Monday, September 22, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 07 - FULL ISTANBUL TOUR - GORDES CARPET & GRAND BAZAAR

Masih lagi dalam Full Istanbul Tour entries dan kali ini kami ke kedai carpet dan Grand Bazaar.

At first bila diberitahu next destination is a carpet shop, saya rasa macam tak best lah. Bukan kami nak beli permaidani pun. Tapi fikir2 balik it could be interesting bila saya teringat balik semasa kami ke kedai karpet semasa bercuti di Khasmir, India.

Nama kedai carpet tu ialah Gordes. Kami terus dibawa ke tingkat 5 ke hall yg besar ini. That is the owner of the carpet shop [he also has several carpet factories in Turkey] and his name is Sayid.  

Setelah sedikit penerangan tentang Gordes, Sayid bertanya kepada semua pengunjung apa yg kami nak minum. Ada yg nak Turkish coffee, soft drinks dan lain2. Kami minta apple tea. Dan Sayid terus menerangkan pula proses membuat carpet siap dgn demonstrasi oleh salah seorang staff wanita di Gordes. Pekerja pembuat permaidani dibayar mengikut kualiti dan bilangan corak benang yang dipintal setiap hari.

Seperti yg Sayid terangkan, semua permaidani yang dijual di Gordes adalah permaidani buatan tangan yang dipintal dari benang sutera. Permaidani-permaidani di Gordes mengambil masa antara 6 sehingga 14 bulan untuk dihasilkan berdasarkan saiz mereka. Setiap satunya juga mempunyai corak yang tersendiri. Menurut Sayid, generasi baru kini yang tidak mempunyai kesabaran untuk duduk berjam-jam memintal benang membuat permaidani juga menjadi faktor pembuatan permaidani menjadi kesenian yang semakin pupus. 

Sayid juga memberitahu, penghasilan permaidani Turki adalah kesenian yang dijangka akan pupus tidak lama lagi bila negara Turki menjadi sebahagian daripada European Union (EU). Ini adalah kerana bila Turki menjadi sebahagian dari EU, ia terikat dengan kos gaji minima yang ditetapkan oleh EU dan ini pasti meningkatkan kos penghasilan permaidani sehingga tidak lagi mampu ditanggung oleh pengusaha-pengusaha tempatan.

Yg kiri ialah permaidani di bilik yg terang. Yg kanan bila lampu ditutup. Karpet tu menyala kerana ia dibuat dari sutera. 

Acara seterusnya, Sayid bercerita pula pasal jenis2 karpet dan designs karpet serta asal karpet tu dari mana sambil staff dia membentangkan satu per satu karpet di depan kami.

Sambil dengar penerangan, sambil tengok karpet2 yg sgt cantik, sambil ambik gambar, sambil minum teh epal yg sgt sedap :)

Makin lama makin penuh lantai dgn pelbagai karpet yg harganya takut saya nak sebut di sini...haha...

Dan of course kami dijemput memegang dan rub the carpets. Yg sutera memang la lembut dan smooth sgt. 

Dan ada karpet sutera yg bila dipandang dari satu sudut adalah berlainan pula rupanya jika dipandang dari sudut yg lain walau pun it is the same carpet. 

Ada pelbagai kaler dan designs. Siapa yg suka carpets, ni kira macam carpet heaven agaknya...hihi...

Harga permaidani2 ni boleh capai hingga ratusan ribu. Satu karpet sutera ukuran sejadah yg dibuat dari sutera ada yg berharga hingga 30 ribu hingga ke 50 ribu. Oh ya, harga2 ni dalam USD ya :).

Selesai di kedai karpet, kami dibawa Sinan ke Grand Bazaar pula.

Ni di pintu masuk Grand Bazaar. 

Grand Bazaar di Istanbul ni adalah the oldest and the largest indoor bazaar in the world. Di dalamnya ada 60 jalan dan lebih dari 3,000 kedai. Kami masuk ikut Gate 1 ini. Tak tau la pulak bazaar ni ada berapa gate.   

Suasana dalam Grand Bazaar. Ada sections yg agak ramai orang. Tapi overall tak le sesak tapi selesa ja. 

Sedikit facts about the bazaar digantung pada siling. 

Di sini ada macam2 kedai jual macam2 barangan. 

Kami jalan straight je dan tak belok2 takut tersesat pulak nanti...hihi... Lagi pun nak belok kemana. Kami tak der pun niat nak shopping...hihi...

Ramai juga pekedai di situ yg menegur kami dalam bahasa Malaysia. Agaknya sebab ramai pelancung dari Malaysia datang ke situ. 

Kami dinasihati Sinan, tour guide kami, supaya jgn shopping di situ kerana harga barangan di situ jauh lebih mahal dibanding yg dijual diluar. Also you are expected to bargain kalau nak beli barang. I mean, like, really bargain sebab they always quote harga paling tinggi sebab they expect that you will bargain. Part bargain2 tu yg saya paling tak suka...hihi...




Jalan punya jalan kami pun sampai di pintu hujung jalan tu iaitu Gate 7. 

Pas tu kami masuk dan patah balik jalan yg sama balik ke Gate 1...haha.... Ye la kan, kami ke sana cuma nak tgk suasana dan ambik2 gambar. So malas pulak nak melencong2. Lagi pun bazaar tu besar dan kami pun tak punya masa yg byk to explore.


Kelihatan masa tu dah makin ramai tourists yg datang ke Grand Bazaar ni.



Seronok gak ambik2 gambar kat situ. Tapi saya tetap hati2...hihi...



Dan sampai balik ke Gate 1. Tu je kisah kami di Grand Bazaar...hihi... Apa2 pun kira menarik la jugak tempat tu especially if you want to shop. Saya ada gak jeling t'shits kat satu kedai tu. Designs memang bagus2 dan saya sgt suka. Tapi jeling2 je la...hihi...

Tapi pada saya, saya rasa seronok sebab dapat ambik a lot of people shots :).



Ok, bersambung lagi....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. puluh ribu dollar..uishhhh....sure best klu golek2 atas permaidani tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa?... golek2?...Oh no..... Tak berani nak golek2.. mahallll...hahahaha....

      Delete
  2. Wah bestnya tengok karpet2 tu, tapi orang macam saya ni tak sesuai karpet mahal-mahal gini, malas nak urus....(alasan terbaik, yang sebenar tak de duit...hihihi)
    karpet sutera tu...kagumnya, bercahaya, lembut, memang patut pun harganya segitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya macam tak percaya karpet tu boleh menyala/berkilau cam tu dalam gelap. Tak tau pun sutera can do that.
      Sama le kita, tak mampu...hihi. At least saya dapat pegang2 karpet2 mahal tu pun jadi le...hihi..

      Delete
  3. Tam Tam sure suka suka kalau dapat karpet ribu-ribu dolar/ringgit tu!!
    yang longgok-longgok warna warni tu all Turkish Delight!
    nampak saaangat sedap!!!!!
    beli tak some?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh..... kalau saya beli karpet tu tentu lah off limit for Tam Tam! Habis la dia pi golek2 dah melekat bulu2 dia! Lagi horror kalau dia pi scratch! Gasp!! Haha...

      Betul tu doc. Turkish Delights. Sgt sedap especially saya suka yg ada pistachio. Awesomely delicious! Tapi makan seketul je yg saya boleh...haha.
      Ada beli for our families yg dalam kotak2. Tak byk, cukup2 je cause budget very very tight..hihi. For me I beli sekampit dalam 500 gram je. Tak boleh makan byk2...hihi...

      My wife ada gak belikan untuk jiran sebab tolong tengok2kan rumah kami semasa kami were away for 2 weeks+. Pas tu dia laki bini gi Turkey gak in September dan bila balik mereka pun bagi kami Turkish Delight jugak...hihi...

      Delete