Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi dengan cerita saya ke Taman Awam Bera dan Laman Perwira bahagian kedua.
Masa itu sudah mula panas terik, jadi lega la bila laluan ada yang teduh begini.
Rasanya lepas beberapa tahun suasana di taman ini akan lebih indah dan redup bila pokok-pokok di sini reach their maturity.
Andira inermis.
Tasik besar di sebelah kanan.
Di tepi tasik di taman awam ini ada sign 'HAS 2022' yang maksudnya Hari Air Sedunia 2022, diletakkan di sini sempena sambutan Hari Air Peringkat Kebangsaan di Bera.
Acara Hari Air Peringkat Kebangsaan 2022 di Bera ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di mana telah diadakan aktiviti KUDAH (Kutip Sampah Sambil Beriadah).
Ini tasik besar Taman Awam Bera. Ketika ini saya mula berjalan mengelilingi trail Fasa 2 yang jaraknya kurang 2 km. Laluan Fasa 2 ini melingkari tasik besar taman awam ini.
Kelihatan taman permainan kanak-kanak, gazebo/wakaf dan menara tinjau.
Trail ke tasik membawa pelawat melalui laluan tepi ladang kelapa sawit.
Tiba-tiba terdengar bunyi dari atas pokok-pokok kelapa sawit. Melihat ke atas sana nampak beberapa pelepah daun-daun pokok kelapa sawit bergerak-gerak. Eh... ada monyet liar ke? Suspen juga masa itu especially since I was all alone there.
Laaa... rupanya si comel ni 😃.
Hello love 😊.
Kalau tak silap ini Tupai Dada Kelabu atau Tupai Perut Kelabu atau Tupai Teratak atau Grey-bellied squirrel. |
🔸Tupai perut kelabu (Callosciurus caniceps) ialah spesies tikus dalam keluarga Sciuridae. 🔸Ia boleh ditemui di hutan, ladang dan taman di Semenanjung Malaysia, Thailand, selatan Myanmar, selatan China (Yunnan) dan mungkin di barat Laos. Ia telah diperkenalkan di Kepulauan Ryukyu di Jepun. 🔸Seperti namanya, perut tupai ini biasanya berwarna kelabu, walaupun kadang-kadang kemerahan di bahagian tepi. Bergantung pada subspesies dan musim, bahagian atasnya berwarna kelabu, kekuningan-zaitun atau kemerahan. |
Menara tinjau Taman Awam Bera.
Jom kita naik ke atas.
Ambil gambar dari ground floor menara ini dulu.
Di hujung sana taman awam ini juga dipagari dengan ladang besar kelapa sawit.
Di bahagian tasik besar ini ada dibuat benteng pemisah, tak pasti untuk apa. Untuk mengawal air ketika hujan lebat dan banjir agaknya. Juga kelihatan banyak tumbuhan air terutamanya dekat tebing tasik.
Ok, jom kita naik ke tingkat atas menara anjung tinjau ini. Berikut adalah beberapa foto pemandangan-pemandangan panorama Taman Awam Bera. Nun di hujung sana, di sebelah kiri, adalah trail yang saya lalu earlier, di tepi ladang kelapa sawit.
Ada gazebo dan taman permainan kanak-kanak di seberang tasik sana.
Ada beberapa benteng dibina merentas tasik ini, membahagikan tasik besar ini kepada beberapa bahagian.
Selain menggunakan the main trail yang di sebelah kanan itu, pelawat juga boleh berjalan-jalan di tepian tasik di laluan tepi tasik di sebelah kiri foto ini.
Ada orang sedang memancing di seberang sana.
Saya pun merancang nak berteguran dengan dia untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti memancingnya.
Fyi, encik ini memancing di sini bersama dengan isteri dia. How awesome, punya hobi yang sama.
Waa... besar juga saiz ikan tu.
Lepas ambil gambar panorama tamam awam ini dari tingkat dua menara tinjau taman, saya pun turun dan sambung semula berjalan keliling taman ini.
Walking on the main trail. The alternative trail by the lake is on the left of this photo.
Gazebo bumbung bertingkat. Cantik.
Pandangan arah ke belakang.
Di hujung taman awam ini adalah kawasan Pahang Rest House @Bera. Nampaknya ada pokok-pokok buluh yang ada banyak sarang-sarang burung tempua.
How wonderful! I've actually never seen these out in the wild.
Burung Tempua dikenali kerana kelebihannya membina sarang yang besar yang dijalin/anyam daripada rumput dan ranting dengan pelbagai bentuk bergantung kepada spesies. |
Sarang bagi Burung Tempua jantan berbeza dari segi rekaannya, bentuk, struktur, dan saiz. Sarang Burung Tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya, sementara sarang Burung Tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur. |
Terperasan pulak ada serangga di tumbuhan air ini. Let's have a close look shall we.
Inilah serangga yang saya nampak. Tak tahu apa namanya. Kalau check di internet namanya 'Physomerus grossipes Dorsal' atau 'Sweetpotato bug'.
I think masa kecil dulu saya ada terpegang serangga ini dan baunya sungguh busuk dan melekat di jari even lepas cuci dengan sabun mandi dan sabun buku Fab.
Sambung lagi jalan.
Di hujung Taman Awam Bera ini ada Pahang Rest House @Bera.
Saya pun menghampiri encik yang sedang memancing yang saya nampak dari seberang sana tasik ini.
Saya beri salam dan kami pun bersembang. More like saya bertanya itu ini dan encik ini menjawab soalan-soalan saya... hihi 😄. But I must say that he was so kind and so gracious willing to answer all my questions.
Cara memancing yang digunakan oleh encik ini ialah mancing teknik jaring, kalau tak silap saya lah. Dia menggunakan batang pancing yang dihujungnya dipasang jala/jaring. Kemudian dia flick/flip/swing batang pancing ke depan dan ke belakang beberapa kali dan akhirnya melontar jaring tadi sejauh yang mungkin ke kawasan tasik yang menjadi sasaran.
Encik ini sedang menunjukkan pada saya jaring yang digunakan dalam kaedah memancing begini.
Encik ini sedang membuat the final flick/throw of the netting to the lake. By the way, nampak tak ada orang jauh di hujung sana di bahagian sebelah kiri dalam foto di bawah ini? Itulah isteri encik ini.
Dan inilah hasil tangkapan encik ini. Rasanya ini ikan tilapia.
Sebelum beredar tentulah saya ucap terima kasih pada encik tadi kerana sudi layan soalan-soalan saya 😄. Saya juga minta maaf sebab ganggu dia memancing. Encik tu ok je 😌.
Sambung jalan lagi.
As mentioned earlier, di hujung taman awam ini ada Pahang Rest House @Bera. According to encik tadi, years ago Pahang Rest House ini memang cukup popular. Kata dia hampir setiap minggu/bulan ada sahaja events di situ seperti konvensyen dan mesyuarat oleh badan-badan kerajaan, acara kemasyarakatan, majlis perkahwinan dan acara-acara lain.
Di seberang sana menara anjung tinjau Taman Awam Bera yang saya panjat earlier to get some panorama shots of this park.
Di taman ini ada juga dataran kecil seperti ini yang sesuai untuk acara senamrobik.
Dan saya pun sampai ke Laman Perwira.
Laman Perwira ini besar juga saiznya. Datarannya berbentuk petak empat segi dan dipasang pagar di kiri, kanan dan belakang dataran.
Apa yang menarik di sini adalah kenderaan-kenderaan dan senjata ketenteraan yang dipamerkan.
Kenderaan tentera yang di sebelah kanan ini ialah Kenderaan Tempur Berperisai Sibmas AFSV-90 Tentera Darat Malaysia. Kenderaan berperisai ini juga ada dipamekan di Muzium Tentera Darat (Army Museum) di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
Yang kiri ini Rheinmetall Condor 4x4 wheeled APC atau Radpanzer Condor, Tentera Darat Malaysia.
Signage LAMAN PERWIRA yang berwarna warni.
Ini pula ialah Meriam Mod 56 105mm “Pack Howitzer”.
Although it is now 65 years old, it remains the "backbone" of the Malaysian Army's artillery units, with more than 100 units of Pack Howitzer Mod 56 cannons still in use by our soldiers.
|
🔸Developed by the Oto Melara company from Italy, the cannon also known as the "Pack Howitzer" began to enter production in 1957 and up to more than 30 countries continued to use the cannon. 🔸Cannon Pack Howitzer Mod. 56 which only weighs about 1,200kg can be dismantled into 12 parts and transported by animals such as donkeys, horses or camels and these characteristics make this cannon ideal for use in areas that do not have roads. A well trained crew can dismantle its components and reassemble them within only 3 to 4 minutes. 🔸The maximum range of the Pack Howitzer cannon as used by the Malaysian Army is about 10.5 km and it can also be used as an anti-tank weapon and as a mortar system. 🔸Due to the popularity of the Pack Howitzer cannon, it is used by NATO countries and armed forces around the world.
|
Radpanzer Condor.
From left: Radpanzer Condor, Pack Howitzer and Sibmas AFSV-90.
Sibmas AFSV-90.
Pemandangan tasik Taman Awam Bera dari Laman Perwira.
HAS 2022 - Hari Air Sedunia 2022.
Ok dah, hari pun sudah makin panas. Jom kita berjalan ke arah entrance.
Selesai dengan lawatan saya di Taman Awam Bera dan Laman Perwira, saya pun left the park and head on to Hospital Bera to pick up my wife. |
Masjlis Perasmian Hospital Bera |
Di Bera kami menginap di Hotel Mass.
Checking-in.
Tak ada lift, jadi terpaksalah panjat tangga bawa beg. Mujur beg kecil saja 😅.
Bilik kami, ringkas, selesa dan bersih.
View dari bilik.
Lapar, jadi kami pun ke restoran for late lunch. Ini Restoran Ayam Berlada, cuma 3 doors away from our hotel.
Supaya cepat kami order the same, nasi goreng ayam.
Jajan corner dan tabung-tabung bantuan.
Kecur tengok karipap panas. Unfortunately, sudah habis untuk hari itu.
Hidangan makan tengahari kami.
Both my wife and I agreed that these are among the best nasi goreng ayam we ever had 😋. Like, seriously.
To be continued...
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment