Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya 😃.
... and stay at home... 😷.
Ok, saya sambung cerita percutian kami ke Sumatera Barat masa pre-Covid-19. Pada pagi itu, kami berada di Sawahlunto, sebuah kota Warisan UNESCO yang terkenal dengan sejarah perlombongan arang batu Ombilin Coal Mining Heritage di zaman pemerintahan Belanda.
Kisah hari ke 2, bahagian 1. Lepas solat Subuh (masuk waktu Subuh ialah pukul 5 pagi), ke balkoni bilik hotel dan ambil gambar. Suasana masih gelap. Mercu tanda ikon Sawahlunto, Menara Masjid Agung Nurul Islam (bekas serombong asap penjana letrik wap) nampak jelas bercahaya.
... and stay at home... 😷.
Ok, saya sambung cerita percutian kami ke Sumatera Barat masa pre-Covid-19. Pada pagi itu, kami berada di Sawahlunto, sebuah kota Warisan UNESCO yang terkenal dengan sejarah perlombongan arang batu Ombilin Coal Mining Heritage di zaman pemerintahan Belanda.
Kisah hari ke 2, bahagian 1. Lepas solat Subuh (masuk waktu Subuh ialah pukul 5 pagi), ke balkoni bilik hotel dan ambil gambar. Suasana masih gelap. Mercu tanda ikon Sawahlunto, Menara Masjid Agung Nurul Islam (bekas serombong asap penjana letrik wap) nampak jelas bercahaya.
Sejuk berkabus. Pukul 5:57 am. Suhu lebih kurang 22°C.
Pukul 6:12 am. Dah terang. Bukit Cemara dilitupi kabus.
Cukup indah dan nyaman sekali. SubhanAllah.
Menara Masjid Agung Nurul Islam, Sawahlunto.
Makin siang, makin tebal kabus menyelubungi Puncak Cemara.
Menara-menara telekomunikasi.
Terus mengambil gambar dari balkoni bilik hotel, di Parai City Garden Hotel.
Memang tak cukup ambil 1 atau 2 foto sahaja sebab suasana cantik sangat.
Ayuh kita sarapan.
Sarapan bermula pada pukul 7 pagi. Masa kami turun tangga nak ke restoran, tiba-tiba kedengaran bunyi siren yang kuat. Terkejut kami, manalah tahu mungkin ia amaran gempa bumi. Seperti yang kita ketahui, Sumatera Barat yang terletak di atas Great Sumatran Fault memang terdedah kepada ancaman gempa bumi.
Jadi kami pun bertanyalah kepada staff hotel apakah tujuan dibunyikan siren itu? Rupa-rupanya bunyi siren ini memang dibunyikan pada pukul 7 pagi setiap hari untuk mengingatkan penduduk keluar bekerja.
The hotel's beautiful spiral staircase. |
Bunyi siren ini adalah sebenarnya satu warisan peninggalan Belanda di Sawahlunto. Pada masa dahulu, ia memang dibunyikan oleh pemerintah Belanda pada pukul 7 pagi, 1 tengahari dan 4 petang setiap hari untuk menandakan waktu mula bekerja bagi Orang Rantai (buruh-buruh paksa) di lombong arang batu.
A beautiful floor mosaic tiles.
Amazing details.
Beautiful gardens.
Di restoran hotel ini juga ada disediakan surau.
Sarapan pagi.
Simple sahaja tapi semuanya sedap! Cucur sayur tu sedap sangat! Alhamdulillah.
Cantik pulak cara sudu dan garfu ini disusun.
Very nice sweet cut papaya.
Bubur kacang pun ada.
Lepas sarapan, naik semula ke bilik dan kemas-kemas untuk check-out. Sementara menunggu masa untuk bertolak, ambil lagi beberapa foto dari balkoni bilik hotel.
Masih lagi berkabus tebal. Masa ni pukul 7:43 am.
Puncak Cemara langsung tidak kelihatan masa ni.
Sebelum bertolak sempat kami ambil gambar arangbatu besar yang dijadikan perhiasan di depan Parai City Garden Hotel ini.
Tepat pukul 8 pagi kami pun bertolak untuk mulakan program hari ke 2 kami di Sawahlunto.
Leaving Parai City Garden Hotel. |
Jalan-jalan yang berbukit.
Sebuah monumen Sawahlunto di Jalan Jend. Sudirman.
Pak Roni (driver) bawa kami melalui kawasan-kawasan kediaman, which I really like. Gave me glimpses of the housing areas and other dwellings.
Kata Pak Ino (tour guide) kami akan dibawa ke Masjid Agung Nurul Islam untuk menyusuri sejarah loji tenaga elektrik lama Belanda di situ.
Unfortunately, masa kami sampai di perkarangan masjid, ada satu majlis Kerajaan sedang berlangsung di situ. Jadi tak dapatlah kami nak melawat ke dalam masjid terbesar Sawahlunto ini mengikut perancangan.
Jadi kami terus saja berjalan kaki ke Museum Kereta Api.
Ini adalah laluan yang sama, iaitu Jalan Kampung Teleng, yang kami lalui semasa walking tour buat-sendiri kami semalam.
Ramai juga yang berkumpul di luar masjid di tepi jalan.
Di sebelah kiri itu adalah sebuah jambatan kereta api lama yang pernah digunakan untuk mengangkut arangbatu dari Sawahlunto ke Teluk bayur.
Sungai (Batang) Lunto.
Pemandangan pagi Kota Sawahlunto yang cukup indah.
Looking back, Masjid Agung Nurul Islam Sawahlunto.
Pasar Sawahlunto.
Puncak Cemara yang dilitupi kabus seperti yang kami lihat dari balkoni bilik hotel earlier.
Terus berjalan menuju ke Museum Kereta Api Sawahlunto.
Sebuah gerai bertutup menjual sate. Semoga laris.
Pemandangan Puncak Cemara dari Jalan Kampung Teleng.
Ada lookout point di Puncak Cemara. One of the popular spot to view Kota Sawahlunto from above.
Kampung Teleng, Sawahlunto.
Pasar Sawahlunto.
Ehh.. ada anjing comel la.. 😊.
Kenapa kena ikat di situ? Rupanya kata Pak Ino, anjing ini baru sahaja tuannya mandikan dia. Jadi diikat di situ untuk mengeringkan badan. Oh gitu... patut la nampak bersih dan comel.. hehe.
Tengok tu... nakal dia gigit tali ikatan nak lepaskan diri.. hehe.
Sebuah gerabak lama kereta api yang diubah suai jadi restoran. Kereta Resto Mak Itam nama restoran ini.
Walking the dogs. Anjing dipelihara untuk memburu babi yang banyak merosakkan kebun dan ladang.
Seronok la tu dapat jalan-jalan.. hehe.
Kami pun tiba di Museum Kereta Api Sawahlunto.
Jom masuk.
Cantik pemandangan stesen ini dengan kereta api-kereta api lama berlatarbelakangkan Puncak Cemara yang berkabus.
Tidak kelihatan petugas yang menjaga stesen ini masa kami sampai. Kalau tutup tiada pula kami nampak sebarang notis. Pak Ino agak petugas tu mungkin berada di upacara yang sedang berlangsung di Masjid Agung Nurul Islam. Jadi dia menyuruh kami melihat-lihat kereta api yang ada di situ sementara dia pergi mencari petugas tersebut di masjid.
Ok, jom jalan-jalan dan bergambar 😊.
Stesen Kereta Api Sawahlunto yang dibangunkan pada tahun 1912 menjadi saksi bisu sejarah perlombongan arang batu di masa lalu.
Dari sini hasil bumi arang batu Sawahlunto diangkut menuju Emmahaven (Teluk Bayur) dekat Padang dengan menggunakan keretapi.
Lombong arang batu di Sawahlunto terletak di dalam bukit. Serpihan-serpihan arang batu yang dilombong diangkut menggunakan saluran yang dibina dari lombong sehingga ke sebuah Silo yang terletak di belakang Museum Kereta Api kini. Di bawah Silo ini dibina laluan keretapi. Bila keretapi tiba, pintu di bahagian bawah Silo akan dibuka sehingga membolehkan arang batu masuk ke dalam gerabak keretapi untuk diangkut ke Teluk Bayur.
Pembinaan landasan keretapi sepanjang 150 km ini dilaksanakan oleh Sumatra Staats Spoorwegen atau Perusahaan Kereta Api Negara Sumatera bermula dari 1891 sehingga selesai sepenuhnya pada tahun 1894.
Bangunan stesen keretapi ini pula dibina pada tahun 1912. Kereta api digunakan untuk mengangkut lebih 200 gerabak arang batu dan penumpang dalam 100 tahun perkhidmatannya.
Muka jam ini unik kerana angka 4 ditulis sebagai IIII dan bukan IV seperti di dalam angka Roman yang biasa. |
Deposit arang batu di Sawahlunto ditemui oleh seorang Belanda yang bernama WH de Greeve pada tahun 1868.
Menyedari kekayaan yang bakal diperolehi dari perlombongan arang batu, Kerajaan Belanda telah melaburkan sejumlah wang 5.5 juta Gulden untuk membangunkan fasiliti Lombong Arang Batu Ombilin. Dari sini bermulalah juga sejarah perkhidmatan keretapi Sumatera Barat.
Selain di Sawahlunto, stesen keretapi turut dibina di Solok, Batubata, Padang Panjang, Kayu Tanam dan Teluk Bayur. Perjalanan keretapi arang batu dari Sawahlunto yang melalui kesemua stesen ini memakan masa kira-kira 10 jam disebabkan laluannya yang mendaki dan berkelok-kelok.
Bergambar di dalam kepala kereta api wap zaman Belanda.
Di tempat driver kereta api.
Seketul contoh arangbatu juga diletak di sini.
Pemandangan dari tingkap driver. As you can see, pemandangannya adalah pandangan dari tepi kerana pandangan tengah dihalang oleh wisel (?) dan silinder kepala kereta api.
Pandangan ke depan dari sisi kanan.
Pintu masuk utama ke Museum Kereta Api.
Ada gambar Kereta Api Mak Itam.
Di luar stesen keretapi ini juga, ada patung Dr Jan Willem Ijzerman yang merupakan jurutera yang bertanggungjawab dalam pembangunan keretapi Hindia Belanda (Indonesia). Dia adalah juga pengasas Institut Teknologi Bandung yang merupakan pusat pengajian teknologi dan kejuruteraan yang terkenal di Indonesia kini.
Isteri dan kakak ipar bergambar di atas kereta api.
Penyambung kepala kereta api kepada gerabak.
Gerabak-gerabak arangbatu.
Perlombongan arang batu di Sawahlunto diberhentikan pada awal tahun 2000 kerana tidak lagi memberikan pulangan ekonomi yang diharapkan.
Pemberhentian aktiviti perlombongan ini juga memberi kesan kepada aktiviti perkeretapian.
Kini pelawat dapat melihat rangka enjin dan roda keretapi yang ditinggalkan dan dibiarkan berkarat di luar bangunan stesen.
Stasiun Sawahlunto.
Selain dari kepala kereta api wap, juga dipamerkan gerabak penumpang ini. Gerabak = Gerbong.
Fun shots 😊.
Saya pun nak la satu.. hehe. Bergambar bersama Gerbong Penumpang Kode i20301 KA.WISATA MAK ITAM di Museum Kereta Api, Sawahlunto.
Bergambar juga di dalam Gerbong Kode i20301.
As you can see, the seats are wooden benches that stretches from from front to back with ample space around them. Silingnya tinggi dan tingkap berlangsir. Juga ada tingkap-tingkap yang luas di satu hujung gerabak.
Boleh memuatkan 31 orang penumpang.
At the other end of the coach, is the Business/First Class section which is spacious with comfortable seats.
Pintu di hujung gerabak section Business/First Class.
Di section Business/First Class ini juga ada kemudahan tandas.
Akhirnya Pak Ino dan petugas muzium ini pun sampai. Kami terus dibawa masuk.
Ruang lobi muzium.
Muzium ini dahulunya adalah stesen kereta api Kolonial Belanda. Kini ia sudah berusia 126 tahun.
Pamphlet Museum Kereta Api Sawahlunto.
Train ride dengan Mak Itam seperti di dalam pamphlet ini sudah dihentikan. If I am not mistake, kali terakhir ia membuat perjalanan adalah pada tahun 2012.
Latar belakang sejarah perkeretaapian zaman kolonial Belanda.
Sejarah perkeretaapian Indonesia dan Sawahlunto.
Lokomatif wap miniatur juga ada dipamerkan
Maklumat tentang Lokomotif C30.
"... meremajakan armada lokomotif...." |
Ok, the rest of the photos are pretty much self explanatory. Selamat membaca.
Bergambar bersama Pak Silmastri, petugas Museum Kereta Api Sawahlunto.
Memang kami berdua seronok dapat peluang melawat sebuah muzium ketika percutian ini kerana selalunya bila kami ambil pakej percutian dengan big group, sangat jarang ada lawatan ke muzium kerana lawatan begitu pastinya akan ambil masa yang lama. Tapi since pakej ke Sumbar ini kami buat secara private tour maka bolehlah kami spend time lama sikit dalam muzium ini. Dan bila ada peluang begitu maka dapatlah kami ketahui dengan lebih detail tentang apa yang dipamerkan dalam Museum Kereta Api ini. Jadi, bukanlah sekadar melihat sambil lalu sahaja. Alhamdulillah.
Sebelum beredar kami sempat singgah ke bahagian belakang bangunan Museum Kereta Api ini di mana tersimpannya sebuah kepala keretapi wap lama yang dinamakan Mak Itam.
Turut diletakkan di sini beberapa beca 3 roda. Mungkin pada zaman dahulu beca 3 roda begini adalah merupakan salah satu pengangkutan awam di Kota Sawahlunto. |
Inilah Mak Itam. Banyak jasa Mak Itam kepada industri arang batu di Sawahlunto dahulu.
Ia juga pernah digunakan sebagai keretapi wisata yang berkhidmat di antara Sawahlunto dengan Muara Kalaban.
Namun sejak awal tahun 2013, Mak Itam mula "batuk" dan beberapa kali "mogok" kerana paip pembakarannya mengalami kebocoran. Mak Itam kini hanya direhatkan di dalam sebuah bangsal di tepi muzium.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.