Wednesday, February 27, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 03 - PART 02 - HOBBITON MOVIE SET - PART 01

Aaa.. akhirnya sampai kami ke Hobbiton, di Governance of Kings of Arthedain (later Thains), di Middle-Earth 😄. Dalam alam fantasi JRR Tolkien la tapi 😊.

Hobbiton yang sebenarnya ialah sebuah movie set yang terletak antara Taupo, Rotorua dan Auckland. 'Hobbiton middle-earth' ni in reality terletak di sebuah ladang berhampiran Matamata. 

Orang kata kalau dah ke New Zealand ni pergi la juga ke kampung the Hobbits. It is a movie set yang dibina untuk shooting filem Lord of the Rings dan Hobbit Trilogies oleh Sir Peter Jackson. Habis shooting mereka maintain jadikan tourists attractions. In fact, kejayaan filem-filem tersebut dikreditkan dengan menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam "film tourism".

Now ratusan ribu (360k in 2015) pelancong dari seluruh dunia melawat movie set ni setiap tahun. Pada Mac 2015, Hobbiton Movie Set ni welcomed its one millionth visitor.

So saya ni dah tengok ke movies tu? LOTR tu rasanya dah tengok. Hobbits tu rasanya ada juga tapi lama sangat dah.. tak ingat dah pun.. hehe. It does not matter if you had or have not seen it, or had forgotten it, or if you are not even a fan. Movie set ni memang fun to visit.

Sampai sini Haziq, our tour guide, pergi beli ticket. Actually tickets dah book earlier. 

So while waiting for him kami lepak under some shady trees and go to toilet. Lama juga dalam kereta tadi, so nice la to stretch legs especially sat lagi nak gi walking tour.


Meanwhile, on the left tu bangunan The Shire's Rest, sebuah restoran dan gift shop. Yang kanan di hujung tu lorong ke Tour Departures.

We were expecting a large crowd tapi masa kami sampai tu macam sparse je. May be ramai dah ke movie set tu agaknya. 

Ini tiketnya, berharga $84.00NZD, which covers the bus trips to and fro, entrance into Hobbiton, a two hour guided tour through the Shire, and a free pint (non-alcoholic for us) at the Green Dragon Inn. 

Ok, kami masa ni di area tempat parking/tiket kaunter/restoran/gift shop/departures, belum lagi the movie set. Nak ke movie set tu kena beli tiket dan join the tour naik bas hijau ni. Tak dibenarkan drive sendiri masuk ladang ni nak ke movie set tu.

Bus departures ada time tertentu so tak perlu la nak beratur lama-lama. Come the time baru masuk barisan. I suppose boleh gitu sebab tak ramai orang. The guy on the right tu was our group's tour guide. Nama dia Donovan.

Simple je departure area ni. They kept the farm style sebab ni kan memang sebuah ladang ternak. 

Bas kami pun separuh penuh je, so selesa la tak padat ramai sangat dalam group kami. 


Nak ke Hobbiton Movie Set tu kami dibawa melalui ladang ternak yang luas. 

Ada banyak biri-biri dan lembu di ladang ni.

Semasa dalam bas nak ke entrance Hobbiton Movie Set, ada dipasang video mengenai sejarah pembinaan set itu dengan narration oleh Peter Jackson. 

Rasanya ramai dah tau kisah bagaimana this working sheep and beef farm yang berlokasi di tengah-tengah Pulau North Island New Zealand ini di transformed jadi the fictional village of Hobbiton in the Shire.

Anyway, saya cerita sikit secara ringkas ya. Ye ke ringkas? I try lah.. hehe.

Cerita ini bermula pada tahun 1998, ketika pengarah "Lord of the Rings", Peter Jackson sedang mencari tempat New Zealand yang sesuai untuk dijadikan lokasi perkampungan bagi Bilbo, Frodo dan watak-watak lain dari saga J.R.R. Tolkien.

Ladang biri-biri dan ladang ternak milik Ian Alexander berhampiran Matamata didapati sesuai sebagai lokasi perfileman itu. Terus pekerja pembinaan menukarnya jadi 'Shire', lengkap dengan puluhan hobbit holes. Selepas kerja perfileman selesai, set ini kebanyakannya dibongkar supaya kawasan ini dapat dikembalikan seperti asalnya. Walau bagaimanapun, salah seorang anak lelaki Ian, Russell Alexander, mula membawa peminat "Lord of the Rings" buat lawatan berjalan kaki di set itu. Word spreads and the tours become very popular.

September 1998: Peter Jackson's team menjumpai ladang itu semasa mencari lokasi dari helikopter. Bila dah found out siapa milik ladang tu mereka terus approach. Unfortunately, masa mereka ketuk pintu rumah keluarga Alexander tu, mereka tengah tengok an international test rugby match. Langsung the team disuruh beredar dan tunggu. To cut story short, akhirnya kontrak ditandatangani dan history was made.

Fast forward ke 2011: Peter Jackson bina semula set Hobbit tu untuk trilogi filem seterusnya berdasarkan "The Hobbit," dan bekerjasama dengan keluarga Alexander untuk memelihara set selepas penggambaran selesai. Kali ini, struktur set telah dibina menggunakan kayu dan batu, tidak lagi dengan kayu lapis dan styrofoam. Disamping itu dibina juga sebuah kolam lengkap dengan jambatan batu yang kukuh beserta sebuah mill/kincir air dan sebuah Inn yang beroperasi sepenuhnya.

Peter Jackson dan Ian Alexander.

Ok, ini a couple of pamphlets about the movie set.






Ladang ini luasnya 1,250 ekar (500 hektar). 

Ia sebuah ladang yang beroperasi sepenuhnya dengan lebih kurang 13,500 ekor biri-biri dan 350 hingga 400 ekor lembu daging, producing lamb, beef and wool. 

Melalui ladang ternak yang indah dengan pemandangan Kaimai Ranges.

Ladang ini digunakan oleh Peter Jackson sebagai 'Middle-earth'.

Middle-earth is the fictional setting of much of British writer J. R. R. Tolkien's most widely read works, The Hobbit and The Lord of the Rings, that take place entirely in Middle-earth, and Middle-earth has also become a short-hand to refer to the legendarium and Tolkien's fictional take on the world. Middle-earth is the north continent of Earth (Arda) in an imaginary period of the Earth's past.

Di New Zealand ni ada 5 lokasi yang digunakan oleh Peter Jackson to represent Middle-earth. They are: 
1- Lokasi yang paling dikenali iaitu Hobbiton - set ini terletak di Matamata di daerah Waikato yang digunakan semasa penggambaran kedua-dua filem Lord of the Rings dan Hobbit trilogies.
2- Edoras - dalam filem 'The Two Towers' (filem Lord of the Rings yang kedua).
3- Trollshaws - terletak di Piopio, sebuah kawasan limestones cliffs dan mossy forest. 
4- Paths of the Dead - dalam filem 'Return of the King', terletak di Putangirua Pinnacles Scenic Reserve dalam Wairarapa district.
5- Barrel River - dalam filem kedua dari Hobbit trilogy iaitu 'The Desolation of Smaug', terletak di Nelson berhampiran hujung utara South Island.

Agaknya lembu warna hitam ni dari baka Welsh Black cattle.

Landskap ladang ni memang la epik sesuai la untuk jadi lokasi filem macam LOTR dan Hobbit.

Dalam perjalanan dalam bas tu boleh juga nampak nun jauh di sana jambatan batu yang dibina dalam set movie ini. Dalam movie Hobbit ada scene Gandalf dan Frodo naik kereta kuda menyeberang kolam ni dengan jambatan tu. Saya bukanlah fan LOTR/Hobbit but can't help geeking pulak.. hehe.


Beautiful view dengan pemandangan Kaimai Ranges. Ada Forest Park di pergunungan tu.



Ok sampai dah ke entrance Hobbiton Movie Set. Lawatan akan ambil masa antara 2 hingga 3 jam. 
You cannot roam around Hobbiton on your own; you have to book a tour and follow a Hobbiton guide through the set. 


Ini peta Hobbiton Movie Set Tours. 
Walking tour kami secara ringkas: Turun dari bas di 'Car Park' dan masuk melalui 'Path to Hobbiton'. Then walk through 'Gandalf's Cutting' dan masuk ke 'The Garden'. Di situ kami lawat beberapa rumah Hobbit sambil berjalan naik bukit ke Bag End. Dari Bag End turun bukit, then lalu ikut 'Merry Meander' dan menuju ke kolam 'The Water'. Then pass by 'Watermill', lalu jambatan dan terus ke 'The Green Dragon Inn'. Lepas minum, sambung jalan menyusuri kolam 'The Water' dan balik semula ke 'Car Park' untuk naik bas dan back to the The Shire's Rest.



Selepas penerangan dari Donovan, kami bergerak ikut group melalui 'Path to Hobbiton' (left photo). Lepas lalu 'Gandalf's Cutting' (right photo).

Inilah laluan 'Gandalf's Cutting' dalam movie.

Dan masuk ke 'The Garden'.

The Shire - yang juga dikenali sebagai Hobbiton - adalah sebuah kampung Hobbit dengan 44 rumah Hobbit (Hobbit holes) yang digali ke lereng bukit yang dikelilingi oleh taman dan kebun. Hobbiton terletak di tengah-tengah Shire di bahagian timur barat Westfarthing. Beberapa rumah Hobbit yang terkenal di sini adalah milik Bilbo Baggins, Frodo Baggins dan Samwise Gamgee.  

Btw, the walking tours are done in groups to avoid clashes and overcrowding. Elok je cara the guides arrange among themselves to move the groups from one location to the next with ample time given to their group members to explore and take photos. Kira santai la. 

And we came upon the first Hobbit Hole dengan pintu warna biru. Macam mana ya nak generally describe Hobbit hole ni? Saya quote je la dari JRR Tolkien:
"In a hole in the ground there lived a hobbit. Not a nasty, dirty, wet hole, filled with the ends of worms and an oozy smell, nor yet a dry, bare, sandy hole with nothing in it to sit down on or to eat: it was a hobbit-hole, and that means comfort.”

Dalam prolog 'Lord of the Rings', Tolkien menulis bahawa Hobbits adalah antara 2 dan 4 kaki tingginya dengan ketinggian purata 3 kaki 6 inci. Hence the cute doors, in fact the cute everything actually 😊.

Ini spesifikasi seorang Hobbit. Selain bersaiz kecil, another feature khas mereka ialah bulu kaki yang kerinting dan tapak kaki yang keras macam tapak kasut.

Cakap pasal kaki Hobbit, ini behind the scenes masa penggambaran The Hobbit. Pelakon watak Hobbit while waiting, since tak boleh pakai kasut/selipar kena cover their prosthetic hobbit feet dengan sarung plastik 😊.

Ini pula perbandingan saiz seorang Hobbit dengan karektor-karektor lain dalam movie Hobbit.

Perhatian pada details di rumah Hobbits ini adalah very delightful sebab lengkap dan saiznya pulak comel belaka. Kalau bukan fan pun boleh jadi seronok lawat tempat ni. Fyi, apa yang ada diperkarangan sesebuah rumah Hobbit tells the occupation of the owner. Yang ni pekebun labu.

Menurut ceritanya juga, bila penggambaran selesai hampir semua bahagian Hobbiton ni nak dibongkar. Tapi disebabkan cuaca buruk kerja membongkar ditangguh sehingga kawasan di situ kering semula bagi membolehkan jentera/kenderaan berat untuk masuk ke kawasan tersebut. Sementara nak tunggu tanah kering dan keras dan selamat dilalui, ramai la pulak jiran keluarga pemilik ladang ini yang datang nak melawat movie set ni. Langsung jadi popular lepas tu dan akhirnya dijadikan permanent attraction.

Rumah Hobbit yang ini pula berpintu warna kuning. Fyi, Hobbit holes ni cuma facade sahaja dan tak boleh masuk. Cuma ada satu Hobbit hole saja yang ada ruang untuk pelawat masuk. Itu pun cuma ada bilik kosong yang kecil. Jadi filming dalam Hobbit holes dibuat di studio lah.

Suka betul la tengok semua perkakas/perabut comel ni!

That's an even smaller door di tepi rumah Hobbit ni.

Hampir setiap rumah di Hobbiton yang kami lawat di sini ada wooden fences lengkap dengan outdoor garden flower stand/rack. Nice! 

Kata Donovan di movie set ni ada 7 atau 8 orang tukang kebun semasa peak seasons dan 5 orang pada masa winter untuk menjaga taman-taman dan pokok-pokok hiasan di setiap rumah Hobbit. 

Lovely.

Ada street signs sekali. 
Btw, farthing is (historical) former British unit of currency worth one-quarter of an old penny while farting is the act of one who farts; a sound like a fart. Big difference ok.. haha 😃.

Each group members is free to roam the area/sections they are at; admire the beautiful gardens, take photos of the Hobbit holes dan juga bergambar as long as they stay within the group supaya tak bercampur aduk dengan groups lain.

A wheelbarrow in good condition for sale. Aww.. so cute right 😊.

Rumah Hobbit yang seterusnya.

Kata Donovan, beberapa Hobbit holes ini adalah sama tetapi saiznya berbeza, so they can film and correct the size of house mengikut ketinggian para pelakon ketika menyunting filem.

Selain dari Hobbit holes yang berbeza saiz, teknik forced perspective juga digunakan di mana watak Hobbit nampak kecil dari watak-watak lain dengan membuat props yang digunakan Hobbit bersaiz lebih besar daripada yang digunakan oleh watak lain. Digabung dengan meletakkan pelakon Hobbit jauh dari kamera dan dirakam dari sudut-sudut tertentu, pelakon Hobbit tadi akan nampak secara fizikalnya lebih kecil dari watak-watak lain.

Ini contoh-contohnya.




Walking group tours di sini is well organized.  

Kawasan kebun sayur-sayuran.


Dari section ke section, Donovan akan berhenti sekejap dan beri penerangan. 

Beautiful plant arch, entrance to an orchard.

Passed by more Hobbit holes.

As stated earlier, pekerjaan pemilik rumah Hobbit ni boleh diketahui dengan props apa yang ada di depan rumah mereka. Yang ni fisherman sebab ada fishing rod di kerusi kayu tu.


Lagi jelas bila a notis 'gone fishing' ni.. hehe.


Siap dengan rock garden footpath leading to the door. 

Juga ada small work tables and benches untuk bersihkan ikan dan repair fishing gears. Love the details!

Kerja pemilik rumah ini juga menyalai ikan.


Siap ada chimney sekali.

... dan stok kayu api. 

Then Donovan tanya kami semua, tahu tak antara 2 pokok besar atas bukit tu, yang mana satu pokok betul dan yang mana satu pokok palsu? Pokok palsu? Besar macam tu? Hebat!

Haa... yang inilah pokok palsu tu. Lokasinya atas Hobbit hole paling mewah di Hobbiton village ini bernama Bag End milik Bilbo Baggins.  

Donovan beritahu pokok besar oak yang fotogenik tu sebenarnya dijumpai di ladang di Matamata. Ia dipotong-potong dan dinomborkan dan kemudian dicantum dan 'ditanam' semula sebagai prop filem di lokasi perfileman iaitu di atas rumah Bilbo Baggins (Bag End). Tetapi Peter Jackson mendapati daun-daun pokok itu tidak menepati kehendak filem jadi dicantumkan pula beribu-ribu helai daun dari sutera pada dahan dan ranting pokok ini. Ini dilakukan oleh dua orang pekerja wanita dalam masa 12 hari di Taiwan. Bila warna daun-daun tu dah pudar, ia akan dicat semula. Mewarna semula daun-daun tu dibuat ketika proses penggambaran sedang berjalan, not sure if it is still being done now.

Meanwhile, saya selit satu scene dari movie yang melibatkan rumah Hobbit pintu hijau ni.


Lagi tinggi kedudukan Hobbit hole, lagi berstatus la pemiliknya. So kiranya Bilbo Baggins ni Hobbit yang kaya.  


Selepas itu kami passed by beberapa buah lagi Hobbit holes. 


Like the others, this one is quite lovely too.

Lovely frontyard with wooden bench and table.

Dan atas meja ada fruit sekali. Nice!


And yes, visitors are asked to keep off the grass which apparently is being tended to diligently by a group of gardeners to maintain its lush green appearance throughout the seasons. 

Masa untuk panjat ke puncak bukit kata Donovan.

On the way tu kami passed by The Frog Pond. Donovan stop sini kejap sebab apparently kolam ni pun ada ceritanya.

Di Hobbiton ini juga ada satu man made kolam kecil ini. Dinamakan Frog Pond sebab masa penggambaran dibuat katak-katak claimed kolam ni dan jadikannya rumah baru mereka. Masalahnya bunyi katak-katak tu menguak kuat sangat sampai pelakon-pelakon couldn't hear one another. Maka terpaksalah katak-katak tu ditangkap, dikumpulkan dan dipindahkan ke kolam lain di ladang ini. Dan jasa penangkap-penangkap katak ini sangat dihargai sehingga mereka turut diberi kredit di hujung filem.

Fyi, katak-katak tu bukan pun berasal dari New Zealand. Mereka adalah spesies yang diperkenalkan dari Australia yang dikenali sebagai Australian Bell Frog. Anyway, according to Hobbiton Movie Set's facebook, lama dah katak-katak ni moved back to the pond.. hehe.


Kolam ini juga jadi tempat itik-itik beriadah.



Donovan berhenti sekejap di taman ini dan bercerita lagi. Masa nak mula shooting, Peter Jackson berjumpa Perdana Menteri New Zealand pada masa itu, Helen Clarke, untuk minta bantuan kewangan. Instead Peter diberi bantuan khidmat tentera New Zealand untuk tolong bina set filem.

Maka dengan bantuan New Zealand Army, jalan masuk sepanjang 1.5 km ke lokasi perfileman dibuat and they also helped shape the Hobbiton village. Baguslah begitu, kata Donovan, sebab New Zealand ni kata dia adalah sebuah negara yang aman dan tentera negara ini memang tak banyak kerja selain dihantar menyertai misi-misi keamanan di negara seperti Afghanistan.

Donovan juga tambah, katanya New Zealand Army juga jadi pelakon tambahan dalam babak-babak pertempuran. Disebabkan mereka tak pandai berlakon, mereka benar-benar bertumbuk sampai cedera berdarah. Like, seriously? 😮

Sambung semula walking tour.

Tepi laluan-laluan di sini banyak dihiasi dengan bermacam garden flowers. 


Then kami sampai ke Sackville's Apple Orchard. Di sini pun ada kisah menarik. Dalam buku pertama The Lord of the Rings, ada babak anak-anak kecil Hobbits bermain di bawah pokok-pokok plum. Tapi untuk filming, pokok plum tu terlalu besar berbanding saiz kanak-kanak Hobbit yang sememangnya kecil cute miut. Jadi Peter Jackson kata tukar guna pokok epal dan pear. Bila buah epal dan pear tu dah masak, gantikan semua buah-buah tu dengan buah plum palsu yang dipasang pada pokok-pokok epal dan pear tadi menggunakan dawai. 


Bag End, rumah Bilbo Baggins dengan pokok oak palsu di atasnya.

A typical tourist with compact camera.. hehehe.

Di depan Hobbit hole pintu oren ni ada perigi.


Ada picnic table dan smoked fish.

Lalu kawasan kebun sayur.

Masa perjalanan naik bukit kami passed by more Hobbit holes. Yang ni ada super cute rocking chair di garden. May be Hobbit yang tinggal di sini adalah seorang elderly.

Banyak pokok-pokok bunga di depan rumah ni.


Sempat la jugak ambil gambar lebah besar ni.. hehe.


Set asal rumah-rumah Hobbit dibuat dari papan lapis dan styrofoam. Habis penggambaran nak dibongkar.

Then bila second time around mereka bina semula Hobbiton ni guna batu dengan tujuan untuk dikekalkan sebagai tourists attractions.



Hobbit yang tinggal di Hobbit hole ni pekerjaan dia ialah sebagai penternak lebah. Macam mana tau?

Haaa.. sebab ada all the wonderful details! Ada these super cute jars of honey 😊....

... and this adorable letter box 😊.... 


.. and these wooden beehives 😊. 

Yang membuatkan the whole village look more adorable are these clothes lines. Pakaian dijemuran tu pun are authentic Hobbit daily clothes. Saya baca Peter Jackson even have someone walk up and down the path leading to the clothes lines supaya laluan tu nampak jelas dan nampak like a real beaten path and well worn.  

View of the The Frog Pond.

Haaa.. gitu la agaknya height seorang Hobbit dewasa, macam budak dalam foto kanan di bawah ni 😊. 

Next few photos are the beautiful surroundings... 

Semasa tempoh penggambaran, to keep the grass trimmed, biri-biri dibawa masuk untuk meragut di padang rumput di sini. 



Tetiba ada seekor itik menjengok dari celah rumput 😊. 

Ok, mari mulakan memanjat bukit. Tak la curam pun. Ok je. 

Sambil jalan naik bukit, sambil ambil gambar ke arah bawah bukit. 

Besar ladang Ian Alexander ni, seluas 1,250 ekar. Ianya adalah sebuah ladang ternak yang masih beroperasi penuh. Di belah sana pagar tu pasti ada banyak lembu-lembu daging dan tenusu serta biri-biri seperti yang kami nampak masa dalam bas menuju ke Hobbiton ni.

Hobbit holes yang kami passed by earlier.


Kalau tak silap yang berbalam-balam tu ialah Kaimai Ranges.

Sampai di atas bukit, Donovan bawa kami stop sekejap di pam air ni. Selamat diminum kata Donovan. Dia juga tambah kata jangan risau minum air ni sebab si peminum tak akan kecut jadi saiz Hobbit.. hehe.

Water pump di Hobbiton ni pun cantik. 

Ini rumah seorang baker. 

Kami tau sebab ada loaves of breads ni. Nice!


Pemandangan East Farthing dari bukit Hobbiton.

Ini saya zoom sampai nampak kawasan ladang Ian Alexander, di Southeast Hobbiton.


And another lovely detail are the smoking chimneys. Nice!


Yet another feature, a scarecrow. Love it!

Yang ini pula pemandangan dari bukit Hobbiton ke arah kolam 'The Water' and its stone bridge dan juga The Green Dragon Inn. 


Dari semua 44 Hobbit holes yang ada di Hobbiton ni, hanya yang satu ni je yang pelawat boleh masuk.  

Maka berphoto opp la kami di sini.. hehe. Dalam tu ada ruang kecil dan kosong je.

Dalam filem Hobbit hole Bilbo Baggins, Bag End, look like this. Of course ni di studio la.

Pemandangan sebahagian Hobbiton dari bukit. Sebuah landskap kawasan ladang penternakan yang diubah menjadi kawasan Shire di Middle-earth yang aman damai. Kampung Hobbiton yang dicipta kini kekal sebagai tarikan tetap.

Kelihatan pokok besar yang dinamakan 'The Party Tree', kolam 'The Water' dan 'The Green Dragon Inn'.

Dan inilah the same view dalam filem.

Dan foto close up 'The Water' dan 'Green Dragon Inn'.

Dan ini dalam filem.

Jambatan batu di 'The Water'.

Pemandangan Hobbit hole pertama yang kami passed by earlier, seen from the hilltop.

Dan ini scene from the film.

Pelawat-pelawat yang dibawa tour guide secara berkumpulan.


The huge 'Party Tree' dalam kawasan East Farthing. 

View yang sama dalam movie.


Dan kami pun sampai ke rumah paling famous di Hobbiton ni iaitu Bag End. Ia terletak di hujung Bagshot Row. Ia adalah rumah Bilbo Baggins, kemudian Frodo Baggins, dan kemudian Samwise Gamgee dan isterinya Rosie Cotton.

Bag End seperti dalam movie.


Pokok palsu di atas Bag End.


Di sini Donovan bercerita tentang salah satu 'movie magic' yang dibuat oleh Peter Jackson and his crew. Terdapat adegan di mana Bilbo dan Gandalf melihat matahari terbenam dari dalam rumah Bilbo. Tetapi masalahnya Bag End ni menghadap ke timur. 

Jadi mereka decided untuk menggunakan rakaman matahari terbit yang dimainkan backwards untuk babak sunset tu. Kebetulan dalam rakaman tu ada burung terbang, so nampak la burung tu terbang mengundur... haha. Maka the birds were digitally removed la.

Di taman depan rumah ni, on the seat of a wooden bench ada paip tembakau kepunyaan Bilbo.

Ini babak Bilbo dan Gandalf dengan Bilbo memegang paip tembakau tu.


Pumpkin in a wheel burrow at top of stair at Bag End.


Peti surat Bag End which also can be seen dalam scene Bilbo dan Gandalf di atas. 


Note:
Semua screenshots filem adalah dari movies The Lord of the Rings: The Return of the King dan The Hobbit: An Unexpected Journey.

Bersambung... 

No photograph (tagged with 'SYED AMRAN's IMAGES) or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.