Friday, May 5, 2017

UMRAH 2017 - DAY 02 - ARRIVAL & UMRAH PERTAMA

Ok, saya sambung semula pengalaman saya dan isteri mengerjakan umrah.

Alhamdulillah kami telah selamat mendarat di King Abdulaziz International Airport, Jeddah lebih kurang pukul 11:00 pm local time. Penerbangan adalah selama 8 jam 40 minit.

Passengers yang ke Jeddah ni bukan dengan Visa Umrah disembarked dulu kerana mereka akan dibawa ke Terminal Utama. Kami yang dengan Visa Umrah turun after that kerana akan dibawa ke Terminal Haji. Turun kapal terbang dengan tangga. Kesian saya tengok pak cik mak cik dan atok opah yang dah tua dan bermasalah kesihatan turun tangga yang agak curam. Tapi saya noticed riak muka mereka tidak menunjuk kepayahan. Malah nampak bersemangat. Begitulah hebatnya lambaian Kaabah.  

Bas sampai kami pun naik. Semasa menunggu bas nak jalan, kedengaran sedikit kekecohan para petugas airport. Saya tak faham kerana mereka bercakap Arab tapi dari apa yang saya later find out ada seorang jemaah lelaki dari Indonesia yang sudah berusia lanjut tidak diberikan kerusi roda oleh pihak airport. Tak tahu betul atau tidak. Tapi kesian tengok pak cik tu dipapah oleh anak lelaki dia. 

Urusan di imigresen di Terminal Haji berjalan dengan lancar. Beratur tak lama walaupun masa tu ramai jemaah lain. Ini kerana ada beberapa kaunter dibuka. Tak sampai 5 minit dengan pegawai imigresen. Cap jari diambil/rekod secara elektronik dan gambar diambil.  

Beg-beg oren kami begitu senang dikesan.. hehe. Yang lelaki ramai-ramai di baggage carousel. Tak kira beg siapa, nampak je beg oren terus tarik turun dan kumpul. Alhamdulillah, kami sekumpulan sangat bekerjasama dan look after one another. Setelah semua beg-beg oren yang keluar diambil, salah seorang ahli kumpulan kami tak dapat satu beg dia. Lama menunggu sampai conveyor belt tu stop. Terus dilapor pada Mutawwif Ustaz Ahmad Husni. Beliau yang merupakan graduan Universiti Madinah therefore fasih berbahasa Arab terus buat laporan. Di sana bukan senang ya. Kena cari pegawai yang betul yang handle hal beg hilang. Kena cakap baik-baik dan dengan gaya percakapan mereka. Begitu cekap beliau menguruskan hal tersebut dan all the while dia tenang sahaja. Dan akhirnya setelah lebih kurang 3 jam, beg rakan kami telah berjaya dijumpai. Rupanya dah dihantar ke Terminal Utama dan bukan ke Terminal Haji bersama beg-beg oren kami yang lain ni. 

Tak over saya katakan walaupun baru je kenal Ustaz Husni saya boleh kata yang dia begitu dedikasi dan takes his responsibilities very seriously. Begitu jelas karektor ini sampai seorang mak cik Bangladesh tiba-tiba je approached dia minta tolong. Padahal Ustaz berpakaian ihram seperti kami dan bukannya beruniform. Kami ketawa juga tapi pada saya ini bukti jelas dia seorang insan yang baik, ikhlas dan suka membantu.  

3 jam? Lamanya! Pada saya, Alhamdulillah tidak terasa begitu lama. I mean, memanglah lepas dah 8 jam dalam kapal terbang, kalau boleh nak terus je naik bas menuju ke Makkah. Berharap dapat sampai awal masuk hotel dan berehat sekejap sebelum bersolat Subuh dan langsung mengerjakan Umrah. Namun kita hanya merancang. Waktu menunggu itulah kami gunakan untuk bersuai kenal dengan rakan-rakan serombongan. Meriah. Dan dari pemerhatian saya, semua ahli rombongan ok je masa menunggu tu. Tak de yang muka stress. Ustaz pulak siap belikan air untuk kami. Salah seorang ahli rombongan lelaki siap mandi di toilet airport.. hehehe. 

Ada satu lagi hikmah sebenarnya. Semasa kami menunggu tu, Ustaz telah menolong seorang pak cik dari Malaysia yang sedang sibuk mencari beg dia dan akhirnya telah ditinggal oleh kumpulan dia. Kesian pak cik tu. Walau pun dia nampak tenang tapi saya dapat rasa dia begitu risau perihal diri dia dan risaukan isteri dia. In his situation, who wouldn't. Ustaz pun telefon nombor Mutawwif pak cik tu yang ada pada ID tag pak cik tu. Rupanya group pak cik tu dah pun keluar dari bahagian baggage collection ni. Kami risaukan yang kumpulan dia dah pun naik bas dan dah bertolak ke Makkah. 

Ya, memang betul, kami juga tertanya-tanya macam mana boleh berlaku tertinggal macam tu. Isteri dia tak ke bagitau pada Mutawwif mereka the husband is missing? Mutawwif mereka tak ke check total headcount? Dan macam-macam soalan lain lah. Tapi dah nak berlaku, memang tak boleh nak elak. 

Masa Ustaz sibuk menghubungi Mutawwif pak cik tu, kami pun temankan pak cik tu, beri dia minum dan bersembang dengan dia supaya dia tenang. Akhirnya semasa Ustaz mengiringi pak cik tu keluar to join his group, pak cik tu berterima kasih pada Ustaz dan kami kerana menolong dengan bergenang air mata. Terus kami terasa sebak. Saya noticed mata-mata ahli rombongan kami yang lain juga bergenangan. Dan tentunya macam-macam kami pesan pada pak cik tu supaya jaga diri dia baik-baik.

Haaa... tu baru sampai airport Jeddah, dah panjang ceritanya... hehe. 

Berjalan menuju ke bas.

Masa haji, penuh area ni.

Bas kami yang warna putih tu. Semua guys dalam group bekerjasama letak beg-beg dalam perut bas. Mujurlah tak banyak beg yang berat macam beg kami.. hehehe.

Ustaz memberi sedikit taklimat ringkas and snack/juice. Perjalanan dari Jeddah ke Makkah ambil masa lebih kurang sejam. Dapatlah kami tidur. 

Tiba di Kota Makkah. 

Setiap jemaah telah diberikan buku Panduan Praktis Umrah & Ziarah oleh pihak Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd. Dibaca doa ketika masuk tanah Haram Makkah dan doa ketika melihat Kota Makkah. 

Dah masuk waktu solat Subuh masa tu jadi bas kami tidak dibenarkan masuk jalan ke hotel kerana ditutup membolehkan orang ramai ke masjid. Oleh itu kami pun bersolat di sebuah masjid berhampiran. 

Bersolat subuh di Makkah.

Suasana Kota Makkah di subuh hari. Kelihatan Makkah Royal Clock Tower with the world's largest clock face and is the third tallest building and fourth tallest freestanding structure in the world.

Selepas setengah jam dari waktu solat, baru jalan-jalan dibuka semula. Dapatlah kami terus ke hotel masa tu.

Orang ramai setelah selesai menunaikan solat subuh.


Memang patut la jalanraya ditutup kerana sangat ramai orang masa tu.

Sama seperti masa kami buat umrah dulu, kerja-kerja contructions masih banyak dilakukan.

Jalan menuju ke hotel kami begitu sesak sekali kerana lokasinya yang agak dekat dengan Masjid Al-Haram. 

Merakam suasana subuh di Makkah. 

Kerana jalanraya begitu sesak, Ustaz terpaksa turun memastikan tiada halangan di hadapan and helped direct the bus driver to our hotel. 

Di sinilah kami menginap selama 6 malam di Kota Makkah, di Hotel Burj Al-Sultan. 

Alhamdulillah kami telah selamat tiba di Kota Makkah dari Jeddah, telah bersolat Subuh dan selamat tiba di hotel. 

Lobi hotel.

Beg-beg oren kami diurus dengan begitu cekap oleh pekerja hotel. 

Hotel ni ada 116 bilik dan semuanya penuh. Ada notice di depan hotel stating 'No rooms available'. Yang menginap adalah dari Malaysia, Indonesia, India dan Pakistan. Ada 2 lifts yang agak kecil tapi efficient. 

Lepas letak beg-beg, kami pun turun sarapan di tingkat 2. Menu sarapan adalah mee goreng, lauk ayam masak merah dan keropok. Sedap! Ada juga bread station lengkap dengan strawberry jam and peanut butter. Juga ada refreshment station for tea, coffee and juice.

Balik ke bilik sekejap to freshen up, berwudhu and turun ke lobi untuk mengerjakan umrah. Masa ni kami sangat menjaga 13 larangan semasa berihram. Kalau langgar, tak la batal umrah tapi akan dikenakan dam.

Menunggu Ustaz dan jemaah lain di lobi untuk sama-sama mengerjakan umrah wajib kami yang akan dibawa oleh Ustaz.

Bergambar kenangan di depan hotel sebelum bergerak menuju ke Masjid Al-Haram. Dah pukul 7:40 pagi masa ni.

Unbeknownst to my wife, masa berjalan menuju ke Masjid Al-Haram ni saya tetiba merasa sebak when came the realization yang saya dan isteri were really actually berada di bumi Makkah, diberi sekali lagi rezeki dari Allah SWT untuk datang ke tanah Haram, untuk pergi ke Masjid yang paling mulia, untuk melihat Kaabah, untuk minum air zam zam sepuasnya dan untuk mengerjakan umrah. SubhanAllah.


Suasana jalan ke Masjid Al-Haram agak lengang masa ni kerana bukan waktu solat. 

I know I can be quite emotional sometimes, tapi emosi melihat Masjid Al-Haram ni begitu mengesankan pada saya. Tak terucap dengan kata-kata. Tak terungkai kalau nak tulis di blog ini. 

Untuk lawatan kami kali ini, bila keadaan mengizinkan laluan masuk ke Masjid Al-Haram kami ialah melalui Pintu King Fahd. Pada tahun 2013, pintu ini ditutup kerana pembesaran masjid. Jadi masa tu pintu masuk utama kami ialah Pintu King Abdul Aziz. Ada 31 pintu di Masjid Al-Haram.

Peta Masjid Al-Haram yang ada dalam buku panduan umrah kami. Setelah berniat, kami akan bertawaf di Kaabah, diteruskan dengan bersaie antara Safa dan Marwah dan diselesaikan dengan bertahallul. 

Ustaz sedang memberi kami taklimat dan nasihat-nasihat sebelum kami masuk ke masjid untuk memulakan ibadah umrah kami.

Berjalan menuju ke dataran Kaabah.

Dibaca doa ketika masuk ke Masjidil Haram.

Turun ke dataran Kaabah atau juga dipanggil Mataf. 

Membaca bacaan bila melihat Kaabah dan dibaca doa ketika melihat Kaabah. 

Berada di Mataf. Mataf ini dibuat dari rare marbles yang tidak panas walaupun dalam panas yang melampau, membolehkan para jemaah melaksanakan tawaf berkaki ayam walaupun pada hari yang panas terik.

Daripada Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Kaabah; 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 untuk orang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melakukan tawaf di rumah ini (Kaabah) tujuh pusingan genap, pahalanya adalah seperti memerdekakan seorang hamba.” 

Rasulullah SAW juga bersabda: “Tidak meletakkan kaki (orang yang tawaf) dan tidak pula mengangkat yang lainnya kecuali Allah SWT menghapuskan kesalahannya serta menulis baginya satu kebajikan.” 

Dibaca doa semasa menuju ke Hajar Aswad.

Alhamdulillah kelihatan seperti tidak ramai orang yang sedang bertawaf pada masa tu. Maka dapatlah kami bertawaf dengan selesa. Masa ni pukul 8:07 pagi jadi suasana adalah nyaman. 

Berniat tawaf di Hajar Aswad.     

Kedudukan Hajar Aswad.

Jika tak nampak Hajar Aswad mungkin kerana ramai orang, boleh juga refer pada lampu hujau pada tiang masjid seperti dalam foto bawah ni.

Kedudukan Hijr Ismail. (Hateem).

Istilam Hajar Aswad. Maka selepas lambaian ini, mulalah bertawaf 7 kali keliling Kaabah.

Ketika bertawaf elok la berpandukan pada garisan-garisan di Mataf ni supaya bahu kiri kita elok arahnya ke Kaabah. 
Ini adalah cuma foto hiasan orang bertawaf yang saya ambil setelah selesai tawaf bukan semasa saya bertawaf kerana semasa bertawaf tak boleh buat benda lain selain tetap dengan niat bertawaf agar niat tidak terpesong. 

Bolehlah membaca doa-doa ketika tawaf seperti dalam buku panduan. Dan elok juga jika kita sertakan doa-doa dari diri kita sendiri yang mungkin lebih mengesankan dan lebih sincere yang datangnya dari hati kita. 

Lakukanlah tawaf dengan tenang. Jangan terburu-buru. Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan penuh khusyuk. Mungkin kadang kala ada situasi dan ketika kita terganggu kosentrasi seperti kesesakan, cuaca panas, ditolak, dilanggar dan lain-lain cabaran. Jadi jika berdepan dengan 'distractions' ni, berbanyaklah bersabar dan cuba sedaya upaya to concentrate. Semoga dipermudahkan Allah SWT. Tapi ada juga jemaah lain yang membuat kerja amal seperti memberi minuman pada jemaah yang sedang bertawaf, memberi mereka tisu atau menyembur water mist. Sejuk kepala saya masa kena water mist tu 😊.

Beristilam di Rukun Yamani dan membaca doa di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad. 

Ketika di Hajar Aswad selalunya keadaan adalah lebih sesak kerana jemaah berhenti nak beristilam. Maka bersabarlah. Kami berdua ikut je arus, tak perlu menolak atau nak merungut. Kan dah gitu keadaannya. Di Hajar Aswad juga ramai jemaah yang akan melintas keluar arus pusingan jemaah yang sedang bertawaf. Maka berilah mereka laluan. Kalau ditolak dari belakang, janganlah nak marah atau nak toleh kebelakang takut nanti bahu kiri terpesong dari mengarah ke Kaabah. 

Setelah selesai 7 pusingan maka lengkaplah tawaf kami. Syukur Alhamdulillah. Kebetulan HP saya memang ada apps track semua aktiviti berjalan saya sebab hari tu install apps tu to monitor senaman saya sebagai persediaan nak pergi umrah ni. Tawaf kami siap dalam masa 43 minit dan perjalanan kami pusing Kaabah 7 kali adalah sejauh 4.16 km.


Selesai tawaf kami ke Multazam untuk berdoa. 

Lakukan juga solat sunat selepas tawaf. Ramai yang solat sunat ni di Multazam. Bila orang dah ramai, maka berlakulah orang jalan depan kita masa tengah solat, yang melangkah kepala kita, atau kepala kita termasuk kain orang depan, atau dilanggar oleh jemaah lain yang lalu lalang. Bersabar sajalah dan teruskan solat dengan penuh khusyuk. Bila dah selesai solat dianjurkan untuk tidak terus duduk di situ berdoa kerana ada kalanya bila dah sesak, polis masjid akan suruh kita beredar. Bangun dan berdirilah di belakang dan berdoa. Elok juga buat begitu supaya dapat beri peluang pada jemaah lain untuk bersolat.

Selesai tawaf, kami pun beredar dari Mataf menuju ke tempat bersaie.

Naik semula ke bahagian berbumbung masjid.

Disunatkan minum air zam zam setelah tawaf. Maka minumlah kami air zam zam dengan sepuas-puasnya kerana memang kami kehausan setelah bertawaf tadi. Ada paip-paip air zam zam disediakan bersama plastic cups.

Bacalah doa ketika minum air zam zam.

Seperti tadi nak bermula tawaf tadi, Ustaz juga membimbing kami dengan memberi taklimat cara bersaie. 

Masa berjalan ke Bukit Safa, bacalah doa menuju ke Bukit Safa tempat bersaie dimulakan.

Ini di bukit Safa. Sambil mengadap Kaabah, maka berniatlah Saie Umrah.

Melambai Kaabah dan bacalah seperti di bawah.

Laluan dari Bukit Safa dan Bukit Marwah dipanggil Ma'saa. Saie bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

Ma'saa ni ada 3 tingkat. Kami menggunakan laluan tingkat tengah, ground floor. 

Kerja-kerja pembersihan di laluan Saie yang sedang dilaksanakan. Tapi tidak menganggu laluan jemaah kerana dilakukan dengan begitu efficient sekali.

Kawasan laluan lampu hijau. Disunatkan berlari-lari anak bila lalu di sini. Untuk laluan pertama dan kedua saya lari. Tidak untuk laluan ke 3 dan seterusnya kerana lutut tak mengizinkan. Elok elak dari overexert myself takut sampai tak boleh jalan pulak nanti.

Bacalah doa antara tiang-tiang hijau. 

Menuju ke Bukit Marwah.

Bacalah doa selepas tiang hijau menuju ke Bukit Marwah.

Juga doa ketika mendaki Bukit Marwah.

Suasana di Bukti Safa. Kita boleh lihat sebahagian Bukit Safa di laluan Saie aras ini. Tidak di tingkat atas.


Setelah lengkap 7 perjalanan, Saie berakhir di Bukit Marwah. Maka bacalah doa selesai saie di Bukit Marwah.

Kami telah selesai bersaie awal dan duduk berehat sebentar di Bukit Marwah menunggu ahli jemaah yang lain.  

Perjalanan saie kami mengambil masa 51 minit sejauh 4.5 km. Ada juga kami nampak jemaah dari negara lain yang berlari bukan sahaja di lampu hijau. Agaknya mereka dalam 30 minit dah siap saie. 

Sambil menunggu tu kami dapat menyaksikan jemaah bertahallul dengan mengunting rambut. Tak bawak gunting? Jangan risau sebab ada banyak gunting wakaf di situ. Isteri saya telah pun bertahallul tapi saya belum lagi kerana nak mencukur kepala sampai botak. 

Setelah semua ahli sampai, kami minum dulu sebelum pergi ke kedai gunting rambut. Jemaah lelaki dalam group kami semua nak botakkan kepala. 

Berjalan keluar dari masjid. 

Sempat saya rakam beberapa lagi foto Kaabah.


Berjalan beramai-ramai ke kedai cukur rambut yang terletak di Safwa Tower di sebelah Masjidil Haram.



Ada jemaah kami yang kehilangan kasut/selipar, jadi berhenti sekejap di kedai. 

Bau enak makanan yang dijual di sini buat perut saya berbunyi... hehe. Maklum la dah banyak berjalan tadi. 

Ada banyak kedai gunting di sini.

Ustaz memilihkan kedai gunting ini untuk kami. Dia turut membotakkan kepala dia juga. Cuma SAR10 sahaja satu kepala untuk cukur botak.

Saya requested isteri saya untuk ambil gambar-gambar untuk buat kenangan. Sebenarnya saya tak kisah membotak kepala sebab bukannya ada banyak rambut pun to begin with.. hehe. 

Boleh dibaca doa ketika bercukur atau bergunting untuk bertahallul.

Inilah rupanya lepas dibotak 😊. 

Maka selesailah umrah pertama/wajib kami. Syukur Alhamdulillah. Masa tu lebih kurang pukul 11:30 pagi jadi kami berjalan balik ke hotel dulu untuk berehat, bersihkan diri dan bersiap untuk pergi semula ke masjid.

Seterusnya saya share the activities for the remaining of the day. 

Suasana perjalanan ke Masjidil Haram untuk solat 5 waktu. 

Suasana di dalam Masjidil Haram. 

Selesai solat selalunya mesti minum air zam zam. 

Masa perjalanan balik ke hotel setelah solat kadang kala kami lalu dalam shopping mall yang boleh tembus keluar ke arah hotel kami. 

Kadang kala angin agak kuat. Bersamanya ada debu maka recommended pakai mask tutup hidung.

Suasana dalam Masjidil Haram ketika menunggu waktu solat Maghrib.

Waktu solat di Makkah.

Chandelier dan carpet di Masjidil Haram.

Jemaah adalah dari pelbagai negara.

Bergantung pada keadaan dan pukul berapa kami keluar dari hotel nak ke masjid, average lebih kurang 30 minit juga nak berjalan ke masjid. Contohnya, seperti tracking di bawah ni, it took us about 17 minutes to get to the mosque dengan jarak sejauh 1.57 km. Other times boleh sampai 40 minit.

Kadang kala selepas bersolat sunat dan membaca Quran, sementara menunggu masuk waktu solat Isyak, saya akan meninjau ke Mataf untuk melepaskan kerinduan nak tengok Kaabah. Di malam hari Kaabah kelihatan begitu indah sekali. Sayu sungguh rasa di hati sambil terus bersyukur diberi Allah SWT peluang ini sekali lagi. SubhanAllah.

Masa ni saya di tingkat 1.


Berjalan balik ke hotel selepas solat Isyak.



Selepas makan malam, kami berkumpul untuk bersama Ustaz dalam satu sesi ceramah. Syukur Alhamdulillah kami di sana ada juga dapat hadir ceramah. 

At end of day dapat mesej ni. Wah! 17 ribu langkah dah kami berjalan hari tu. 

Syukur Alhamdulillah kami telah selamat selesai mengerjakan umrah pertama/wajib kami. Syukur kerana dapat melaksanakannya dengan bimbingan Ustaz, dikerjakan dalam keadaan aman tenteram dan dalam keadaaan yang membenarkan kami lakukan sebaik yang kami mampu. 

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment