Friday, May 31, 2013

YOGYAKARTA - PASAR NGASEM - MASJID TAMAN SARI - TAMAN SARI

YOGYAKARTA - PASAR NGASEM - MASJID TAMAN SARI - TAMAN SARI

Masih ada lagi tempat menarik yang dikunjungi pada pagi terakhir di Yogyakarta. Sebaik selepas check-out dari hotel, kami dibawa ke Taman Sari.

Pada masa dahulu, Taman Sari adalah istana yang menempatkan gundik-gundik raja. Ia sebenarnya dibina mengelilingi takungan air. Sekarang, istana ini hanyalah runtuhan yang sedang dibaikpulih dan tidak langsung dikelilingi air.


Pak Nurzaein membawa kami masuk ke Taman Sari dari bahagian belakang yang kini menempatkan Pasar Ngasem. Pasar ini menjual barang makanan mentah, namun ia sangat bersih dan tidak berbau.







Taman Sari sebenarnya  terdiri daripada beberapa bahagian. Pada zaman dahului Taman Sari ini dikawal ketat dan lelaki dilarang masuk sama sekali. Hanya wanita (yang terdiri dari gundik-gundik dan puteri-puteri raja)  sahaja yang dibenarkan masuk. Satu-satunya lelaki yang dibenarkan masuk ke sini ialah Sultan. Tapi tak dapat dipastikan sama ada larangan ini untuk seluruh istana atau di kawasan-kawasan tertentu sahaja.
Ini adalah tambatan perahu untuk masuk ke istana Taman Sari. Pada masa kini, terdapat banyak rumah telah dibina di sekeliling istana dan juga di kawasan lapang dalam perkarangan istana.





Kawasan lapang di sekeliling dan juga di dalam Taman Sari sendiri yang dahulunya dipenuhi air kini dipenuhi dengan rumah - rumah, yang mana bagi Myself mencacatkan suasana sebenar kota ini. Kata Pak Nurzaein, penduduk ini tinggal di sana dengan kebenaran dari Sultan Yogjakarta.

Di tengah-tengah perkampungan (yang dulunya kawasan berair), kami dapat melihat sebuah bangunan bulat yang merupakan masjid Taman Sari yang sebahagian besarnya dibina di bawah tanah (dulunya, di bawah air).




Pintu masuk ke Masjid Taman Sari






Pemandangan di dalam lorong bawah tanah untuk masuk kedalam Masjid




Di tengah – tengah masjid terdapat ruangan yang terbuka dengan cahaya matahari. Di situ, terdapat tangga yang menghubungkan tingkat atas dan tingkat bawah.











Binaan tangga di tengah masjid ini ada 5 buah semuanya: 4 naik ke atas platform dan hanya 1 dari platform ke tingkat atas. Falsafah di sebalik pembinaan tangga begini adalah jika kita berada di persimpangan (digambarkan dengan platform di tengah), ada 4 cara mudah turun ke bawah (kebanyakannya berkait dengan amalan dosa) dan 1 jalan sukar naik ke atas (yang berkait dengan amalan pahala).







Walaupun ada jalan yang lebih sejuk dari Masjid menuju ke bangunan utama Taman Sari, kami memilih melalui kawasan perkampungan.













Binaan bangunan utama Taman Sari adalah tempat pemandian gundik-gundik (yang dalam bahasa Indonesia dipanggil Selir) Sultan. Jika kita masuk ke Taman Sari dari arah depan, inilah tempat pertama yang akan kita temui.

Pintu masuk ke kawasan pemandian. Binaannya berciri Eropah kerana ia direka oleh seorang arkitek berbangsa Portugis.




Ada 3 buah kolam di kawasan pemandian Taman Sari. Satu kolam dikhaskan untuk puteri-puteri raja, satu untuk gundik-gundik raja manakla sebuah lagi yang terasing dari kolam untuk puteri dan gundik raja, dikhaskan untuk kegunaan Sultan dan gundik yang terpilih untuk menemani Sultan.




Ada sebuah menara yang dibina untuk Sultan mengintai gundik-gundiknya bersiram. Dari situlah Sultan akan memiih gundik yang akan menemaninya mandi di kolam bersebelahan.

























Bersambung....

Saya senaraikan di bawah links untuk semua entries YOGYAKARTA saya: 










No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.