Selepas Twelve Apostles, kami ke satu lagi lokasi tebing pantai dengan pembentukan tebing dan menara-menara batu yang unik.
Sampai dah. Dekat je dari Twelve Apostles tadi, dalam 10 minit.
www.google.com/maps |
Di tempat ni, kami akan ke Island Arch, The Razorback dan Loch Ard Gorge.
www.google.com/maps |
Kami ke Island Archway dahulu.
Hujan renyai dan kadang kala agak lebat pulak masa tu. Dan angin kuat. Tapi tak terlalu sejuk.
Inilah Island Archway.
Betul la ni pulau, tapi mana arch atau gerbangnya?
Sebenarnya dulu 2 menara batu tu bersambung dengan bahagian bawah tengahnya berlubang, jadi membentuk sebuah gerbang besar seperti foto di bawah. Tapi bahagian atas arch tu dah runtuh pada June 2009.
Inilah perbandingan Island Archway dulu dan sekarang, dengan gerbang dan tanpa gerbang.
Walaupun dah tak de gerbangnya, pada masa tu ia tetap dipanggil Island Archway supaya diketahui yang asalnya adalah sebuah pulau bergerbang. Later on, 2 menara batu ini telah secara rasmi dinamakan Tom dan Eva, 2 remaja yang terselamat dari kapal Loch Ard yang karam di situ pada 1878.
Mujur la hujan tak lebat masa tu sebab area ni macam in the middle of no where as there are no shelters nearby. In the meantime, terpaksa la 'snap and wipe'... hehehe.
Kami berada di 'Tom and Eva Lookout' tu.
www.google.com/maps |
Tom Pearce and Eva Carmicheal. Ada cerita tentang mereka di bawah nanti.
Tak pasti pulak menara batu yang mana Tom dan Eva. Agaknya menara batu yang dekat dengan pantai ni ialah Tom sebab masa kejadian kapal karam tu dia yang sampai dulu terdampar di pantai. Agaknya la.. hehehe.
Lepas tu kami ke lokasi seterusnya.
Sambil berjalan tu took a few more shots of the Island Archway area.
Magnificent rock formations.
Nampak tak helikopter tu. That small speck. Must be totally awesome views from up there lah.
So mulanya tadi dari parking area kami berjalan ke Tom and Eva Lookout. Lepas tu berjalan lagi ke The Razorback. Tak jauh, cuma 2, 3 minit jalan kaki je jaraknya. Jalan pun laju sebab tengah hujan renyai... hehe.
Dan sampailah kami di The Razorback pulak. Yet another amazing views of various rock stacks.
www.google.com/maps |
Dan sampailah kami di The Razorback pulak. Yet another amazing views of various rock stacks.
View The Razorback dari atas.
www.google.com/maps |
Lokasi ambik gambar kami adalah di button merah.
Ada papan info! Awesome lah!
Jom baca sikit. Agaknya besar mana la Razorback ni dulu-dulu. Sculptured by nature.
Identifying The Razorback's anatomy using my own photo berpandukan info di atas 😊.
Gigih pak cik abang merakam.. hehe.
Adakah mungkin satu hari nanti bongkah batu panjang ni akan berlubang di tengahnya dan membentuk sebuah arch/gerbang seperti Island Archway? Possible I think.
Rasanya possible jugak kalau sebahagian, kalau tak semua, bongkah batu ni tumbang.
Di hujung sana kelihatan beberapa lagi menara batu kapur.
I'm just so in awe of this place.
Suatu ketika dulu ia adalah sebahagian dari tanah besar, kini dah jadi pulau hasil hakisan ombak, hujan and angin bergaram.
Ehh... ada gua tepi tebing tu.
Terus la zoom-in. Apa ada dalam tu? Bats?
Curam jurang tebing ni.
Lookout Points yang ada di sini pun bagus lokasinya. Pelawat dapat views yang menarik dengan pemandangan yang luas.
Zoom-in puncak Razorback ni.
Permukaan atas Razorback ni terbentuk dari percikan air laut yang ditiup angin yang mengeraskan bahagian-bahagian tertentu permukaan di situ sementara bahagian batu yang lembut pula terhakis. Tu yang nampak menggerutu. Besar kemungkinan lubang tu ialah bahagian soft rocks that were eroded away.
Dipukul ombak setiap 14 saat.
Nampak macam tebal Razorback ni.
Tapi sebenarnya nipis.
Pembentukan batu kapur bermula di bawah laut dengan pemendapan rangka haiwan laut, terutamanya haiwan bercengkerang dan alga yang kaya kalsium, terkumpul di dasar laut. Kemudian paras laut menurun dan dasar ini terdedah. Bila aras laut naik semula tebing-tebing curam dan bongkah-bongkah mula terbentuk hasil hakisan hujan dan pukulan ombak. Proses-proses ini berlaku dalam jangka masa jutaan tahun lamanya.
Terpaksa macam sorok-sorok sebab takut camera dan mobile phone basah kena hujan sebenarnya 😃.
I've said it before and I'll say it again... tempat ni sangatlah epik!
Dan kalau lokasi dah epic macam ni maka mesti la di rakam secara 'wide angle' juga untuk memuatkan lanskap yang seluas mungkin dalam satu framing.
Selesai di The Razorback, kami ke satu lagi lokasi.
Next stop, Loch Ard Gorge.
Inilah Loch Ard Gorge yang namanya adalah dari sebuah kapal bernama Loch Ard yang karam di sini pada 1878.
Bahagian Loch Ard Gorge belah kiri dari lookout point.
Loch Ard Gorge dari atas.
www.google.com/maps |
Kisah Tom dan Eva yang terselamat setelah kapal Loch Ard karam.
Tom dan Eva akhirnya dapat tahu mereka berdua saja yang selamat dari kejadian kapal karam tu. Begitu juga penduduk-penduduk Victoria dan surat khabar hinggakan Tom dan Eva menjadi selebriti. Untuk keberaniannya, Tom telah diberi medal dan wang. Orang ramai di seluruh koloni pula melihat keadaan Tom dan Eva ini sebagai sesuatu yang romantis dan nak mereka berdua jatuh cinta dan kahwin, dengan mengatakan bahawa Tuhan telah menyelamat dan menemukan mereka untuk bersama. Tom dan Eva, bagaimanapun, tidak merasakan yang sama.
Setelah Loch Ard karam, Tom hanyut dibawa ombak dan terdampar di pantai ini.
An amazing location for photography ni!
www.google.com/maps |
Tempat kami ambik gambar di Loch Ard Gorge adalah di button merah dalam imej bawah ni.
www.google.com/maps |
Cantik betul pantai ni.
Kami tengok dari atas sahaja. Ada tangga kalau nak turun ke pantai. Tapi memikirkan nanti nak panjat balik... hehehe.
Tangga turun ke pantai.
Masih lagi hujan renyai masa ni.
Di gua inilah Tom dan Eva took shelter.
Habis ambik gambar, jalan semula ke tempat parking.
More info board.
Tak sempat kalau nak go for the Shipwreck Walk sebab it'll take about 50 minutes to walk to the lookout point.
Info tentang kapal Loch Ard yang karam.
Actually kapal tu dah nak dekat sampai port dah tapi disebabkan kabus yang tebal, kapal ni tersasar dari the intended port sejauh 100 batu.
John the driver/guide ada bercerita pada kami ada satu barang kargo mewah Loch Ard yang very unlikely terselamat tapi dijumpai masih fully intact iaitu sebuah patung merak porselin yang dibuat oleh Minton di England. Ianya adalah untuk dipamerkan di Melbourne International Exhibition pada tahun 1880.
The Loch Ard Peacock, sekarang berada di Flagstaff Hill Maritime Museum. |
Selesai tengok Island Archway, The Razorback dan Loch Ard Gorge, bas pun bergerak menuju ke Port Campbell.
Port Campbell adalah tempat lawatan terakhir kami dalam 'Great Ocean Road Adventure' tour ni.
Tiba di Port Campbell.
Tak jauh Port Campbell ni dari Island Archway/The Razorback/Loch Ard Gorge, cuma 10 minit drive.
www.google.com/maps |
Dah nak dekat pukul 5 petang dah masa tu.
Bandar Port Campbell.
www.google.com/maps |
Kecik je bandar ni, macam bandar-bandar yang kami dah singgah earlier seperti Lorne dan Apollo Bay. Bandar Port Campbell ni bandar yang popular pada mereka yang travel di Great Ocean Road.
Kata John, masa musim cuti, rate bilik semalam hotel-hotel di sini jadi berlipat kali ganda lebih mahal compared dengan bandar-bandar lain di Great Ocean Road. Bandar ni jadi tumpuan sebab ia ada banyak hotel.
Ada restoran dan kafe dengan pemandangan pantai, bakeries selling homemade goodies, and plenty of vibrant shops and galleries.
Ada pantai di bandar ni. Cantik. So kami jalan-jalan kejap sambil ambik gambar.
Pantai ni mengadap Port Campbell Bay.
Kelihatan Port Campbell Jetty.
Banyak seagulls di sini.
Pantai ni panjangnya 150 meter dilindungi oleh sisi lembah di bahagian timur dan oleh pintu masuk ke Port Campbell Creek di bahagian barat.
Pantai Port Campbell ini adalah salah satu tempat mandi yang terlindung dan agak selamat berbanding dengan pantai-pantai lain yang terdedah pada laut besar.
Tempat terbaik untuk mandi pada musim panas.
Para nelayan profesional berlepas dari jeti Port Campbell ni.
Port Campbell Jetty dari atas.
www.google.com/maps |
Port Campbell Jetty ni is a popular fishing spot. Di port ni fishermen will be busy during crayfish season.
Dari bandar Port Campbell ni kami boleh nampak 2 helikopter yang mengelilingi Twelve Apostles.
Seagulls di sini macam dah biasa dengan orang. Senang nak ambik gambar.. hehe.
Berkelah di Port Campbell.
Ini The McIntyre Fountain didirikan dan dihadiahkan kepada Port Campbell oleh Mrs. Margaret McIntyre sebagai penghormatan kepada keluarga McIntyre yang merupakan peneroka pertama Port Campbell yang sampai ke situ pada tahun 1867. Mrs Margaret McIntyre adalah balu kepada peneroka asal Major Hector McIntyre seorang prajurit Perang Dunia Pertama, yang terbunuh di Ypres, Belgium pada tahun 1917. Satu lagi monument lain juga dibina di Port Campbell ini untuk memperingati suami beliau.
Yang kami nampak minum di drinking fountain ni ialah seagulls 😊.
Dengan lawatan ke bandar Port Campbell ni maka berakhirlah tour 'Great Ocean Road Adventure' kami. Dan tiba masanya untuk balik ke Melbourne. Tepat pukul 5 petang kami pun bertolak. Perjalanan akan ambil masa nak dekat 3 jam.
www.google.com.my/maps |
Perjalanan balik ke Melbourne tidak lalu jalan tepi laut tapi ikut jalan pendalaman.
Letihnya tapi seronok.
Saya tidur je sepanjang most of the perjalanan ke Melbourne. Dah low light sangat pun masa tu, susah dah nak ambik gambar lagi... hehe.
Selamat sampai di Melbourne lebih kurang pukul 8 malam. Alhamdulillah.
Kalau semalam Gray Line dropped us off di hotel penginapan kami, malam ni kami pilih untuk turun di Federation Square sebab kalau nak kami di drop off di hotel, hotel kami tu adalah antara hotel yang paling akhir sekali akan dibuat drop off. Which means nanti kami kena la dok dalam bas tu pusing-pusing Melbourne dulu dan akan sampai hotel sangat lewat.
Tiba di Melbourne Day Tour Center di Federation Square.
Saya pulak sejak sampai Melbourne up to that point masih belum merasa naik tram. So my wife kata nak bawak saya naik tram malam ni untuk balik ke hotel. Tentu la saya setuju.. hehe.
Sambil berjalan ke Tram Stop, sambil ambil gambar malam di bandaraya Melbourne. Ini dekat area Federation Square. Bangunan puncak warna tu biru tu ialah 120 Collins Street. Grand Hyatt Melbourne yang oren. Next to it is 101 Collins Melbourne.
Ini The Atrium Federation Square.
Berjalan di Flinders Street.
St. Paul's Cathedral.
Melbourne Visitor Center.
Menara warna biru tu ialah Arts Centre Melbourne.
Di bandaraya Melbourne ni juga ada basikal untuk disewa yang dipanggil Melbourne Bike Share. Bike Share adalah pilihan yang baik untuk perjalanan singkat melintasi Melbourne. Ia mudah, sihat dan murah.
Perhentian Tram berhampiran Federation Square.
Kami naik tram di intersection Elizabeth Street/Flinders Street untuk ke Queen Victoria Market which is about 10 minutes walk to our hotel.
Suasana dalam tram. Tram ni ada tempat penumpang-penumpang yang berdiri untuk bersandar.
15 minit dah sampai Queen Victoria Market.
Queen Victoria Market.
Elizabeth Street.
Ni bangunan Vision Apartments, bangunan 70 tingkat ni adalah yang ke 6 tertinggi di Melbourne.
Perhentian tram Queen Victoria Market.
Queen Victoria Market.
Di intersection Elizabeth Street dan Therry Street. Hotel kami adalah di Therry Street ni.
Okeh, begitulah cerita perjalanan-perjalanan kami bersama Gray Line's 'Great Ocean Road Adventure' tour bermula dari hotel pukul 7:30 pagi dan sampai balik ke hotel lebih kurang 8:30 malam, yang semuanya saya share dalam 5 blog entries. Pada saya tour ni memang la sangat menarik, penuh dengan pemandangan-pemandangan epic persisiran pantai wilayah Victoria yang pelbagai bentuk mukabuminya, dari pantai landai yang tersangat luas hingga tebing-tebing yang amat curam.
Secara ringkas, perjalanan 'Great Ocean Road Adventure' tour bermula dari Melbourne menuju ke Great Ocean Road yang seterusnya melalui bandar-bandar Anglesea, Lorne, Apollo Bay dan Port Campbell. Dan di antara bandar-bandar ni kami photo stop di Urquhart Bluff, Memorial Arch, Cumberland River, Twelve Apostles, Island Archway, The Razorback dan Loch Ard Gorge. Pada saya personally, bukan sahaja tempat-tempat photo stops ni menarik because of their amazing views tapi juga terdapat banyak information tentang apa yang kami lihat menjadikan keseluruhan pengalaman jadi lebih amazing dan memorable.
Satu lagi yang saya fikir menariknya tour ni ialah setiap lokasi photo stop memberikan kami pemandangan dan pengalaman yang berlainan.
🔵 Di Urquhart Bluff kami dapat lihat pemandangan pantai yang luas secara menyeluruh dari atas thus giving us a feel of how vast the beach is.
🔵 Lepas tu semasa di Memorial Arch pulak, kami dapat turun dan berada di pantai yang views nya sangat la awesome.
🔵 Then di Cumberland River pula, kami dapat pengalaman berhenti di tepi jalan dan berada di tebing pantai yang rendah untuk bukan sahaja menyaksikan keindahan alam di situ tapi juga menyaksikan dengan lebih dekat lagi batu batan gunung berapi yang membentuk kawasan pantai wilayah Victoria ini.
🔵 Manakala di Twelve Apostles, Island Archway, The Razorback dan Loch Ard Gorge pula kami dapat tengok hasil kehebatan kuasa alam yang membentuk menara-menara batu kapur yang tinggi di tepi pantai.
Syukur Alhamdulillah.
www.google.com/maps |
Jadi adakah saya recommend kawan-kawan pergi experience jalan-jalan di Great Ocean Road?
Sangat 😊.
Bersambung...
Sangat 😊.
Bersambung...
Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN
17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
kal KL pun dah banyak sewaan basikal yang macam tu.
ReplyDeletescan the QR code and unlocked and ride
Razor back tu dah nampak sangat tipis!!
mungkin dalam puluhan tahun nanti berderai lah jatuh ke dalam laut kan?
pakcik eh abang eh pakcik eh abang rasa sempat tak tunggu saya sampai ke sana ? eh ... hehehe
Oh ye ke? Cool.
DeleteSempatttt... lama lagi benteng tu nak runtuh... hehe