Wednesday, December 28, 2022

BALKANS - ALBANIA - SHKODER

Assalamualaikum. 
Selesai dengan lawatan di Budva Old Town, Montenegro, kami ke negara Balkan seterusnya, negara ke 4 iaitu Albania. 
8 negara Balkan yang kami lawat dalam pakej percutian ini adalah Croatia, Bosnia and Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece dan Turki.

Ini pula peta perjalanan kami setakat blog ini iaitu perjalanan-perjalanan dalam Croatia, Bosnia and Herzegovina dan Montenegro.

Naik bas dan kami terus dibawa ke Albania. 

Leaving Budva, Montenegro.


The beautiful Adriatic sea.

Bandar Budva.

Stop sekejap di satu observation deck untuk melihat 'Sveti Stefan great view' iaitu pemandangan Adriatic sea and Sveti Stefan Island.

Sveti Stefan Island. Sveti Stefan ialah sebuah pulau kecil yang dihubungkan dengan tanah besar dengan tombolo sempit (laluan pasir/tanah). Ia adalah sebuah bandar kecil atas pulau yang terkenal dengan resort Aman Sveti Stefan, francais 5 bintang kumpulan antarabangsa Aman Resorts.

A fortified village dating back to the 15th century, the island of Sveti Stefan is a uniquely atmospheric setting of cobbled lanes, handsome courtyards and serene sea views. The hand-restored stone buildings house the 51 Rooms, Cottages and Suites on the island, each one individually styled to showcase original details and to harmonise with the centuries of history that give the isle its inimitable charm. - aman.com









Sambung perjalanan. 

Bandar Budva.








Tiba di bandar Bar. Kami dibawa stop di bandar ini untuk bersolat di sebuah Islamic Cultural Center yang ada sebuah masjid besar. Bar is a harbour town.



“Nema Bara do cara” means "There is no Bar until the emperor". 
The saying actually originates from Selim-bey Mustafagić, the last Ottoman administrator of this city. By this, he wanted to say that his native Bar was dearer to him than Constantinople itself. He congratulated Prince Nikola on the conquest of Bar with the words: "Happy city, lord!" and stayed to live in it after that. He was buried in Corfu.

Konkatedrala sv. Petra Apostola or Co-cathedral of St. Peter the Apostle. 

Kelihatan masjid besar di Islamic Cultural Center. 

Jalan ke Islamic Cultural Center di bandar Bar ini melalui kebun pokok zaitun. 

Ini masjid di Islamic Cultural Center, Bar. Namanya Masjid Selimiye yang merupakan bangunan terbesar seumpamanya di Montenegro, dibina antara 2002 dan 2014. Penyiapan bangunan masjid, ruang pusat kebudayaan, kelengkapan dan peralatannya, sepanjang tempoh 2013 dan 2014, adalah sepenuhnya dibiayai oleh dana yang disediakan oleh agensi pembangunan kerajaan Turki. 
The chief imam of Selimiye Mosque is Mr Mujdin effendi Milaimi and Mr Ćazim Alković is the President of the Islamic Community Board in Bar.

Masjid Selimiye ini terletak di perkampungan Gornja Čeluga dan dibina di atas tanah wakaf yang diwariskan oleh Allahyarham Fatima Omerbašić kepada Komuniti Islam pada abad ke-19.
Nama Selimija adalah sempena nama masjid pertama yang dibina di Old Town of Bar, di mana kini hanya tinggal foundation sahaja.

Di sebelah kawasan Islamic Cultural Center ini ada ladang pokok zaitun. Pokok-pokoknya kelihatan seperti sudah berusia ratusan tahun. Cukup indah sekali! Saya baca ada satu pokok zaitun dipanggil Old Olive Tree di bandar Bar ini yang dikatakan sudah berusia lebih 2,000 tahun dan merupakan salah satu tarikan pelancong di Montenegro. 

Selama lebih dua ribu tahun, penduduk di kawasan pantai Montenegro telah menghasilkan beberapa minyak zaitun terbaik di dunia. Didorong oleh semangat untuk tradisi dan kecemerlangan, pengeluaran minyak zaitun telah diturunkan dari generasi ke generasi.

Extra virgin olive oil yang dihasilkan di Montenegro terkenal dengan ketulenan yang luar biasa dan kualiti yang unggul. Setiap titisan dibuat semata-mata daripada varieti tempatan Zutica, yang menghasilkan minyak keemasan yang indah dengan keasidan rendah with an exquisite balance of fruitiness and piquancy.

Berjalan ke tempat berwuduk.

Bilik berwuduk.

Di sebelah timur Islamic Cultural Center ini kelihatan beberapa gunung yang sangat indah sekali. Antara gunung-gunung itu ialah gunung Brisan, Mali Kozjak dan Kozjak.

Kawasan perkarangan masjid.


Masjid ini dibina dengan reka bentuk masjid Turki.

Keindahan gunung Kurilo dapat dilihat dari perkarangan masjid ini.

Pintu masuk utama masjid.

Bahagian dalam kubah kecil di ruang koridor di pintu masuk.


Maklumat pembinaan masjid ini.

Pemandangan perkarangan masjid.

Ruang solat utama.



Di atas adalah ruang solat wanita.

Stained glass windows yang sangat cantik.


Alhamdulillah kami dapat menunaikan solat dengan selesa di masjid yang cukup indah ini.

Saya sebenarnya terkagum melihat pokok-pokok zaitun ini especially sebab pokok zaitun boleh hidup hingga beratus tahun, malah ada yang hingga beribu tahun. SubhanAllah.


Teringat saya pada ladang pokok zaitun yang pokok-pokoknya juga sudah berusia ratusan tahun yang kami nampak di Ajloun, Jordan semasa bercuti di sana.
Ajloun, Jordan

Selesai solat kami pun meneruskan lagi perjalanan ke Albania. 

Suasana bandar Bar.

Melalui Most Ujtin potok (Ujtin potok bridge).


Kelihatan Wind Farm Možura, Kruča, Montenegro. 


Alhamdulillah, dan kami pun selamat sampai ke Shkodër, Albania, bandaraya kelima paling ramai penduduk di Republik Albania. Ia bukan capital city of Albania, that's Tirana which is further down south from Shkodër. 

Di Shkodër, kami menginap di Hotel Rozafa, sebuah hotel 4 ⭐.



Sampai pun sudah malam maka tidaklah nampak suasana bandar ini. 

Ada masjid besar di depan hotel ini. 


Checking in.

Lobi hotel.

Dining hall restoran/kafe hotel.




Makan malam kami adalah di Hotel Rozafa ini. Since masa itu lambat lagi nak dinner, kami rancang nak pergi berjalan-jalan santai di Rruga Kole Idromeno Street atau juga dipanggil 'tourists street'. Lokasinya about a 100 meter away from this hotel.  

Ok kita pergi jalan-jalan malam. Di depan hotel ini ada sebuah masjid besar namanya Xhamia e Madhe - Ebu Bekr mosque. Masjid ini dibina dari 1994 hingga 1995 di tapak Masjid Fushë Çela yang lama, yang musnah semasa era komunis, dengan pembiayaan daripada usahawan Saudi Sheikh Zamil Abdullah Al-Zamil. Ia dinamakan sempena Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khulafa al-Rasyidin yang pertama. Perasmian telah diadakan pada 27 Oktober 1995, dan masjid ini telah diubah suai pada tahun 2008.
Masjid Ebu Bekër ialah sebuah masjid di Shkodër City, Shkodër County, Albania

Ini adalah foto lama Fushe Çela Mosque dari tahun 1917. Masjid Fushë Çela dibina semasa pemerintahan Uthmaniyyah dan dimusnahkan semasa pemerintahan diktator komunis People's Socialist Republic of Albania. Ia adalah sangat penting untuk Shkodra dan sekitarnya pada abad-abad sebelumnya dan merupakan salah satu masjid yang paling indah di Shkodra ketika itu dan antara yang paling banyak dikunjungi. Ketika itu ia juga pernah mempunyai sebuah madrasah (sekolah) yang penting dan terkenal sebagai pusat ilmiah.
Fushë Çela Mosque (1917). Masjid Fushë Çela dari segi sejarah adalah sangat penting dalam pembelajaran ilmiah di bandar ini dan menarik ramai cendekiawan dan ahli teologi Islam yang terkenal.

Masjid ini berkeluasan 622.72 meter persegi dan boleh memuatkan 1,300 jemaah. Tinggi menaranya adalah 41.11 meter dan lebar kubahnya 24 meter. Masjid ini lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai the Great Mosque. Ia juga merupakan salah satu destinasi lawatan pelancong yang popular di Albania.
Masjid ini ialah mercu tanda utama Shkodra dan menara tingginya adalah tempat rujukan yang mudah untuk mencari jalan melalui bandar ini.

Berjalan ke Rruga Kole Idromeno Street.

Tiba di Rruga Kole Idromeno Street.

Ada children's portable merry go round di tepi jalan ini.

Ada sebuah dataran besar di permulaan Rruga Kole Idromeno Street ini (dari arah Hotel Rozafa).

Di sini juga terdapat beberapa hotel-hotel besar seperti Hotel Chicago dan Hotel Colosseo. 


Rruga Kole Indromeno street sepanjang 400 meter ini ialah jalan pejalan kaki utama bandar Shkoder yang mempunyai masjid, gereja Ortodoks dan gereja Katolik yang berdekatan antara satu sama lain di kedua-dua belah jalan.  

Ini Ebu Beker Mosque yang kita lihat earlier dari depan Hotel Rozafa. Masa kami lalu di sini kedengaran laungan azan yang sangat serupa seperti azan yang kita dengar di Malaysia. 

Memandangkan esok awal pagi kami akan bertolak ke Kosovo, maka dengan melawat ke 'tourist street' ini sekurang-kurangnya dapatlah juga kami melihat suasana bandar Shkodër. Fortunately ia tidak jauh dari hotel penginapan kami. 

Tourist street ini dipenuhi dengan kedai-kedai butik mahal, kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan berjenama dan biasa dan perkhidmatan dan restoran/kafe/bar yang nampaknya penuh dengan pelancong even waktu malam begini dengan suhunya yang sejuk.

Kelihatan dari Rruga Kole Indromeno street ini puncak menara/salib Kisha Katolike Françeskane - Franciscan Church of Shkodër, sebuah gereja katolik. Skoder juga dikenali sebagai pusat agama Katolik Albania dan ini menjadi bukti fakta bahawa semua agama yang berbeza boleh ujud damai dalam satu negara. Fyi, the most common religion in Albania is Islam.



Oh ya, suhu malam itu adalah 22°C, jadi sejuk-sejuk nyaman je. 

Di antara celah-celah bangunan baru terdapat juga bangunan-bangunan lama yang telah dibaikpulih tapi masih menampilkan facade asal mereka.

Skoder adalah salah satu bandar tertua di Abania dan merupakan pusat budaya dan ekonomi penting Albania. Bandar ini diasaskan pada abad ke-4 B.C. dan menjadi ibu kota Illyria pada abad ke-3 B.C. Kemudian ditakluk oleh orang Rom dan lepas itu menjadi sebahagian daripada kerajaan Serbia zaman pertengahan sehingga ia ditakluk pula oleh orang Turki pada tahun 1479. Menjadi Albania pada tahun 1912 selepas perang Balkan pertama. Skoder moden kini ialah tempat di mana industri pembinaan mesin dan makanan meningkat dan terdapat perkembangan pembuatan tekstil dan elektronik.

Saya baca, Albania telah menjadi sebuah negara sekular sejak tahun 1967, dan oleh itu, adalah "neutral dalam soal kepercayaan dan kesedaran". Bekas kerajaan sosialis mengisytiharkan Albania sebagai "negara ateis" pertama di dunia, walaupun Kesatuan Soviet telah melakukannya terlebih dahulu. Mereka yang mempunyai pegangan agama menghadapi hukuman yang berat, dan ramai pendeta dibunuh pada masa itu. 

Hari ini pematuhan dan amalan agama secara amnya adalah longgar, dan tinjauan pendapat telah menunjukkan bahawa, berbanding dengan populasi negara lain, sedikit orang Albania menganggap agama sebagai faktor dominan dalam kehidupan mereka. Apabila ditanya tentang agama, mereka biasanya merujuk kepada warisan agama sejarah keluarga mereka dan bukan kepada pilihan kepercayaan mereka sendiri. Wallahu A'lam.



Suasana di jalan ini memang santai dengan banyak restoran/kafe/bar meletak kerusi/meja di luar premis mereka. 

Actually we were joined by our friend Kanesh during the walk. 

Clothing boutique, handphone shop and beauty supply store.


Meriah restoran ini.

Kami temankan Kanesh beli beg. Beranak dah beg besar dia... hihihi 😄.

Selesai berjalan di Rruga Kole Idromeno Street, kami pun berpatah balik ke Hotel Rozafa untuk makan malam.

Makan malam kami. Sepinggan besar bermacam jenis sayur-sayuran.

Renjis sedikit olive oil.


Sedap roti ini!


Roti cecah sup sayur. Delicious. 

The main dish. Grilled chicken and potatoes. 

Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan.

Sprinkling some spices and herbs.

Dessert. 

Bilik kami. Alhamdulillah, selesa dan ada cukup ruang untuk bersolat dengan selesa. I almost always mentioned this sebab pernah once bercuti saya terpaksa bersolat atas katil sebab bilik hotelnya sempit dan tak kena dengan arah kiblat 😅. Itu yang saya appreciate bila dapat a good size room 😁.


Vanity and shower.


Toilet and bidet. 

Pemandangan malam bandar Shkodër dari bilik kami. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.