Friday, November 25, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM

Dah masuk hari ke 4 kami di Kuwait, hari terakhir di sini. Lepas tu kami ke UAE pula. 

Di Kuwait masuk waktu solat Subuh adalah pukul 4:30 pagi. Awal 😲. Around pukul 6:00 pagi dah terang dah. 

Bersarapan pagi 😊.

Hari ke 4 ni kami akan melawat beberapa tempat lagi. 
Beberapa berita utama di dada akhbar Kuwait Times. 

Itinerari pertama hari tu ialah naik bot cruise untuk melihat pemandangan Kuwait Bay 😃. Tak lama cruise ni, cuma 30 minit je, which was just nice for us sebab kalau lama nanti berpeluh lengas pulak 😅.
The boat cruise operator, Silsan Inc, Sea Tour, yang menyediakan pelbagai perkhimatan bot seperti Entertainment trips, Islands trips, Fishing trips etc.

Lokasi Silsan Inc.

Ada banyak boats and yacths di sini. 

Suasana di jeti bot. Beautiful morning view from the dock. Jeti ni terletak di Gulf Street, Salmiya, Hawalli Governorate, Kuwait. 

Selit satu panorama shot 😊.

Moh kita naik bot 😀. 

Turun ke jeti. Comel je botnya. Very clean and comfy.


Penumpang lain dalam bot. Yep, actually wanita berpakaian cam tu nampaknya ok je di Kuwait ni. Tapi saya agak the 2 ladies tu bukan la orang Kuwait. 

Aaa... cityscape shot from Kuwait Bay 😍. 

Kami noticed masa di Kuwait ni memang susah nak nampak awan. Langitnya cantik biru. 

It was a nice slow cruise. Santai je. Laut pun tak berombak. Jadi boleh ambik foto dengan nyaman 😄. 

View Liberation Tower.

Kuwait Towers

Kuwait City cityscape.



Lokasi boat cruise dan Kuwait City Towers.



Cruising back to the dock.

It was a short but memorable cruise. Wonderful views, slow relaxing cruise dengan angin laut bertiup lembut. A good way to see Kuwait City from Kuwait Bay.

On to the next destination. 

Macam biasa dalan perjalanan terus snapping. Bou Hamra Clinic dan New English School. 

Kalau berdiri depan bangunan clinic ni dah boleh nampak the departments.

Hmm.. coconut cup cake... yummm.. 😋.

Arab Times.

Foto kiri: Saya noticed ada banyak beauty shop/ ladies saloon di bangunan macam ni. Ada bisness premise. Tapi nampak macam apartments. May be converted to a place to do business.  

Rumah-rumah orang kaya Kuwait. Macam istana.  

Foto kiri: Millennium Hotel and Convention Center.   

One minutes nampak concrete je, the next nampak beautiful greeneries.   

The Kuwait Water Towers. Big giant mushrooms! 

Setiap tower ni boleh takung 3,000 meter padu air.  

Air yang disimpan di towers ni adalah dari pusat penyahgaraman.

So green. 


Menuju ke Qurain/Al-Qurain (القرين), sebuah bandar di Kuwait dalam Mubarak Al-Kabeer Governorate. Nama ini juga merupakan nama lama Kuwait.

Tiba di Al Qurain. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Kuwait City.

Kami menuju ke Al-Qurain Martyr Museum. 

Inilah Al-Qurain Martyr Museum. 
Al-Qurain Martyr Museum ini adalah sebenarnya sebuah rumah di mana berlakunya pertempuran yang mengerikan selama 10 jam antara tentera Iraq dan sekumpulan pejuang-pejuang kemerdekaan Kuwait yang dikenali sebagai kumpulan Al-Massilah.

Pertempuran berlaku pada 24 Februari, 1991, semasa pendudukan Iraq di Kuwait. Medan pertempuran ini kini dijadikan sebuah muzium sebagai peringatan bagi mereka yang telah terkorban semasa pendudukan Iraq.

Di depan muzium ini ada sebuah papan tanda dengan tulisan Arab. Saya sangat ingin tahu apakah maksudnya so I send the photo to my niece and she had it translated for me. Ia bermaksud, "Dan jangan disangka mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan yang memberi rezeki".

Lihatlah betapa teruknya rumah ini dibedil sampai berlobang besar atau sampai habis seluruh dinding musnah. Tak terbayangkan bagaimanakah keadaannya dan perasaan para pejuang Kuwait yang berada di dalam rumah itu waktu serangan. SubhanAllah.

Saya cuba mendapatkan gambaran rumah ini dari beberapa sudut trying to capture the scale of the devastations. 

Kumpulan Al-Massilah ini terdiri daripada 31 ahli. Mereka adalah pemuda-pemuda yang kuat beriman kepada Allah dalam perjuangan mereka, dengan bersumpah untuk mengorbankan segala-galanya demi memelihara kehormatan negara mereka. Lelaki di seluruh negara Kuwait membentuk kumpulan seperti Al-Massilah untuk membantu melindungi negara mereka menentang musuh.
Ini keadaan setelah bangunan ini dibersihkan dan dijadikan sebuah muzium. Cubalah bayangkan bagaimana keadaannya semasa diserang selama 10 jam itu. 

Sebelum kami masuk ke dalam rumah, kami lihat dulu kenderaan-kenderaan yang ada dipamerkan di laman. 



Kereta milik syahid Bader Al-Eedan. 

Kereta Chevrolet putih yang digunakan oleh Iraqi intelligence. 


Apabila tentera Iraq mula membuat kawalan lebih kuat, kumpulan Al-Massilah memilih tempat yang lebih selamat untuk berkumpul dan berundur ke daerah Al-Qurain kerana ia adalah kawasan yang baru dan tentera Iraq kurang arif dengan kawasan ini. 
Kami pun menuju ke pintu depan rumah ini. Ini adalah bahagian depan rumah sebelah kanan pintu masuk. Habis musnah dindingnya.

Pada hari peperangan ini berlaku, kumpulan Al-Massilah membawa senjata mereka keluar dari persembunyian, bersiap sedia untuk menyerang tentera Iraq. Mereka memakai pakaian seragam, direka oleh pemimpin mereka, baju putih tertulis dengan nama dan motto kumpulan. Dan ketika mereka sedang mengumpul senjata mereka dan membincangkan rancangan mereka, sebuah van tentera Iraq membuat rondaan di kawasan itu dan menuju ke rumah ini. Pintu diketuk dan bila tiada jawapan tentera Iraq terus menyerang dan pertempuran berdarah bermula.
Bahagian depan sebelah kiri pintu juga teruk dibedil. 

Kumpulan Al-Massilah cuma bersenjatakan machine guns sementara tentera-tentera Iraq bersenjata lengkap yang lebih hebat siap dengan 2 kereta kebal menyerang hingga hampir musnah keseluruhan rumah ini.   
Saya letakkan bersebelahan foto bahagian depan rumah ini setelah ia baru diserang bersama foto yang saya ambil.

Dalam 10 jam pertempuran berlaku dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang, daripada 19 anggota kumpulan Al-Massilah yang bertempur, 7 daripada mereka hampir tidak terselamat dan 12 mati syahid.
Pintu depan rumah milik syahid Bader Al-Eedan.


Ruang tamu rumah yang strukturnya sekarang terpaksa disokong dengan tiang-tiang besi kerana teruk diserang. 

Side by side photos now and then. 
Dalam memo yang diberikan kepada tentera Iraq semasa penjajahan, ada perintah-perintah berikut:
- membakar dan memusnahkan semua rumah-rumah di mana terdapat slogan yang memusuhi Iraq.
- memusnahkan gambar-gambar dinasti Al-Sabah dan bendera Kuwait.
- memusnahkan setiap daerah di mana ada tentera atau individu mereka yang mati syahid.
- tangkap sesiapa sahaja yang memiliki atau menyimpan senjata di rumah.
- menghapuskan sebarang demonstrasi.

Mari kita lihat dengan lebih dekat kesan-kesan tembakan peluru-pelur tentera-tentera Iraq pada dinding di ruang tamu ini. 

Bayangkanlah sejenak bagaimana keadaan mereka yang berada di dalam rumah ini ketika di tembak bertubi-tubi.  

Mata saya dah mula masuk habuk masa ni...

Begitulah besarnya kesan-kesan tembakan peluru dan meriam tentera Iraq.



'The place where eight of the martyr's were captured'.

Foto dulu dan sekarang. 

Di loteng ini adalah tempat persembunyian 2 anggota Al Messilah yang terselamat ketika serangan. Mereka adalah Mohammed Youssif dan Hazem Jaber.


Sudut atas bilik ini teruk di serang dan terpaksa disokong dengan tiang-tiang besi.

Keadaaan tandas rumah ini selepas diserang.

Kerosakan-kerosakan bahagian dalam rumah.



Naik ke tingkat atas.

Tiada satu sudut rumah ini yang tidak dibedil peluru atau bom. 







Ini adalah lokasi di mana Kapten Youssif Khodair Youssif Ali telah dibunuh. Beliau adalah syahid yang ketiga. 



Lantai juga turut berlubang. 


Then and now.


Kami naik ke tingkat atas sekali, di bumbung/balkoni.

Di sinilah tempat di mana pemimpin Sayyed Hady Sayyed Mohammed Alawy telah dibunuh. Dia adalah syahid kedua dalam pertempuran ini.




Kemudian kami ke bangunan sebelah pula untuk ke bahagian muzium. 

Muzium ini adalah sebahagian daripada rumah di tingkat bawah dan ia memaparkan pelbagai peninggalan pertempuran. Terdapat gambar-gambar mereka yang mati syahid. Bekas-bekas peluru, machine gun dan pelbagai dokumen juga dipamerkan.


Ini adalah Bader Al-Eedan, pemilik rumah yang diserang. Sedih mengenangkan 9 anak-anak beliau yang sudah tidak berbapa. 




Carta sejarah orang-orang Kuwait yang mati syahid, seramai 1,162 orang dari tahun 1961 hingga 2014.




Selesai di muzium kami pun keluar. Ada beberapa lagi kenderaan yang diletak di luar muzium sebagai pameran.

Ada sebuah kereta kebal yang merupakan salah satu kereta kebal digunakan untuk menyerang bahagian depan rumah Al-Qurain.


Kami juga diberi buku ini yang mengandungi info tentang pertempuran dan mereka yang mati syahid.







Berdiri di tempat di mana mereka terkorban buat saya rasa begitu emosi, sedih sampai tak tahu how to put it in words. Semoga Allah tempatkan mereka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga. 

Bersambung...

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. parking yacht macam parking kereta..

    Kuwait Towers tu macam alien command center :)

    penyahgaram tu penyulingan air lah ya?
    so , air paip di Kuiat tu semua dari air laut yang di sulingkan?
    payau rasa dia tak?

    sedihnya baca..
    moga syahid semuanya dan tenang di sana
    termiss ke atau saya tak jumpa..berapa ramai yang terselamat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nampak mewah hidup orang Kuwait ni.

      Hahaha... futuristic jugak doc ni ek... hehehe

      Yes, suling air laut. Tak pulak payau, rasanya macam air paip sini je doc.

      Group tu ada 31 orang, 19 terlibat dalam kejadian ini, 12 mati syahid dan 7 terselamat.

      Delete