Wednesday, September 30, 2020

ALOR SETAR - MORNING WALK - PEKAN CINA - DAY 02 - PART 05



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sambung lagi cerita Alor Setar Morning Walks pada hari kedua. Lepas selesai 'Jejak Diraja / Royal Trail', saya teruskan lagi morning walk pagi itu ke Pekan Cina.  


Masa jalan tu I came upon this temple called Tokong Hoi Chee Tzee Thai Pak Koong. I decided to enter the temple sebab lokasinya betul-betul di tepi Sungai Anak Bukit so naturally I thought the view by the riverside surely lah cantik. Kebetulan a temple elder was walking in so saya minta la kebenaran nak masuk ke dalam. Dia ok je. Malah mempersilakan saya masuk. 

Saya teringat semalamnya dari Open Deck Menara Alor Setar ada saya ternampak tokong ini. This is the photo of the temple seen from Alor Setar Tower.

Ruang di dalam tokong.

Tokong ini sudah berusia lebih dari 150 tahun It was established since 1862 and is one of the oldest temple in Kedah.





Memang cantik pemandangan Sungai Anak Bukit dari tepi tokong ini. Boleh nampak Masjid Zahir dan Menara Alor Setar. 



Cantik pokok-pokok kelapa tu and their reflections. 

Zooming in at Masjid Zahir dan Menara Alor Setar.





Sambung lagi jalan. Now di Jalan Tunku Yaakub.

Pekan Cina terletak di Persisiran Tanjung Chali, Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit.

Pemandangan Pekan Cina dari Menara Alor Setar.

Dikatakan pekan ini sudah ujud sejak awal tahun 1920an di mana bangunan shoplot 2 tingkat dibina sebagai bangunan perniagaan borong dan lain-lain perniagaan.
 

Pembinaan bangunan-bangunan ini juga dianggap sebagai antara bangunan yang paling awal dibina di Alor Setar dan merupakan permulaan pembangunan bandar ini. 

Beautiful wooden door and windows. Mungkin yang asal. 


Dahulu kawasan ini adalah lokasi pelabuhan utama dan pusat perdagangan di Kedah. 

Ia juga merupakan tempat perniagaan orang Melayu yang dimulai oleh Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Putera ke-18 baginda Sultan Kedah. Mungkin sebab itu jalan di sini diberi nama Jalan Tunku Yaakub.

Tunku Yaacob juga adalah individu bertanggungjawab mengasaskan pasar mingguan yang melahirkan peniaga kecil Melayu, di Pekan Cina dan Pekan Melayu yang suatu ketika dahulu terletak di Tanjung Chali yang terletak di persinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal. 
Sumber: www.bharian.com.my
Pekan Cina dan Pekan Melayu kekal unik bagi masyarakat Alor Setar khususnya, kerana kedua-dua pekan itu dibahagikan dengan satu jalan utama melambangkan masyarakat majmuk yang sekian lama hidup dalam suasana aman dan damai.
Sumber: www.bharian.com.my





Sebilangan besar bangunan di kawasan ini berasal dari awal abad ke-19 dan mempunyai perincian seni bina yang sinonim dengan zaman itu.

Jom tengok apa ada di hujung lorong ini.

Ada sebuah jeti kecil. 


Jeti Pekan Cina.

Pekan Cina dahulu adalah pelabuhan bagi persinggahan kapal yang keluar masuk dari luar dan dalam negeri melalui Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja. 

Ini lokasi Pekan Cina, Sungai Kedah, Sungai Anak Bukit dan Sungai Raja. 




Cantik pemandangan dari jeti ini.


Sambung jalan lagi.




Itu adalah Menara Tanjung Chali.

Di Jalan Dato Doktor Cheah Toon Lok ini ada mural. 


Papan amaran ini nampak sangat vintage!  

Let's have a closer look at the murals. 






Mural 'Tukang Beca' ini was based on this old photo yang ada dipamerkan di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam Melaka.










Sambung jalan lagi.

Bangunan Jabatan Kastam Diraja.


Rancangannya nak naik Menara Tanjung Chali ni dan ambil gambar Sungai Anak Bukit bertemu dengan Sungai Kedah di situ tapi tutup pulak due to renovations.




Ada pokok-pokok besar di tepi Sungai Kedah yang dihiasi dengan lampu-lampu tanglong. 


Masa malam sure cantik!

Cantik riverfront di sini. Although I can see some of the parts are in dire need of repairs.




Di seberang sungai.









Ini Pintu Gerbang Muhibbah.

Kata-kata ‘Pekan Cina’ dan ‘Pekan Melayu’ terpampang pada gerbang ini di seberang Persiaran Sultan Abdul Halim. Kedua-dua pekan ini sudah ujud di sini lebih dari 150 tahun.





















Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.