Monday, July 22, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - THE DEPARTURE - KLIA TO DUBAI

Assalamualaikum.
Asalnya kami hendak ke Scandinavia. Masa mencari-cari pakej percutian yang sesuai ke sana, terjumpa pula pakej percutian ke Morocco, Spain dan Portugal yang menarik dengan harga terjangkau (within budget). Saya terus bersetuju dengan cadangan isteri untuk memilih pakej tersebut kerana saya sendiri pun memang sudah lama teringin hendak ke AlHambra di Spain.

Ini peta menunjukkan secara ringkas 3 negara-negara dan tempat-tempat laluan dan lawatan kami dalam pakej percutian kami kali ini. Bermula di Casablanca kami ke Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen dan Tangier. Dari Tangier, kami naik feri ke Tarifa di Spain. Seterusnya ke Granada, Cordoba dan Seville. Next ke Lisbon, Portugal. Lepas itu masuk Spain semula dan ke Madrid.

Ini pula senarai nama-nama bandar/tempat yang kami lalui/lawati, hotel-hotel penginapan, restoran-restoran, RnR, airports dan shopping mall dalam percutian ini.

Pukul 5:30 petang kami naik Grab ke KLIA. Flight pukul 2:25 pagi dengan Emirates.

Sunset di KLIA.




Suasana di dalam KLIA.




Kami terus ke Food Garden for an early dinner.


Food Garden KLIA.

Suasana dalam Food Garden.


Our dinner.

Lepas makan kami naik semula Aras Pelepasan untuk pick up pocket wifi which for us had been one of the essentials to have during our oversea vacations.

Kami menggunakan Roamingman 4G High-Speed Overseas Travel Wifi Rental.


Peralatan Pocket Wifi Roamingman kami. Walaupun ada pakej 5G disediakan, kami memilih pakej 4G saja untuk menjimatkan kos.

Next kami bersolat di surau di Aras Ketibaan kerana kurang sesak berbanding surau di Aras Pelepasan.

Surau-surau di KLIA telah dinaiktaraf dan kelihatan sangat cantik dan selesa.

Selesai solat, kami berurut di massage chairs ini since masih lama lagi waktu untuk berkumpul dengan group. 

Lepas itu minum-minum sekejap.

Hidangan minum malam kami.

Dua-dua muka dah mengantuk... hihi.

Next, check-in. Since tiket penerbangan kami telah diberi lebih awal oleh agensi pelancongan, kami sudah pun buat online check-in dari rumah untuk memastikan kami dapat duduk bersama sepanjang penerbangan dari KL ke Casablanca. Sebaik kaunter Emirates dibuka, kami terus membuat bag drop.

Membuat bag drop.

Teringat saya pada masa itu saya ada membawa beard trimmer dalam beg laptop since ia ada built-in battery dan bukan dimasukkan dalam beg besar. Just to be sure, saya pun bertanya pada staff di kaunter ini and was told to put it in my big bag. Saya dah check di internet, it seemed that different airlines have different rules for carrying the battery operated trimmer.

Our boarding Passes.

Selepas membuat bag drop, pada pukul 10:30 malam kami pun ke tempat berkumpul. Ini Tour Leader kami, Encik Hatta.

Asalnya pakej percutian Morocco/Spain/Portugal kami ini adalah dengan syarikat Selamatbercuti. Tapi pihak Selamatbercuti telah membatalkan pakej tersebut kerana sambutan yang tidak menggalakkan. Jadi kami ditawarkan untuk menyertai pakej anjuran Wow Konsortium di mana Selamatbercuti adalah sebahagian dari konsortium tersebut. Kami bersetuju kerana kosnya hampir sama dan tarikh perjalanannya pula hanya berbeza lima hari daripada cadangan awal.

Peserta Wow Konsortium ini terdiri daripada lima agensi pelancongan Muslim yang berbeza yang beroperasi di Malaysia. Dalam trip kami ini terdapat 24 orang peserta, dengan 7 orang dari Singapura. Tidak dijangka dalam kumpulan ini ada 2 orang yang kami kenal kerana mereka ada bersama kami ketika percutian kami ke Italy dan Switzerland dulu.

Lepas taklimat dari tour leader, kami pun disperse and shall meet up at the gate. 

Dari pengalaman-pengalaman kami yang lalu, jika flight awal pagi, masa menunggu waktu flight adalah sungguh meletihkan. Bila sudah berusia, begitulah keadaannnya. Jadi kami pun sudah decided earlier dan buat booking untuk melepak di Plaza Premium Lounge di Main Terminal KLIA kali ini. Lagi pun memikirkan yang penerbangan kami dari KL hingga ke Casablanca akan ambil masa lebih kurang 19 jam keseluruhannya, maka perlulah kami cukup berehat.

Tak mahal ke? Memanglah mahal, RM233 seorang untuk selama 2 jam. Itu pun yang murah sebab kalau di Plaza Premium First Lounge (di bangunan satelit) adalah lebih mahal lagi.

Inilah entrance Plaza Premium Lounge di bangunan Main Terminal KLIA. Lounge ini terletak di tingkat atas Aras Perlepasan berhampiran Gate G, selepas pemeriksaan passport dan sekuriti, sebelum stesen Aerotrain (yang ditutup sekarang bagi kerja-kerja naiktaraf).


Cantik decorations di kaunter ini.

Ok jom kita minum-minum dan berehat sehingga waktu Gate dibuka.

Checking the Flight dan Gate info.


The lounge.






Sudah hampir midnight masa itu, jadi makan/minum ala kadar sahajalah.





Terlelap sekejap jugalah kami di lounge ini... hihi.

Pintu perlepasan penerbangan kami dibuka pada pukul 1.25 pagi. Pada pukul 1 pagi, kami bergerak menuju ke Gate C26.

Sempat bergambar dengan Wau art yang cantik ini.



Kami ke Pintu Perlepasan yang terletak di Bangunan Satelit KLIA dengan bas sebab perkhidmatan Aerotrain belum ada sebab kerja-kerja naiktaraf. 
"Aerotrain services at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) are expected to resume operations in the first quarter of 2025, said the Ministry of Transport".



Tiba di Bangunan Satelit KLIA.


Arah ke Pintu Perlepasan C21-C27. Gate kami di C26.





Melangkah masuk ke pesawat dan membaca doa.

Penerbangan kami Emirates Boeing 777-300 EK 343 dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Dubai pada pukul 2.25 pagi.



Flight path from Kuala Lumpur to Dubai.

Penerbangan dari KL ke Dubai ambil masa kira-kira 7 jam. Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa.

Ada "bintang-bintang" bertaburan di siling pesawat. Nice touch!

Sajian penerbangan dihidang.

Kami pilih Ciabatta With Chicken Breast. The other choice was Nasi Dagang tapi kami tak pilih sebab sudah kenyang makan di lounge.


Lampu dimalapkan sekali lagi. Let's slumber :).

Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang penerbangan kami dari KL ke Dubai. Penerbangan kami lancar dengan hampir tiada turbulence sehingga selamat sampai ke Dubai.

Reminders by Emirates for its passengers.

Sudah nak sampai India. 


Lagi 2 jam 20 minit nak sampai ke Dubai.

Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu hampir tiba di Semenanjung Arab.


Ini maklumat pintu perlepasan untuk penerbangan sambungan Emirates di Airport Dubai. Penerbangan kami ke Casablanca akan berlepas menerusi Pintu B21.


Terbang di atas Oman.


Kami dijadual tiba di Dubai pada pukul 5.30 pagi. Waktu Solat Subuh di kawasan sekitar Dubai masuk sekitar pukul 4.10 pagi dan terbit matahari pula sekitar pukul 5.36 pagi. Memang tak sempat kalau kita nak menunaikan Solat Subuh di Dubai Airport. Oleh itu, kami membuat Solat Subuh secara Hormat Waktu sewaktu pesawat membuat penerbangan turun menghampiri Dubai.

Sunrise.


Alhamdulillah, selamat mendarat di Dubai.

Transit kami di Dubai adalah kira-kira 2 jam.

Disembarking.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment