Monday, October 23, 2017

MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK

Ok, hari ni last day kami di Melbourne. Malam nanti akan fly back to KL. Since flight balik malam, maka siang kami masih ada masa nak jalan-jalan lagi. And berjalan we did.. sampai keletihan.. hehe.

Sarapan lebih sikit pagi tu sebab nak banyak jalan kaki. Nak explore bandar Melbourne ni tapi style orang usia macam saya le yang agak-agak dah tak larat kena la cari bangku nak rehat.. hehe. Saya je la, my wife kuat lagi...
Ooo.. vegemite tuuu.. masinnn!

Lepas sarapan, kami naik semula ke bilik dan pack. Then bawak bags turun dan checkout since standard time checkout di sini ialah pukul 11:00 pagi. Bags kami request hotel simpankan. Habis berjalan, kami akan balik semula ke hotel, take our bags and wait for transport ke airport at 7:30 pm. So kami ada masa nak jalan-jalan dari pukul 8:30 pagi hingga ke 7:30 malam.

So ke mana kami siang hari tu? Kami akan ke satu wharf, market, river cruise, mosque dan taman-taman. Ke tempat-tempat tu kami naik tram dan berjalan kaki.

First kami nak go for river cruise di Yarra river. Jadi dari hotel kami jalan ke Queen Victoria Market tram stop untuk naik tram ke Flinders Street which is near Federation Square. Kami nak cruising tu dengan Melbourne River Cruises di Federation Wharf which is belakang Federation Square. 


Turun dari tram, kami jalan ke Federation Wharf. Sambil ambil gambar, of course.. hehe.

Barber shop and tobacco shop.

Kedai topi.

City Hatters. Kedai ni dah ada sejak 1910.

St Paul's Cathedral. Since 1931.

Ini Flinders Street Station. Unfortunately for us, station ni sedang under restoration. So facade bangunan ni ditutup. 

Had a quick jengok dalam station ni. 

Ticket barriers.


Federation Square dan Melbourne Visitor Center.

Kami nak ke Federation Wharf.

Federation Square map.





Menara putih tu ialah Arts Center Melbourne yang terletak di Melbourne Arts Precinct. Sebuah kompleks teater. 

Waktu malam menara ni jadi biru diterangi dengan beberapa optic fibre tubing kira-kira 6,600 meter, 150 meter neon tubing di tiang dan 14,000 incandescent lamps pada skirt spire. Bahagian skirt menara ni ada pengaruh ballerina's tutu and the Eiffel Tower.

Arts Center Melbourne.
www.google.com.my/maps

Bangunan biru yang tinggi tu ialah Eureka Tower Melbourne. 91 tingkat. 
It was the world's tallest residential tower when measured to its highest floor, until surpassed by Ocean Heights and the HHHR Tower in Dubai. It is the second tallest building in Australia, behind Q1, Queensland, and is the tallest to roof (excluding spire). As of 2016 it is the 15th tallest residential building in the world. - Wiki.

Mendung pagi tu. Dan angin agak kuat. We'll be outdoor most of the time hari tu so hopefully tak le hujan.

Names of the towers/buildings.

Turun ke bawah untuk ke Princes Walk. 

Princes Bridge over Yarra River. Juga kelihatan Alexandra Gardens.

Turun tangga ke Princes Walk.

Ke Federation Wharf.

Pemandangan Yarra river dari Princes Walk.

Sampai dah di Pejabat Tiket Melbourne River Cruises. Tapi belum buka lagi. 

So kami jalan-jalan dulu di tebing sungai Yarra ni. Cantik views dari sini. Kelihatan Arts Center Melbourne, Eureka Tower dan Princes Bridge. 

Ada juga Melbournians yang berjogging dan berbasikal di laluan ni.  

Di seberang sana sungai Yarra ni ialah Alexandra Gardens dan Queen Victoria Gardens.

Di seberang sana sungai Yarra ni juga ada beberapa rowing clubs.

Juga ada beautiful black swans. 

Merah betul paruhnya.

Saya noticed black swan ni ada collar. Ada code F11 pada tagging leher dia tu. Agaknya itu untuk tujuan penyelidikan atau pemantauan. 

Tengah saya buat search pasal black swan, saje nak baca sikit pasal swan ni, terjumpa satu website di mana dengan nombor code pada collar swan tu, you can find out tentang swan tu dan di mana lagi dia pernah dilihat. Interesting! So saya masuk website tu, pin-point my sighting of the swan pada peta dalam website tu, upload 3 of my photos of the swan dan jawab beberapa soalan dan click 'Submit'. Immediately saya pun dapat report ni. Waa...! ๐Ÿ˜ƒ

Black swan F11 ni ada passport la! Comel ๐Ÿ˜ƒ. It's a female. Dah lebih 10 tahun umur dia ๐Ÿ˜Š.

Pin-point biru tu ialah lokasi my sighting of Black Swan F11. Dan semua yang merah tu adalah sighting of F11 by other people. Nampaknya tempat favourite dia ialah di Princes Walk tu, the location where I saw her. Wah... sampai ke hujung Royal Botanic Gardens dia merayau! ๐Ÿ˜ƒ

Black swan F11 berenang bersama pasangan dia menyusuri sungai Yarra di bandaraya Melbourne. Aaa... so sweet.. ๐Ÿ˜Š.

The Southbank skyline and Yarra River.

Memang very calming jalan-jalan di Princes Walk ni.

Ehhh... ada sekumpulan burung di sana tu!

Laa... burung-burung ni tengah bertenggek di garbage trap ni.. hehe. 

Macam burung cormorant la burung-burung hitam ni. Bila perhati, memang betul la ni burung cormorant. Teringat tengok burung cormorant tangkap ikan masa kami bercuti ke Yangshuo dan Guilin, China dulu.   

Yang hitam semua ni namanya Little Black Cormorant. What a beautiful bird.

Yang ada bulu putih ni namanya Little Pied Cormorant.

Seagulls pun ada juga.

Yang ni pulak namanya Eurasian Coot. Tengok tu kaki dia! Uniknya! Bentuk begitu membolehkan burung ni berjalan atas tumbuh-tumbuhan air. Also excellent for swimming.

Kami pun duduk di seats tepi sungai Yarra ni, just taking in the serene and calming surroundings. Sambil tu tetap juga ambik gambar.. hehe. Gigih pak cik ni rowing.  

Since di tepi Yarra river ni ada beberapa rowing club maka ramai juga yang kami nampak rowing masa tu. 


Rowing under Princes Bridge.




Inilah kawasan Princes Walk yang kami lalui.
www.google.com.my/maps

Ok dah masa untuk pergi beli tiket cruise. Tapi office kaunter tiket yang kami pergi earlier masih belum lagi buka. So kami pun decide untuk ke Southbank Promenade sebab di situ juga ada jual tiket cruise ni.

Ini pemandangan Federation Square dari Federation Wharf.

Masa ni dah mula hujan.

Kami pun berjalan semula ke arah Princes Bridge untuk melintas Yarra river ke Southbank. 

Eh.. sempat pulak bergambar.. hehe.

Ini tram stop Federation Square/Swanston Street. Dome hijau tu ialah bangunan Flinders Street Station yang kami passed by earlier. By the way, hujannya sekejap sekejap je. Dah reda dah masa ni.

Inilah area Southbank. 

Ini view Yarra river dari Princes Bridge. Di hujung tu ialah Evan Walker Bridge. 

View dari tebing sungai Yarra dari Southbank. Memang best spot ni kalau nak tengok Melbourne city.

Antara nama-nama bangunan yang dapat saya kesan. 

View ke arah Melbourne Central Business District.

And the names of the buildings.

One for the album ๐Ÿ˜Š.

Dari Princes Bridge kami turun tangga di Southgate ni ke tebing sungai Yarra.

Southbank Promenade.


Awesome view dari sini. Bangunan merah tu ialah Flinders Street Station, sebuah stesyen keretapi paling besar dan paling sibuk di Melbourne.

Berjalan ke tempat jual tiket cruise.

Tiket kaunter Melbourne River Cruises ada dijual di booth hijau tu. 


Ini Sculpture Ophelia by Deborah Halpern. Pernah dulu dikenali sebagai 'the face of Melbourne', ilham Ophelia ni adalah watak dari Hamlet, penuh dengan perasaan cinta dan kesedihan. Tu yang dijumpa di internet. Looking at it, entah pak cik tak faham.. hehe.

Di sini tiket kaunter dah buka. Masa tu around 9:30 pagi. Cruise pukul 12:10 tengahari. Jadi kami decided to buy the ticket now and come back later for the cruise.

Tiket cruise Melbourne River Cruises di sungai Yarra.

Which gave us ample time before naik cruise tu. Mulanya plan nak cruise, lepas tu ke Queen Victoria Market for jalan-jalan dalam market tu and for lunch. Since time cruise tengahari maka kami terbalikkan itinerari dan ke Queen Victoria Market dulu.

Ada banyak contengan macam ni di area ni rasanya oleh animals rights activists. 

Jadi untuk ke Queen Victoria Market, kami berjalan semula ke Flinders Street untuk naik tram ke market tu. Instead menggunakan Princes Bridge tadi, kami menyeberang Yarra river ni dengan Evan Walker Bridge ni.

Lokasi Princes Bridge, Melbourne River Cruise dan Evan Walker Bridge.
www.google.com.my/maps

Unik design Evan Walker Bridge ni.

Dari jambatan ni boleh nampak sebahagian dari Flinders Street Station (bangunan merah), yang bahagian facade depannya ditutup for restoration .

Another amazing view of the city, dari Evan Walker bridge ni.


Pemandangan Southbank dari jambatan ni.

Eureka Tower. Sehingga 2016, ia adalah bangunan kediaman ke 15 paling tinggi di dunia.

Jambatan pejalan kaki Southbank ini sekarang dikenali sebagai Evan Walker bridge, mengiktiraf peranan Prof Walker dalam mewujudkan kawasan Southbank. 

Evan Walker adalah seorang ahli parlimen yang sangat dihormati, seorang visionary yang melindungi apa yang penting tentang bandar Melbourne juga mempunyai pandangan jauh untuk mengenal pasti peluang untuk menjadikan Melbourne hebat.

Sebelum ini jambatan ini tiada nama rasmi, cuma dikenali sebagai Southbank footbridge sahaja. 

Selama beberapa tahun (2012-2015) ia dikenali secara informal sebagai Love Lock Bridge, macam yang di Paris tu. Jadi dulu pagar tepi jambatan ni ada banyak padlocks yang pasangan kekasih pasang melambangkan cinta mereka. 
Tapi pada May 2015, semua padlocks telah dipotong kerana isu integriti struktur dan keselamatan jambatan ini. Jadi sekarang ni masa kami di situ, jambatan ni nampaknya dah dah jadi 'Love Lock Lost Bridge' ๐Ÿ˜ƒ. So apa jadi pada padlocks tu semua? City of Melbourne and Craft Victoria telah mengadakan 'Love Locks lottery'. 6 orang artist menggabungkan 20,000 padlocks yang dicabut dari Jambatan Evan Walker, dibuat jadi pelbagai hasil seni dan kraf dan dipamerkan dan melalui cabutan loteri, orang Melbourne boleh memiliki hasil seni tersebut.

One panorama shot. 

And a few so-called artsy shots.. hehe.

Fyi, tengah gerimis masa ni ๐Ÿ˜Š.


The tall blue building is the Rialto.


Gigih dalam hujan ambik gambar. Sejuk ke? Not really. Dalam belas-belas ยบC.

Southbank, kawasan yang terbentang di sepanjang tebing selatan Sungai Yarra.

On the opposite is the locations of Flinders Street Station and Federation Square.

Southgate ni is a 3 level mall di Southbank. Ada banyak restoran dan kafe, kedai-kedai untuk membeli-belah dan entertainment. 

Selepas menyeberang Sungai Yarra dengan Evan Walker Bridge, kami berjalan di tepi sungai di Flinders Walk bersebelahan dengan Flinders Street Station. Ni view Southgate, IBM Tower, The Langham, Eureka Tower dan Evan Walker Bridge.

Lokasi Flinders Walk. 
www.google.com.my/maps

Joggers di Flinders Walk.


Princes Bridge, originally Prince's Bridge, adalah jambatan penting di Central Melbourne yang merentasi Sungai Yarra. Ia dibina di atas tapak salah satu lintasan sungai tertua di Australia. Jambatan itu menghubungkan Swanston Street di tebing utara Sungai Yarra dan Jalan St Kilda di tebing selatan. Ada laluan jalan raya, tram dan pejalan kaki. Jambatan sekarang dibina pada tahun 1888 dan disenaraikan di Victorian Heritage Register.
Kerana kedudukannya, Princes Bridge sering menjadi tumpuan untuk acara perayaan di Melbourne seperti  Moomba Festival, New Years Eve dan banyak celebrations lain yang berlaku di Sungai Yarra.

So pada pagi hari ini, kami bertolak dalam pukul 8:30 pagi dari Ibis Therry Street, berjalan ke Queen Victoria Market dan naik tram ke Flinders Street. Dari situ kami ke Federation Wharf dan jalan-jalan di Princes Walk. Lepas kami menyeberang Sungai Yarra dengan Princes Bridge ke Southbank dan beli tiket di Melbourne River Cruises ticket counter. Lepas tu kami menyeberang sungai Yarra again dengan Evan Walker Bridge dah jalan-jalan di Flinders Walk menuju ke tram station untuk ke Queen Victoria Market. By this time pukul 9:50 pagi.

Ni peta perjalanan kami pagi ni ๐Ÿ˜Š.


Bersambung...

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 

17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. kekasih F11 tu tak ada tag ?
    :)
    siap ada paspot! so cute!!
    jauh lak berjalan tu si F11 tu
    kemain lagi ....


    berapa km jalan hari ni ?

    yang animals right tu vegetarian ke?
    abih tu .. plants are living things as well. they have rights as well ..
    cannot eat plants jugak lah macam tu kan....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually saya excited sgt dpt info F11 tu.. hehe. Tak sangka!
      Soooo cute right!
      Pasangan dia tu tak de pulak tag. New to the area kot.
      Dia ramai kawan tu agakya, tu yg jalan jauh tu.. hehe

      Hmm.. tak sukat pulak. Rasanya ada la dlm 5 km.

      Hehehe... geram kan baca apa diaorg tulis.

      Delete