Assalamualaikum.
Pada bulan Ogos tahun lepas 2022, isteri ada urusan kerja di Bera Pahang. Kami menginap di Temerloh satu malam sebelum ke Bera pada esok harinya. Jarak antara Temerloh dan Bera adalah lebih kurang 30 km atau 30 minit perjalanan. Sambil itu sempat juga jalan-jalan ke beberapa tempat-tempat menarik di Temerloh dan Bera.
Melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Kuala Lumpur ke Temerloh yang ambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan.
Dalam perjalanan kelihatan sebahagian Banjaran Titiwangsa yang cukup indah sekali.
Alhamdulillah cuaca baik pada petang itu.
Sempadan Negeri Pahang Darul Makmur.
Menuju ke Temerloh.
PUSPEN Karak.
Cure and Care Rehabilitation Centre, Karak (CCRC Karak) (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak).
Pemulihan anda bermula di sini
Lagi 54 km.
Plaza Tol Temerloh.
Di Temerloh ini kami nampak ada banyak restoran-restoran bermenu ikan patin dan talapia.
Patin Temerloh By Pakusisik Tangkoner "Menjual ikan patin dan talapia hidup, patin tempoyak yang siap dimasak, cendol dan ikan bakar" |
Restoran Go' Bang Maju Tol. We were told that it is a very popular restaurant. Menu famous restoran ini juga patin tempoyak. Maklumlah, Temerloh adalah bandar Ikan Patin.
Malam itu kami akan bermalam di Temerloh dan esoknya di Bera.
Tiba di bandar Temerloh.
Ini maklumat yang saya jumpa tentang Temerloh. Interesting!
Fun in Temerloh. Ada banyak juga tempat-tempat menarik di Temerloh ini.
Bandar Temerloh.
Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia.
kami pun selamat tiba di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Alhamdulillah.
Hotel Seri Malaysia Temerloh is described as a 3 star hotel with straightforward rooms & suites with flat-screens in a relaxed property offering a pool & a cafe.
Ada tempat parking yang banyak.
Juga ada swimming pool.
Lorong pejalan kaki yang dihiasi dengan pokok-pokok bunga raya.
Jom check-in. Welcome drinks ada disediakan.
Beli kami, besar dan cukup selesa. Ada ruang luas untuk bersolat dan letak beg-beg kami.
Lepas check-in dan berehat sekejap kami pun keluar ke Esplanade Temerloh. Mencabar sungguh nak cari tempat parking di sini. Kami tak jumpa tempat parking khas di esplanade ini jadi kami park sahaja di tepi jalan seperti kereta-kereta lain yang ada berderetan di situ. Mujurlah masa kami lalu cari parking ada sebuah kereta yang kebetulan keluar dari parking dia.
feldalakum.pjk.com.my
Taman esplanade temerloh terletak di pesisir sungai Pahang berhampiran Dataran patin, yang berkonsepkan waterfront di tebing sungai Pahang dan sungai semantan. Aktiviti yang boleh pengunjung rasai di sini ialah menaiki bot untuk menikmati keindahan sungai Pahang, beristirehat di tepi sungai dan juga menyeberangi sungai Pahang ke kampung bangau.
Taman Esplanade Temerloh ini asalnya lebih dikenali sebagai tapak Pekan Sehari Temerloh. Di sinilah tumpuan penduduk sekitar Temerloh pada setiap pagi Ahad. Macam-macam jualan boleh kita dapati di Pekan Sehari Temerloh.
Lokasi taman ini adalah di tepi Sungai Pahang.
Sign 'TEMERLOH' yang besar di tepi sungai Pahang.
Anda berada di sini - Esplanade Temerloh.
Di esplanade ini juga ada dibina anjung tinjau yang memberikan pelawat pemandangan indah waterfront ini dan sungai Pahang.
Kelihatan beberapa bot-bot laju berdesap desup di perairan sungai Pahang ini. They were quite loud actually but fascinating to watch.
Ada ruang-ruang besar begini yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti berkumpulan.
Di Kuala Sungai Semantan ini terdapat deretan tempat bot-bot kecil berlabuh.
Di taman ini juga ada Jambatan gantung Taman Esplanade Temerloh yang dibina merentangi Sungai Semantan.
Captured the speed boat and the Temerloh sign in one framing.
Berehat di tepian sungai sambil menikmati keindahan sekeliling. Di hujung sana adalah Jambatan Sultan Ahmad Shah yang merupakan jambatan utama yang merentangi Sungai Pahang di Temerloh.
To be continued...
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment