Wednesday, May 10, 2023

TEMERLOH - BERA & LANCHANG - TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG

Assalamualaikum. 
Selepas spent time di Tasek Bera, seterusnya kami singgah ke Temerloh Titik Tengah Semenanjung pula. 

Semasa pemerintahan British di Malaya, Kg Belimbing di Daerah Lipis telah ditetapkan sebagai titik tengah Tanah Semenanjung Melayu dengan dibina batu tanda '0' sebagai rujukan jarak ke seluruh negara.

Pada tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan kajian bagi menentukan kedudukan titik tengah Semenanjung Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di lot 2082, di bawah salah satu pondok Madrasah Darul Ulum, Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh, Pahang dengan koordinat latitud 03° 29' 32.78", longitud 102° 13' 09.74" dalam sistem kerangka rujukan Geocentric Datum of Malaysia 2000 (GDM 2000).

Ada tempat parking kereta di kawasan dalam tu, tapi the main entrance gate was closed dan kami tak boleh masuk. Jadi kami terpaksalah park kereta di tepi jalan besar yang sangat sibuk. 


Selamat Datang.

Bangunan Plaza Temerloh Titik Tengah Semenanjung.

Ada tempat parking kereta tapi tidak dibenarkan masuk park di dalam sini.


Kedatangan kami disambut oleh Puan ini dan terus dibawa ke kaunter tiket.

Ada kafe dan kedai-kedai kecil.



Beli tiket.

The ticket. Seorang RM5.00.


Antara bangunan Plaza ini dengan tasik kecil di sini ada Laluan Utama (Boulevard) Laman Permainan (Playground), Pelantar Siar Kaki (Boardwalk), Wakaf (Shelter), Pangkin (Seating Area) dan Anjung (Deck). 

Hello love 😍. 

Kemudahan surau dan tandas juga ada disediakan.

Laman ini turut dihiasi dengan pelbagai decorative items untuk pengunjung bergambar. 



Ini Laluan Utama (Boulevard) membawa pelawat ke tasik. 

Kedai-kedai menjual pelbagai souvenir.


Peta Temerloh Titik Tengah Semenanjung. Di tengah-tengah itu adalah sebuah tasik kecil atau kolam tadahan air tawar. 

Beautiful gardens.

Taman yang tersusun rapi dengan landskap yang menarik.



Wakaf.

Pokok Serdang Cina.


Ada bicycle rack di sini. I think boleh sewa basikal kerana ada trek berbasikal di taman ini. Mungkin masa itu tengah Covid jadi tiada disediakan basikal.

Water bike pedal boat. 

Di laman ini ada sebuah kolam rekreasi yang besar. 

Di hujung sana itulah Monumen Ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung. Antara monumen itu dan tasik ini ada dibina green terrawall yang cantik.

Di Pelantar Siar Kaki (Boardwalk) ini ada dibuat Anjung (Deck) yang dipasang dengan beautiful Archways. 

Maklumat tentang spesis pokok-pokok tropika yang ada di taman ini.

Archways beautifully framing the monument. 

The Archways and the Monument.

Beautiful view of the monument, the green terrawall and the lake. Tasik kecil atau kolam tadahan air tawar ini berfungsi sebagai kolam penahan (detention pond) terutama pada musim hujan sebelum air dilepaskan. 

Laluan Utama (Boulevard).




Love locks.


Manja kucing ni 😍.



Maklumat tentang kolam tadahan air tawar.





Kolam perangkap sedimen.



Ok, jom kita jalan naik bukit sikit ke arah monumen. Panas dah masa ni. 




Arah bandar-bandar di Pahang dari taman ini.

Ada mini zoo di sini. Cuma ada a few small animals.

















Green terrawall yang cantik.

Ada reban ayam.




Golden Pheasant.

Cantik burung ni dengan warnanya yang terang.




Silver Pheasant.






Mesin-mesin getah lama. Teringat masa kecil dulu tolong arwah atuk gelek keping-keping susu getah. Tolong menyibuk la tapi... hihi 😄.




Guinea pigs.







Sekarang ini titik tengah Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Temerloh Titik Tengah Semenanjung (T3S). Monumen Ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung ini dibina bagi meraikan Temerloh sebagai bandar Titik Tengah Semenanjung. Kedudukan Monumen Ikonik dianjakkan sejauh 8 meter dari Monumen JUPEM bagi memastikan cerapan ukur dapat dibuat tanpa ada sebarang halangan.

Papan maklumat dengan fakta-fakta menarik tentang Temerloh Titik Tengah Semenanjung.


Pancang monumen ini dibina condong ke arah Qiblat. 

6 pancang di lilitan luar melambangkan 6 Rukun Iman dalam Islam. Dan 5 pancang di lilitan dalam pula melambangkan 5 Rukun Islam.

Tapak Monumen Ikonik menunjukkan arah dan jarak ibu negeri bagi negeri-negeri di Malaysia dari monumen.




Beautiful green terrawall.





Dengan persetujuan Kerajaan Negeri, JUPEM telah membina sebuah monumen yang terletak di lokasi sekarang dengan koordinat latitud 03° 29′ 33″, longitud 102° 13' 10" di mana kedudukannya 133 meter dari kedudukan asal titik tengah Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun nilai asal koordinatnya masih dikekalkan dalam nilai saat terhampir. Titik tengah Semenanjung Malaysia JUPEM ini juga berfungsi sebagai salah satu titik kawalan ukur untuk Semenanjung Malaysia.






Di sini juga ada dipamerkan lukisan-lukisan oleh Kartunis Aza atau nama sebenarnya Abdul Razak Sofhi @Subhi kelahiran Jerantut Pahang yang pernah mencatat namanya dan popular bersama Majalah kartun paling laris di Malaysia, Gila-Gila pada tahun 1990an. Selain itu, beliau turut menghasilkan karya di akhbar Berita Harian dan Harian Metro pada era tahun 70an, 80an, 90an dan awal tahun 2000. - sahih.com.my

Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang.

Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang.

Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Taman Negara, Kelah Sanctuary, Lembah Kiol dan Lata Meraung.

Jalan Raja, Kuala Lumpur.

Pekan Lanchang, Pahang.









Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment