Assalamualaikum.
Hari kedua kami di Temerloh ini kami bertolak ke Bera sebab isteri ada urusan kerja di sana. Tapi sebelum itu kami sarapan dulu di Cafe Semantan, restoran hotel Seri Malaysia ini.
Very nice breakfast spread.
Jom tengok the buffet.
Seperti dinner kami malam semalamnya, sarapan di cafe ini juga sedap!
Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan.
Di lobi hotel ini ada replika miniature rumah melayu tradisional.
Hello love 😍.
Lepas check out, kami terus bertolak ke Bera.
Suasana di bandar Temerloh yang lengang di pagi hari.
Wikipedia:
Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang.Temerloh adalah salah sebuah Daerah yang terbesar di Pahang. Temerloh merupakan bandar Kedua terbesar dari segi pembangunan di Pahang selepas Kuantan. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik.
Temerloh juga merupakan nama sebuah daerah yang terletak di Pahang. Keluasannya 225,086 hektar (2,251 km persegi), dengan penduduk (2016) 190,500 orang. Daerah Temerloh diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai 'Pemungut dan Pengadil' pertama. Kemudian jawatan tersebut diubah menjadi 'Pegawai Daerah' dan W.L. Conlay menjadi orang pertama menjadi Pegawai Daerah Temerloh mulai 1898. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Semenanjung, gelaran 'Titik Tengah Semenanjung' telahpun menjadi nama jolokan daerah ini.
Pejabat POS Temerloh |
Melintasi sempadan Daerah Bera. Perjalanan dari Temerloh ke Bera ambil masa lebih kurang 30 minit.
Perjalanan kami menyusuri sungai Pahang yang besar ini.
Menuju ke pusat Bandar Bera.
Tiba di Bandar Bera.
Bangunan bermenara jam ini ialah bangunan Majlis Daerah Bera.
Ini Mahkamah Syariah Bera.
Kami pun sampai ke Hospital Bera. Urusan kerja isteri saya adalah di sini.
Memandangkan event yang isteri saya hadiri itu akan selesai around noon, jadi after I dropped her off at the hospital, saya pun merancanglah hendak melawat ke tempat-tempat menarik yang ada di Bera ini. A few of them agak jauh lokasi-lokasinya, cuma 2 sahaja yang dekat dengan Hospital Bera iaitu Taman Awam Bera & Laman Perwira dan juga Bera Waterfront. Yang paling dekat adalah Taman Awam Bera & Laman Perwira, jadi ke situlah saya pada pagi itu.
Stesen teksi Bera |
Perhentian Bas Bera |
Ini Masjid Daerah Bera atau Masjid Baru Bera atau Masjid Darul Fikri Daerah Bera.
Sudah sampai ke Taman Awam Bera. Jauhnya cuma 10 minit drive dari Hospital Bera.
Ini entrance masuk ke Taman Awam Bera & Laman Perwira. Ya, dalam taman awam ini juga ada Laman Perwira. Ok jom kita masuk.
Ada pokok kekabu besar di sini.
Pagi begini, kira-kira pukul 10 am, tentulah tiada ramai orang di sini. Cuma ada a handful sahaja disamping pekerja-pekerja taman yang sibuk bertugas menjaga keindahan dan kebersihan taman ini.
Cuaca baik dan langit cerah. Syukur Alhamdulillah.
Ok, sebelum kita mulakan eksplorasi taman ini, kita tengok dulu peta trail taman awam ini. Laluan taman ini terbahagi kepada dua iaitu Fasa 1 trail berwarna hijau dan Fasa 2 trail berwarna biru. Trail Fasa 1 jaraknya lebih kurang 1 km dan trail Fasa 2 lebih kurang 2 km. Di tengah taman ini ada sebuah tasik yang besar.
Secara umumnya trails ini adalah laluan yang mudah dengan jalan yang mendatar dan tiada turun naik bukit. Untuk trail Fasa 1, boleh selesai pusing dalam masa lebih kurang 15 hingga 20 minit bergantung kepada kelajuan kita berjalan. Kalau jogging lagi cepatlah kita selesai pusing. Sambil berjalan itu bolehlah menikmati keindahan taman ini atau seperti saya ketika itu bolehlah juga menikmati suasana hijau yang sunyi dan tenang.
Juga bergantung kepada how fast you are walking, Fasa 2 boleh kita selesai pusing dalam jangka masa lebih kurang 30 minit or less. Laluan Fasa 2 ini lebih jauh dan ia mengelilingi satu tasik yang besar, yang saya rasa mungkin asalnya adalah sebuah paya atau mungkin juga tasik buatan. Di laluan ini terdapat Laman Perwira, kawasan bersantai, tempat bersenam, menara anjung tinjau, taman permainan kanak-kanak dan trek untuk berjalan dan berjoging.
Ok, jom kita jalan.
Indeed, dan taman ini saya nampak adalah bersih dan dijaga rapi.
Taman ini juga dikenali sebagai Laman Keluarga Malaysia. Ini maklumat tentang LKM.
Ada gazebo/wakaf untuk pengunjung berehat dan berteduh.
Lanskap laman yang cantik.
Ada sebatang sungai kecil mengalir di bahagian entrance taman ini.
💕 Cintailah Sungai Kita 💗.
Terdapat banyak pokok-pokok yang asal yang ada di laman ini yang dikekalkan.
Laluan konkrit yang baik dengan deretan pokok-pokok hiasan dan lampu jalan berdekorasi. Terdapat juga beberapa batu-batuan yang disusun strategically di sisi laluan. Nice!
Pengunjung juga boleh mengurut tapak kaki dengan berjalan di atas 'Reflexology Foot Path' ini yang direka untuk mengurut dan merangsang titik akupresur pada tapak kaki.
Saya dah cuba... Oooo... sakit... sebab tak biasa.... hihi 😄. Maklumlah badan besar begini, jadi pressure on my feet was quite intense.
Juga ada dibina jambatan menyeberang sungai kecil.
Ada banyak pokok-pokok besar yang rendang. Bolehlah duduk berkelah dan beriadah di bawah teduh bersama keluarga.
Sungai kecil ini disambung dengan beberapa parit mungkin untuk mengawal aliran air jika berlaku hujan lebat dan banjir.
Juga ada dataran kecil bulat begini yang juga ada 'Reflexology Foot Path' right in front of the benches. Senang la, duduk dan tanggal kasut, bangun dan terus berrefleksologi. Cantik rumput berputar macam bentuk paku pakis itu.
Papan info tentang saranan jumlah langkah yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit.
10 pusingan padang = 7 km = 10 ribu langkah |
Sebuah lagi gazebo. Ada papan amaran larangan merokok.
Memanglah masa itu hari sudah makin panas. Tapi bila sekali sekala dapat lalu bawah teduh pokok, jadi bearable lah sikit... hihi 😅.
Pemandangan hijau, sejuk mata.
Kelihatan juga banyak burung-burung yang sibuk terbang sana sini mencari makan, seperti burung Murai Kampung ini. Fyi, memang sungguh mencabar nak dapatkan foto si murai ini 😅.
Masa ini saya mula berjalan di laluan yang sebelahnya ladang kelapa sawit. Kenalah berhati-hati walau pun ada pagar antara taman dan ladang itu.
Kawasan paya yang padat dengan tumbuhan paya.
Nampak macam sawah padi pula.
Oh ya, seeloknya apply insect repellent ketika berada di kawasan denai ini.
Nampak lagi burung. Yang ini namanya Yellow-vented bulbul atau Burung Merbah Kapur.
Di laluan Fasa 1 ini terdapat dataran di mana ada disediakan pelbagai outdoor fitness structures and equipment bagi kegunaan orang ramai untuk bersenam.
Taman kecergasan begini berfaedah untuk individu dan komuniti setempat dengan menyediakan alatan untuk senaman aerobik, pembinaan kekuatan dan keseimbangan. Antara peralatan senaman yang ada di sini adalah pullup bar, chin-up bar, sit-up benches, air walker double, ski walking dan tai chi and arm wheels.
Kelihatan tasik besar di hujung sana.
Ada lagi gazebo, benches and reflexology foot paths.
Di sebelah utara Taman Awam Bera ini ada ladang kelapa sawit yang besar, kedua-duanya dipisahkan dengan pagar.
To be continued with part 02...
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment