Friday, November 18, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN

Hari ke 3 di Kuwait. Jadi apa rancangan kami hari ni? Jalan-jalan lagi le :).

Tapi pagi ni lain sikit. Kawan saya tu, who is an avid marathon runner akan turut berlari dalam satu larian di Kuwait City pagi ini. Jadi kami pun ikut la sekali. Ehh... bukan ikut lari bersama tapi ikut menghantar je.... hehehehe. 

Pagi yang cukup indah. Hampir kami tak terbangun solat subuh kerana belah malam di Kuwait begitu sejuk nyaman sekali :). 

Lepas sarapan kami terus bertolak.

Macam biasa capture suasana pagi di Kuwait ni. Terang dah masa ni dalam lebih kurang pukul 7:30 pagi.

Bas awam Kuwait City. Fully air-conditioned of course.



Kami ke Radisson Blu Hotel Kuwait. Di sinilah para peserta larian akan mendaftar dan dibawa ke lokasi permulaan perlumbaan. Hotel in terletak di kawasan membeli belah Salmiyah dan pantai Messilah.

Waaaa.. ada bot-bot kayu di hotel ni. Menarik ni. Terus kami planned nak explore area hotel ni while my friend and his brother who also joined him finished their run. Lepas mendaftar semua peserta dihantar ke lokasi di tepi pantai di mana larian bermula dengan menaiki bas. 

Okeh, jom jalan-jalan. Waa... ada dhow yang sangat besar!

Nama dhow ini ialah Al Hashemi II. Merupakan dhow terbesar yang pernah dibina, dan merupakan salah satu daripada kapal-kapal kayu terbesar di dunia hari ini. Also the Guinness World Record holder for largest Arabic dhow.
Panjangnya 84 meter dan lebarnya 19 meter.

Sejarah Kuwait adalah sangat berkait rapat dengan laut. Sejak beratus tahun dahulu dhow banyak digunakan untuk berulang alik dari teluk ke India dan Pantai Timur Afrika. Perkataan dhow asalnya adalah dari bahasa Swahili yang bermakna kapal kayu Arab. Dan Kuwait adalah salah satu negara teluk yang handal dalam membuat dhow di rantau ini.

Al Hashemi II ni sebenarnya tidak pernah dilayarkan tapi dibina betul-betul seperti kapal yang boleh berlayar, water tight and everything. Ada Grand Ballroom dalam tu yang boleh digunakan untuk majlis perkahwinan, persidangan, seminar, mesyuarat, makan tengahari dan makan malam dan boleh muat 1,000 orang. 
 
Dalamnya juga ada 12 bilik mesyuarat yang boleh muat 650 orang, dan 2 boardrooms yang serba lengkap dengan peralatan komunikasi berteknologi tinggi. Di tingkat kedua Al-Hashemi ada teres terbuka berukuran 1,000 meter persegi merupakan tempat yang ideal untuk koktel dan majlis makan malam.

Ada juga meriam-meriam lama di kubu ini. 


Juga ada sebuah kapal kecil which seats 10 rowers.

Bergambar kejap :).


Papan keterangan tentang Al Hashemi II.


Kemudi kapal Al Hashemi. Sangat la besarnya!

Sehingga kebangkitan industri minyak, ekonomi Kuwait bergantung terutamanya kepada tiga aktiviti maritim: pelayaran perdagangan, pembinaan kapal dan menyelam mutiara. Saya fikir agaknya sampan-sampan sebeginilah yang digunakan masa tu.

Gelungan tali kapal.

Tiada siapa yang tahu bila armada pertama melayari laut dalam bersama monsun timur laut dari Teluk Arab ke India dan Afrika. Asal-usul dhow sendiri samar dalam sejarah purba. Ada yang mendakwa bahawa kapal-kapal pelayaran Arab adalah berketurunan langsung dari kapal Phoenicia. 
Di antara semua jenis kapal di dunia, dhow paling lama digunakan sebagai pelayaran komersial, selama beratus-ratus tahun. Dan selepas sebahagian besar armada pelayaran komersial di dunia telah ditukar kepada kuasa enjin, dhow terus membuat pelayaran bermusim mereka, sehingga akhir tahun 1950-an, masih dikuasai hanya oleh angin.


Replika kampung Kuwait lama era pra-minyak. 

Ada anjung mengadap laut. Nice and breezy.

The hotel has its own 300-meter private beach on the Arabian Gulf with outdoor and indoor pools.

Pemandangan laut teluk.

Pemandangan Kuwait City.


Pantai di sebelah hotel.


Binaan replika kota lama Kuwait. 

Juga ada tugu peringatan yang dibina oleh Hotel Radisson Blu untuk memperingati rakyat Kuwait yang terkorban dan dijadikan tawanan perang sewaktu Perang Teluk.
'In remembrance of our martyrs and prisoners of war'.

Di Radisson Blu Hotel ini juga sebuah lagi bot iaitu dhow Mohammedi 2.

Jom naik.. hehe. Kami exploring tu macam kami ni guests hotel ni je..hahaha. Sebenarnya at first kami tak sure kalau bukan guest dibenarkan jalan-jalan dalam kawasan hotel ni atau tidak. Then my friend said can... awesome lah.... hehe. 

Kalau Al Hashemi II dijadikan Grand Ballroom, Mohammedi 2 ini pula ialah sebuah restoran namanya Al Boom Steak and Seafood.

Saya rasa masa malam cuaca nyaman, customers restoran ni akan duduk-duduk lepak di deck atas ni sambil minum-minum dan bersembang. 

Walaupun sebuah replika, dhow Mohammedi 2 dibina mengikut specs original sebuah dhow. So feel like we were on the real thing la. Tak sangka dapat peluang ni :).

And explore we did :). Belah kiri tu ialah Radisson Blu Hotel.



Di hujung sana tu ialah Al Hashemi II.

Ship's steering wheel and binnacle. Pada binnacle tu ada kompas kapal.

Panas so kami turun deck bawah. Di sini seatings for the restaurant. 

Tutup restoran ni masa ni. Maka bebas le kami explore dan ambik gambar.. hehe.

Kemudi dhow Mohammedi 2 yang sangat besar. 

Dari dhow Mohammedi 2 ni boleh nampak jelas Radisson Blu Hotel. Hotel ni bertaraf 5 bintang.  

We decided to cool ourselves so terus masuk dan duduk di lobi hotel sambil menunggu peserta larian mengakhiri larian mereka di depan hotel ni. 

Tunggu-tunggu tak jugak nampak pelari. So kami decided to go to the Kuwait Marine Museum yang letaknya sebelah dhow Al Hashemi II tadi. Kami tak terus ke muzium tu tadi sebab we thought the run would have finished by then dan kami tak mahu la kawan saya tu menunggu kami pulak. Not nice la. Biar kami yang menunggu :). 

Kami ikut laluan dalam hotel ke muzium tu untuk elak panas di luar.... hehe.


Memandangkan masih lagi ada masa untuk exploring sebelum para peserta larian sampai, kami decided to check out the Kuwait Marine Museum yang kami nampak awal tadi. 

Bergambar kejap :).

Dalam muzium ni ada kira-kira 30 model pelbagai dhow ikut skala dan didedikasi untuk seni tradisional pembinaan kapal. Pelbagai artikel marin dan gambar-gambar penting bersejarah turut dipamerkan. Gambar-gambar pelbagai peringkat pembinaan Al Hashemi-II juga membentuk sebahagian daripada muzium marin ini.

Saya suka betul pintu ni!

Ada replika-replika dhow ikut skala. Siap dengan papan penerangan which is so awesome. Saya suka sangat kalau ada info macam ni. So tak la tengok je tak tau apa-apa :).

Water boom.
Water Boom ini pada masa dahulu digunakan untuk mengangkut air minuman dari Sungai Shatt Al Arab di Iraq untuk kegunaan penduduk di Kuwait.

Info nya lengkap dan jelas. Love it!

Sambuk.



Peralatan pelayaran.

Abreej.


Viking ship. Saya suka betul kapal ni :). 


Baghlah.


Ruang tengah muzium ni nampaknya boleh juga digunakan untuk buat majlis. 

Beberapa peralatan pelayaran.


Batteel. 


Ada macam-macam jenis bot dan sampan. 

Ini pearling boom.



The boom.




Al Hashemi II.


Tak sangka kami dapat tengok dhow secara dekat, naik ke atas one of them dan dapat juga tahu sejarahnya dari sebuah muzium marin. Syukur Alhamdulillah. 

Pada saya peluang yang saya dapat ini, untuk memerhati dan mengenal dhow atau kapal Arab ni adalah sangat menarik. Ini kerana the survival of Kuwait masa zaman sebelum terjumpanya minyak bergantung pada 3 industri seperti yang saya nyatakan di atas, iaitu industri pelayaran perdagangan, pembinaan kapal dan menyelam mutiara. Jadi dhow adalah sangat penting dalam sejarah Kuwait. Pengetahuan ini dapat memberi gambaran bagaimanakah situasi kehidupan dan cara menyara hidup orang Kuwait dahulu. Dan dengan adanya binaan replika-replika dhow ini menunjukkan betapa sejarah dhow sangat dipentingkan oleh orang Kuwait sebagai mengingati their hunble beginnings and secara tak langsung juga sebagai peringatan pada generasi akan datang. 

Lepas tu kami terus ke garisan penamat larian menunggu rakan saya dan abang dia sampai. Larian 3 km ni dianjurkan oleh Radisson Blu Hotel's gym club, the Viking Club. 
Lebih 300 orang hadir dan 250 menyertai larian ini termasuk pernyertaan dari komuniti beberapa kedutaan seperti Malaysia, Indonesia Filipina, Brunei, Australia dan Nepal.

Ini semasa peserta mendaftar dan diberikan nombor.

Peserta berlari ke garisan penamat.

Seorang pelari wanita Kuwait.






Kemudian semua peserta dijamu light snacks and drink at the hotels courtyard while the organizers thanks all participants. The run apparently had the biggest participants ever this year. 

Juga diumumkan para pemenang. Kategori adik-adik.
Ada cerita masa saya ambik foto pemenang ni. Masa saya tengah shoot, tiba-tiba seorang lelaki Arab menegur and politely requested if I could send his son's photos to him. Tu yang baju merah tu anak dia. Adam namanya. Tentu la saya kata ok. He gave his email address and later I sent the photos :).  

Kategori wanita.

Kategori lelaki.

Pemenang bergambar bersama. Yang julang prize tu la winner kategori lelaki. 

Duta-duta bergambar bersama. 

Saya menyibuk ambik gambar mereka. Took them for my friend :).

Saya yang tak lari lagi gelap berkilat...hehehe.

Team Malaysia :). Staff kedutaan dan students.

My friend requested for a couple of team shots dekat Al Hashemi II. For sure can la Dato' :).


Bersambung....

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hahhaaaa..
    berkilat!?
    tu pun dok nyorok nyorok celah teduhan hotel dan Alhashemi !

    ingatkan orang tu nak tegur sebab tak suka gambar anak dia di ambil!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelap, berkilat, melekit... peluh mencurah! Elok la lepas peluh tu sejuk sikit badan.. hehehe.
      Hahaha... sentiasa mencari tempat berteduh. Kalau kat Padang nanti entah la macam mana. Dok dalam kereta je kot.. hahahaha...

      Masa social event macam ni biasanya tak kisah difotografi. Still macam biasa saya jaga2 la jugak especially bila ambik gambar wanita dan kanak2, tambah lagi masa di Kuwait.

      Actually, ambik gambar di Kuwait ni masa saya mula2 baca about it before going there, I got the impression macam rasa a lot of restrictions. So much so, I became a bit discouraged cause taking photos is my thing especially masa travels. Still I understand the reasons terutamanya bila melibatkan ambik gambar wanita Kuwait, which I pretty much can do without. I mean, there are a lot more other subjects to shoot, right?

      Then as it turned out, as you can see from all my photos thus far, photography in public in Kuwait is not an issue. Just steer clear from taking people's photos as much as you can and you'll be ok.

      Again, punya la panjang reply.. hehehe.

      Delete