Thursday, November 10, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY

Hari ke 2 di Kuwait and so the jalan-jalan began :).

Tapi sebelum tu sarapan dulu. Sedap mee hoon goreng tu sampai bertambah...hehe. Tak tau kenapa saya ni kalau pergi bercuti kuat pulak makannya... hehe. As if hari lain tak macam tu.. hahahaha. The pink apam with kelapa parut tu was equally delicious :). 

Program jalan-jalan Kuwait kami di hari ke 2 dimulakan dengan lawatan ke dua buah muzium. According to my friend they are a must. Both my wife and I just love museums. Tambah pula kedua-dua muzium tu adalah muzium yang berkait rapat dengan Islam.

Semasa di highway. Dari jauh dah nampak bangunan-bangunan pencakar langit di Kuwait City. Salah satu cita-cita saya semasa di Kuwait ni was to capture Kuwait's cityscape. 

Makin dekat makin teruja saya :). Kelihatan Arraya Tower (tengah) dan Kipco Tower (kiri - warna hijau). More of the cityscapes shots later :).

Menuju ke muzium. Masa perjalanan dalam kereta kami manfaatkan by capturing as many city shots as possible :).


Untuk ke muzium-muzium tersebut, kami memasuki kawasan perumahan kerana kedua-duanya terletak di residential area. 
Rumah-rumah orang Kuwait semuanya besar-besar belaka dengan kereta-kereta mewah tersusun di depan rumah dengan berbumbung. Crime rate was so low in Kuwait that orang Kuwait tak kisah pun park kereta-kereta mewah macam ni. Sampai saya ternampak ada kereta mewah yang dah penuh berhabuk.

Dan kami pun sampai ke muzium pertama. Teruja sungguh saya masa tu. You see, masa sebelum ke Kuwait saya telah diberitahu oleh rakan saya yang dia akan bawa kami ke muzium ini. So I did some research in the internet about the museums and got really excited lah :).

Inilah Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy. Muzium ini menempatkan koleksi yang telah dikumpul oleh Tareq Rajab dan isteri beliau Jehan Wellborne dalam jangka masa berpuluh tahun. 
'Dar Jehan' yang bermaksud 'Rumah/Bangunan Jehan' saya rasa adalah merupakan satu dedikasi Tareq Rajab untuk isteri beliau iaitu Jehan Wellborne.

Tiket masuk ke Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy berharga 2KD (RM28.00). 

Saya kongsi pamphlet muzium ini for info. 

Peta ke muzium ini.

Antara hasil seni kaligrafi yang dipamerkan.

Ruang-ruang dalam muzium.

Di ruang masuk ni pun dah best. Tengok that amazing door/door frame berukir tu. Juga jubin marmar dengan rekabentuk halus kesenian Islam pada dinding tu. Tertera kalimah syahadah di bahagian atasnya.

Ok, jom masuk :). 


Di bahagian dalam depan pintu masuk muzium. 

Di sini ada sebuah Qajar tile panel dari Tehran, adalah dari suku terakhir kurun ke 19. Kesenian Qajar merujuk kepada kesenian, seni bina dan seni-bentuk dinasti Qajar of the late Persian Empire (1781 to 1925). Beautiful!

Di bahagian ruang utama muzium. Di sebelah kiri adalah koleksi penutup pintu Kaabah. More of them later. 

Jadi siapakah these wonderful people, Tareq Rajab dan Jehan Wellborne?
Tareq Sayed Rajab seorang ahli arkeologi dan sangat meminati budaya dan seni tamadun Islam, merupakan orang Kuwait pertama belajar di luar negara dalam bidang kesenian dan arkeologi.

Jehan orang Kuwait kelahiran Brazil of British origin dan sangat berminat dengan kesenian rakyat khususnya yang berkaitan dengan masyarakat exotic dan minoriti.

Mereka bertemu di UK dan berkahwin pada 1955. Tareq pada masa itu merupakan lelaki Kuwait ke 5 yang berkahwin dengan wanita barat. Jehan berwarganegara Kuwait selepas berkahwin dengan Tareq Rajab.
 

Mereka mengembara di seluruh dunia Islam mengumpul artifak dan mengambil gambar monumen-monumen, rakyat setempat, adat resam mereka dan segala apa yang mereka percaya boleh digunakan untuk pameran di muzium. Hasil daripada kerja keras dan penyelidikan mereka, maka muzium ini dan Tareq Rajab Museum dibuka kepada orang ramai pada tahun 1980.

Kedua-dua mereka sudah pun meninggal dunia recently, Jehan pada tahun 2015 dan Tareq Rajab pada 2016.
انّا للہ و انّا الیہ راجعون

Muzium kaligrafi Islam ini mengesan perkembangan skrip tulisan Arab sejak dari kedatangan Islam dan penyebaran Islam ke seluruh dunia. Bahasa Arab adalah bahasa yang dipilih untuk ayat-ayat suci Al Quran seperti yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Bahasa Arab bertulis mula membangun dengan pesat setelah ia ditulis dalam skrip yang mudah dikenali pada masa itu. 

Terima kasih kepada gabungan usaha dan kebijaksanaan ahli kaligrafi di seluruh dunia, beberapa gaya baru telah dibuat yang menjadikan bahasa/tulisan Arab salah satu yang paling pelbagai dan fleksibel di dunia. 

Tulisan Arab juga digunakan dalam bentuk hiasan untuk menghiasi seramik, kerja logam, kaca, tekstil, seni bina bangunan dan sebagainya. Muzium ini mengandungi contoh-contoh semua medium yang dicipta oleh umat Islam di seluruh dunia.

So, let's join me as we explore this exquisite and wonderful museum :). 

Kita masuk ke bilik pertama. Di mana ada, saya sertakan sekali info tentang barang-barang pameran. 

Kaligrafi yang ditulis oleh seorang Sultan.

Penutup Baabut Taubah, pintu di dalam Kaabah untuk tangga naik ke bumbung Kaabah.



Begitu banyak sekali artifak pameran yang sememangnya tak akan cukup masa sejam dua kalau nak tengok dan teliti satu per satu. 

Sejarah perkembangan dan penggunaan bahasa Arab. 



Alat tulis kaligrafi dan kotak menyimpan alat-alat kaligrafi. 



Give thanks to God, and His good pleasure do;
God loves the thankful heart. Moreover, strive
To have your fingers write the good and true,
To be your mark, when you're no more alive.  




Lukisan kota Madinah dan Mekah satu ketika dulu.  

Pameran perabot kayu yang indah dengan ukiran.  

Foto kanan: Sheikh Sabah IV Ahmad Al-Jaber Al-Sabah GCB is the 15th Ruler and 5th Emir of Kuwait and the Commander of the Military of Kuwait.

Foto kiri: Sheikh Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Crown Prince of Kuwait is the Crown Prince of Kuwait and Deputy Commander of the Military of Kuwait. He is a half-brother of the Emir of Kuwait, Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah.








Al Quran lama dari Parsi (Iran).












Sebuah pintu kayu lama dengan ukiran kaligrafi. Sangat cantik!



Dekorasi yang diperbuat dari sea shells. 


Di ruang yang besar ini adalah bahagian koleksi penutup pintu Kaabah. 


Masjidil Haram 1964.

Info tentang kelambu atau Kiswah Kaabah.
Kelambu atau kiswah Kaabah merupakan sebuah tradisi sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW bagi mengelak dinding Kaabah rosak kerana debu atau panas. Nilai kiswah terbaru (tahun 2016) ialah RM23.7 juta.

Pada kiswah ada tertera kalimah syahadah, surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, al-Baqarah ayat 144 dan surah Ali Imran ayat 96.











Koleksi penutup pintu Kaabah.










Di bahagian kaligrafi pada medium tekstil. 





Al Quran besar. 

Ayat-ayat suci Al Quran yang ditulis pada palm leaves dengan paku panas.

Cara bagaimana orang dulu di benua kita menulis ayat-ayat suci Al Quran. 

Let's have a closer look.




MasyaAllah.

Masa ini saya teringat memikirkan bagaimana Tareq Rajab dan Jehan Rajad acquired these unique Quran. Pasti mereka travelled extensively.



Kaligrafi pada bulu binatang. 

Kaligrafi ditulis membentuk haiwan dari Iran.


Sangat halus tulisannya.

Ada juga tulisan ayat-ayat Al Quran pada kaca.







Lagi contoh dengan medium bulu binatang.


Juga pada pakaian.





Atas daun-daun.


Juga pada cengkerang siput.


Tulisan ayat Kursi.

Doa Nabi Yunus semasa di dalam perut ikan paus.
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Surat 97: Al-Qadar.



Beberapa contoh kaligrafi yang sangat cantik.











Di ukiran kayu.



Lawatan kami berakhir di Bilik Pameran Kaligrafi Islam dari Negara China.







A bit of an overview based on our visit yang cuma lebih kurang sejam. To me the collections in this museum are simply priceless not only in terms of their value but especially more because of their value in tracking the development of the Arabic language throughout the world and the culmination of the amazing works by calligraphers over the centuries. 

Kalau ikutkan hati memang saya sanggup spend a whole day dalam muzium ini, meneliti setiap artifak, marvelling at their exquisiteness. Apa-apa pun saya bersyukur sangat kerana dapat melawat muzium yang sungguh hebat ini. Pada saya muzium ini memang world class. 

Jadi kalau kawan-kawan ke Kuwait, pastikanlah pergi ke muzium ini. 

Bersambung.... 

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA

10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment