Monday, November 7, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

"When r u planning to visit kuwait?"
Begitulah pertanyaan kawan baik saya. Beliau currently sedang bertugas sebagai Duta Malaysia di Kuwait. 

Maka ligat la saya mencari info tentang Kuwait. Tapi tak banyak saya tahu tentang tempat-tempat percutian di sana kerana yang jumpa di internet pun cuma sedikit sahaja. Tapi kami tak risau kerana kawan saya telah pun memberi beberapa cadangan tempat-tempat menarik yang boleh kami lawat.

"U may want to cover two places to maximise your cost".
"Break your journey for a night or two, in Dubai for instance. These countries have VoA facilities".
Suggestion made by my friend which to me was an excellent one. Betul juga sebab harga tiket kapalterbang ke sana bukannya murah. Maka begitulah ceritanya bagaimana lawatan ke UAE juga masuk dalam itinerari kami. 

So next thing to do is to pujuk my wife lah.. hehehe. Mesti la sebab cost flight yang mahal, juga kos-kos lain. Also kena ambik cuti panjang. Lagi pun tak syok la travel sorang-sorang kan. Alhamdulillah she agreed :). 

After discussing further with my friend about the details, my wife and I finally book the flights. Apparently, according to him period antara October dan November is ok, just after hot season dan by December dah mula sejuk. Alhamdulillah our timing was just nice.

Kami terbang bersama Emirates. Jadi rancangannya kami ke Kuwait dahulu. Lepas tu jalan-jalan di Dubai dan Abu Dhabi sebelum balik ke Malaysia.



Nak masuk Kuwait kena dapatkan visa. Ada VoA tapi boleh apply secara online which we did. Lepas 2 jam dah dapat approval. Cepat betul.

Persiapan seterusnya ialah tukar duit Kuwait. Susah nak cari till my wife sugested that we try di Kuwait Finance House di KL Sentral. Kena ada duit Kuwait sebab nanti senang nak bayar for Visa KD3 (RM40.00) di airport Kuwait.

Memang la rasa perit bila tukar duit kita dengan duit matawang tertinggi di dunia. KD1 = USD3.50 = RM14. 
Staff di Kuwait Finance House ini suggested supaya kami tukar dulu baki duit Kuwait tu ke duit US sebelum pulang ke Malaysia. 

Ini sample duit Kuwait. Sangat cantik designnya in my opinion. 

Duit UAE pun tukar juga.

Persiapan seterusnya, macam biasa si comel ni kenalah di boarding. 

Sangkar besar untuk dia :).

Rakan-rakan sebilik :).

Terus je berkenalan.. hehe.

Perjalanan bermula. Sempat kami bersolat Subuh di rumah dulu sebab flight pukul 10:30 pagi.

Lengang KLIA masa tu.

Penerbangan kelas ekonomi bersama Emirates. Last sekali naik Emirates ialah pada 2002 masa buat umrah. KLIA ke Dubai ke Kuwait.

Lepas check-in, isi perut. 

Sempat ambik-ambik gambar dulu sebelum ke entrance Perlepasan Antarabangsa :).

Emirates EK 345 di Gate C27.

Naik Aerotrain lah.

Di tempat menunggu. 

Naik Boeing 777-300 ER.

Masa tengok iklan di TV tempat menunggu ni, teringat masa nak check-in tadi, masa di pintu Perlepasan Antarabangsa dan masa di security checks kami ditanya kalau kami ada membawa handphone Samsung Galaxy Note 7. Sejak berita bateri/phone tu meletup tersebar luas, maka ianya telah ditegah dari dibawa ke dalam kapalterbang. In fact, same question was asked masa di airport Dubai dan Kuwait. Kalau ada yang bawak, kena bagi pramugari.

Pramugari kata ada 200 tempat kosong. Tak rugi ke Emirates? Anyway, kesempatan ini digunakan oleh many passangers untuk occupy 4 seats and tidur :).

Macam-macam ada. Also saya nak emphasis yang leg room boeing Emirates ni adalah sangat luas. Sungguh selesa. 

Menu pun nampak sedap :).

A few shots sebelum laut biru.

Penerbangan ambil masa 6 jam 40 minit. Macam biasa Kapten kapalterbang perkenal diri dan crew. Hari tu pesawat ni ada crew dari 11 negara dan boleh cakap 14 bahasa. 
Seperti pengalaman flights kami yang lalu, bila terbang over Laut Adaman mesti ada turbulence. It was quite rough. Paling teruk bila tiba-tiba kami terlambung ke atas dan ramai passengers yang menjerit. SubhanAllah. Tentunya kami banyak-banyak berdoa.  

Dah tak de turbulence, kami dihidang makanan. Macam-macam ada.

My wife had the chicken curry with steamed rice, sautéed cauliflower and green beans. And I had the sweet and sour perch with e-fu noodles and vegetables. Alhamdulillah, sedap :).

Juga ada cajun chicken salad.

Ada bun dan dessert strawberry and lime charlotte. 

Also ada 'Your Little Bites'.

Romesco Grilled Bell Pepper spread and Tomato and Piri piri dip. 

Lightly Sea-Salted Bruschetta Slices and Jacob's Table Crackers.

Tic Tac and chocolate. 

Dah kenyang, tidurrrr... :).

Bangun tidur rasa lapar so mintak noodle cup.. hehehe.

Tengah makan mee segera, tiba-tiba pramugari datang bagi makan lagi menghidangkan chicken ciabratta sandwich with lettuce and potato salad and also fruit cake. 
Hambik kau.. kekenyangan sangat.. hehehe....


Dah nak sampai Dubai.

Flying over Gulf of Oman.

Beautiful blue sky... MasyaAllah.

Nampak tanah dah. Tengahari masa tu so view memang terang dan cantik. 

Sempat saya rakam beberapa keindahan pemandangan bentuk mukabumi semenanjung Arab ni. MasyaAllah... cantik sangat. 









Padang pasir yang sungguh luas sekali.


Zoom ke permukaan padang pasir yang beralun-alun.

Sudah mula kelihatan kawasan kediaman.


Approaching the Dubai International Airport.



Di sana kaler bangunan-bangunannya semua lebih kurang je. Agaknya tak perlulah nak macam-macam warna disebabkan pasir yang berterbangan. 


Sistem jalanraya moden UAE.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Dubai International Airport pada jam 1:10 tengahari waktu tempatan. Dubai lewat 4 jam dari KL.

Taxiing to Terminal 3. 


Deretan kapalterbang Emirates.

Eh.. tu Burj Khalifa lah.. hehehe.. excited :).

Disembarking. Kena cepat ke transfer Gate sebab cuma ada sejam lebih je. 

Welcome to Dubai.

Kami harus segera ke Gate B19 untuk penerbangan seterusnya dengan EK857 ke Kuwait.

Sambil tu sempat merakam suasana di Dubai International Airport ni. Semuanya serba canggih.


Naik tren ke Gate B19.

Dah jumpa gate, kami pun bersolat dulu.

Flight pukul 2:25 petang naik Airbus 380. Penerbangan adalah selama 1 jam 30 minit.

Berderet-deret kapalterbang Emirates menunggu giliran nak berlepas. Sibuk betul airport ni.

Seperti flight KL-Dubai tadi, flight ni pun banyak seats kosong. 
Flight yang ini Kaptennya orang USA dan co-pilots dari Mexico dan Switzerland. Ketua Pramugaranya pula dari Argentina dan krew kabin dari Mauritius dan India.

Terbang over Persian Gulf menuju Kuwait.


Jom tengok apa barangan duty free Emirates :).

Nice!

Hidangan dalam flight ni. Kelam kabut makannya pun sebab flight tak lama.. hehehe. Btw, makanan flight Emirates memang sedap!

Pemandangan padang pasir yang cukup luas sekali.

Alhamdulillah kami selamat mendarat di Kuwait International Airport. First thing kami noticed was how green the airport is. 

Penerbangan kami dari KLIA ke Dubai International Aiport ke Kuwait International Airport. Lebih 8 jam.

Welcome to Kuwait.

Kami disambut oleh pemandu kawan saya En. Bassam dan kami terus dibawa ke kaunter Visa. Beli dulu setem Visa ni dan dengan setem ini bersama printout e-Visa serta passport, beri kepada Visa Officer di kaunter Visa. Setem tu berharga KD3 (RM40) seorang dan boleh dibeli di mesin setem Visa. 

Lepas tu ambik beg. Lama jugak menunggu. 

Dan inilah rakan baik saya sejak kami Tingkatan 1. MasyaAllah, seronok betul dapat jumpa dia masa ni. Lama sangat dah kami tak jumpa sebab sebagai Duta dia telah bertugas di beberapa negara. Ini adalah lawatan saya jumpa dia yang ke 3. Dulu pernah saya lawat dia di Tokyo dan Budapest. 

Kami kemudian terus dibawa ke residence di mana kami menumpang menginap selama kami di Kuwait. Syukur Alhamdulillah kami dapat menumpang kerana kalau nak duduk hotel tentulah sangat mahal. 

Kuwait bersempadan dengan Arab Saudi di selatan dan Iraq di utara. Ada 4.2 juta penduduk, 30% Kuwaitis dan 70% expats. Mempunyai ranking tinggi dalam metrik serantau kesaksamaan gender.
Kuwait adalah negara raja berperlembagaan dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang disokong oleh rizab minyak keenam terbesar di dunia. Dinar Kuwait merupakan mata wang tertinggi bernilai di dunia. Menurut Bank Dunia, negara ini mempunyai pendapatan per kapita yang keempat tertinggi di dunia. Perlembagaan telah diisytiharkan pada tahun 1962, menjadikan Kuwait negara yang paling demokratik di rantau ini - wiki.

Jalanraya/Lebuhraya adalah luas dan sistem jalanraya di Kuwait adalah sangat moden dan baik. 


Kuwait City, ibu negara. 
Mula dah nampak kereta-kereta mewah :).

Dari dalam kereta sempat kami rakam sunset in Kuwait :). Kuwait lewat 5 jam dari KL dan lewat sejam dari Dubai.



Dan tentunya no photography di embassies enclave.

Selepas settle in dan freshen up, kami dibawa ke restoran Beit Dickson di Hamad Al-Mubarak St, Salmiya, Kuwait, yang menghidangkan Kuwaiti Cuisines untuk makan malam. 
Restoran ini dinamakan sempena Kolonel Harold Dickson, seorang pentadbir kolonial British di Timur Tengah dari tahun 1920-an sehingga 1940-an, dan pengarang beberapa buah buku mengenai Kuwait.

Menu yang cukup menyelerakan. Excited sungguh kami nak rasa buat pertama kalinya masakan Arab Kuwait :).

Ordering dinner. Of course kawan saya yang tolong orderkan.. hehe. Staff restoran ini memakai pakaian wanita tradisional Kuwait.

Semestinya makanan Arab mesti ada roti. Kami dihidangkan dengan 2 jenis roti yang dua-duanya sedap :). Lentil soup juga sedap dan appetizers. 

Hummous sedap sangat, blinded with tahina (tasted ground sesame seeds) with spices and olive oil. The vege, the soup and the roti Arab panas tu semua sedap lah :). Roti Arab tu was served hot, lembut dan rangup dan makan macam tu je pun dah sedap :).  

Menu di restoran Beit Dickson.

Bergambar dulu sementara menunggu hidangan sampai. Nanti masa mulut tengah penuh mana nak ambik gambar.. hehe.
Photo courtesy my friend :).

Murabian yang super delicious. The rice was so surprisingly tasty and tender and the shrimps were fresh and excellently seasoned. Honestly, never have I ever tasted something so scrumptious. MasyaAllah.

Ini pula ialah chicken machbus. So tender and tasty! Juicy and succulent!

Dessert cream caramel dan teh Arab. My friend kata kalau dah habis minum teh Arab tu dan tak nak lagi kita mesti goyang-goyangkan gelas tu. Kalau tak akan di refill :).

Dan tentunya saya explore restoran yang cantik ni :). Ada 'Old Souk' feel.

So beautifully rustic and inviting :). 

Di koridor luar ada lorong macam bazaar Arab dulu-dulu. Ada banyak artifak Kuwait dan memorabilia. 

Awesome lah sangat! Saya suka betul tengok barang-barang tu!



Sampai ke dapur kami explore.. hehehe... Chef tengah buat roti Arab. Baunya cukup harum!   

Syukur Alhamdulillah. Penerbangan-penerbangan kami selamat dan kami selamat sampai ke Kuwait. Dapat pula tumpang menginap di rumah rakan. Dan dapat menikmati hidangan makan malam pertama kami di Kuwait yang sungguh sedap. 

Dan yang saya paling seronok sekali ialah dapat saya berjumpa kawan baik saya setelah bertahun lamanya. Banyak yang kami borakkan, catching up. So Dato', if you are reading this, we convey our most heartfelt gratitude and appreciation for all the wonderful things you had done for us, for taking such good care of us and for putting up with us. Hanya Allah swt sahaja yang boleh membalas kebaikan Dato'. 

Bersambung....  

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

12 comments:

  1. apeni main cium cium aweks sebelah bilik Tam Tam !!!!??

    200 seats kosong??
    apesal tak baring!!??
    kalau saya .. saya dah baring!
    hehehe
    kenapa dari Dubai ke Kuwait naik A380 yang lagi besar?
    ke sebab nanti A380 tu terbang ke Europe lak lepas tu ?
    banyaknya makanannn !!

    lip smackers tu dah laama saya nak beli tapi tak beli beli lagi.macam berbaloi je sebab banyak gitu ..
    ingatkan a very high stiletto tu.. rupa-rupanya perfume! :)

    gambar mukabumi tu dah macam masa kita bukak google earth lah en syed!!
    cantik!!

    yang kat Budapest 18 tahun lalu yang saya tak sempat-sempat lagi komen tu [ hehehe] kawan yang ni jugak ke?

    alhamdulillah ada kawan kat sana..
    kalau tak besar jugak belanga nya!!
    rm 14!!?
    pensan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe... berkenalan la tu.. hehehe.. serta merta je berlakunya pun. Masukkan je dalam sangkar tu terus je greetings dgn kucing sebelah :).

      Yep, 200 empty seats. Ada saya baca mmg Emirates akan start using big planes for short distances even yang under 1 hour starting December tahun ni. Ada la tu reasons nya tu.

      Terfikir jugak nak baring tapi seats kami tu pun dah cukup selesa. Leg room selesa. Tak de orang di seats depan dan belakang, so really boleh lean back the chair maximum :).

      Hahaha... tu la bila bangun tidur mesti lapar. Dalam menu pun state boleh mintak mee segera :). Ni despite having big flight meals... hahaha.

      Kan. Me too, hampir nak beli because it will be super fun to photography.. hehehe.
      Hehehe... me too. I thought they sell shoes also!

      It was really amazing. Jarang dapat experience tgk mukabumi macam tu. Berdas-das saya capture :).

      A'aa... the same friend. From time to time saya check jugak kalau-kalau dia dapat posting negara lain :).

      Alhamdulillah. Betul sgt doc. Kalau kami nak dok hotel, memang la tak mampu. Unless kalau suka couchsurfing la.

      Hari tu banyak jugak tukar duit. Ended up after the trip most masuk bank balik.. hehehe.

      Delete
  2. awesome gambar mukabumi dari atas kapal terbang.....cantik gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah kami dapat tengok earth surface macam tu. Kagum sangat. MasyaAllah.

      Delete
  3. Bestnya en syed!! sebab saya tak pernah ke belah arab..maka memang lah terpukau tengok semua gambar dari udara tu!
    tapi lebih tertarik tengok makanan dan ambience reastoren tu. what a feeling!!

    ada kerja kosong tak kat sana? hahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg la best GB. InsyaAllah satu hari nanti GB akan dapat juga ke sana. Dah mula menabung untuk haji kan? :)

      Restoran tu mmg best. Bukan je makanannya sedap, tapi, like you said, the ambience pun best jugak. Bulat mata saya tengok the memorabilia :).

      Kerja kosong kat embassy ke atau kat restoran tu? Hehehe...
      Kalau di embassy ada vacancy saya dah apply dulu dah.. hahahaha...

      Delete
  4. En. Syed, kalau pergi Kuwait ngan Malaysia passport, tapi tak apply e-visa dlu, leh tak?
    VOA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh dapatkan terus VoA.
      Kami applied for the eVisa tu as suggested by my friend and urusan dapatkan visa di airport lancar sebab borang dah siap isi dan approval dah dapat terlebih dahulu secara online.

      Delete
  5. Assallammualaiikum En. Syed,
    saya dn suamii berminat nak cubaa cari pekerjaan dekat kuwait nii.. x kesahh la keje apa pun..sektor ladang ke kilang ke.. en. syed boleh tolong kmi x... please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Puan.
      Maaf Puan saya tak dpt nak tolong. Kalau saya boleh definitely saya tolong. Saya tak ada sebarang contact or any other sources to help you and your husband. Kawan saya tu pun dah lama balik Malaysia.
      Perhaps Puan boleh contact terus kedutaan Malaysia di sana. Mungkin mereka boleh tolong dan beritahu bagaimana proses nak cari pekerjaan di sana dan juga beri nasihat2 yang betul dan membantu.
      Honestly, sebelum ini saya tak pernah lagi terima request macam Puan ni.
      Maaf ya.

      Delete