Wednesday, October 18, 2017

MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES

Seterusnya kami ke lokasi yang kami begitu teruja nak lawat iaitu the Twelve Apostles. Lepas lunch di bandar Apollo Bay, kami terus dibawa John (driver/guide) ke sana dalam Gray Line's 'Great Ocean Road Adventure' tour. 

Setakat ni perjalanan kami dah cover dari Anglesea hingga ke Apollo Bay. Now menuju ke Twelve Apostles.

Leaving Apollo Bay.

Dan passed through inlands with lush green scenery.


Kebetulan warna kereta tu merah, so it really 'popped' amongst the green surroundings. Nice.

We also passed Great Ocean Road most southern tip. 

Lokasi Great Ocean Road most southern tip. 

We passed by beautiful areas of forests di wilayah-wilayah Glenaire dan Johanna.




Ladang-ladang luas di kawasan Johanna.

Ada banyak lembu-lembu dan biri-biri.


Banyak dairy cows nampaknya di sini.


Tunggu time je agaknya biri-biri ni nak kena cukur 😊.

Kalau awal tadi masa mula melalui Great Ocean Road ni dari Anglesea hingga ke Apollo Bay, pemandangan-pemandangan adalah views laut dan pantai. Sekarang perjalanan dari Apollo Bay hingga ke Twelve Apostles pemandangannya adalah hutan, gunung dan ladang. Alhamdulillah, seronok dapat menyaksikan pelbagai keindahan bumi Victoria ni. 










Passing by kawasan Princetown.


Bintik-bintik putih di bukit hijau beralun tu ialah biri-biri. Banyak!

Dan kami pun sampai di Twelve Apostles. Excited 😊.


Main attraction di Great Ocean Road ni adalah Twelve Apostles. Tak sabar masa tu nak tengok tunggul-tunggul batu besar tu 😊.

'Selamat datang' 😊.

The Twelve Apostles adalah sebahagian dari Port Campbell National Park.

Dari 'You are here' kami jalan atas boardwalks warna brown tu ke area '1' dan seterusnya ke Castle Rock. Tak jauh, cuma 15 ke 30 minit jalan kaki.

Jom ke Lookout Point '1'. 

Dan mesti la ramai bergambar di signboard ni 😊. 

Small, secretive and ofteh hard to see. Apa tu?

Ooo.. rupanya referring to the inhabitants dalam bushes ni. Sini bushes pun cantik 😊.

Fascinating!

And these are the inhabitants. Comel-comel belaka! 😊 Tapi tak de kami nampak sekor pun. Actually masa tu laju je jalan ke Lookout Point '1'.. tak sabar dah... hehe.

Beautiful bush areas between the farmland and the ocean.

Pastikan baca semua papan amaran yang ada di situ. 

Dan kami pun tiba di Lookout Point '1'. 

SubhanAllah....

Amat hebat ciptaanNya. 

Tunggul-tunggul gergasi di laut tu dipanggil apostles. Asalnya ada 12 semuanya, now tinggal 8 sahaja sebab habis dihakis dan akhirnya runtuh akibat dipukul ombak non-stop. 

Hujan renyai masa tu, tak la lebat. Still boleh lagi ambik gambar. Tapi asyik ngelap kamera je la.. hehe.

Zoom-in nak lihat apostles ni dengan lebih dekat. 

The Twelve Apostles dari atas.

Kami di button merah tu.

As usual saya excited bila ada info board macam ni.. hehe.

Apostles ni terbentuk oleh hakisan: keadaan cuaca yang ekstrem dan ombak dari Lautan Selatan secara beransur-ansur menghancurkan batu kapur lembut untuk membentuk gua-gua di tebing, yang kemudiannya menjadi gerbang, dan akhirnya runtuh; meninggalkan tunggul-tunggul batu setinggi 50 meter.

Apostles ini terdedah kepada pukulan ombak 24/7. Pada 3 Julai 2005, tunggul setinggi 50 meter (160 kaki) runtuh, menyebabkan tinggal lapan. Pada 25 September 2009, disyaki satu lagi tunggul besar akan runtuh, tapi satu tunggul kecil yang runtuh. Kadar hakisan di dasar tiang batu kapur ni adalah kira-kira 2 cm setahun. Oleh kerana pukulan ombak yang non-stop mengikis tebing, dataran tinggi yang sedia ada dijangka satu hari nanti juga akan menjadi kumpulan tunggul-tunggul batu kapur yang baru.





Asalnya ada 12 tunggul-tunggul batu besar tu.

Twelve Apostles ni adalah koleksi tumpukan batu kapur di pantai Taman Negara Port Campbell, di tepi laluan Great Ocean Road di Victoria, Australia. 

Jarak yang dekat antara apostles ni telah membuatkan lanskap laut ni popular. Kini tinggal 8 apostles sahaja, yang ke 9 dah runtuh secara dramatik pada bulan Julai 2005.

Memang best ambil gambar dan bergambar di sini. 

View dari atas lokasi Lookout Point '1'.


Teringin juga snap satu untuk kenangan..hehe.

Time to go wide 😊.

Bila berada di lokasi yang epik macam ni, maka haruslah capture secara wide-shot 😊.

Di hujung sana tu ialah Castle Rock. Lepas habis ambik gambar di sini, kami akan ke sana pulak.

SubhanAllah, cantik sangat!

Kena la berhati-hati masa nak guna kamera sebab masa tu masih lagi hujan renyai.

Crowd ok masa tu. Tak sesak. 


A couple more wide shots. 



Ini adalah salah satu batu apostles yang paling dekat lokasinya dari anjung tinjau.


Air hujan meresap masuk ke dalam retakan dan melarutkan batu kapur yang lembut. 



View Twelve Apostles dari sudut lain.



Castle Rock.

Boardwalks overlooking Twelve Apostles.



Terus berjalan ke Castle Rock sambil sekejap-sekejap berhenti ambik gambar. 



Pemandangan belah kiri Castle Rock. 



Pemandangan belah kanan Castle Rock. 

Di satu lagi lookout point sebelum ke hujung Castle Rock.

Sampai di Castle Rock. Tak jauh dari Lookout Point '1' tadi. Ada la dalam 10 minit jalan. Ni pemandangan Twelve Apostles dari Castle Rock.


View Castle Rock dari atas. Huisshh... dah pipih dah. Agaknya tak lama runtuh la tu.


Dulu formasi tunggul-tunggul batu ini dipanggil Sow and Piglets. Bila Kerajaan British memerintah Australia, tempat ini nak dijadikan tarikan pelancongan, so ditukar kepada Twelve Apostles yang lebih berciri fahaman Kristian. Nama ini kekal digunakan sehingga ke hari ini.


Views dari Castle Rock.

Dua formasi bongkah ni dipanggil Gog & Magog, tidak membentuk sebahagian dari Twelve Apostles. Nampak tak helikopter tu?

Disebabkan hakisan ombak dan hujan yang berterusan, tunggul-tunggul batu ni satu hari nanti akan lenyap. At the same time, bongkahan baru akan terbentuk dari tebing-tebing yang ada sekarang. 



Dan semestinya zoom-in lah 😊.




Amazing rock formation.




Tengah zooming, terperasan ada bintik-bintik putih pada rock stack yang ini. Apa tu?

Ooo... burung-burung rupanya!

Macam burung cockatoo rupanya.



More wide angle shots 😊.





Saya suka betul tengok bushes and vegetation di sini. 





Kalau nak tengok Twelve Apostles dan kawasan sekelilingnya dari udara, boleh guna service helikopter yang disediakan untuk pelawat. Peserta bas Gray Line pun boleh juga tapi sebab bas tak boleh tunggu lama, maka kalau tak sempat mendarat on time, nak balik ke Melbourne kena buat arrangement sendiri.

Last few shots before leaving.




Panorama satu 😊.

Ehh.. ada poetry pulak.





Helikopter mendarat. I wonder adakah bunyi helikopter yang kuat tu menganggu haiwan-haiwan liar di situ.


Balik semula ke bas. 

More amazing rock formation after this 😊.

Bersambung....

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 

17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. cantiknya ciptaan Allah ...
    amazing sceneries..

    turun naik turun naik saya scroll

    gog and magog tu yajuj majuj kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doc, SubhanAllah.
      Tu la, bila kita travel, kita dapat lihat kebesaran Allah swt.

      Betul.

      Delete
  2. wide angle tu en syed guna apa?

    lupa lak
    amazing panorama!
    as usual!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna wide angle lens clip-on to handphone
      Also guna 360 degree camera.

      Thanks doc :).

      Delete