Assalamualaikum.
Selepas melawat Temerloh Titik Tengah Semenanjung, bila sudah berada di area Temerloh ini, makanya kami pun merancanglah juga untuk ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang.
Masa dalam perjalanan ternampak pula papan arah ke Deerland. Tak tahu pulak di sini ada deer land. Memandangkan kami sudah memang berada dalam arah nak ke sana, maka kami pun buat juga lawatan ke Deerland sebelum ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan itu.
Jalan ke Deerland.
Simpang ke Deerland. Dari papan info besar ini, nampaknya di Deerland bukan sahaja tarikan utamanya adalah rusa-rusa tapi juga ada macam-macam spesis binatang-binatang lain yang menarik.
Dari simpang jalan besar tadi, jarak ke Deerland adalah sejauh 2 km lagi.
Sudah pun sampai ke Deerland Park Lanchang, World of Nature. Kami terus jadi tertarik nak masuk ke dalam kerana suasana di taman haiwan ini kelihatannya sangat nyaman dan alami sekali.
Very nature, rustic and inviting. We love it!
Laluan masuk adalah melalui Gate 3. Ada jalan keluar khas, melalui Gate 2. Waktu bukanya pukul 10:30 pagi, jadi janganlah sampai awal sangat, lama pulak menunggu nanti.
Jom beli tiket. Deerland Park World of Nature Lanchang ini adalah milik persendirian, jadi mestilah ada caj untuk masuk. Tak ingat berapa exactly cajnya, tapi tidaklah mahal, I think RM7.00 untuk dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak.
Pelawat diberi sticker dan kupon makanan rusa.
Ok, sticker sudah siap ditampal.
Ok, sebelum kita masuk, saya kongsi di sini maklumat tentang Deerland Park ini dari Temerloh Municipal Council Official Portal.
Ok, jom kita masuk.
Santuari rusa Deerland Park ini terletak di Bukit Rengit, Lanchang, kira-kira 140 km dari Kuantan. Ia mengambil masa 2 jam memandu dari Kuala Lumpur atau sejam dari Genting Highlands. Tarikan utamanya adalah sesi memberi makan rusa kerana pelawat boleh menyentuh haiwan liar yang telah dijinakkan dan dilatih untuk membolehkan manusia mendekati rusa dan menyentuhnya.
Deerland Park ini terletak dalam Rizab Hidupan Liar Kuala Krau (Kuala Krau Wildlife Reserve), yang bertindih merentasi Raub, Jerantut dan Temerloh.
Suasana dalam taman ini cukup redup, nyaman dan sejuk. Udara segar!
Ada laluan konkrit yang baik selesa untuk kegunaan pelawat. Just follow the track.
Ada kandang burung di sini. Kandangnya pun besar dan selesa untuk sepasang burung-burung ini. Siap ada kolam kecil dengan pancuran air serta dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Juga bersih. Jelas pemilik taman haiwan ini memang pencinta haiwan liar. We love it!
Kalau tidak silap ini adalah burung Kuang Emas atau Golden Pheasant. Cantik sungguh!
Bukan sahaja taman ini penuh dengan tumbuhan dan pokok-pokok hutan tapi juga laluan-laluannya dihias dengan pokok-pokok renek hiasan yang cantik.
Mini jungle yang cantik dan mendamaikan.
Kami pun sampai ke ladang rusa. Ada pintu masuk yang khas untuk pelawat lalui untuk lihat dan beri makan rusa-rusa di taman ini.
Di sini pelawat boleh menukarkan kupon makanan rusa untuk mendapatkan keledek untuk diberi pada rusa. Makanan rusa yang diberikan adalah terhad dan tidak boleh membeli makanan tambahan. Ini adalah penting supaya rusa-rusa di sini tidak terlebih makan demi menjaga kesihatan mereka. Ini sangat bagus sekali!
Petugas beri kami sebesen kecil berisi keledek.
Keledek yang diberikan sudah siap dipotong-potong supaya senang untuk pelawat beri makan pada rusa-rusa.
Waa... banyaknya rusa! 😃 Semua sedang menunggu makanan 😄. It was lunch time afterall.
Keseluruhan kawasan Deerland Park ini adalah seluas 10 ekar. 7 ekar darinya adalah tanah untuk kandang rusa. Terdapat lebih dari 100 ekor rusa di sini. Kalau tidak silap these beautiful deers are Indonesian deers.
Memberi makan rusa. They were so adorable!
They all seemed very hungry but very polite actually 😃. Admittedly, memang la tak cukup dengan hanya sebesen kecil keledek untuk semua rusa-rusa ini. Memang la kami rasa nak beli lagi keledek ini tapi overfeeding these deers are strictly prohibited.
Tapi jangan risau atau rasa kesian sangat pada rusa ini tak cukup makan kerana sudah pasti pemilik taman ini tidak akan biarkan rusa-rusa ini kelaparan. Lagi pun ada saja pelawat-pelawat lain yang juga beri mereka makan.
Seronok tengok adik-adik ini beri makan rusa 😃.
Kawasan tanah kandang rusa yang luas dan sangat semulajadi berhutan.
Bambi 😃.
Ada sinki tempat pelawat cuci tangan lepas bagi makan rusa.
Ok, jom kita ke bahagian seterusnya.
Truthfully, walau pun taman ini essentially konsepnya adalah seperti sebuah zoo, but for us it is one step above than normal zoos sebab suasananya yang sangat semulajadi. It was like we were walking in a mini jungle.
Ok, jom kita tengok haiwan-haiwan lain yang ada di sini.
Meow pun ada.
Is it a Bengal cat or an Egyptian Mau? So adorable!
A beautiful Bengal cat.
Tak pasti burung yang cantik sangat ini apa namanya. May be spesis peacock pheasant.
Burung-burung merak pun ada. Aviary yang besar dan luas. Nice!
Ada macam-macam spesis burung merak di taman ini.
Sekali dalam peacock aviary ini juga ada ayam-ayam serama yang super adorable!
Silver Pheasant atau Burung Kuang Putih. Ia mampu berenang seperti angsa! How fascinating!
Info on Silky Chicken.
Again, suka kami tengok kandang-kandang haiwan di sini saiznya besar for the animals to comfortably roam around in. And on natural grounds too.
And we also love it that throughout the park ada taman-taman kecil begini yang dihiasi dengan pokok-pokok hiasan dan kolam-kolam kecil berair terjun mini seperti ini yang menjadikan suasana taman ini sangat mendamaikan.
Kandang burung puyuh yang cantik berhias pokok-pokok dan bersih.
The super adorable quails couple 😃. Comelnya!
Info tentang Burung Puyuh.
Hello love 😍.
Tupai liar pun ada di sini.
Silver Pheasant / Burung Kuang Putih.
Di taman ini juga ada haiwan-haiwan kecil seperti hedgehog.
Information on hedgehog.
Ular pun ada!
This one is huge!
Hello!
Cantik dan comel sangat ayam-ayam ini!
Sebright Gold chicken.
To be continued with Part 02...
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment