Monday, October 9, 2017

MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE

Catatan jalan-jalan di Melbourne/Victoria diteruskan. 

Selepas di spending time di Koala Conservation Center, kami bertolak ke lokasi seterusnya. Singgah at a few more places before making our way to the Penguin Parade. 

Naik semula bas Gray Line untuk tour Penguin Parade. 


Dan kami diberikan tiket untuk masuk ke Phillip Island Nature Park - Penguin Parade oleh Deb the driver/guide.

Di phillip Island ni, lepas Churchill Island Heritage Farm dan Koala Conservation Center, Deb bawa kami ke Nobbies, lalu di Summerland dan last sekali the Penguin Parade.

Lokasi Nobbie, Summerland dan tempat tengok penguins di hujung belah barat Phillip Island.

Beautiful view di jalanraya di Phillip Island.

Dah nak senja. Masa tu lebih kurang pukul 5 petang. Sundown around 6:30 pm.

Sebelum ke Penguin Parade, kak Deb bawa kami ke The Nobbies.

Alahai comelnya! Ada satu family papa and mama cape barren goose with their goslings tengah meragut rumput di padang. Dengan cahaya petang pulak tu. Sweet!

Berhati-hati memandu di kawasan haiwan liar.

Suasana petang di Phillip Island.

Menyusuri pantai di hujung barat Phillip Island. Dari jalanraya boleh nampak Seal Rocks. Di situ tempatnya koloni Fur Seals paling besar di Australia. 

Boleh nampak juga Nobbies Center Coast Walk. Center ni adalah destinasi ecotourism yang terletak di Point Grant, di hujung barat Pulau Phillip, Victoria, Australia. Tapi kami tak berhenti di situ. Sebaliknya Deb akan buat satu short stop di salah satu lookout point up ahead.

Kami terus dibawa Deb menyusuri jalan The Blvd di Summerland ni. 

Dan view yang kami nampak adalah sungguh awesome. MasyaAllah.

Burung cranes kalau tak silap. Balik ke sarang agaknya since masa tu dah nak senja.

Saya share sini beberapa wonderful sunset shots di Phillip Island ni yang sempat kami rakam.

So beautiful. Sigh.

Memang di sini tanahnya datar je.

Sky with such beautiful hues of blue.

Dan kami terus tak duduk diam mengetik camera... hehe.

Dan yang bestnya Deb drive bas ni pun pelan je. Sempat la enjoy the magnificent view dan ambik gambar. 





Dan kami pun tiba di satu tempat lookout for a short photo stop. Tak sure apa nama lokasi lookout point ni so saya panggil je The Boulevard.

Ni lokasi Nobbies Center Coast Walk, pulau The Nobbies, Seal Rocks dan lookout point The Boulevard.

Lokasi Nobbies Center Coast Walk dan lookout point The Boulevard.

Beautiful view!


Ada boardwalk. 

What a spectacular coastal view!

6,000 tahun yang lalu bila paras laut mencapai tahap sekarang, ombak mula memukul Phillip Island ini. Maka terbentuklah lereng-lereng berbatu yang curam yang terdiri dari volcanic stones. 

Pemandangan Selat Bass di persisiran pantai Phillip Island di kawasan Summerland yang cukup indah ketika matahari mula terbenam. SubhanAllah.

Sisa-sisa landskap batu batan gunung berapi yang tidak henti-henti dipukul ombak.

Di sini juga adalah tempat silver gulls dan little penguins. Tapi kami tak nampak la.

Deb beritahu kami yang di bawah tu ada banyak sarang penguins. Eh... betul ke? Kuat dan resilient sungguh penguins tu panjat tebing-tebing tinggi ni!


Pemandangan Selat Bass, antara Phillip Island dan Tasmania Island. Tak nampak Pulau Tasmania dari sini. Jauh.

Kedudukan The Boulevard dan Pulau Tasmania. 

Breathtakingly beautiful.


Agaknya ada penguins burrows dalam semak ni. Tapi tentu la tak nampak penguins sebab masa siang mereka pergi buru ikan. Lewat petang baru balik ke sarang.


Dari atas ni kami boleh dengar 'keganasan' pukulan ombak.




Di anjung tinjau.

Di lookout point 'The Boulevard' tu la kami berada masa tu. Pesisiran pantai di situ berbatu dan bertebing tinggi.

Puas ambik gambar kami ke tepi jalan tempat Deb park bas. Ada pulak lopak air dengan bayang langit.  Sweet!

Best sebenarnya tour ni sebab kami memang diberi masa to enjoy the places we stopped at. Tak payah nak kelam kabut. Nice! 

Sunset over Summerland. 

Dan perjalanan diteruskan ke Penguin Parade.

Dan terus juga merakam pemandangan di Summerland ni.


Dan ada ternampak pulak sekor wallaby 😊.

Lookout point tadi.

Gorgeous Summerlands sunset.


Ini adalah penguin burrows yang ditandakan untuk tujuan pemantauan dan penyelidikan. Banyak betul!


Kalau anda nak guna bas tour macam ni, sila duduk di seat depan belakang driver ni. Luas pemandangannya.. hehe.


Ternampak juga cape barren goose.






Lubang-lubang dalam tanah di semak ni ialah rumah penguins, Penguins burrows. 



Dah nampak dah pantai Penguin Parade. 

Dah tiba masanya untuk ke Penguin Parade sebab dah dekat time penguins tu naik ke pantai dan balik ke sarang massing-masing. Kata Deb lebih kurang 6:30 pm penguins tu akan mula naik.



Dari jauh dalam bas ni kami nampak dah pantai di mana penguins akan naik ke darat. Alhamdulillah cuaca nampaknya baik.

Masa ni baru pukul 5:42 petang dah ada orang menunggu.  Mesti mereka nak dapatkan seats paling depan. Deb kata tak perlu pergi ke situ awal-awal dan tunggu lama-lama sebab ada banyak penguins dan mereka naik ke darat in batches. And the entire parade will take about 3 hours jadi tak perlu risau terlepas tak dapat tengok penguins. 

Tambahan pula masa tu cuaca sejuk dan suhu dah mula menurun sebab dah nak malam lebih-lebih lagi di kawasan tepi pantai. Kesejukan pulak nanti duduk tepi pantai tu lama-lama kata Deb. 

Also Deb bagitau we will be given ample time at the Penguin Parade. In fact, Deb suggested that we have our dinner first.

Tiba di tempat parking di Penguin Parade. Eh.. kenapa nak kena check bawah kereta pulak before driving away? Sebab takut ada penguins bawah kereta tu. Aaa... ni mesti ada kes penguins kena gelek! Kesiannyaaa! 😡😢 Tapi itu dulu. Now dah kurang sangat incident ngeri tu sebab pihak Phillip Island Nature Parks (PINP) dah divert laluan penguins tu balik ke sarang away from the parking area dengan memasang pagar-pagar rendah blocking the penguins' path and diverting. Well done PINP!!

Pintu masuk ke Penguin Parade.

Jom masuk dalam one of Australia’s most popular attractions 😃.

Suasana dalam Penguin Parade's Visitor Center.

Dan masa tu memang waktu penguins dah mula naik ke pantai. Memikirkan mesti ramai orang bersesak di viewing stand dan boardwalks, maka kami ikut cadangan Deb untuk makan malam dulu. Dah lapar benor pun masa tu..hehe 😊.

Lepas makan masih ada masa lagi. Jadi kami jalan-jalan di visitor center ni melihat pameran yang ada. 

Ada macam-macam fascinating facts di sini.

Penguins ada modified wings, called flippers, that help them 'fly' through water.  

Kan selalunya penguin dikatakan macam pakai tuxedo sebab warna bulu badan mereka yang hitam putih tu 😊. Penyelamat nyawa sebenarnya warna putih hitam depan belakang macam tu. Belakang penguin yang warnanya gelap menjadi camouflage, sama warna dengan warna gelap laut untuk elak jadi target birds of prey dari atas. Bahagian perut pulak warna putih so blend dengan permukaan laut yang terang bercahaya bila dilihat dari dasar laut. Jadi predator laut dari bawah susah nak nampak mereka. Begitulah hebatnya ciptaan Allah swt.

Di pameran ni juga ada this beautiful mural penguins balik ke burrow mereka di waktu senja 😊.

Penguins cuma ada di hemisfera selatan sahaja. 

Ada macam-macam jenis penguins.


112 cm atau 44 inci tinggi Emperor Penguin tu. Besarnya! 


Beberapa jenis penguins on display.



Okeh, dah masanya untuk kami ke viewing stand untuk tengok the real penguins. Since yang nak ditengok ni hidupan liar maka must be prepared la ada possibility tak nampak sekor pun penguins tu. 

Tiket masuk ke bahagian viewing.

These are best viewing spots.

Dan photography adalah tidak dibenarkan. Ya, kami dah tahu dari Malaysia dah yang fotografi memang tidak dibenarkan di sini. And for good reasons too. Sebabnya bila kena pancaran flash, penguins yang sangat sensitive dengan cahaya yang intense begitu akan jadi terkejut sampai ada yang akan termuntah. Yang dimuntahkan ialah ikan-ikan yang berbentuk seperti sup yang mereka simpan dalam perut untuk diberi makan pada babies mereka. So imagine la, betapa kesiannya penguins tu terkejut sampai termuntah dan babies mereka pulak jadi kelaparan. Dah la mereka ke laut sepanjang siang hari pergi tangkap ikan, masa balik nak ke sarang kena flash dan terkejut sampai vomit semua hasil tangkapan tu. Also kalau dah ketakutan begitu nanti ada possiblity penguins tu tak akan lagi balik ke pantai ini dan pergi bersarang di tempat lain yang lebih selamat. 

No photography? Jangan risau sebab pihak Phillip Island Nature Parks stated dalam website mereka boleh je download dan share foto-foto yang ada dalam galeri mereka. Bukan je foto-foto penguins naik pantai tapi ada juga foto-foto babies penguins! I like! Also sebab kalau saya tangkap sendiri sure blur gambar sebab low light....hehe. The photos in the gallery are amazing. Ada saya share di bawah tu.

Apa yang kami saksikan sebentar lagi adalah spesis penguin yang paling kecil di dunia di dalam habitat semulajadi mereka. Kami pun berjalan di boardwalks menuju ke viewing stand. 

Per below photo, kami ke viewing spot di hujung further up the beach tu. Pantai ni mengadap Summerland Bay. 

Spot viewing kami.

Kawasan viewing utama di Summerland Beach ni ada tempat duduk bertingkat dan dapat view 180 darjah.

Tenggelam je matahari, setiap hari di pantai ni penguin-penguin kecil ini akan berenang naik ke pantai dan terkedek-kedek jalan di pasir pantai, kadang kala tersadung dan tersembam (comel sangat masa ni...hehe) tapi dengan cepat bangun balik dan sambung perjalanan mereka balik ke sarang. 

Dikatakan ada banyak penguins yang naik ke pantai ni tapi dari apa yang kami saksikan mereka tak naik secara berduyun-duyun macam procession atau parade. At one time, sekumpulan 3 ke 4 ekor penguin akan naik bersama. At least macam tu la yang kami nampak. 

Yes, indeed lepas kami duduk menunggu nak dekat 30 minit bersejuk di tepi pantai tu (actually tak la sejuk benor), akhirnya naik a group of the cute little penguins. Comel la sangat! Alhamdulillah dapat tengok. Imej bawah ni tunjuk where we sat and the red arrow tu was where the group appeared from the sea, lintas pantai dan berjalan ke arah sarang-sarang mereka.

Begini la lebih kurang suasana di tempat viewing tu masa kami di situ. 

Tentang rules tak boleh ambik gambar tu, memang pihak PINP implement dengan tegas. Memang ada ramai staff mereka di sini yang bukan sahaja membantu visitors tapi juga mencegah perbuatan mengambil gambar. Macam biasa ada saja tourists yang still jugak nak ambil gambar. Saja je buat tak faham. Rules tu are everywhere and in many languages. Mana yang dikesan mengambil gambar, kamera/handphone/video recorder mereka dirampas.

Kalau nak berada di viewing spot dekat macam ni kena la bayar lebih. 

Masa kami di situ, tak la kami nampak yang berduyun macam ni. Agaknya kena tunggu lagi malam kot.


Ok, saya share pula foto-foto lain yang ada dari galeri PINP.

Seekor penguin dewasa.


Sarang penguin / penguin burrow.


Ada juga sarang yang macam ni.



Dan pada saya yang ni paling best. Ini pula foto-foto live feed dari camera yang dipasang dalam sarang penguins!


Baru balik dari laut, masuk sarang, grooming themselves and each other dulu, then lepas tu baru tidur 😊. Kalau nak tengok live feed sila click sini. Tapi malam je sebab masa siang penguins ni tak de di rumah 😊. 

Dah bertelur dah 😊.

Telur penguin.

Egg and chick. 

Ni tengah moulting, gugur bulu lama diganti dengan fresh coat. Masa ni bulu tak kalis air so duduk je di darat. 17 hari lamanya.



Masa chicks, mak bapak mereka bagi makan sup ikan yang dimuntahkan. 

Venturing out 😊.



Interesting facts about the little penguins.

Boleh tidur di laut! 

A little penguin's life.



Selesai tengok penguin kami berjalan semula di boardwalk menuju ke visitor center. Tetiba just about a few more meters dari pintu masuk ke visitor center kami lihat ada crowd. Eh? Ada apa tu? Nampak macam di jalanraya di mana ada polis traffic tahan pengguna jalanraya untuk memberi laluan kepada VIP. Laaa... rupanya ada penguins nak melintas boardwalk tu ke sarang mereka. Alahai... comelnya 😊. Bagus la PINP, betul-betul jaga little penguins ni.  

Nak bergambar dengan penguins pun boleh juga tapi jenis yang copy paste le.. hehe. 

You can also adopt a penguin! 😊

Ada kami beli DVD pasal penguins ni dan a few postcards.


Begitu la ceritanya kami di Penguin Parade. Memang satu pengalaman yang unik. Pada saya baik di sini atau di tempat lain yang kami lawat, yang best ialah peluang menyaksikan binatang native Australian yang unik dan melihat mereka in their natural surrounding. Seperti Phillip Island Heritage Park, Penguin Parade ni juga saya sangat recommend untuk kawan-kawan masukkan dalam itinerary jika ke Melbourne/Victoria, Australia. 

So, ada tak click link live feed penguins dalam sarang mereka yang saya letak di atas? Comel kan! Hehehe... 

And then it was time to go back to the hotel. Masa kami bertolak balik dah pukul 7:35 malam. Letih, but we really had a great time. Syukur Alhamdulillah.

Selamat sampai ke Melbourne selepas 2 jam perjalanan. Lena kami dalam bas... hehe. Pukul 9:36 pm masa tu. Dan Deb hantar semua passengers ke hotel masing-masing atau somewhere near their hotel. Bagusnya.

Tapi kami tak terus masuk hotel sebab French brioche yang kami beli semalam dah habis so kami ke supermarket dan beli mini choc chip muffin 😊. Nak bawak kot lapar masa jalan-jalan esok.

Resit beli muffin.

Bersambung... esok pergi Great Ocean Road pulak! Pemandangan di sana sungguh la Amazing!! 😃

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 

17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. makan muffin je?
    mana kenyang!!?? hehehehe

    jap lagi saya klik link tu.
    sebab kalau sata klik kat entry , tak akan ke window lain .. window yang ni jugak..
    kacau my stream of thoughts of commenting nanti :)

    oh my!!!!!!!
    so adorable the little ones!!!
    rasa nak picit-picit!!
    dan tarik kaki dia!!
    terkedek kedek gitu!

    berapa agaknya viewing seats yang underground tu en syed?

    terkejut sampai termuntah!!?
    kesiannya

    saya definitely adalah lebih tinggi daripada semua penguin tau!! hehehhe

    fevret saya adalah Emperor Penguin!
    so elegant

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lapik perut je tu kot terlapar masa dalam bas.. hehe.

      Ok, jgn lupa tgk tau. Live feed tu tau :).

      Ehh... jangan la, kesian penguin tu, kang sampai termuntah both ends kang.. hahaha.

      Haa... betul, tang terkedek-kedek tu yg paling tahan tgk...comel sgt! Then bila jatuh tersemban dan kelam kabut bangun balik sebab kawan-kawan lain dah ke depan and try to catch with them... melting my heart and make me go Awww.. hehe.

      General viewing is $25. Penguin Plus = $50. Underground viewing = $65

      Iye doc. Kesian kan. Dah la penat2 berenang berjam2 kejar ikan dari pagi sampai malam, balik2 diterkejut sampai muntah :(.

      Hahaha... doc pakai kasut platform mesti la lagi tinggi...hehehe

      Me like the cute little ones :).

      Delete