Assalamualaikum.
Ok, sambung cerita kami di Taman Esplanade Temerloh bahagian kedua.
Kami nampak ada bot-bot penumpang di tepi esplanade ini tapi tiada pula operators/passengers pada masa itu. Mungkin ini adalah bot-bot untuk river cruise. Lepas bertanya pada seorang lelaki yang ada di situ, memang betul these are for the river cruise and kebetulan the guy was the river cruise boat operator.
Tak ingat berapa caj boat cruise ini tapi tidak mahal. Kalau tidak silap cuma RM10.00 sahaja seorang untuk cruise selama lebih kurang 15 minit. Dan tidak perlu tunggu sampai bot penuh atau sampai cukup 'x' number of passengers. Kami masuk bot, pakai life vest terus cruise.
Berundur dari jeti sambil membaca doa.
Pemandangan anjung tinjau Taman Esplanade Temerloh dari sungai Pahang.
Temerloh waterfront.
Jambatan Gantung Taman Esplanade Temerloh.
Di tepi kuala sungai Semantan ini ada deretan jeti-jeti kecil berbumbung tempat bot-bot kecil berlabuh. Di sini sungai Semantan bertemu dengan sungai Pahang.
Off we went, cruising the Pahang river at Temerloh.
Our joyful cruise boat operator.
Langit cantik berawan pada petang itu.
Kelihatan ada banyak petak-petak sangkar ikan di tepi sungai ini. Kemungkinan besar itu adalah sangkar ikan patin kerana Temerloh memang terkenal dengan ikan patinnya. Also very likely penternak ikan seperti ini menyediakan bekalan ikan patin/tilapia kepada pemilik restoran dan kedai-kedai makan di sekitar Temerloh.
ebuletin.mardi.gov.my
Ikan Patin merupakan ikan air tawar ketiga yang paling banyak diternak di Malaysia dan mempunyai nilai ekonomi dan pasaran yang tinggi. Di Malaysia, terdapat beberapa spesies asli ikan patin iaitu patin juara (Pseudolais micronemus), patin muncung (Helicophagus waandersii) dan patin buah (Pangasius nasutus). Namun, kesemua spesies patin asli atau natif ini terutamanya patin muncung dan patin juara semakin sukar dijumpai sama ada secara liar mahupun diternak. Walau bagaimanapun, spesies patin buah masih lagi boleh didapati secara liar di dalam sungai-sungai utama di Malaysia, terutamanya di Sungai Pahang.
Anjung tinjau dan jambatan gantung Taman Esplanade Temerloh.
Kelihatan Masjid Temerloh (Baru) Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dan Stadium Temerloh.
Perjalanan boat cruise kami di sungai Pahang ini adalah menuju ke arah Jambatan Sultan Ahmad Shah I (Jambatan Temerloh).
The big 'TEMERLOH' signage.
Kelihatan Jambatan Sultan Ahmad Shah I (Jambatan Temerloh).
Wikipedia
Jambatan Sultan Ahmad Shah atau Jambatan Temerloh adalah jambatan utama yang merintangi Sungai Pahang dekat Temerloh, Pahang, Malaysia. Panjang jambatan ini ialah 575 m terletak di Jalan Persekutuan.
Pada tahun 1971, jambatan lama Temerloh yang merintangi Sungai Pahang telah musnah akibat dilanda banjir besar Temerloh. Atas tujuan pembinaan baru, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah membina sebuah jambatan berukuran panjang 575-m menggantikan jambatan lama. Jambatan baru dikenali dengan Jambatan Sultan Ahmad Shah FT2.
Jambatan Sultan Ahmad Shah lebih tinggi dari jambatan lama, membentuk jambatan kelas pertama untuk tujuan penukaran laluan di Pahang menghubungkan Jalan Persekutuan 10. Projek jambatan baru termasuklah jalan baru menghubungkan Temerloh dan Mentakab, menyebabkan jalan lama seksyen Temerloh-Mentakab digazetkan sebagai Jalan Persekutuan 87. Pembinaan Jambatan Sultan Ahmad Shah telah siap pada tahun 1974.
Kalau tidak silap ini adalah projek menaiktaraf Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah dari dua lorong ke empat lorong yang dijangka siap pada September 2023 nanti. Ia bakal menyelesaikan banyak masalah kesesakan di waktu puncak.
Lalu di bawah Jambatan Sultan Ahmad Shah I.
Jambatan baru ini dibina bersebelahan di Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah dengan kos pembinaan bernilai RM146 juta yang panjangnya 575 meter dan 15 meter lebar.
Kelihatan beberapa penternak ikan patin/tilapia dengan petak-petak sangkar ikan mereka di tepi sungai Pahang.
Kami tidak berpeluang melawat tempat ternak ikan begini jadi saya kongsi di sini beberapa foto-foto lama petak sangkar ikan yang saya rakam di sungai Perak di Teluk Intan. Rasanya lebih kurang sama dengan petak sangkar yang ada di sungai Pahang ini.
Ternakan ikan sangkar di sungai Perak, Teluk Intan |
Ternakan ikan sangkar di sungai Perak, Teluk Intan |
Ternakan ikan sangkar di sungai Perak, Teluk Intan |
Ternakan ikan sangkar di sungai Perak, Teluk Intan |
Ternakan ikan sangkar di sungai Perak, Teluk Intan |
Setelah melepasi Jambatan Sultan Ahmad Shah I, kami berpatah balik ke jeti Taman Esplanade Temerloh.
Tiba semula ke jeti Taman Esplanade Temerloh. It was a short boat cruise but quite enjoyable actually.
Lepas kami selesai boat cruise, kami dapati ada banyak bot-bot laju meluncur laju up and down the river. Eh.. ada event ke? Jadi saya pun bertanya pada the locals, kata mereka esoknya akan diadakan pertandingan bot laju di Taman Esplanade Temerloh ini. Aduh.. terlepas la kami nak tengok sebab esok kami akan ke Bera.
Anyway, walau pun kami terlepas the main event, pada hari itu kami dapat menyaksikan kehebatan para pelumba sedang melakukan latihan memacu laju bot-bot laju mereka ke hulu dan ke hilir sungai berdekatan dengan waterfront ini.
It was truly awesome to watch them!
Mujurlah kamera compact saya ini mampu 'membeku' the actions! 😄 Dapatlah juga beberapa foto-foto yang agak sharp 😃.
Bot-bot laju ini semuanya bersaiz kecil dengan aerodynamic shape dan mempunyai motor kuasa tinggi. Dan sungguhlah kuat sekali bunyinya! 😃
Saya nampak yang berlatih ini bukan sahaja orang muda tapi juga ada yang dah pangkat abah-abah.
Mereka berlatih hingga ke Jambatan Sultan Ahmad Shah I dan berpatah balik ke waterfront Esplanade. Mungkin itu juga adalah laluan masa pertandingan.
3 bot-bot laju sedang berlumba! Hebat!
Sempat juga saya rakam sebuah bot laju dengan big signage ini.
Dapatlah juga merakam beberapa foto dari pandangan depan.
Tengok tu! Punya laju sampai terangkat bahagian depan bot! Rasanya kalau memecut lebih laju lagi boleh terdongak ke atas depan bot ini dan melayang dan terbalik bot!
Nampaknya bot jenis ini juga boleh digunakan dalam pertandingan bot laju. Mungkin body agak besar dan berat dan kurang aerodynamic, tapi kalau enjinnya power, pasti mampu memberi saingan hebat dan pertandingan jadi lebih sengit.
Me so happy dapat shot dari depan ini dengan reaksi happy muka pak cik ini... hihi 😃.
Pemandangan di sekitar waterfront ini.
Kereta kami park di atas sana, di tepi jalan. Imagine pada hari pertandingan bot laju, agaknya terpaksalah park jauh.
Very nice waterfront. Teduh dengan pokok-pokok besar dan banyak tempat duduk.
Dapat imej yang sharp! Yay! 😄
Laluan waterfront ini turut dihiasi dengan mozaik ikan patin. Cantik!
Ok selesai tengok latihan bot-bot laju, nak minum petang pula. Kami pun berjalan ke sebuah foodcourt yang ada di taman ini, di sebelah jambatan gantung ini.
Jambatan Gantung Kuala Semantan ini tutup pada hari kami di situ.
Jom ke foodcourt.
Ada monumen di sini.
Just nice, tidak terlalu sesak dengan pengunjung.
Di sini ada satu lagi monumen, iaitu Monumen Ikan Patin Hitam.
Sculpture ikan patin hitam ini dibuat dari botol-botol plastik kitar semula.
Jom tengok makanan apa yang ada dijual di sini.
We found out rupanya kedai/gerai di sini tutup awal jadi kami order saja apa yang sempat.
Pemandangan sungai Semantan dari foodcourt.
Tempat bot-bot laju/kecil berlabuh.
Pertemuan sungai Semantan dan sungai Pahang.
Kami order goreng pisang dan minuman.
Leng chee kang and mango smoothie.
Tak tau apa nama monumen ini tapi nampak macam bentuk kepala ikan.
Selesai di Taman Esplanade Temerloh, kami pun balik ke Seri Malaysia Hotel. Jom jalan-jalan sekejap sebelum masuk ke bilik.
Ada swimming pool.
Ada taman bunga raya yang cantik.
Suasana malam di hotel Seri Malaysia Temerloh.
Untuk makan malam, kami tidak keluar ke mana-mana dan makan di restoran hotel ini.
Nama restorannya ialah Cafe Seri Semantan.
Suasana dalam Cafe Seri Semantan. Simple, uncluttered and nice ambiance.
The menu. Very nice selection and not too many. Senang nak pilih la. Immediately I knew what to order! 😃😄
Ini my wife punya dinner - Nasi Goreng Udang Gendut.
And of course I had the Set Ikan Patin Tempoyak yang siap ada ulam serta sambal belacan dan buah-buahan tembikai dan oren. Also very delicious. Both my wife and I agreed that if we were ever in Temerloh again, we'll definitely stop by this cafe for meals.
Sedap sungguh gulai tempoyak ikan patin ini! Ikan patinnya fresh dan portion besar. Gulai tempoyaknya cukup berperisa! Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita nak makan masakan ini.
Saya ni memang suka Ikan Patin Gulai Tempoyak 😄.
Di RnR menuju ke Kemaman |
Di sebuah restoran di Batu Gajah, Perak |
Di sebuah restoran di Kota Bharu |
Di food court dalam Hentian Bas MBKT di Kula Terengganu |
Hidangan makan malam kami, antaranya Asam Pedas Ikan Patin, di Madinah ketika mengerjakan umrah yang disediakan oleh travel agent |
Asam Pedas Ikan Patin, di Madinah |
Kami memang recommend kalau kawan-kawan ke Temerloh, singgahlah ke cafe ini for some tasty meals.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment