السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sambung lagi cerita jalan-jalan kami di Sekinchan dan Kuala Selangor. Lepas melawat ke Ah Ma House, kami dibawa Mr. Yap, our tour guide, ke sebuah kilang memproses padi.
Meneruskan perjalanan di Jalan Tali Air 5, Sekinchan menuju ke kilang pemproses padi.
Sekinchan sebenarnya adalah sebuah perkampungan nelayan, tetapi sekarang ia lebih dikenali kerana sawah padinya.
Di sini, pengunjung boleh memandu betul-betul di sebelah sawah padi yang sangat luas.
Merentas petak-petak sawah padi ini terdapat jalan raya yang menghubungkan bandar Sekinchan dengan kampung-kampung kecil yang ada yang terletak di tengah sawah seperti Site A.
Di sepanjang jalan raya, kita boleh nampak saluran air, jambatan-jambatan kecil, burung-burung, rumah burung, jentera sawah dan tentunyalah sawah padi dan pesawah padi.
Kami di Sekinchan ni masa bulan Ogos. Ketika itu adalah masa penanaman padi, jadi tiadalah pemandangan sawah padi menguning. Kalau nak tengok hamparan padi menguning datanglah ke sini masa bulan Jun dan December.
Jika nak tahu dengan lebih detail, sila refer jadual 'Kitaran penanaman padi di Sekinchan' di bawah ni.
Memandangkan masa kami di sini tiada padi menguning, saya share di sini foto-foto lama 2007 saya yang saya rakam di Sekinchan ini.
Sekinchan adalah pengeluar hasil beras mengikut tan paling tinggi di Malaysia. Jumlah empat tan sehektar adalah purata penghasilan padi yang direkodkan bagi seluruh negara, namun di Selangor terutamanya pesawah di Sekinchan mampu menghasilkan sehingga 13 tan metrik padi sehektar dengan gred bermutu tinggi.
Angka ini melebihi had minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu tujuh hingga lapan tan sehektar manakala rata-rata penghasilan padi oleh pesawah di Selangor ialah 8-10 tan sehektar.
Sawah padi yang luas, pengairan yang bersistematik, disiplin dan penanaman teratur di sekitar Sekinchan adalah antara faktor yang menghasilkan jumlah hasil tertinggi beras di negara ini.
Rumah burung walit yang dibina untuk mendapatkan sarang burung adalah merupakan salah satu punca pendapatan penduduk di sini.
Sekali sekala ternampak juga pohon-pohon kepala yang melambai-lambai. Indah sekali!
Sawah padi di Sekinchan walau bagaimanapun sedikit berbeza dengan sawah padi di utara Malaysia kerana penggunaan mesin dan kaedah pertanian commercial yang digunakan secara meluas di sini.
Kata Mr Yap, masyarakat Cina di sini mempunyai satu kepercayaan tentang bagaimana tanah di kawasan Sekinchan menjadi subur untuk penanaman padi.
Menurut kisahnya pada satu masa dahulu, ombak besar pernah melanda kawasan ini. Disebabkan kejadian itu, garam dari laut terserap masuk ke dalam tanah sehingga menjadikan tanah subur.
Tapi itu adalah cerita yang disampaikan secara mulut dari generasi ke generasi. Tak siapa yang tahu kebenaran di sebalik kisah ini.
Di depan tu kelihatan sebuah jentera dan kerja mengepam air sedang dilakukan.
Nampak macam ini salah satu cara untuk pengairan sawah. Air dipam dari terusan di sebelah kiri dan dialirkan ke petak yang terletak di seberang kanan jalan.
Fascinating.
Satu lagi jentera pam untuk mengalirkan air dari tali air ke bendang.
Hampir semua proses penghasilan padi di Sekinchan bermula dari menanam sehingga ke menuai dibuat dengan menggunakan mesin moden pada skala komersil.
Bagi kemudahan pergerakan mesin, tapak-tapak sawah yang kecil telah dicantumkan bersekali menjadi tapak yang besar. Sebab itulah saiz petak-petak sawah di sini kelihatan agak luar biasa saiznya.
Kami diberitahu sawah-sawah padi di sini juga diusahakan oleh syarikat-syarikat komersil. Tapak-tapak sawah padi yang asalnya milik persendirian telah dipajak untuk diusahakan oleh syarikat-syarikat komersil tersebut. Hasil keuntungan juga akan dikongsi bersama pemilik-pemilik tapak.
Tu dah nampak dah kilang beras yang kami nak lawat. Besar sungguh kilang tu!
Salah satu tarikan pelancong di Sekinchan ini adalah juga sawah padi dan kilang memproses padi. Kata Mr Yap, ada beberapa buah kilang memproses beras di sekitar Sekinchan tetapi kilang inilah satu-satunya yang boleh dilawat oleh orang awam.
Jadi untuk lebih memahami proses pengeluaran padi masa kini dan untuk menghayati dan menghargai bagaimana pemodenan cara pertanian padi yang telah sangat memudahkan kerja-kerja berat cara tradisional, elok la singgah ke kilang ini. Tambahan pula Sekinchan adalah pengeluar beras mengikut tan paling tinggi di Malaysia jadi saya pun curious juga nak tahu bagaimana pengeluaran di sini jauh lebih produktif berbanding dengan Kedah, for example.
Tempat ini dikenali sebagai Kilang Beras Rakyat Sekinchan atau PLS Marketing (M) Sdn. Bhd. atau Paddy Gallery.
Welcome to Paddy Gallery.
Di seberang jalan ternampak papan kempen guna benih padi yang sah.
Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn. Bhd.
Jom masuk. Kilang Padi Rakyat Sekinchan Sdn. Bhd. dan PLS Marketing M Sdn. Bhd. adalah 2 dari 4 companies yang bernaung di bawah PLS Group.
Entrance fee cuma RM5.00 sahaja seorang dan diberi percuma 1 paket Pearl Rice.
Kami diminta menunggu dahulu sebelum masuk ke Paddy Gallery di tingkat atas kerana di galeri itu sedang ada big group. This is in line with the SOP to adhere to physical distancing. Excellent!
Sementara menunggu dipanggil untuk masuk, kami explore dahulu ruang legar besar macam airplane hangar ini. Ada kedai menjual produk-produk kilang ini on the other side.
But on this side ada something much more interesting. Nampaknya ada staff kilang ini yang sedang membuat produk berasaskan beras. Let's have a closer look shall we.
Staff ini kelihatannya sedang menggoreng sesuatu. Begitu cekap dia mengembar-gembur kandungan dalam kuali besar tu dengan 2 senduk besar dengan kedua-dua belah tangan.
Ooo... beras rupanya. It seemed there are some white rice mixed with charred rice.
It was really quite impressive watching how this young lad so expertly stirred the content. I know it was hard work because apparently the rice was sticky and the longer it was being stirred in that hot wok, the stickier it got. That's hard work indeed.
Bila dah siap goreng, kandungan kuali dituang ke dalam acuan petak kayu di atas meja.
Seterusnya beras goreng tadi dimampatkan menggunakan wooden trowel.
Proses ini nampaknya dilakukan dengan teliti dan berulang kali untuk memastikan beras bertih ini betul-betul mampat dan padat.
Bila dilihat dengan lebih dekat, kandungan gorengan tadi bukan sahaja ada beras tetapi juga ada ingredients lain seperti biji bijan.
Bertih Beras ini diperbuat daripada beras, gula malt, garam, minyak kelapa sawit, bijan, kacang tanah dan biji bunga matahari menggunakan resipi tradisional. |
Kerja-kerja memampat diteruskan lagi menggunakan wooden rolling pin pula.
Lepas tu dengan menggunakan batang kayu, the compacted ingredients dipotong-potong mengikut saiz yang ditetapkan.
Petak kayu diangkat dan kandungan yang sticky tadi remained in place dan kerja pemotongan diteruskan.
Oh, did I mentioned the smell was amazing? 😋
The crooked edges were cut and kept in a jar to be used as taster for customers.
Sesudah dipotong, diletak ke dalam dulang and ready for packing.
Bertih Beras ini 100% tidak mengandungi bahan pengawet dan additive, sesuai sebagai snek dan enak dinikmati bersama kopi panas atau teh. Bertih Beras ini adalah halal dan sesuai untuk semua peringkat umur dengan rasa yang ringan lagi sedap.
Nama beras bertih ini ialah 'Mi Xiang Tang' ~ "Crunchy and delightful, simple yet nourishing; wholesome green food which is halal and purely handmade."
Ok jom kita masuk ke Paddy Gallery.
Untuk masuk ke Paddy Gallery di tingkat atas, pelawat dimestikan melalui Disinfection Tunnel ini. Inilah kali pertama kami masuk terowong pembasmian begini.
Welcome to Paddy Gallery. Di sini ada dipamerkan langkah-langkah memproses padi yang dilakukan di kilang ini. Di hujung sana adalah bahagian muzium. Di corridor ini juga pengunjung boleh melihat mesin-mesin yang digunakan melalui tingkap-tingkap besar di sebelah kanan tu. How exciting!
Tapi sebelum itu kami dijemput masuk ke bilik penerangan untuk diberi sedikit penerangan dan menonton video.
Suasana dalam bilik penerangan. Seatings di sini dibuat mengikut perjarakan fizikal seperti yang ditetapkan.
Ada dipamerkan pelbagai jenis beras yang jenamanya tidak pernah kami nampak dijual di kedai-kedai runcit atau supermarket.
Antara beras keluaran kilang ini yang ada dipamerkan di sini ialah Beras Perang Seri Sekinchan, Sekinchan Fragrant Rice, Basmathi Rice Sella (Parboiled) Indian Pusa 1121, Juara Mutiara dan Sekinchan Best.
Sementara nak tunggu penerangan bermula, kami tengok-tengok dulu di corridor ini.
Di bawah sana adalah kawasan kerja-kerja memproses beras dilakukan.
Padi yang hendak diproses menjadi beras perlu dikeringkan terlebih dahulu. Jerami padi sendiri digunakan sebagai bahanapi di dalam Mesin Boiler bagi tujuan ini.
Padi yang telah dikeringkan akan dianginkan dan dibiarkan di dalam gudang untuk dihilangkan haba sebelum melalui proses yang seterusnya.
Stacks of rice already processed and packed.
Di lorong ini juga ada dipamerkan langkah-langkah yang perlu dilakukan dari pemilihan benih hingga ke kerja-kerja menuai.
Banyak sekali proses yang perlukan dilakukan. Good to know, tidaklah kami sekadar tahu beli je beras di kedai 😃.
Yang ini pula adalah langkah-langkah yang dilakukan untuk memproses beras dari padi yang sudah dituai. As you can see, all steps involved the use of many kinds of machineries. So fascinating!
Wah.. cendol beras perang pun ada dijual di kedai di ground floor tadi 😃. Macam mana agaknya rasa cendol ni?
As you can see, since the production orpeations here is on big scales, makanya mesin-mesin yang digunakan juga ada super huge too!
Mesin-mesin mengayak beras.
Tengok la tu betapa besarnya mesin-mesin mengayak ni. Semua sedang beroperasi bergegar-gegar at high speed mengayak beras.
Wonderful blown up photos of traditional vs modern ways of planting and havesting paddy. Nice!
Di galeri ini juga ada this wonderful photo, sebuah jentera menuai padi.
Foto di atas mengingatkan saya pada foto-foto yang saya rakam ketika Sekinchan photography outing saya dan kawan saya 13 tahun lalu 😄. Ini foto-fotonya...
Menuai padi menggunakan jentera tuai.
Padi yang sudah dituai dipam ke dalam lori untuk dibawa ke kilang memproses padi.
Kemudian kami pun diajak masuk semula ke bilik penerangan untuk short briefing dan tayangan video.
Samples peringkat-peringkat padi bila diproses.
Penerangan umum dari petugas kilang.
Video ini menunjukkan cara mekanikal yang digunakan ketika pemilihan benih, penyediaan tanah dan penanaman, penggunaan baja, pembuangan rumput dan penuaian. Ia juga menunjukkan perbandingan cara moden ini dengan kaedah lama yang operasinya adalah intensif buruh. Video berakhir dengan menayangkan langkah-langkah pemprosesan yang merangkumi pengeringan, pengilangan, penggredan dan pembungkusan.
Mendengat penerangan tentang beras yang diproses oleh kilang ini. Ketika ini kami juga berpeluang bertanya beberapa soalan kepada petugas ini.
Penerangan juga diteruskan oleh petugas tentang steps dan mesin-mesin yang digunakan oleh kilang ini untuk memproses padi dari viewing gallery ini.
Kemudian kami diberi pula sedikit penerangan tentang beras perang berpandukan gambar di galeri ini. As you can see dari gambar Endosperm di bawah ni, biji beras adalah diselaputi oleh beberapa lapis yang mengandungi banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Tapi selaput-selaput ini semuanya dibuang kerana nak menghasilkan beras yang putih. How unfortunate! Oleh itu, kalau nak yang berkhasiat, belilah beras perang.
Tak pernah la saya tahu di Malaysia ni ada bermacam varieti padi! Beras putih je ada 35 varieti!
Due to health issues di rumah saya makan beras/nasi ini 😀.
Seterusnya kami masuk ke bahagian muzium pula on our own tanpa diiring oleh petugas tadi. Sebelum ini kami sudah pun melawat 2 muzium padi: Muzium Padi, Kedah dan Galeri Padi di Laman Padi, Langkawi.
Walaupun Paddy Gallery ini tidak sebesar kedua-dua muzium/galeri mentioned above, ia tetap menarik. Ok, jom kita lihat apa yang dipamerkan di galeri ini.
Ok, dah, jom turun ke bawah. Turun ke ground floor, laluan terus masuk ke kedai yang menjual bermacam-macam rice based products termasuklah cendol beras perang ini.
Unfortunately, kami tak sempat nak merasa.
On the other side pun ada satu lagi kedai tapi kami tak masuk.
Masa sampai tadi ada kami terperasan kenderaan ini dekat main entrance kilang ini. Ini adalah Rice Seedling Planting Machine atau Rice Seedling Transplanter. Mesin ini digunakan untuk menanam anak pokok padi di bendang.
Di tepi kenderaan/mesin ini ada diletakkan karpet-karpet anak-anak pokok padi. Ia akan diletakkan di bahagian belakang kenderaan ini semasa proses menanam dilakukan.
Biasanya dengan tenaga 8 orang pesawah, tempoh yang diperlukan untuk menanam/mencucuk anak pokok padi di petak-petak sawah seluas 1.2 hektar adalah selama 2 hari. Dengan menggunakan mesin rice seedling transplanter ini, ia boleh selesai dalam masa 2 1/2 jam sahaja.
Karpet anak pokok padi diletakkan di belakang mesin (at the rear dispensing array) ketika proses pemindahannya ke bendang.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.