Seterusnya kami berkumpul semula bersama Ash, our guide dalam Eco Mangrove Tour ini for a bit of penerangan di titian hutan paya bakau near the Bat Cave.
Ada papan info menarik bertajuk 'Bernafas di Dalam Air'.
Salah satu penghuni hutan paya bakau di Gua Kelawar ini ialah kera. Kata Ash kera-kera di sini agak agresif jadi kami dinasihatkan supaya jangan sentuh atau main-main dengan kera-kera tu. Juga jangan diberi makan. Also to keep our stuff safely in our bagpacks or securely in our sling bags. Jadi elak berlenggang sana sini bawa handbag, beg bertali dan beg-beg plastik because those are very 'attractive' to the monkeys cause they'll think you have food in those bags.
Suasana hutan paya bakau di sini sangat indah dan hijau.
Next Ash memperkenalkan pada kami sejenis pokok bakau yang dipanggil Bakau Api-Api. Kami dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pokok ini kerana ia mengeluarkan lendir getah yang merbahaya.
Ash petik sehelai daun pokok Bakau Api-Api ini dan menyiatnya. Maka keluarlah cecair bergetah warna putih. Kalau getah tu terkena pada kulit ia akan menyebabkan kegatalan. Kalau terkena mata, boleh jadi buta. Dan kalau termakan, boleh menyebabkan keracunan perut. Kata Ash selalunya keracunan perut ini boleh sembuh dengan meminum air kelapa muda.
Dekat tempat kami berkumpul tu ada la seekor dua kera.
Tapi tak agresif, cuma duduk-duduk comel sopan santun je di dahan tu 😊.
Yang ini pun sama. Macam dah biasa dan jinak dengan pelawat.
Boleh la dikatakan yang kera-kera liar di sini adalah salah satu tarikan pelancong 😊.
Selama kami di situ, tiada kejadian 'kecurian' walau pun ada monyet-monyet yang berada dekat begini dengan pelawat.
Hutan Paya Laut ini busuk dan kotor!
Ramai yang berkata begitu sebelum mereka mendekati dan mengenali hutan unik ini.
Sebenarnya hutan bakau sering berbau busuk kerana banyak sampah dari laut sering terperangkap di tengah-tengah hutan bakau. Jadi salah siapa yang buat hutan ini berbau busuk?
Tapi masa kami di situ tak ada pula terbau apa-apa bau busuk. Hutan bakau di sini bersih kerana terdapat program gotong-royong mengutip sampah yang terperangkap yang kerap dilaksanakan oleh persatuan-persatuan pencinta alam sekitar.
Spesies yang selalu ditenggelami air seperti Api-api dan Berembang mempunyai akar unik yang merupakan penyesuaian untuk hidup.
Akar pernafasan yang dipanggil Pneumatophore (disebut sebagai nu-ma-to-for) ini akan tumbuh di atas permukaan lumpur. Liang-liang kecil yang terdapat pada akar tersebut membantu untuk bernafas.
Kami seterusnya diberikan sedikit masa untuk jalan-jalan di titian ini dan explore this beauiful mangrove. I mean really, kalau diperhatikan betul-betul hutan ini sangat indah dan unik. SubhanAllah.
A couple of snaps of us 😊.
Di titian ini ada papan info tentang pokok Bogak.
Tebing menegak di luar gua ini juga ada pokok Bogak (Cycas clivicola), iaitu satu-satunya spesies asli dalam genus ini di Langkawi, daripada sejumlah 4 spesies di Malaysia.
Kemunculan famili Cycadophyta bermula muncul sejak Permian Period (270 juta tahun lalu) dan menjadi makanan utama untuk dinosaur herbivor.
Juga ada info board tentang 'Batu Bengkok Mencari Cahaya'.
Inilah satu contoh stalaktit yang bengkok ke arah cahaya.
Membengkok kerana kehadiran alga yang memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. So unique. So amazing. SubhanAllah.
Papan maklumat seterusnya tentang 'Pengukir Gua Yang Sabar'.
".. Stalagmit boleh dianggap sebagai 'anak' kepada stalaktit..".
Selepas berjalan-jalan di titian menikmati keindahan hutan paya bakau di sini, kami berkumpul dan masuk semula ke dalam Gua Kelawar di bahagian lain untuk balik semula ke jeti.
Ehh... air tengah pasang! Suspennya!
Tapi air masih belum pasang sepenuhnya jadi gua ini masih boleh dilalui. Seperti dalam foto bawah, ada laluan konkrit untuk pelawat berpijak dan berjalan dengan selamat. Also as you can see, siling di beberapa bahagian dalam gua ini ada yang rendah. Jadi kena la membongkok sikit bila lalu di bahagian-bahagian itu.
Ada papan peringatan 'Mind you head, Watch your step'. |
Wife bergambar dengan Ash.
Jom jalan. Boleh tahan gelap juga dalam gua ni. Mujur ada torchlight. At first menggagau la jugak nak let my eyes get used to the darkness and find firm footings... hehe.
I asked her to pusing kejap, nak ambik gambar.. hehe.
Sepatutnya kami perhatikan dinding dalam gua ini dan cuba cari kesan cengkerang purba but we were too busy navigating in the dark.. hehe.
Terpaksa membongkok sedikit.
Pendek je laluan terowong ni, dah sampai ke exit.
Oppss.. berfoto kejap 😊. Yes, mujur saya ada bawak beg plastik, digunakan untuk bawa kasut. My wife tak perlu sebab dia pakai kasut Crocs. And yes, jalan dalam air ni berkaki ayam.
Masa tengah meredah air tu tetiba terasa ada benda menggesel kaki kiri saya. Just a slight brush under the water. For just a brief moment. Bila tengok tak nampak apa-apa pulak. Huishh... cemas.. terus cepat-cepat jalan.. hehe. Later on we found out that the couple from UK yang satu bot dengan kami, the husband, pun felt the same brush. Dia pun tak tau apa yang gesel kaki dia. Apa-apa pun kami bersyukur I was not bitten or anything terrifying like that. But then it could probably just a leaf drifting carried by the current.
Haa... itu pun dah nampak tangga! Happy sungguh masa tu.. hahaha.
Kelihatan air sungai flooding into the cave. Pada saya personally this is such a rare sight.
Sudah selamat sampai 😊.
Apparently I cannot contain my happiness, so relieved and overjoyed.. hehe.
Bila tengok balik foto ini, nampaknya kami missed that papan info. I wonder what's it about. Oh well.
Naik ke titian ini saya pun lap kaki dengan tisu dan pakai semula stokin. So kalau anda ke sini, elok la bawak beg plastik dan tisu/tuala ya. Fyi, kalau tak nak basah-basah, boleh je patah balik masuk semula dan lalu di ruang gua yang ada banyak kelawar bergantungan tadi. Tapi miss la the fun walk in the water.. hehe.
Laluan titi tepi tebing menegak ini pun sangat cantik.
Dan kami pun tiba semula ke jeti.
Fyi, sejak menjadi geopark, aktiviti geopelancungan ke Gua Kelawar dikendalikan oleh Koperasi Komuniti Kampung Kilim.
Kesian kera ni, kelaparan agaknya.
Persinggahan kami di Gua Kelawar dalam pakej Eco Mangrove Tour ini memang menarik. Lawatan ke sini memberi pelawat peluang mengalami suasana sebuah gua purba, observe the inhabitants i.e the insect-eating bats dan menikmati keindahan hutan paya laut. Secara keseluruhannya, lawatan ini memberikan peserta kepelbagaian dari segi aturcara program lawatan.
Then it was time for lunch. Hurrah! Lapar dah. Dah pun pukul 1:00 tengahari masa tu. 😊.
Then it was time for lunch. Hurrah! Lapar dah. Dah pun pukul 1:00 tengahari masa tu. 😊.
Naik je bot kami perasan Ash dah letak life vests on our seats. Kata dia, from then onwards kami mesti pakai life vest sebab bot akan dibawa ke laluan Laut Andaman untuk ke floating restaurant di Tanjung Rhu for lunch.
Pak cik ni la yang kata dia juga experience a slight brush on his leg masa meredah air di gua tadi, just like I did. |
Perjalanan bot berpatah balik and passed by Jeti bot Kilim Karst Geoforest Park again.
Tu dah nampak dah laut lepas.
And the 'Kilim Geoforest Park' huge sign.
Beria-ia compose gunung, big signage dan bot dalam satu framing.. hehe.
Big signage 'Kilim Geoforest Park' dipasang di tebing ini apabila ia diisytiharkan sebagai UNESCO Global Geopark.
Lokasi iconic signage ini juga menandakan bermulanya Sungai Kilim.
Kalau tak silap, those are fish farms.
Andaman Sea.
Kelihatan dari Kuala Sungai Kilim ini ialah Pulau Ko Tarutao, Thailand.
Sebenarnya kebanyakkan foto-foto yang kami ambil masa ni adalah senget-senget belaka sebab keadaan kami yang terlambung-lambung dalam bot.. hehe.
Ash kata bayangkan aje terlambung-lambung tu macam 'butt massage'.. hehehe.
It really was a beautiful day. Cuaca cukup baik sekali, terang benderang. Alhamdulillah. Teingat masa briefing pagi tadi di Pantai Tanjung Rhu sebelum kami mula tour, Wan kata group semalam dapat mulakan tour mereka hanya pada noon time sebab belah paginya hujan lebat dan laut bergelora.
Dan kami pun tiba di Tanjung Rhu.
Terus kami dibawa ke Restaurant Floating Tanjung Rhu, restoran yang sama yang kami lawat for the fish farm.
Meja kami sudah di reserved.
Jemput duduk.
Pakej Eco Mangrove Tour ni dah termasuk lunch. So lunch dah disiapkan oleh pihak restoran dan cuma menunggu kami sampai dan lunch dihidangkan sahaja.
Ada juga beberapa group lain masa tu.
Our lunch. Tomyam sayur tu sangatlah sedap!
Selesai makan kami jalan-jalan di titian sangkar-sangkar ikan ni while waiting the rest of the group members finish their lunch.
Selepas makan tengahari, kami sepatutnya dihantar balik ke Pantai Tanjung Rhu di mana kami memulakan tour tadi. Tapi disebabkan ombak besar, bot tak dapat nak mendarat di sana. Jadi kami diturunkan di sebuah jeti perikanan berhampiran Pantai Tanjung Rhu.
Overall, memang menyeronokkan dan mengujakan pergi mangrove tour. Selain kerana tour yang mesra alam, kami ambil pakej Eco Mangrove Tour ini juga kerana kepelbagaian tempat lawatannya serta penerangan-penerangan yang diberikan oleh tour guide.
Ini peta keseluruhan perjalanan kami dan tempat-tempat yang kami lawat di Kilim Karst Geoforest Park dalam pakej Eco Mangrove Tour.
Jadi kalau boleh, elok la pilih jenis eco tour kerana di mana-mana pun, bukan sahaja di Malaysia, ecopelancongan is the way to go. Bukan sekadar trend atau ikut-ikutan, tapi kerana ia mengamalkan cara melancong yang mesra alam demi menjaga keindahan kurniaan Allah swt agar ia dapat dinikmati oleh generasi-generasi seterusnya.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.