Ok dah dekat pukul 11 pagi masa ni. Seterusnya kami akan membuat lawatan ke makam-makam Imam Shafie dan Imam Waki'.
Foto-foto semasa dalam perjalanan.
Terusan air lama di Kaherah.
Masjid Muhammad Ali Pasha, di Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi.
From Al Sayeda Nafisa Street heading to Imam Shafi'i Street located in the City of the Dead.
Sempat merakam beberapa lagi suasana kegiatan seharian penduduk bandar Kaherah.
Kedai buah-buahan dan daging.
Lorong sepi.
Tiba di 'City of the Dead'. Ini adalah dinding-dinding perkuburan.
Ini bukanlah rumah orang tapi kubur. Tapi ada orang dah jadikan rumah tempat tinggal mereka, hence the name 'City of the Dead'.
Orang Mesir dulu memang bina di tanah kubur mereka bangunan seperti ini untuk mengepung kawasan perkuburan mereka di mana beberapa ahli keluarga mereka dikuburkan.
Binaan seperti ini di dalamnya ada ruang-ruang untuk ahli keluarga duduk berehat dan berteduh ketika melawat pusara ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.
Tidak pasti kalau rakyat Mesir masih buat begini. Kalau sudah sedia ada plots begini dan masih ada ruang, maka mungkin ada yang dikuburkan di sini. Kalau tak ada plot begini, mungkin tidak lagi kerana harga tanah di Kaherah sekarang sudah semakin mahal.
Ya Allah, kesian sungguh saya tengok keldai yang kurus sampai nampak tulang ni 😢.
Kalau ada kubah besar seperti dalam foto bawah di City of the Dead ni, maknanya di bawah kubah itu ada kubur seorang alim.
Roti dijual di tepi jalan.
Di City of the Dead ini, makam-makam bukan sahaja dijadikan rumah tempat tinggal seluruh ahli keluarga, tapi juga di tepinya, especially yang berlokasi di tepi jalan utama seperti ini, dibina juga kedai-kedai kecil untuk mereka berniaga.
Kebetulan masa lalu tu ada sedang seiring 3 kenderaan kategori klasik.
Meneruskan perjalanan di kawasan City of the Dead.
Passed by kawasan perkuburan.
Tiba di kawasan berhampiran Masjid Imam Syafie di jalan Al-Kadereya. Untuk ke makam Imam Shafie/Masjid Imam Shafie kami berjalan kaki.
Seperti yang dimaklumkan kepada kami, kawasan sekitar Masjid Imam Syafie dihuni penduduk-penduduk miskin. Memang sedih rasanya bila makam ahli fiqah Islam yang terkemuka, Imam Syafie ini kini terletak di kawasan miskin di Kaherah. Tapi begitulah hakikatnya, di Mesir ramai rakyatnya yang miskin.
Ustaz Faiz terdahulu sudah pun memberitahu kami masa berjalan ke masjid Imam Shafie, kami akan didatangi oleh peminta-peminta sedekah di sini. Malah kami diekori sampai ke masjid. Bila kita tak melayan, peminta sedekah wanita ini akan meninggikan suara dan mencucuk-cucuk the ladies in our group dengan jari meminta untuk diberikan wang. Bahu dan lengan saya turut dicuit. Nak bersedekah kepada mereka pun bukannya mudah kerana mereka agak ramai dan gemar memaksa-maksa.
Ada sebuah cafe dan sundry shop.
Sudah kelihatan menara Masjid Imam Shafie.
Menara Masjid Imam Shafie.
Seperti di kawasan sekitar Kaherah yang lain, memang ada banyak bangunan-bangunan lama seperti ini yang kelihatannya seperti terbiar. Sayang sungguh kerana bangunan seperti ini pada pandangan mata saya nampak cantik dan grandeur. Mungkin satu ketika dulu ianya sebuah bangunan yang penting and bustling with human activities.
Imam Syafie dikebumikan di dalam masjid tempat beliau mengajar pengajian agama semasa hidupnya. Masjid ini kini dinamakan sebagai Masjid Imam Syafie.
Unfortunately, Masjid Imam Syafie sedang ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan ubahsuai pada masa tu. Jadi kami hanya dapat melihatnya dari luar saja.
Keindahan senibina Masjid Imam Shafie.
Oleh kerana masjid ditutup, maka kami berada di luar pagar sahaja.
Dan pada saya walau pun tak dapat masuk tapi bila ada info board macam ni memang saya happy sangat.
Ada peta kawasan masjid dan makam Imam Shafie.
Sejarah pembinaan makam dan Masjid Imam Shafie.
Information on the conservation efforts.
Juga ada papan informasi ini.
Maklumat tentang Imam Shafie dan makamnya.
Foto lama makam Imam Shafie.
Kubah yang dibina di atas makam.
Mendengar penerangan dari Ustaz Toyyeb.
Kata Ustaz Faiz yang sering membawa rombongan ke sini, dia perasan yang peminta sedekah wanita ini (kiri) telah meminta sedekah sejak dia masih tiada anak sehingga la sekarang sudah ada anak yang dah besar pun. Dan wanita ini juga saya notice asyik la mengganggu kak yang berbaju putih ni. Kesian kak tu diganggu tahap harassing. Bukan je cuit-cuit, cucuk-cucuk tapi juga bersuara keras dan marah bila ignored. Tapi saya respect kak tu sebab dia cool je.
Pintu masuk ke Makam Imam Syafie.
Wali-wali Allah seperti Sayyidah Nafisah dan Imam Syafie mempunyai banyak karamah dan kelebihan yang diberikan Allah SWT yang kadang-kala sukar bagi manusia biasa untuk menerima dan membayangkannya. Di masjid di mana Imam Syafie mengajar ini, beliau sering berjumpa dengan Nabi Muhammad saw secara yaqazah atau sedar, bukan dalam mimpi. Dalam satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah saw akan menziarahi makam ini setiap hari Jumaat selepas waktu Asar. Wallahu a'lam.
Kubah Masjid Imam Syafie sedang direnovasi.
Yang menariknya kubah masjid ini terdapat replika kapal di atasnya tapi tak nampak sebab ditutup kerana kerja-kerja baik pulih. Jadi saya letakkan foto hitam putih ni. Kubah masjid ini dibuat berbentuk kapal sebagai penghormatan kepada Imam Syafie yang banyak merantau ke serata tempat untuk menuntut ilmu. Inilah juga satu-satunya masjid yang mempunyai replika kapal pada kubahnya.
Disebabkan kami tak dapat masuk ke masjid dan makam, maka saya carilah di internet.
Ini suasana di dalam Masjid Imam Shafie.
Ini pula suasana di dalam bangunan makam Imam Shafie.
Tidak lama kami di Masjid Imam Shafie kerana tidak dapat masuk ke dalam masjid itu kerana ada kerja renovations. Jadi selepas Ustaz Toyyeb selesai memberi penerangan, kami pun beredar.
Tidak jauh dari Masjid Imam Syafie, kami berhenti di makam Imam Waki'. Beliau adalah guru kepada Imam Syafie.
Tidak jauh dari Masjid Imam Syafie, kami berhenti di makam Imam Waki'. Beliau adalah guru kepada Imam Syafie.
Pemandangan ke dalam Makam Imam Waki'. Imam Waki’ terkenal sebagai ulama yang sangat kuat hafalannya, sekaligus ahli hadis yang sangat masyhur dari negeri Iraq (daerah Kufah pada waktu itu). Imam Waki’ tidak pernah membawa kitab di tangannya, beliau mengajar berdasarkan kepada hafalannya.
Imam Waki’ wafat pada tahun 197H sepulang dari menunaikan Ibadah Haji. Ketika itu Imam Syafie berusia 40 tahun. Mengikut ceritanya, Imam Syafie berhijrah ke Mesir kerana ingin dimakamkan dekat makam guru yang sangat dicintainya ini. Mesir juga ada banyak Ahlul Bait keturunan Rasulullah saw yang semakin menambah keinginan Imam Syafie agar dimakamkan di sekeliling orang-orang yang dicintainya.
Pengemis-pengemis masih mengekori sewaktu kami naik ke dalam bas.
Ada yang mengetuk dinding bas kerana tidak mendapat sedekah yang diminta.
Kami memastikan kejadian diekori dan didesak oleh peminta-peminta sedekah ini tidak mencemari pengalaman kami melawat makam pengasas mazhab Syafie, Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Usman bin Syafie bin As-Saib atau Imam Shafie. Malah mestilah kita cuba fahami kesukaran hidup mereka. Semoga terbukalah hati kita untuk sering bersedekah. Sewaktu hayatnya Imam Syafie sendiri sangat terkenal dengan sikapnya yang pemurah dan gemar bersedekah. Kerana itulah beliau sering didampingi oleh orang-orang miskin.
Bersambung...
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.