Tuesday, September 30, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 08 - ASIA TOUR & BOSPHORUS CRUISE TOUR - PEOPLE

And these are the people shots from the Asia Tour & Bosphorus Cruise Tour :)




Tgh ada piliharaya so can see TV crews buat liputan.

Amboiii.... mesranyaaa....

Awwww..... so adorable! :)

Hari panas so ada penjual2 jual cold bottled water, umbrella and hats.

Fresh orange anyone? Fresh orange kat Istanbul pure2 orange juice. Tak der campur2 air atau tambah gula. 

Boleh naik cruise malam siap dgn belly dancers show.

Big Bus Istanbul yg kami naiki round2 Istanbul few days ago.

Haaa... doc, ni ada satu foto yg ade garlands tu. Tak ingat saya ada satu shot rupanya...hihi...


Kedai souvenirs. Yg bulat2 biru tu charms yg dipercayai mereka can ward off the evil eye. 


I think that Turkey flag t'shirt is so cool.

Hello Pak Cik... :)

Kat betis pak cik tu ada tattoo peta Afrika with silhouette of a man with 2 camels with writing 'Inshallah' at the bottom.

Nasib baik dia tak marah! Gulp!


Pak Cik ni jual lotto 'On Numara' yg bermaksud 'ten numbers'.

Bayang photographer di cermin simit trolley...hihi....



Ada perempuan2 cantik yg lalu masa tu. Tu yg muka dia cam tu...hihi... 

Nampak cam sandwich grilled fish! Sedap tu!



Scene orang tarik luggage2 besar2 cam ni macam sesuatu yg normal.

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, September 29, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 08 - ASIA TOUR & BOSPHORUS CRUISE TOUR - BOSPHORUS CRUISE

Day 08 - Asia Tour & Bosphorus Cruise Tour - Part 2

Seterusnya Lunch! Hihi... Kami dibawa Ali ke restoran Pasazade. Saya suka betul restoran2 atau cafe2 off the jalan2 sibuk. Sini lebih intimate dan sunyi sikit. 

Sambil tunggu lunch sampai, ambik le gambar :)

Lunch was grilled chicken breast, salad, soup & bread and dessert. Dessert tu kalau tak silap namanya semolina. Manis!

Lepas makan kami pun make our way ke area Eminönü untuk naik cruise Bosphorus. Selain kami, cruise ini disertai oleh dua keluarga dari Amerika Syarikat dan seorang pelancong solo yang datang dari Thailand.

Eminönü adalah sebuah daerah di kawasan Old Istanbul. Di sinilah letaknya Spice Market yang terkenal di Istanbul. Nama sebenar Spice Market yang menjual pelbagai jenis rempah yang digunakan dalam masakan Turki ialah Egyptian Market kerana ia dibina menggunakan hasil kutipan cukai dari wilayah Egypt di masa pemerintahan Ottoman.

Seterusnya kami suppose to go the spice market tapi tutup pulak sebab hari itu adalah Hari Pilihanraya Presiden Turki. 
Sebagai ganti, Ali membawa kami ke sebuah kedai menjual rempah ratus yang dinamakan Istanbul Gourmet yang terletak bersebelahan dengan Spice Market.
Jadilah... hihi.

Di situ ada kedai jual cashmere dan spices.

Yg ni pulak kedai jual rempah ratus dan Turkish Delights. Ramai juga pelancung2 yg serbu mungkin sebab Spice Market tu tutup kot. 


Pelbagai jenis teh. Apple tea kesukaan kami! :)

Haaaa... then baru kami gerak ke Jeti Eminönü untuk naik cruise Bosphorus. 

Masa berjalan ke jeti tu kami lalu tempat orang ramai dok atas barrels dan makan lunch. Makan apa? Look like sandwiches. Huge saiznya!

Dan inilah boat cruise tu. Besar gak. Seronok betul masa tu...hihi. Apa2 pun baca Bismillah, selawat dan doa dulu. 

Kami menaiki cruise yang dikendalikan oleh syarikat Turyol. Cruise ini memakan masa 1 jam 30 minit.

Yg belah kanan tu bot tempat mereka masak for the outdoor cafe tadi.

Tu dia dapur tempat mereka grilling. 

Wonderful view right? :)

Saya pun tak begitu pasti apa yg mereka grill tu. May be beef or lamb, or seafood such as fish and sotong. 

Sementara tunggu passengers lain naik dan bot berlayar, saya took photos of birds. Huh! Sungguh mencabar betul. Seagulls tu were swooping up and down and left and right, susah betul nak focus...haha. 







Pemancing2 di jambatan Galata. Panas masa tu!

Bot pun berlepas meninggalkan jeti.


Pemandangan Galata Bridge dari atas bot di Jeti Eminönü. Jambatan ini dibina dua tingkat. Tingkat atas adalah jalanraya yang menghubungkan Old Istanbul dan New Istanbul. Tingkat bawahnya pula terdiri dari restoran-restoran yang kebanyakannya menjual menu ikan bakar.



Istanbul adalah sebuah port-of-call yang penting bagi cruise ships berlayar mengelilingi Laut Mediterranean. Ni first time kami tgk kapal-kapal cruise yang sangat besar secara dekat sedang berlabuh di pelabuhan.

Kapal2 yg nampak lebih besar dari banggunan2 di Istanbul!


Cruise ni lalu a few mercu tanda Istanbul yang terletak di sepanjang Selat Bosphorus antaranya Dolmabahçe Palace. Kami sempat lawat istana ni pada minggu depannya dan akan saya upload di entry akan datang.

Nama sebenar Masjid Dolmabahçe Palace ini ialah Bezmi Alem Walide Mosque, sempena nama pembinanya iaitu bonda kepada Sultan yang membina istana ini.

Residential tepi selat Bosphorus ni harganya sgtlah mahal. Dari ratusan ribu ke jutaan USD. Kalaulah dapat sebijik! Hihi...

Ada pulak murals. Nice!

Masjid Ortaköy terletak betul-betul di bawah Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Istanbul Asia dan Istanbul Eropah.

Ada byk cruise boats yg lain tgh cruising juga.


Masa summer ialah masa yg sgt disukai org Istanbul untuk terjun mandi dalam Bosphorus ni. 

Berendam, swimming dan sun tanning. 

Sempat saya capture bapak dgn anak ni terjun sama2 ke dalam air...hihi...


Sepanjang selat ni memang byk betul spots yg digunakan org Istanbul untuk beriadah. 

Nampak macam area ekslusif dgn yachts and power speed boats.

Tetiba ternampak burung yg terbang seiring dgn bot. Pe lagi, shoot le...hihi...

Suhu musim panas di Istanbul ketika kami berada di sana adalah sekitar 34 Celcius, memang panas sekali. Kerana itulah di mana-mana juga di tepian laut di Istanbul, ramai penduduknya yang terjun ke laut untuk berenang sambil menyejukkan badan. 


Amboi... santai betul pak cik ni...hihi...

Bosphorus Cruise membawa kami sehingga ke sebuah kota lama yang dinamakan Rumeli Fortress. Kota ini dibina oleh Sultan Mehmed II yang merampas Istanbul dari kekuasaan Roman Byzantine untuk mengawal pergerakan kapal dari Selat Bosphorus ke Laut Hitam.

Bosphorus Cruise berpatah balik ke Eminönü di sini dan mula merapat ke sebelah Istanbul Asia. Walaupun tanah di kiri dan kanan Selat Bosphorus adalah sebahagian dari negara Turki, Selat Bosphorus adalah perairan antarabangsa kerana ia merupakan satu-satunya laluan untuk ke Laut Hitam yang dikongsi oleh berbagai negara seperti Rusia, Bulgaria, Romania, Ukraine dan Iran.

Seperti penduduk-penduduk di sebelah Istanbul Eropah, penduduk di Istanbul Asia juga berenang di laut untuk menyejukkan badan dalam musim panas di Istanbul.


Birds shots lagi...hihi...


Mana2 pun ada je yg memancing.








Pemandangan dari Selat Bosphorus Beylerbeyi Palace yang kami kunjungi pada pagi tadi.










Kami kemudiannya melintasi Maiden Tower yang dibina di atas sebuah pulau di tengah-tengah Selat Bosphorus. Maiden Tower ini pernah berfungsi sebagai rumah api pada masa dahulu. Namun demikian, ia lebih popular dengan lagenda yang dikaitkan dengan pembinaannya.


Mengikut lagenda, seorang saudagar yang kaya telah bermimpi bahawa puteri kesayangannya akan mati digigit ular. Terganggu dengan mimpi tersebut, beliau membina Maiden Tower dan menempatkan puterinya di sana untuk mengelakkan beliau dari digigit ular yang dikatakan banyak terdapat di Istanbul ketika itu. Seorang pelayan lelaki ditugaskan untuk membawa makanan kepada puteri tersebut setiap hari. Namun tanpa disedari, seekor ular berjaya menyelinap masuk ke dalam bakul makanan pelayan tadi untuk sang puteri. Bila puteri membuka bakul tersebut, dia mati dipatuk sang ular. Kesimpulannya, tak siapa boleh melawan takdir mereka yang ditentukan oleh Tuhan.
Perjalanan cruise kami berakhir bila bot kami tiba semula di Jeti Eminönü. Dari sini, semua ahli kumpulan kami dihantar kembali ke hotel masing-masing.

Bersambung...

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.