Wednesday, April 22, 2015

SANDAKAN - KAMPUNG KUALA GUM GUM

SANDAKAN - DAY 01 - PART 02 - KG KUALA GUM GUM

Selepas kami di Sekolah Kebangsaan Gum Gum Kecil, kami dibawa En.Aziz ke sebuah kampung berhampiran iaitu Kampung Kuala Gum Gum.

Kampung Kuala Gum Gum ini adalah sebuah kampung nelayan yang terletak lebih kurang 42 km dari bandar Sandakan.


Ia adalah sebuah perkampungan air.

Zoom in via google earth menunjukkan perkampungan ini. Actually saya seronok sangat dapat image aerial view yang menunjukkan keseluruhan kampung air ini :).

Sempat saya ambik beberapa foto semasa dalam perjalanan ke Kampung Kuala Gum Gum. Kami melalui Kampung Sungai Beruang.

Dan ini adalah pemandangan pertama yang kami nampak semasa memasuki Kampung Kuala Gum Gum ini. Rumah-rumah yang mempunyai titian kayu dari jalan menuju ke depan rumah. Saya fikir semasa air pasang tentu kawasan ni dipenuhi air. 

Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain. 

Selepas park kereta kami pun berjalan ke arah jeti nelayan yang berdekatan. Ternampak dua orang adik-adik ni sedang santai di bawah pokok kelapa. Terus saya rasa senang dengan suasana kampung ini. Indah dan nyaman walau pun hari dah mula terik.

Di kiri jeti ada laluan titian kayu masuk ke arah rumah-rumah di atas air. Langit sangat cantik dan biru! :)

Tapi kami jalan ke arah jeti dahulu. 

Dan tentunya saya mesti dapatkan shot jeti yang cliché ini.. hahahaha... But cliché is good, no :).

Pemandangan di sebelah kanan jeti. Syukur Alhamdulillah cuaca sungguh cantik hari tu. Kebetulan kata En. Aziz waktu kami di Sandakan ketika itu adalah waktu musim panas dan jarang sekali hujan. Dia juga nasihat kami supaya minum selalu kerana banyak berjalan boleh menyebabkan dehydration. 

Lagi pemandangan sebelah kanan jeti. Dah berat-berat bawak zoom lens maka zooming le saya.. hehehe... 

Dan ini pula pemandangan sebelah kiri jeti. Yang berwarna biru itu adalah surau Kampung Kuala Gum Gum. 

Pada anak-anak panah merah inilah kedudukan jeti dan surau pada pandangan udara Kampung Kuala Gum Gum. Gambar-gambar di atas dan di bawah di ambil dari jeti yang berbumbung biru itu.

Langit dan permukaan kuala yang kebiru-biruan. SubhanAllah, cantik sungguh.

Lepas relaxing sekejap di jeti menikmati pemandangan yang indah dan hembusan lembut angin laut, kami pun bergerak ke jalan titian kayu ke dalam kawasan perumahan Kampung Kuala Gum Gum ini.  Disebelah kanan itulah surau tadi. 

Kampung Kuala Gum Gum ini didiami seramai lebih 300 keluarga. Mereka adalah terdiri dari masyarakat Tidong. Majoriti penduduk kampung ini adalah nelayan persisiran pantai dan pekebun kelapa sawit.

Asal nama kaum Tidong ini adalah dari perkataan bahasa orang-orang dahulu. Ketika berbincang untuk menamakan kaum mereka salah seorang daripada mereka yang ada ketika itu menceritakan bahawa mereka baru sahaja turun daripada gunung, yang mana dalam pertuturan mereka perkataan “GUNUNG” adalah “TI-DENG”. Ketika itu pula mereka sedang berkumpul dalam keadaan duduk yang dalam pertuturan mereka perkataan “DUDUK” adalah “ENTU-DONG”. Jadi bila perkataan-perkataan itu disambungkan maka lahirlah perkataan “TIDONG” hasil perkataan TIDENG dan ENTUDONG.

Seorang pak cik sedang keluar dari surau. Mungkin beliau adalah penjaga surau ni. 

Perkampungan ini dikatakan telah ujud hampir seratus tahun yang lalu. 99% penduduk di kampung ini adalah komuniti bumiputera.

Di Sandakan, selain kampung Sungai Tiram, ramai daripada kalangan suku kaum ini tinggal di Kuala Gum-Gum, Dandulit, Sungai Beruang dan Sungai Manila, manakala di Beluran di kampung Sungai Nangka, Balaban Jaya dan Pekan Beluran.

Sedang kami berjalan-jalan dan saya sibuk mengambil gambar sambil mendengar penerangan dari En. Aziz, kami telah didatangi oleh seorang lelaki. Beliau terus menanyakan siapa kami dan apakah tujuan kami ke kampung itu. Terus saya bersalaman dan menjawab memberitahu yang kami dari Kuala Lumpur datang ke Sandakan kerana melawat ahli keluarga yang bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Gum Gum Kecil. Saya pun menuding ke arah anak saudara saya yang berada tidak berapa jauh dari kami. En. Aziz juga turut memberi penjelasan. Lelaki itu nampak seperti berpuas hati dengan jawapan kami dan menambah tujuan dia bertanya kerana jika kami dari mana-mana pihak media, kebenaran perlu didapatkan dahulu. Saya yang sudah biasa ditegur begitu sebelum ini terus menegaskan yang saya bukan dari mana-mana pihak media dan berada di situ hanya kerana berjalan-jalan sahaja. Saya faham kenapa lelaki itu bertanya demikian, tentunya bertujuan melindungi kampung itu dan penduduknya. 

Later on, I found out that the man was actually the Ketua Kampung Kuala Gum Gum. His name is Ehun Tujuh. Patutlah dia bertanya. 

Masa kami berbual dengan Ketua Kampung tadi, saya perhatikan anak saudara saya dah mula berteguran dengan beberapa orang kanak-kanak kampung tu. Mereka memanggil anak saudara saya tu 'Ustazah! Ustazah!'. Rupanya ada beberapa kanak-kanak di situ yang bersekolah di sekolah di mana anak saudara saya mengajar. Tapi kanak-kanak tu macam malu-malu pulak.. hehehe.. so cute :).

Masa saya lalu di sini, saya membayangkan mesti cantik masa air pasang dan air penuh di bahagian rumah yang ini. Tengok tu, sampan-sampan terdampar di tanah kering :). 

Ada catatan tarikh pelancaran GST di dinding :). 

I was hoping to stumble upon a few villagers dan terjumpa penduduk ini. 

We exchanged smiles and lambai. Mereka di sini ramah tamah belaka. Saya tak pasti apa yang penduduk ini tengah buat. Rasanya dia sedang memasang pelampung atau pengapung pada jala. Agaknya lah :).



Ehhh.. jumpa pulak si comel meow ni.. hehe... Pandai di berteduh dalam bayangan tiang :)

Saya suka foto-foto yang dua ni. Sebuah rumah yang bertiti kayu yang panjang, rumah yang penuh dengan jemuran kain baju, dengan sampan-sampan parked di bawah dan seorang nelayan sedang membuat sesuatu di sampan. Nice lah :)





Bagus lah ada projek penyelengaraan titian pejalan demi keselamatan peduduk kampung. 

Ada pulak kedai/gerai/kedai kopi! Kakak saya beli ice blended perasa coklat. Saya tumpang sesedut dua.. uwahhh.. sedapppp! Dah la masa tu dah mula terik. Refreshing betul rasanya :).

Saya juga perasan di setiap rumah didepannya ada tong-tong berwarna biru ini. Apakah kegunaan tong-tong itu? Rupanya kampung ini tidak mempunyai bekalan air bersih atau air paip. Terkejut saya! Saya perasan ada tiang-tiang letrik maknanya kampung ini ada bekalan letrik. Tapi tidak ada bekalan air bersih. Seterusnya saya diberitahu tong-tong biru itu digunakan untuk menakung air hujan untuk kegunaan harian.

Bagaimana ketika musim kemarau? Semasa kemarau penduduk-penduduk terpaksa berkongsi membeli air dari luar. MasyaAllah, kesiannya mereka. Semoga pihak berwajib lebih prihatin dengan kesusahan rakyat seperti di kampung begini. Basic human necessities like water supply is a definite must! 

Di foto ini kelihatan seorang penduduk sedang membersihkan diri. Saya rasa dia sedang mengambil wuduq.  

Another beautiful view of the kampung. I love being there.



Dan kami pun sampai ke jeti kedua di Kampung Kuala Gum Gum ini. 

Lokasi jeti kedua ini adalah seperti di bawah. 



Lagi jemuran-jemuran kain baju yang pada saya sedikit sebanyak mencerminkan cara hidup dan kegiatan harian penduduk kampung ini.



Then we came upon dua orang nelayan ni. Saya rasa bapak dengan anak. 

Memang ramah tamah penduduk kampung ini. And of course, En. Aziz being there with us surely helped the situation :).

More breathtaking views of the water village. 





Saya juga diberitahu masyarakat di Kampung Kuala Gum Gum ini bukan sahaja bergiat aktif dengan kerja-kerja nelayan dan pertanian tetapi juga dalam hal-hal kebudayaan seperti dalam menghasilkan barangan kraftangan yang dibuat dari daun nipah dan sukan tradisional seperti lumba perahu, memancing dan larian menggunakan tempurung kelapa. Di sebelah petang selalunya ada pelbagai kegiatan riadah seperti sukan futsal, takraw dan bola tampar. 









Secara keseluruhannya kami merasa seronok menikmati keindahan suasana Kampung Kuala Gum Gum ini. Pada saya ia merupakan suatu pengalaman yang tidak mudah diterlupakan :). 

Bersambung ke destinasi selanjutnya...

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. Tong biru tu setiap rumah mesti ada en.Syed buat tadah air hujan, sebelum ini guna tong besi, memang susah sangat kalau musim kemarau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la NM, saya rasa kesian pada penduduk2. Lagilah kalau dah berkeluarga dan ada anak2. Mana nak basuh kain, nak masak, mandi etc etc... all the esssentials things one need to do with use of water. Dan ada pula musim kemarau... :(.

      Delete
  2. masalah biasa di kawasan2 sebegini
    kesian tengok
    ntah bila mereka boleh dpt bekalan air bersih

    seronok anak2 kg gum gum tu kan
    anak2 yang tak mengerti erti hidup yang sebenarnya, bebas dari segala tanggungjawab

    biru betul langit kan
    betul2 biru

    anak sedara tu lelaki ke perempuan
    insan terpilih tu mengajar di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. saya ada jumpa petikan2 akhbar tempatan di sana yang menceritakan tentang kesusahan penduduk di kampung2 dan saranan mereka agar pihak berwajib lebih prihatin dan cepat2 membantu. And those newpaper articles were dated a few years ago.
      Semoga mereka segeralah dapat bantuan. Imagine la kalau kita dalam keadaan mereka. Sekali sekala kita mengalami gangguan air pun dah rasa tersiksa. Mereka ni terpaksa takung air hujan!

      Anak-anak kecil macam tu la kan El, no matter where they are... :)

      Yes, betul2 biru. Btw, foto2 langit tu semua saya tak edit langsung tau El. Straight from the camera. Rasa lega dan gembira saya tak perlu edit bagai.. hehe..

      Saya pun fikir begitu juga El. In fact di mana pun dia mengajar tak pe kerana guru adalah satu profession yang mulia. Boleh tolong membentuk minda dan akhlak generasi akan datang.

      Delete
  3. tempat cantik dan penduduknya ramah... dah tentu rasa lebih selesa nak jalan jalan kan? tapi kesian pulak diorang takde bekalan air bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul GB :). Memang ramah mereka ni. Alhamdulillah kami selesa jalan-jalan di kampung tu. With adanya En.Aziz dgn kami it went even better :).
      Memang kesian. But human is resilient.... Semoga mereka terus tabah...

      Delete
  4. hahaha...ada gmbr lama saya

    ReplyDelete