Assalamualaikum.
Ok, tempat lawatan kami yang terakhir sebelum balik ke KL adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang. Lama sudah kami nak lawat tempat ini tapi baru last year dapat. Itu pun sebab isteri ada tugasan di Bandar Bera.
Selamat Datang ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang Pahang Darul Makmur.
Lepas parking, terus ke Visitor Center.
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah adalah produk pelancongan bertaraf antarabangsa yang dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri. Pusat konservasi ini telah dipilih sebagai Tarikan Pelancongan Ecopark Terbaik pada tahun 2021.
Pusat ini juga berperanan sebagai medium pengurusan pusat konservasi iaitu sebagai pusat kajian, pendidikan dan ekopelancongan.
Tiada sebarang caj dikenakan untuk masuk ke pusat konservasi ini cuma perlu isi borang Akuan Pelepasan Tanggungjawab (Indemnity Letter). InshaAllah, keselamatan pelawat adalah dijaga.
Jom masuk.
Peta pusat konservasi.
Aktiviti-aktiviti untuk pelawat.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah pada 1989. Pusat ini merupakan markas bagi pasukan pemindahan Gajah, yang memulakan program pemindahan gajah pada 1974. Sebagai satu-satunya program seumpamanya di Malaysia, pasukan ini bertanggungjawab menempatkan, menjinakkan dan memindakan gajah-gajah dari habitat asal mereka yang sering dicerobohi oleh aktiviti-aktiviti perladangan, ke habitat-habitat lain yang lebih sesuai di seluruh semenanjung Malaysia, termasuk Taman Negara.
feldalurahbilut.pjk.com.my
12 Ogos adalah Hari Gajah Sedunia.
Mural besar yang sangat cantik!
Baguslah aktiviti menunggang gajah sudah dihentikan. Saya sokong 100% !!
Walaupun tiada bayaran masuk dikenakan, pengunjung digalakkan untuk memberi sumbangan ikhlas bagi menyokong aktiviti konservasi yang dilaksanakan. Sumbangan boleh dibuat di kaunter pendaftaran di dalam Pusat Pelawat.
Ada poster-poster besar tentang Seladang, Harimau Malaya dan Beruang Matahari.
Jom kita kenali Raja Rimba Harimau Malaya.
Fascinating facts about our Harimau Malaya.
Nature Guide counter.
Information on the services for the Kuala Gandah Nature Guide.
More posters and information about Malaysia's endangered animals. Jom kita masuk ke bahagian ruang legar bangunan Pendaftaran ini.
Di foyer ini ada replika saiz-saiz Mamot, Gajah Asia dan Gajah Pygmy.
Perbandingan saiz gajah-gajah dan saya. Comel je saiz Gajah Pygmy tu.
Di ruang legar ini adalah juga merupakan Pusat Interpretif. Ada sangat banyak maklumat-maklumat menarik tentang gajah. Jom kita baca.
Ini Bilik Tayangan Video. Kami tak masuk sebab tiada tayangan pada masa itu.
Turut dipamerkan di Pusat Interpretif ini tulang-tulang gajah.
Beberapa lagi info tentang gajah yang sangat menarik!
Di Pusat Interpretif ini juga ada beberapa arca-arca keluarga-keluarga gajah yang cukup menarik sekali!
Ok, jom kita keluar dari Pusat Interpretif ini dan menuju ke Dataran Pelawat dan Kawasan Aktiviti Gajah. Dari situ seterusnya kami akan berjalan ke arah pentas di mana diadakan Informative Show.
Menyeberang Sungai Teris dengan Jambatan Chengal.
Sungai Teris.
Dataran Pelawat.
Di Dataran Pelawat ini ada Kiosk Maklumat Aktiviti dan juga Kafe Che Mek.
Kafe Che Mek di Dataran Pelawat.
Ada macam-macam makanan dan minuman dijual di kafe ini.
Semua sudah siap prepack, senang nak makan.
Masa itu pun sudah waktu makan tengahari, jadi kami belilah sekadarnya. Elephant Show starts at 2:15 pm, jadi masih ada masa untuk kami makan dulu.
Juga ada Monumen Kepala Gajah di Dataran Pelawat ini.
Selesai lunch, kami ke Kiosk Maklumat Aktiviti ini.
Wah! Got more fascinating information! Saya memang sukalah sangat 😃.
Satu lagi peta pusat konservasi ini.
Ok, jom kita ke pentas pertunjukkan.
Ada bermacam-macam kemudahan dan aktiviti-aktiviti untuk pelawat yang disediakan oleh pihak pusat konservasi.
Ada beberapa wakaf turut disediakan untuk keselesaan pelawat.
Surau juga ada disediakan.
Sungai Teris. Tiada pertunjukkan gajah mandi pada hari kami di sini kerana faktor cuaca dan aras air sungai yang kurang.
Kedai souvenir.
Kuala Gandah Jumbo Cafe.
Jalan ke Pentas Gandah melalui Taman Herba. Jom kita masuk.
Arah ke Pentas Gandah adalah straight ahead, tapi kami detour sikit lalu dalam Taman Herba.
Taman Herba Kuala Gandah.
Sungai Teris.
Ok, kami pun sampai ke Pentas Gandah. Exited kami nak tengok Elephant Show, or as they call it the 'Informative Show'.
To be continued with Part 02...
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment