Wednesday, October 17, 2018

EGYPT - DAY 02 - PART 02 - QAL'AH (KUBU) SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Seterusnya kami dibawa ke sebuah kubu pertahanan yang penting dalam sejarah Islam Mesir. 

Qal’ah (kubu) Sultan Salahuddin al-Ayubi atau benteng Salahuddin al-Ayubi terletak di tengah-tengah bandar Cairo, sebelah Bukit Muqattam and is one of the must visits attractions di Mesir. Ia dibina oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1183 M. 700 tahun dahulu kubu hebat ini pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan. Sekarang kubu ini tidak digunakan lagi sebagai pusat pentadbiran dan dijadikan tugu sejarah sebagai kawasan pelancongan.

Sultan Salahuddin mempunyai 4 kubu pertahanan yang terletak sekitar Mesir, Jordan dan Syria. Kubu pertahanan yang utama dan terbesar adalah kubu ini. 

Dalam kawasan ini juga terdapat 2 buah masjid iaitu Masjid Muhammad Ali Pasha dan Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun. Terdapat juga Muzium Polis, Muzium Tentera, Qasrul Jawhara (Muzium Permata) yang mengandungi perhiasan raja-raja Mesir, Muzium Penjara Citadel di mana merupakan tempat banduan dikurung di situ. Kami sempat melawat kedua-dua masjid tersebut dan Muzium Penjara Citadel semasa lawatan ini.


Kelihatan Masjid Muhammad Ali Pasha dan Kubu pertahanan Salahuddin Al-Ayubi. Sultan Salahuddin melihat Kota Kaherah begitu luas dan terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang kuat khususnya semasa perang Salib berlaku. Perperangan tersebut berpanjangan selama 300 tahun dengan kemenangan berpihak kepada umat Islam. Kubu ini telah beberapa kali dibaikpulih sehingga masih kukuh sehingga hari ini.

Di dalamnya terdapat Masjid Mohammed Ali Pasha yang terletak di bahagian utara kubu ini. Masjid ini diperbuat daripada Alabester atau marmar putih yang diambil dari perkampungan Aswan. 

Di dalam kubu ini ada The National Military Museum.

Monumen perasmian pembukaan kubu ini agaknya. Ada nama Muhammad Hosni Mubarak pada plak tu.

Pemandangan kubu dari tempat parking ini.

Masjid Muhammad Ali Pasha yang tersergam indah.

Kubu yang dibina di atas bukit ini memerlukan asas yang kuat jadi atas arahan Panglima Salahuddin Al-Ayyubi batu dari Piramid Giza digunakan. 

Ada banyak kesan peninggalan sejarah di dalam kubu ini, yang dibina pada zaman pemerintahan kerajaan Ayubiah dan diluaskan pada zaman kerajaan Uthmaniyyah.

On the other side of the highway, saya nampak macam satu saliran air di tepi Bukit Muqattam. 

Ustaz kata itu adalah saliran air yang dibina untuk membekal air untuk kegunaan tentera pada masa itu. 

Saliran ini bermula dari sungai Nil hingga ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi. 

Berjalan masuk ke pintu utama kubu. 

Dekat pintu masuk ada sebuah lastik atau catapult lama yang digunakan untuk pertahanan pada masa dahulu.

Pelawat beratur untuk masuk melalui pintu masuk utama ke Qal'ah Salahuddin Al-ayubi. Pintu ini dikawal oleh polis dan ada pemeriksaan sekuriti bagi menjaga keselamatan kawasan pelancongan. Di sini beg-beg di scan sebelum masuk. 

Tiket masuk ke Citadel of Saladin.

Masuk ke kawasan kubu.

Benteng ini diperbuat dari batu batan berketinggian 7 meter dan 3 meter lebar. Sangat kukuh sebagai sebuah kubu pertahanan dari serangan musuh. 

Penerangan ringkas dari Tour Leader kami dari Malaysia Ustaz Faiz (kanan) dan Local Tour Guide dari Cairo, Thoha (kiri). Si Thoha dah selalu iring pelancong dari Malaysia, so dia boleh cakap Melayu. Ada sekali tu saya tercakap dalam bahasa Inggeris pada dia, terus rakan sekumpulan kata cakap Melayu je dengan dia ni.. hehe.

Tak ramai pelawat pada hari itu. Nice lah.

Kelihatan antara dinding kubu Masjid Muhammad Ali Pasha. Tak sabar nak masuk dalam masjid ni sebab isteri saya kata cantik di dalamnya, macam masjid di Istanbul. Dia tahu sebab sebelum ini dia sudah pernah ke Mesir dan masuk melawat masjid ini. Masa tu saya dah siap plan nak ambil gambar secara 360° di dalamnya.. hehe.

Bergambar di laluan yang satu ketika dahulu merupakan laluan tentera.  


Salahuddin Al-Ayyubi digelar 'Singa Padang Pasir'. Mungkin sebab itulah ada patung-patung singa ini di samping bendera Mesir.


Sebuah bangunan di dalam kubu ini yang sedang dalam proses pembaikan dan konservasi.


Bangunan Cairo Police Antiquities Station.

Topiari kalimah Allah dalam Citadel of Saladin.

Ada kedai untuk pelawat yang berminat untuk 'Photography in Pharaonic Clothing'.   


Di dinding depan bangunan Cairo Police Antiquities Station ini ada wall art relief ni. Ada imej logo Egyptian Ministry of Antiquities dan Masjid Muhammad Ali Pasha.

Juga ada imej Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Jadi siapakah Salahuddin Al-Ayyubi? Baik, saya cerita sikit. 
Beliau adalah sultan pertama Mesir dan Syria dan pengasas dinasti Ayyubid dan merupakan seorang Muslim Sunni dari etnik Kurdi. Salahuddin mengetuai kempen militer Islam terhadap negara-negara Salib (Crusader states) di Levant. Kesultanan beliau termasuk Mesir, Syria, Upper Mesopotamia, Hejaz, Yaman dan bahagian lain Afrika Utara. Antara jasa Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah membawa fahaman Sunnah Wal Jamaah ke Mesir. Sebelum kedatangan beliau, Mesir diperintah oleh raja-raja berfahaman Syiah dari Dinasti Fathimiyah. Runtuhnya Dinasti Fathimiyah menandakan berakhirnya kebesaran Syiah di Mesir, Afrika Utara (Tunisia, Algeria dan Libya) dan Syam (Syria, Lebanon, Palestine dan Jordan).

Pada tahun 1187 M, berlaku Peperangan Salib antara tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dengan tentera Kristian yang dipimpin oleh King Richard yang merupakan pemerintah England pada ketika itu. Pada ketika itu, seramai 60,000 tentera salib menduduki daerah Jerusalem. Namun, kemenangan berpihak kepada tentera Muslim. Tentera Islam berjaya merampas kembali Baitulmaqdis daripada tangan tentera Salib dan seramai 10,000 daripada tentera mereka terkorban.  

Oleh sebab tentera Salib tidak mampu untuk bertahan dengan serangan tentera Islam, mereka akhirnya menyerah diri pada tahun 1193 M. Namun begitu, cara Salahuddin bertindak ke atas tawanan perang, sangat jauh perbezaannya berbanding tindakan tentera Salib ke atas tawanan Muslim semasa mereka merampas Baitulmaqdis hampir seabad sebelumnya iaitu pada tahun 1109 M.

Pada masa itu, tentera Salib bertindak tanpa sedikit pun belas kasihan terhadap tawanan Muslim. Mereka diperlakukan ibarat binatang yang disembelih dan berlaku pertumpahan darah yang amat dahsyat. Menurut ahli sejarah, pada ketika itu, kaum Muslimin dibunuh di jalan-jalan raya dan di rumah-rumah mereka sendiri. Tiada sedikit ruang pun untuk mereka berlindung bagi menyelamatkan diri daripada kekejaman tentera Salib.

Menurut salah satu daripada catatan sejarah, Raymond d’Angiles yang menyaksikan peristiwa tersebut mengatakan bahawa di serambi masjid, darah mengalir sehingga ke paras lutut dan sampai ke tali kuda milik tentera. Keadaan ini menzahirkan betapa kejamnnya perlakuan tentera Salib ke atas tawanan mereka.

Namun, tindakan Salahuddin terhadap tawanan tentera Salib jauh sekali berbeza berbanding tindakan mereka ke atas tawanan Muslimin pada masa dahulu. Salahuddin telah menunjukkan ketinggian peribadi beliau dalam mencerminkan sifat sebenar yang patut dimiliki oleh seorang Muslim mengikut contoh yang dibawa oleh Rasulullah saw. Salahuddin tidak sedikit pun membalas dendam terhadap tindakan kejam tentera Salib. Malah, beliau telah bertindak dengan penuh sifat kemaafan dan berperikemanusiaan.

Beliau telah memberi perlindungan kepada semua tawanan perang, wanita-wanita, orang tua-orang tua dan anak-anak tentera Salib. Salahuddin tidak bersikap terburu-buru sebaliknya memberikan mereka masa selama 40 hari untuk meninggalkan Baitulmaqdis.
Sumber: Link

'Singa Padang Pasir' dan Masjid Muhammad Ali Pasha


Inilah laluan tentera di dalam benteng Salahuddin Al-Ayubi. 

Dah memang minat ambil gambar dinding dengan tingkap macam ni..hehe. Lagi minat bila tahu ianya sudah berusia ratusan tahun, bagai ia telah stand the test of time dan jadi saksi kepada kejadian di dalam kubu ini sejak dari dulu.

Masa saya lalu di sini saya membayangkan bagaimana laluan ini jadi sibuk seketika setiap kali kedengaran azan sedang dilaungkan, dengan para jemaah bergegas ke masjid untuk bersolat. 

Kelihatan Masjid Muhammad Ali Pasha. Di sebelah kanan laluan ini ialah Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun.

Satu lagi gambar dinding dan tingkap, kali ini dengan pintu pula. Mungkin dinding ini dibuat dari batu batan piramid Giza yang bertaburan selepas gempa bumi seperti yang diperintah oleh Salahuddin Al-Ayyubi. That that could be a fact left me feeling giddy a bit.. hehe. Susah nak explain why.. pada saya macam fascinating sangat.. hehe. 







Bersambung... 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. saliran dari sungai Nil? tapi saliran tu menaik..
    ada pam kot yang akan push air naik ..

    darah mengalir sampai banyak macam tu ? kejamnya ..

    * waiting eagerly for somebody dressed in Pharonic Clothung * :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, betul dalam menara2 di situ dan di kubu ada pam-pam yang digunakan untuk pam air naik ke atas dan ke saliran.

      Begitulah catatan seorang pemerhati ketika itu. Tak terbayangkan kesengsaraan kaum Islam pada masa itu...

      Hahaha.. no way... I admit I can be touristy and all.. tapi tak nak la pakai2 gitu.. pakai mcm pharoah tapi hidung kembang melayu.. hahahha... kecuali la kalau my wife nak, mcm di Padang dulu tu.. hehehe..

      Delete
  2. Saya nak minta izin copy info kubu ni boleh?

    ReplyDelete