Tuesday, April 30, 2019

2018 IN REVIEW

Macam tahun-tahun lepas, saya buat juga entry 'In Review' untuk 2018. 

🔷 KERALA, INDIA
🌗 Kerala Backwater
🌓 Fort Cochin beach
🌗 Dutch Cemetery
🌓 St. Francis Church
🌗 Chinese Fishing Net
🌓 Santa Cruz Cathedral Basilica
🌗 Kerala Kathakali Center
🌓 Dhoby Khana
🌗 Mattancherry Palace
🌓 Paradesi Synagogue

🌗 KERALA BACKWATER 
Kerala Backwaters adalah sebuah lembangan yang terdiri dari 5 buah tasik dan 38 batang sungai yang bersambung-sambung antara satu dengan yang lain termasuk juga terusan-terusan buatan manusia di antara mereka. Jika digabung keseluruhan tasik, sungai dan terusan-terusan ini, Kerala Backwaters mempunyai kepanjangan 900 km.

🌓 FORT COCHIN BEACH

🌗 DUTCH CEMETERY
Ini adalah a Dutch Cemetery, consecrated pada 1724, dipercayai yang tertua di negara ini. Pada tombs yang berjumlah 104, tertera rekod mereka yang dikebumi di sini yang terdiri dari rakyat Belanda dan Inggeris.

🌓 ST. FRANCIS CHURCH
St. Francis Church juga dikenali sebagai Vasco Da Gama Church kerana si penjelajah Portugis itu dikebumikan dalam gereja ini setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1524 akibat malaria ketika datang ke India pada kali ke 3.

🌗 CHINESE FISHING NET
Sebelum kedatangan penjajah Eropah dari Portugal, Belanda dan Britain, Kochi diperintah oleh seorang Maharaja dan terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan rempah. Ia menarik kedatangan pelbagai bangsa asing ke sini termasuklah orang dari China yang memperkenalkan teknik penangkapan ikan yang kini dikenali sebagai Chinese Fishing Net.

🌓 SANTA CRUZ CATHEDRAL BASILICA
Santa Cruz Cathedral Basilica adalah sebuah lagi gereja yang dibina oleh Orang Portugis bersama St Francis Church pada tahun 1505. Tidak seperti St Francis Church yang kini dijadikan Monumen Sejarah, Santa Cruz Cathedral Basilica masih berfungsi sebagai katedral ibadat.

🌗 KERALA KATHAKALI CENTER
Muzium Kerala Kathakali Center.

Keseluruhan proses mekap dan memakai costumes serta headgear ambil masa 2 jam. Wajah aktor dimekap untuk kelihatan seolah-olah dia memakai topeng. Bibir, bulu mata dan kening dimekap untuk kelihatan menonjol. Campuran pes beras dan limau turut digunakan. Warna-warna mekap yang digunakan adalah sangat vivid. Ada 5 jenis vesham (mekap) iaitu Pacha, Kathi, Thadi, Kari dan Minukku.

Kathakali adalah salah satu bentuk utama tarian India klasik. Ia adalah "seni drama" dalam genre seni, tetapi yang dibezakan oleh pakaian, kostum dan mekap yang sangat berwarna-warni. Kathakali terutamanya digiatkan sebagai seni persembahan Hindu di wilayah barat daya India yang berbahasa Malayalam (Kerala).

🌓 DHOBY KHANA
Pusat dobi tradisional ini diasaskan oleh pemerintah Belanda pada masa dahulu untuk mencuci pakaian seragam tentera Belanda. Pekerja asal di Dhoby Khana adalah dari keturunan Vannar yang dibawa masuk oleh Belanda ke sini dari Tamil Nadu pada tahun 1720. 

Dikatakan Dhobi Khana ini adalah satu-satunya khidmat cucian tradisional yang paling berjaya di bandar Kochi ini kerana masih lagi beroperasi sehingga hari ini sejak berdekad yang lalu. Ini kerana masih lagi ada penduduk di sini yang masih suka menggunakan khidmat handwash mereka. 

🌗 MATTANCHERRY PALACE
Mattancherry Palace atau juga dikenali sebagai Dutch Palace. Terletak lebih kurang 12 km dari Ernakulam, ia dibina sekitar 1545 C.E oleh Portugis sebagai hadiah kepada Raja Veera Kerala Verma dari Dinasti Kochi. 

Istana ini sebenarnya dibina oleh orang Portugis untuk Raja Kochi yang bernama Veera Kerala Varma pada tahun 1545, sebagai gantirugi kerana memusnahkan sebuah Kuil Hindu di sini.

🌓 PARADESI SYNAGOGUE

🔷 KEMAMAN
🌗 Taman Persiaran Bandar Chukai
🌓 Chukai Waterfront
🌗 Pasar Besar Chukai
🌗 Muzium Kemaman

🌗 TAMAN PERSIARAN BANDAR CHUKAI

🌓 CHUKAI WATERFRONT

🌗 PASAR BESAR CHUKAI

🌗 MUZIUM KEMAMAN
Muzium ini menfokuskan kepada individu-individu terbilang di negeri Terengganu. 

🔷 IPOH
🌗 Gua Kek Look Tong
🌓 Taman Rekreasi Gunung Lang
🌗 Miniature Wonders Art Gallery
🌓 Jejak Warisan/Heritage Trail Ipoh
🌗 Art of Oldtown
🌓 Ho Yan Hor Museum
🌗 Han Chin Pet Soo: Hakka Miner's Club and Museum

🌗 GUA KEK LOOK TONG

🌓 TAMAN REKREASI GUNUNG LANG

🌗 MINIATURE WONDERS ART GALLERY
Miniature Wonders Art Gallery - 'The Story of the Making of Terracotta Warriors'.


🌓 JEJAK WARISAN IPOH/HERITAGE TRAIL IPOH

🌗 ART OF OLDTOWN

🌓 HO YAN HOR MUSEUM
Pada mula perniagaan teh herba beliau, Dr. Ho akan berbasikal dari kampung ke bandar.

🌗 HAN CHIN PET SOO: HAKKA MINERS'S CLUB AND MUSEUM 
Diorama penghisap candu, menghisap candu menggunakan long pipe buluh. 

🔷 PULAU PINANG
🌗 ETS dari KL ke Butterworth
🌓 Ferri ride Butterworth to George Town
🌗 Hop On Hop Off (HOHO) - City Route
🌓 Kek Lok Si Temple
🌓 Masjid Melayu (Jamek)
🌗 Masjid Kapitan Keling
🌓 Chew Jetty
🌗 Hop On Hop Off (HOHO) - Beach Route
🌗 The Habitat - Penang Hill
🌓 Fort Cornwallis
🌗 Tropical Spice Garden
🌓 Pantai Teluk Bahang

🌗 ETS DARI KL KE BUTTERWORTH

🌓 FERRY RIDE BUTTERWORTH TO GEORGE TOWN


🌗 HOP ON HOP OFF (HOHO) - CITY ROUTE


🌓 KEK LOK SI TEMPLE
Pagoda of Ten Thousand Buddhas. Nama rasminya ialah Pagoda of Rama VI. 

🌓 MASJID MELAYU (JAMEK)    
Di kawasan UNESCO Heritage ini ada sebuah masjid tertua di Pulau Pinang yang sudah berusia lebih 200 tahun iaitu Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Di masjid ini juga ada Wakaf Tunku Syed Hussein Idid.  Tunku Syed Husseinlah yang membina masjid ini pada tahun 1808.

🌗 MASJID KAPITAN KELING
Bangunan Masjid Kapitan Keling yang asal dibina pada 1801 (lebih 200 tahun yang lalu) dan bangunan masjid yang sekarang ini dibina pada 1916 (lebih 100 tahun yang lalu) menggantikan yang lama. Masjid ini satu ketika dahulu pernah menjadi Masjid Negeri Pulau Pinang.

🌓 CHEW JETTY
Jeti Chew ini adalah salah satu dari beberapa jeti that make up the whole Clan Jetties. Clan Jetties adalah perkampungan di atas air yang pada asalnya dihuni oleh imigran dari China yang datang untuk bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang. Kebanyakan pendatang pada waktu itu, berhijrah dari kawasan pantai di tenggara China yang dikenali sebagai wilayah Fujian dan turut membawa bersama ahli keluarga mereka.

🌗 HOP ON HOP OFF (HOHO) - BEACH ROUTE

🌗 THE HABITAT - PENANG HILL

🌓 FORT CORNWALLIS 
Fort Cornwallis dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan hanya menggunakan batang pokok nibong tanpa binaan kekal. Ia didirikan pada tahun 1786 dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral British di India pada ketika itu - Charles Earl Cornwallis. 

🌗 TROPICAL SPICE GARDEN

🌓 PANTAI TELUK BAHANG

🔷 PANORAMIC CAMERA 'INSTA360° AIR'
Sri Mahamariamman Temple.

Petaling Street.

Central Market.


Masjid Jamek.



🔷 HARI TU....










🔷 MANADO, NORTH SULAWESI, INDONESIA
🌗 Tunan Waterfall
🌓 Yesus Statue
🌗 Sunset di Teluk Manado
🌗 Vihara Buddhayana
🌓 Rumah Panggung Bongkar Pasang Asli Minahasa, Desa Woloan
🌗 Pasar Beriman Tomohon
🌓 Desa Rurukan, Gunung Mahawu
🌗 Bukit Temboan
🌓 Masjid Agung Al-Falah Kyai Modjo
🌗 Benteng Moraya
🌓 Danau Tondano
🌗 Bukit Kasih 
🌓 Danau Linow
🌗 Manado City Tour
🌓 Dermaga Wisata Kalimas
🌗 Katamaran boat - Taman Laut Bunaken
🌓 Pulau Bunaken
🌗 Kampung Arab
🌓 Gereja Sentrum
🌗 Masjid Raya Ahmad Yani 
🌓 Dataran Pohon Kasih Megamas
🌗 Morning Walk
🌓 Masjid Firdaus

🌗 TUNAN WATERFALL
Lokasi tepatnya ialah Desa Talawan, Kecamatan Dimembe, Kabupaten Minahasa Utara, Provinsi Sulawesi Utara.

🌓 YESUS STATUE
Monumen yang didirikan pada tahun 2007 ini adalah patung Jesus Christ yang kedua terbesar di dunia selepas patung Christ The Redeemer di Rio de Janeiro, Brazil. Ia dibina menghadap ke kota Manado dan Teluk Manado dengan kedua-dua tangannya terdepa dipercayai oleh penganut di sana seolah-olah memberi berkat kepada seluruh kota dan penduduknya.

🌗 SUNSET DI TELUK MANADO

🌗 VIHARA BUDDHAYANA
Pagoda Ekayana. Kawasan vihara ini terletak antara Gunung berapi aktif Lokon dan Mahawu, 2 dari 4 gunung yang ada di Kota Tomohon. Vihara ini dibina di Kelurahan Kakaskasen II, Kecamatan Tomohon Utara. Sudah ada sejak tahun 80-an dan dirasmikan pada 2009 oleh Gubernur Sulawesi Utara. 

🌓 RUMAH PANGGUNG BONGKAR PASANG ASLI MINAHASA, DESA WOLOAN
Kelurahan Woloan Kota Tomohon sudah ditetapkan oleh pemerintah daerah sebagai kawasan industri rumah panggung di Provinsi Sulawesi Utara (Sulut). Generally rumah-rumah ini juga dipanggil Rumah Panggung. Nama komersilnya ialah Rumah Panggung Bongkar Pasang Asli Minahasa. Rumah-rumah ini boleh ditanggal dan dipasang semula di lokasi baru selepas ia dibeli.

🌗 PASAR BERIMAN TOMOHON
Selain barangan pasar kering dan pasar basah yang biasa kita lihat di pasar-pasar lain, pasar ini ada section 'non-halal' yang besar di bahagian esktrem di pasar itu. Extreme pada kami tapi tidak pada the locals there. Selain babi, among others ada dijual tikus, anjing, ular dan kelawar. 

🌓 DESA RURUKAN, GUNUNG MAHAWU
Rurukan terdiri dari dua desa, iaitu Desa Rurukan dan Rurukan Satu. Kedua-duanya berada di dalam wilayah Kecamatan Tomohon Timur. Orang Minahasa menamakan gunung di sini sebagai 'Mahawu' kerana sering mengeluarkan abu. Gunung ini pernah mengeluarkan letusan kecil pada tahun 1789. Kemudian tahun 1994, gunung Mahawu juga mengeluarkan letupan lumpur dengan geyser terjadi sepanjang danau kawah.

🌗 BUKIT TEMBOAN
Lokasi: Kelurahan Rurukan Satu Kecamatan Tomohon Timur Kota Tomohon. Dari puncak ini boleh nampak jelas Tondano dengan danaunya, Bitung dengan pelabuhannya, Gunung Klabat bahkan Selat Lembeh.

🌓 MASJID AGUNG AL-FALAH KYAI MODJO 
Masjid ini berada di dalam Perkampungan Jawa Tondano yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Sebuah perkampungan Islam di tengah permukiman masyarakat Minahasa yang majoritinya beragama Kristian.

Masjid di Sulawesi Utara ini dikategorikan sebagai salah satu tempat bersejarah di Indonesia.  Mengikut sejarahnya, Kyai Modjo adalah seorang penasihat agama dan panglima perang dari pasukan Pangeran Diponegoro (seorang putera Jawa yang menentang penjajahan Belanda) ketika Perang Jawa. Masjid ini telah dibina pada 1854 dan menjadi salah satu saksi sejarah mengenai keujudan umat Islam di daerah Tanah Minahasa.

🌗 BENTENG MORAYA 
Monumen Benteng Moraya yang merupakan tempat pertahanan Suku Minahasa dari serangan Belanda dahulu ketika Perang Tondano 1808-1809.

Di sini ada waruga yang merupakan makam orang Minahasa kuno berupa batu berongga empat segi setinggi sekitar 1 meter. Mayat diletakkan di dalamnya dalam posisi duduk dan ditutup dengan penutup batu berbentuk segitiga. Satu waruga biasanya digunakan sebagai batu kubur untuk satu keluarga, sehingga boleh diisi sampai 12 jasad. 

Seorang Pahlawan Minahasa dipanggil Waraney iaitu perajurit perang yang juga bertugas sebagai penjaga keamanan desa pada zaman dahulu. Di samping melindungi suku, Waraney juga mencari rezeki untuk keluarga, memimpin suku dan menjaga tradisi dari para leluhur Minahasa. Jadi Waraney pada zaman itu adalah juga para pemburu, petani, ahli seni, ahli bangunan, nelayan dan ahli perubatan. Danau Tondano adalah danau terluas di Provinsi Sulawesi Utara, Indonesia

🌓 DANAU TONDANO 
Danau Tondano adalah danau terluas di Provinsi Sulawesi Utara, Indonesia.

🌗 BUKIT KASIH 
Wajah-wajah pada bukit ini tersebut adalah gambaran wajah nenek moyang masyarakat Minahasa, Toar dan Lumimuut. Toar dan Lumimuut dikatakan berhijrah ke Tanah Minahasa dari Mongolia kerana melarikan diri dari tentera Genghis Khan yang mengganggu mereka. 

🌓 DANAU LINOW
Danau ini terletak di wilayah pemerintahan kota Tomohon, Provinsi Sulawesi Utara, Indonesia. Uniknya tasik ini bila waktu siang airnya berwarna-warni dan dikenali sebagai danau tiga warna. Perkataan "Linow" diambil dari Bahasa Minahasa iaitu lilinowan yang bererti tempat berkumpulnya air.


🌗 MANADO CITY TOUR

🌓 DERMAGA WISATA KALIMAS
Berdekatan dermaga ini ialah Pelabuhan Manado di mana kapal-kapal besar berlabuh. Berhampiran dermaga ini juga ada sebuah pasar yang besar bernama Pasar Bersehati. Dari Dermaga ini juga boleh nampak Jembatan Soekarno. Selain bot awam, dermaga ini memang khas tempat sewa bot ke taman laut Taman Nasional Bunaken dan ke pulau-pulau peranginan yang berhampiran lain seperti Naen, Siladen, Manado Tua dan Mantehage. 

🌗 KATAMARAN BOAT - TAMAN LAUT BUNAKEN

🌓 PULAU BUNAKEN
Taman Nasional Bunaken adalah taman laut yang terletak di Sulawesi Utara, Indonesia. Taman ini terletak di Segitiga Terumbu Karang dan menjadi habitat bagi 390 spesies terumbu karang dan juga berbagai spesies ikan, moluska, reptilia dan mamalia laut. 

🌗 KAMPUNG ARAB
Kampung Arab ini berlokasi di Kelurahan Istiqlal, Kota Manado. Orang Arab dari Yaman mula datang ke sini di akhir abad ke-18 sebagai pendatang. Mereka tinggal di Manado dan berkahwin dengan wanita di situ. Jadi ada ramai yang tinggal di kampung ini yang berasal dari Tondano dan Minahasa.

🌓 GEREJA SENTRUM
Gereja Masehi Injili di Minahasa (GMIM) Sentrum Manado merupakan gereja yang tertua di kota Manado. Ia dibina pada tahun 1677 dan mencapai usia 337 tahun pada tahun 2014.

🌗 MASJID RAYA AHMAD YANI
Masjid yang terbesar di Manado. 

🌓 DATARAN POHON KASIH MEGAMAS
Dataran ini adalah tempat pelbagai kegiatan seperti perlaksanaan upacara Hari Ulang Tahun (HUT) ke-73 Proklamasi Kemerdekaan RI pada 17 Ogos lepas. Selain itu tempat ini juga akan jadi lokasi perlaksanaan Manado Fiesta 2018 yang akan dimulai pada 31 Ogos. Bukan itu sahaja, ketika di bulan suci Ramadhan, umat Islam Manado yang menunaikan ibadat puasa, beramai-ramai pergi ke kawasan Pohon Kasih Megamas ini untuk berbuka puasa bersama keluarga dan saudara rakan handai. Maka ada banyak gerai-gerai menjual makanan dan minuman untuk berbuka puasa. Meriahnya ketika itu sehingga digelar Festival Ramadhan. 

🌗 MORNING WALK MANADO

🌓 MASJID FIRDAUS

🔷 Gerhana Bulan Penuh
28 Julai 2018 - fenomena Gerhana Bulan Penuh paling lama pada abad ke-21. Fasa Gerhana Penuh ini berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat dan tempoh ini menjadikannya fenomena paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100). 
Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi. Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika fasa penuh pada 28 Julai.

🔷 Masjid Toh Puan Besar Hatijah
Lokasi: Kampung Serani, 30200 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Design di dalam masjid ini adalah seperti yang ada pada The Great Mosque of Damascus (Umayyad Mosque) di Syria. Ia juga mirip dengan hiasan kubah bahagian dalam The Dome of The Rock - Qubbah As-Sakhrah di Palestine.

🔷 20 Year Anniversary of Travels
Tahun 2018 adalah my '20 Year Anniversary of Travels' bermula dari 1998 hingga 2018. Syukur Alhamdulillah. Ini summary of my 20 years of travels ikut choronology tahun.

My travels dipetakan.



The summary in photos.

🔷 MESIR
🌓 City of the Dead
🌗 Qal’ah (kubu) Sultan Salahuddin al-Ayubi
🌓 Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun
🌗 Islamic Cairo
🌓 Masjid Muhammad Ali Pasha 
🌗 Muzium Kubu Israel atau War Memorial 73
🌓 'Uyun Musa
🌗 Dahab
🌓 Dahab Public Beach
🌗 Glass bottom boat cruise di Teluk Aqaba, Laut Merah
🌓 Taba Protectorate
🌗 Makam Nabi Saleh as
🌓 Makam Nabi Harun as
🌗 Lembu Samiri
🌓 St Catherine's Monastery
🌗 Masjid Amru Al 'As

🌓 Garbage City
🌗 Masjid Sayyidina Nafisah
🌓 Masjid dan Makam Imam Shafie 
🌗 Makam Imam Waki'
🌓 Masjid Ibnu Tulun

🌗 Corniche, Alexandria
🌓 Qaitbay Citadel
🌗 Masjid dan Makam Imam Al Busiri

🌓 Masjid Makam Muris Al Abbas
🌗 12 makam wali-wali Allah
🌓 Masjid dan Makam Nabi Daniel
🌗 Makam Luqman Al Hakim
🌓 Giza Pyramid Complex
🌗 Sphinx
🌓 Masjid Al Azhar
🌗 Masjid dan makam al-Hussein
🌓 Khan al-Khalili
🌗 Fayoum
🌓 Tasik Qarun
🌗 Wadi El Rayan National Park
🌓 Istana Qarun
🌗 Egyptian Museum
🌓 Ruwaq Jawi

🌓 CITY OF THE DEAD
Dianggarkan ada antara 500,000 dan 1 juta orang Mesir tinggal di tanah perkuburan ini, yang telah menjadikannya dipanggil City of the Dead. Ia terletak di kaki Bukit Mokattam.

🌗 QAL'AH (KUBU) SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI
Qal’ah (kubu) Sultan Salahuddin al-Ayubi atau benteng Salahuddin al-Ayubi terletak di tengah-tengah bandar Cairo, sebelah Bukit Muqattam and is one of the must visits attractions di Mesir. Ia dibina oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1183 M. 700 tahun dahulu kubu hebat ini pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan. Sekarang kubu ini tidak digunakan lagi sebagai pusat pentadbiran dan dijadikan tugu sejarah sebagai kawasan pelancongan.

🌓 MASJID AL NASIR MOHAMMAD IBN QALAUN
Masjid Sultan Al-Nasir Muhammad ibn Qala'un adalah masjid awal abad ke-14 di Citadel, Kaherah, Mesir. Ia dibina oleh sultan Mamluk Al-Nasir Muhammad pada 1318 sebagai masjid kerajaan Citadel, di mana sultan-sultan Cairo melakukan solat Jumaat mereka. Masjid ini terletak di seberang jalan dari akses halaman ke Masjid Muhammad Ali Pasha.

🌗 ISLAMIC CAIRO
Islamic Cairo adalah sebahagian daripada pusat bandaraya Cairo berlokasi di sekitar kota lama Cairo dan Citadel of Cairo yang dipenuhi oleh beratus-ratus masjid, makam, madrasah, rumah-rumah besar dan kubu-kubu yang berasal dari zaman Islam. Jadinya Cairo terkenal dengan panggilan Kota Seribu Menara (City of 1,000 Minarets). Ini disebabkan ada terlalu banyak menara masjid di kota ini. Kedudukan masjid di Cairo memang dibina rapat-rapat antara satu sama lain kerana bilangan penduduknya yang ramai datang bersolat jemaah tidak mampu ditampung oleh hanya sebuah masjid dalam sesuatu kawasan.

🌓 MASJID MUHAMMAD ALI PASHA
Masjid Muhammad Ali Pasha atau dikenali juga sebagai Masjid Alabaster adalah sebuah masjid yang terletak di Citadel ini yang dibina oleh oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848. Beliau adalah seorang panglima tentera Ottoman berketurunan Albania. Setelah berjaya menawan Mesir, Mohamed Ali mengisytiharkan dirinya berpisah dari Kerajaan Ottoman dan membina kerajaannya sendiri di Mesir. Arkitek masjid ini adalah Yusuf Bushnak dari Istanbul dan modelnya adalah Masjid Sultan Ahmed di Istanbul. 

🌗 MUZIUM KUBU ISRAEL / WAR MEMORIAL 73
Muzium Kubu Israel atau War Memorial 73. Tempat ini terletak kira-kira 20 kilometer ke tenggara Terusan Suez selepas melalui Terowong Ahmed Hamdi untuk ke Semenanjung Sinai.


🌓 'UYUN MUSA
'Uyun Musa (Moses Spring, عيون موسى). Mata air Musa ini berlokasi 20 km Selatan dari Terowong Ahmed Hamdi di Sinai Selatan.
Setelah selamat dari dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya, kaum Bani Israil merasa haus yang teramat sangat, hingga mereka meminta air dan makanan kepada Nabi Musa as. Lalu Nabi Musa as memukulkan tongkatnya dan keluarlah 12 mata air dari batu yang dipukulnya itu, setiap satu mata air untuk satu suku Bani Israil. Di 'Uyun Musa inilah dipercayai sebagai tempat 12 mata air itu.  

🌗 DAHAB
Dahab (دهب, emas) adalah sebuah bandar kecil di pantai tenggara Semenanjung Sinai di Mesir yang mengadap Teluk Aqaba, kira-kira 80 km timur laut bandar Sharm el-Sheikh. Dahulunya sebuah perkampungan nelayan Bedouin, Dahab kini dianggap sebagai salah satu destinasi menyelam yang paling popular di Sinai. Ketibaan rangkaian hotel antarabangsa dan penubuhan kemudahan sampingan yang lain telah menjadikan bandar ini sebagai destinasi popular dengan pelancong. Dahab is served by Sharm el-Sheikh International Airport.

🌓 DAHAB PUBLIC BEACH 

🌗 GLASS BOTTOM BOAT CRUISE AT AQABA GULF, RED SEA

🌓 TABA PROTECTORATE
'Taba Protected Area' ditubuhkan pada tahun 1998 untuk perlindungan rizab air, mamalia, burung yang rare dan reptilia. Kawasan bukit ini adalah persinggahan rehat orang-orang Badwi. Disebabkan pemandangannya yang cantik, ia juga menjadi persinggahan pelancong yang datang ke Sinai.

🌗 MAKAM NABI SALEH AS
Di dalam Al Quran, kisah Nabi Salleh as telah diceritakan menerusi 72 ayat di dalam 11 surah yang di antaranya adalah Surah Al-A'raaf (Ayat 73-79), Surah Hud (Ayat 61-68) dan Surah Al-Qamar (Ayat 23-32).

🌓 MAKAM NABI HARUN AS
Selain di St Catherine ini, makam Nabi Harun juga dikatakan berada di Petra, Jordan. Wallahu a'lam.

🌗 LEMBU SAMIRI
Bani Israel yang menanti kepulangan Nabi Musa as merasa kecewa bila dia tidak pulang selepas 30 hari yang dijanjikan. Ketika inilah seorang ahli sihir yang bernama Samiri di kalangan mereka mengambil kesempatan menyebarkan perbuatan syirik. Dia mendakwa Nabi Musa as tersesat dalam mencari Tuhan dan tidak akan kembali. Kemudian Samiri mencipta patung anak lembu dari emas. Dia memasukkan segumpal tanah dari bekas tapak kaki kuda Malaikat Jibril as ketika mengetuai Nabi Musa as dan pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung yang dicipta Samiri boleh bersuara.

🌓 ST CATHERINE'S MONASTERY
St Catherine's Monastery ialah sebuah biara Kristian mazhab Greek Othodox yang dibina di kaki Gunung Tursina. Nama rasmi yang lengkap bagi biara ini adalah Sacred and Imperial Monastery of the God-Trodden Mount of Sinai. Namun ia lebih dikenali sebagai Saint Catherine's Monastery sempena seorang Christian Saint bernama Catherine of Alexandria yang dikatakan disemadikan di sini. Ada sebuah masjid di dalamnya iaitu Fatimid Mosque. Juga ada Telaga Nabi Musa as dan The Burning Bush.

🌗 MASJID AMRU AL 'AS
Amru Al 'As adalah seorang sahabat Rasulullah saw dan juga seorang panglima perang Islam yang telah membebaskan Mesir dari kekuasaan Rom. Sebagai mengenang jasa beliau, Khalifah Umar Bin Al Khattab telah memilih dan mengangkat beliau menjadi Gabenor Mesir. 

Masjid Amr ibn al-As yang juga dikenali sebagai Masjid Amr, pada asalnya dibina pada 641-642 AD, di pusat ibu kota Mesir yang baru diasaskan, iaitu Fustat. Struktur asal masjid ini adalah merupakan masjid pertama yang pernah dibina di Mesir dan seluruh Afrika. Masjid yang ada sekarang ini adalah masjid keempat terbesar di dunia Islam. 

Masjid ini juga dikenali sebagai Taj al-Jawamie (Crown of Mosques) yang menunjukkan kepentingannya di tanah Islam dan di Afrika khususnya. Juga dinamakan sebagai al-Jamie'al-Ateeq (the Ancient Mosque) yang merekodkan sejarahnya sebagai masjid pertama di Afrika dan masjid utama keempat selepas masjid Nabi di Madinah dan masjid Kufa dan Basrah. Juga dipanggil Masjid Ahl ar-Rayah (Mosque of Banner Holders) sebagai rujukan kepada banyak utusan Nabi saw yang membawa Banner Islam ke Mesir dan Afrika.

🌓 GARBAGE CITY
Kaherah terkenal dengan bandar-bandar seperti Garbage City dan City of the Dead. Seperti City Of the Dead, Garbage City juga terletak di Cairo's slum area. Lebih tepat ia berada dalam kawasan Mansheya Nasir. Slum area Garbage City terletak di hujung selatan Mansheya Nasir, di kaki bukit Mokattam di pinggir Kaherah. Majoriti pekerjaan penduduknya ialah pengumpulan dan mengitar semula sampah bandar. Walaupun Mansheya Nasir mempunyai jalanraya, kedai dan pangsapuri seperti di kawasan lain di Kaherah, ia tidak mempunyai infrastruktur dan sering tidak mempunyai air, pembentung dan elektrik.

🌗 MASJID SAYYIDINA NAFISAH
Masjid Al-Sayeda Nafeesah atau Mashhad Al-Sayeda Nafeesah adalah masjid di daerah Al-Sayeda Nafeesah (atau Sebaa Valley) di Kaherah, Mesir. Ia dibina untuk memperingati Sayyida Nafisa, cicit kepada Rasulullah saw, seorang ulama Islam dan wali Allah swt yang terkenal. Di dalam masjid ini ada makam Sayyida Nafisa.

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu'tamin bin Ja'far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulullah s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah swt. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya sentiasa rindu dengan syurga Allah swt. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.



🌓 MASJID DAN MAKAM IMAM SHAFIE 
Imam Syafie dikebumikan di dalam masjid tempat beliau mengajar pengajian agama semasa hidupnya. Masjid ini kini dinamakan sebagai Masjid Imam Syafie.


🌗 MAKAM IMAM WAKI'

Imam Waki' adalah guru kepada Imam Syafie. Imam Waki’ terkenal sebagai ulama yang sangat kuat hafalannya, sekaligus ahli hadis yang sangat masyhur dari negeri Iraq (daerah Kufah pada waktu itu). Imam Waki’ tidak pernah membawa kitab di tangannya, beliau mengajar berdasarkan kepada hafalannya.

🌓 MASJID IBNU TULUN
Masjid Ibnu Tulun atau Masjid al-Maydan dibangunkan pada tahun 876-879M di masa pemerintahan Ahmad Ibn Tulun, penguasa pertama dari dinasti Ibnu Tulun yang berkuasa selama 135 tahun di Mesir. Masjid yang sudah berusia ratusan tahun ini menjadi salah sebuah peninggalan kegemilangan kerajaan Islam di Mesir. Ia juga adalah masjid kedua dibina di Mesir selepas Masjid Amru Al-'As.

🌗 CORNICHE, ALEXANDRIA
The Corniche (الكرنيش‎, El Kornesh). Designed in 1870, ia adalah waterfront promenade yang cantik disamping merupakan koridor utama trafik di Alexandria.

🌓 QAITBAY CITADEL
Qaitbay Citadel merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-15 yang terletak di pantai Laut Mediterranean, di Alexandria, Mesir. Ia dibina pada 1477 AD (882 H) oleh Sultan Al-Ashraf Sayf al-Din Qa'it untuk mempertahankan Alexandria dari penaklukan Empayar Uthmaniyyah dan memastikan keselamatan laluan kapal-kapal di pelabuhan.


🌗 MASJID DAN MAKAM IMAM AL BUSIRI
Penyair Mesir Imam al-Busiri dianggap sebagai pengarang puisi yang paling terkenal yang memuji Nabi Muhammad ï·º iaitu Qasidah Al-Burdah Busiri. 

🌓 MASJID DAN MAKAM MURSI AL ABBAS
Wali Allah, Abu Al Abbas Syihabuddin Ahmad bin Omar bin Muhammad Al Ansari Al Mursi dilahirkan di Murcia, Spain pada tahun 1219 M dalam keluarga pedagang yang kaya. Selepas Andalusia termasuk Murcia jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1242 M, beliau dan keluarganya berpindah ke Tunisia namun hanya beliau seorang yang sempat sampai ke Tunisia.

🌗 12 MAKAM WALI-WALI ALLAH
12 makam wali-wali Allah, termasuk seorang cicit Rasulullah ï·º.


🌓 MASJID DAN MAKAM NABI DANIEL
Nabi Daniel adalah seorang Nabi Allah yang tidak termasuk dalam senarai 25 orang Rasul yang wajib kita imani. Walau pun begitu, ahli sejarah Islam dan mufassirin mengatakan bahawa beliau termasuk nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir. Seorang Nabi yang diutus oleh Allah swt kepada Bani Israil.

🌗 MAKAM LUQMAN AL HAKIM
Hanya ada dua orang sahaja manusia yang bukan dari golongan Rasul yang nama mereka diabadikan sebagai nama surah di dalam Al Quran. Mereka adalah Maryam (ibu Nabi Isa as) dan Luqman Al Hakim. Begitu tinggi ketakwaan mereka sehingga penghargaan sebegitu diberi oleh Allah swt kepada keduanya.

🌓 GIZA PYRAMID COMPLEX
Dari kiri: Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre dan Pyramid of Menkaure. Yang kanan sekali tu, the smaller pyramids are the Pyramid of Menkaure's 3 satellite pyramids. 

🌗 SPHINX
The Great Sphinx of Giza (أبو الهول / abu alhawl / The Terrifying One / Father of Dread) adalah patung batu kapur seekor sphinx (makhluk mitos berbadan singa dan berkepala manusia) yang sedang duduk di Giza Pyramid Complex, Egypt. Menghadap secara langsung dari Barat ke Timur, ia terletak di Dataran Tinggi Giza di tebing barat Sungai Nil di Giza, Mesir. 

🌓 MASJID AL AZHAR
Al-Azhar adalah sebuah Universiti Islam terkenal di dunia berlokasi di Mesir. Pusat pengajian ini diasaskan di sebuah masjid yang bernama Masjid al-Azhar sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Fatimiyyah di Mesir pada abad ke-10 Masihi. Masjid ini dibina oleh pemerintah Dinasti Fatimiyyah yang bernama Khalifah al-Mu’izzli Din Allah selepas beliau menakluki Mesir.

🌗 MASJID DAN MAKAM AL HUSSEIN 
Masjid Al Hussein yang dibina pada 1154 terletak di kawasan bazar paling sibuk di Cairo yang bernama Khan Al Khalili. Ia dinamakan Masjid Al Hussein sempena makam milik cucu Rasullullah SAW, Imam Hussein bin Ali bin Abu Talib yang berada di dalamnya. Makam Saidina Hussein ini sebenarnya hanya menguburkan kepala beliau sementara jasad Saidina Hussein dikebumikan di Karbala, Iraq.

🌓 KHAN AL-KHALILI


🌗 FAYOUM

🌓 TASIK QARUN
Menurut Ustaz tasik yang sangat besar ini adalah bekas harta kekayaan milik Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah SWT sebagai balasan ke atas kesombongan beliau yang enggan membayar zakat. 

🌗 WADI EL RAYAN NATIONAL PARK
Wadi El Rayan Fayoum Waterfall ini bukanlah air terjun semula jadi. Ia terbentuk semasa saliran air dibuat untuk menghubungkan Upper Lake dan Lower Lake pada tahun 1974. 


🌓 ISTANA QARUN
Istana Qarun atau Qasr Qarun yang bermakna Istana Qarun dalam bahasa Arab. Sebenarnya ianya bukanlah sebuah istana (a misnomer) tapi adalah sebuah kuil Ptolemaic (dikenali juga sebagai "Temple of Stone") yang dianggarkan dibina pada zaman Ptolemaic (304-30 SM) antara 323 and 330 BC. Keujudannya masih belum bertarikh lebih tepat kerana ketiadaan inskripsi pada kuil ini. 


🌗 EGYPTIAN MUSEUM
Egyptian Museum atau Museum of Cairo, di Kaherah, Mesir. Ia mengandungi koleksi artifak Mesir purba yang hebat sebanyak 120,000 item, yang sebahagiannya dipamerkan dan selebihnya ada disimpan dalam stor. Banyak item perlu disimpan di dalam exact environmental conditions untuk mengelakkan kerosakan dan pereputan.

🌓 RUWAQ JAWI
Sistem Ruwaq ini tidak lagi diamalkan selepas Universiti Al Azhar mengamalkan sistem kuliah dan peperiksaan. Namun atas inisiatif beberapa pelajar Malaysia di Universiti Al Azhar dan sokongan dari Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Ruwaq ini dapat dihidupkan kembali. Namun Ruwaq ini tidak lagi berada di dalam Masjid Al Azhar macam dulu, sebaliknya ia ditempatkan di kawasan kediaman pelajar-pelajar Malaysia di Cairo.

Dalam tahun 2018, dapat kami bercuti ke 3 negara; India (Kerala), Indonesia (Manado, Sulawesi Utara) dan Mesir (Kaherah, Semenanjung Sinai, Alxeandria dan Fayoum).

Di Malaysia pula dapat ke Kemaman, Ipoh dan Pulau Pinang.

2018 juga adalah my 20 years anniversary of travels (1998 - 2018).

Syukur Alhamdulillah.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.