASAR KURMA, ZIARAH MASJID NABAWI, TELAGA HA DAN PERKUBURAN BAQI'

DAY 09 - PART 01 - MASJID BANI MUAWWIYAH, MASJID IMAM BUKHARI, SANDSTORM AREA, HIJAZ RAILWAY MUSEUM, MADAIN SALEH

DAY 09 - PART 02 - AL-HIJR (MADAIN SALEH)

DAY 10 - MASJID BILAL BIN RABAH, MASJID JUMMAH, BUKIT TSANIYATUL WADA', MASJID QUBA, TELAGA ARIS, KUBU KAAB BIN ASYRAF, BUKIT KHURAIDAH, KUBU URWAH BIN ZUBAIR, HIJAZ RAILWAY STATION MADINAH, MASJDI AMBARIAH

DAY 11 - PART 01 - MASJID QUBA, THE REFUGE OF FAITH EXHIBITION, UNIVERSITI ISLAM MADINAH, WADI AQIQ, MASJID QIBLATAIN

DAY 11 - PART 02 - SOKAIFAT BANI SAEDAH & MUHAMMAD MESSENGER OF ALLAH EXHIBITION


DAY 12 - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment