Sambung lagi cerita cuti-cuti di Thailand 2019.
Lepas lawatan tengok Golden Buddha, kami terus keluar dari kuil itu dan Paksorn, our tuk-tuk driver sudah sedia menunggu di entrance.
Lepas lawatan tengok Golden Buddha, kami terus keluar dari kuil itu dan Paksorn, our tuk-tuk driver sudah sedia menunggu di entrance.
Bergambar sekejap dengan Paksorn 😊. |
Berikut adalah foto-foto yang dirakam semasa kami melalui Bangkok Chinatown dalam tuk-tuk.
Lukisan Great Wall of China. |
I think those are the Royal Barge Procession banners.
Pakaian tradisional Cina di jual di laluan pejalan kaki.
Ok je cara pemanduan Paksorn. Tapi kaki tetap bersedia just in case.. hehe.
Macam Petaling Street, Kuala Lumpur.
Yaowarat Road is a very busy street.
ห้างขายทองโต๊ะกัง เยา / Toh Kang Gold Shop.
Penuh kosentrasi Paksorn bawak tuk-tuk.
Gambar besar King Maha Vajiralongkorn dan Queen Suthida beautifully decorated with colorful flowers and grand framing.
The government invites the people to welcome His Majesty King His Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn on the occasion of the royal visit along the capital city.
|
Dan kami pun tiba di Memorial Bridge. Just a very quick stop to take photos.
Memorial Bridge adalah jambatan besar yang pertama dibina menyeberang Sungai Chao Phraya. Ia dibuka pada 6 April 1932 oleh King Prajadhipok (King Rama VII) sempena ulangtahun pemerintahan Dinasti Chakri yang ke-150 dan penemuan kota Bangkok.
Pemandangan di bawah Memorial Bridge.
Jalan di bawah Memorial Bridge.
Jeti berhampiran Memorial Bridge.
Jambatan ini yang menghubungkan daerah Phra Nakhon dan Thonburi adalah sebuah bascule bridge yang boleh dibuka untuk membolehkan kapal-kapal besar lalu di bawahnya.
Pemandangan Wat Prayoon di penghujung Memorial Bridge.
Seterusnya Paksorn bawa kami ke Yodpiman Flower Market pula. Dan mula masuk kawasan yang banyak kedai-kedai bunga.
Mostly bunga-bunga segar yang dijual di sini adalah digunakan dalam upacara keagamaan Buddha.
Semua bunga-bunga sudah nicely packed for prayers purposes.
Lalu di Chakkraphet Road memang nampak kedai bunga je.
ใช้ดย บาร์เบอร์ / Barber shop, bukan kedai bunga 😊.
Selain kedai-kedai bunga ada juga kedai-kedai lain.
Tiba di Yodpiman Flower Market. Sama seperti di Golden Buddha temple tadi, Paksorn tidak boleh park tuk-tuk di depan pasar ini jadi dia akan datang semula untuk ambil kami later. Kami beritahu Paksorn kami tak plan nak lama di pasar bunga ini, cuma dalam 15 to 20 minutes sahaja. Moh kita masuk dalam pasar ni.
Yodpiman Flower Market sebenarnya adalah salah satu dari 3 pasar bunga utama selain Pak Khlong Talat Market dan ICP Flower Market. Ketiga-tiga pasar bunga ini membentuk Pak Khlong Talat.
Bunga-bunga segar di sini boleh dibeli dalam bentuk bulk. |
Pemilik asal pasar itu ialah Puteri Suthisiri Sopha, salah seorang cucu Raja Rama IV. Sebenarnya, nama Yodpiman sendiri berasal dari nama salah satu kuda pacuan juara saudara Puteri Suthisiri. Anak perempuannya Puteri Sunida Kitiyakorn, yang mewarisi pasar ini, kini menghabiskan sebahagian besar waktunya di UK, dan memutuskan untuk menjual pasar tersebut. Dari sekian banyak tawaran yang dia terima, pasar ini dijual kepada Khun Chaleo yang terus mengekalkan warisan pasar ini, dan menggabungkan pengurusannya dengan pasar bunga milik kerajaan, Pak Khlong Talat.
Pasar Yodpiman ini dibuka 24 jam dan paling sibuk sekitar midnight hingga 4 pagi kerana itulah masanya bunga-bunga segar dihantar ke pasar ini.
There are orchids, marigolds, jasmines, plumerias, globe amaranths and tropical daisies. Bunga impot juga ada dijual di sini.
Harga sejambak bunga orkid hanyalah THB 10 (RM 1.30) sahaja.
Boleh jika nak beli yang dah siap digubah, atau bunga-bunga individu atau buy in bulk.
Bunga mempunyai kepentingan besar di Thailand, sering diberikan sebagai persembahan dan hadiah serta digunakan sebagai tuah dan hiasan.
Bila nampak berlambak macam ni, ingatkan bunga plastik. But no, those are real flowers.
Cantik sungguh warnanya.
Beautiful and fresh!
Yang kuning dan yang oren.
Suasana dalam Yodpiman Flower Market, Bangkok.
Ada macam-macam bouquets, arrangements and garlands.
Phuang malai - for offerings or good luck. Can be made using Jasmine, Crown flowers, Amaranth and Magnolia flowers.
Phuang malai made from purple amaranths.
A vendor making purple amaranths Phuang malai.
Orange marigolds.
Mula-mula macam concern la jugak nak ambil gambar penjual-penjual di sini tapi nampaknya mereka ok je. Dah biasa dengan tourists dah agaknya.
Jasmines. Oh yes, forgot to note earlier, memang wangi dalam pasar ni. Wangi fresh flowers of variety kinds.
Jom tengok apa adik ni jual.
Agaknya ini adalah makanan/buah-buahan/sayur for prayers offerings atau untuk diberikan pada monks yang walk around bawa bowl tu.
Very nicely packed.
Ini satu lagi offering made from marigolds and globe amaranths with leafy cone in the middle. Baisri namanya. Ia gubahan yang penting bagi upacara Bai Sri yang dilakukan untuk mengurniakan kedamaian dan kesejahteraan kepada seseorang atau tempat.
Using ice to keep the Phuang malai fresh.
Ok, selesai di Yodpiman Flower Market kami pun terus keluar cari Paksorn. Tak ada pulak dia. Macam panik la juga since kami plan nak pergi ke satu lagi tempat before ending our short Bangkok Tuk-tuk Tour ni. Cemas sebab masa tu dah pukul 10:15 pagi dan kami kena balik ke hotel sebelum 11:30 pagi, so time was of the essence. Bila dia muncul, lega sungguh rasanya.. hehe.
Sebelum ke destinasi seterusnya Paksorn nak bawa kami ke sebuah jeti di tepi Sungai Chao Phraya. Dia kata dia boleh tunggu kalau kami nak naik river cruise di situ. Kami thanked him for the suggestion tapi kami tak dapat sebab kesuntukan masa.
Nama dan lokasi jeti ini ialah Rajini Express Boat Pier (N7), Rachini Alley, Phra Borom Maha Ratchawang, Phra Nakhon, Bangkok.
Masa ini Sungai Chao Phraya sedang ditutup dari kegunaan awam sebagai persediaan untuk Royal Barge Procession. Tak nampak satu pun bot cruise yang berlayar di Sungai Chao Phraya pada hari itu.
Acara Royal Barge Procession dijadualkan berlangsung pada pukul 3 petang itu. Maka tak berpeluanglah kami nak tengok sebab we'll be at the airport by then.
Itu Wat Arun.
Pemandangan Wat Arun dari seberang Sungai Chao Phraya.
Itu adalah Wat Kanlayanamit Woramahawihan, sebuah Buddhist temple yang dibina oleh seorang peniaga Cina yang kaya pada 1825 yang dihadiahkannya kepada King Rama III.
Pemandangan Wichai Prasit Fort di seberang Sungai Chao Phraya.
Wichai Prasit Fort dibina pada tahun 1688 adalah sebahagian dari jajaran kota pertahanan Ayutthaya yang merupakan ibukota Thailand pada masa itu. Kota ini kini digunakan sebagai sebahagian ibu pejabat Tentera Laut Diraja Thailand.
Royal flags of Thailand sempena Royal Barge Procession yang bakal berlangsung petang itu.
Bangunan putih di belakang tu ialah Thai Naval Auditorium.
Walau pun tak dapat menyaksikan Royal Barge Procession, dapat tengok kesibukan persiapan akhir bagi perarakan itu di Sungai Chao Phraya ini pun jadi la.. hehe.
Sibuk pekerja-pekerja bandaraya mengutip sampah-sampah hanyut.
Wat Arun juga dikenali sebagai Temple of Dawn kerana kedudukannya yang terletak di tebing barat sungai membolehkan pemandangan matahari terbit dilihat dari sana. Selain itu, Wat Arun juga terkenal dengan menara besarnya yang dinamakan Prang yang dihias dengan kepingan-kepingan porselin.
Ini peta lokasi kami di Rajini Express Boat Pier dan pemandangan seberang Sungai Chao Phraya: Wat Kanlayanamit Woramahawihan, Wichai Prasit Fort, Wat Arun dan Thai Naval Auditorium.
Lukisan dinding Royal Barge Procession.
Sebelum ke destinasi terakhir dalam program Bangkok Tuk-tuk Tour kami ini, saya ajak Paksorn bergambar kejap. Terus dia whipped out his cool sunglasses, put it on and posed... hehe.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.