Tuesday, May 9, 2023

TEMERLOH - BERA & LANCHANG - TASEK BERA

Assalamualaikum. 
Semalamnya kami sempat ke Amani Vanilla Temerloh, hari ini kami nak ke Tasek Bera pula. Kita sarapan dulu.

Sarapan di Restoran Sina, Raja Sup. Just about 30 meters from our hotel. 

Our breakfast. 



Buffet breakfast yang sedap. 

Lepas sudah makan di beberapa restoran di Temerloh dan Bera, kami berdua sepakat kata memang makanan di sini sedap-sedap belaka. Bukan sahaja gulai ikan patin tempoyaknya saja yang sedap, makanan lain pun sedap, even our dinner at a mamak restoran malam semalam pun sedap.

Siakap stim limau memang favourite kami.

Belut pun ada.

Lepas sarapan kami pun bertolak ke Tasek Bera. Kami ingatkan Tasek Bera itu dekat dengan bandar Bera ini tapi rupanya jauh, around 40 km atau 40 hingga 50 minit drive. 

Suasana bandar Bera.

Menuju ke Tasek Bera.

Masjid Daerah Bera (Darul Fikri).



Lalu kawasan ladang kelapa sawit yang luas untuk ke Tasek Bera.


Sunyi betul masa lalu di sini. There were hardly any other vehicles on the road.




Kami pun sampai. Selamat datang ke Tapak Ramsar Tasek Bera.

Ada maklumat tentang tasik ini.


Tasek Bera
🔶Terletak di barat daya Pahang, Tasek Bera adalah sebuah sistem tasik air tawar sepanjang 35 km dan selebar 20 km yang mengalir ke Sungai Pahang melalui Sungai Bera. 
🔶la merupakan tasik air tawar terbesar di Malaysia yang juga unik dan terpencil. 
🔶Dikelilingi hutan dipterokarp tanah rendah yang kering, persekitaran tasik ini mencapai kawasan-kawasan hutan paya gambut. 
🔶Ekosistem Tasek Bera kaya dengan pelbagai jenis hidupan liar dan tumbuhan dan juga menjadi tempat tinggal orang Asli suku Semelai di sekitar kawasan tanah lembap.
🔶Tasik ini menjadi fokus kajian saintifik dan dilindungi di bawah undang-undang kerajaan Malaysia dan antarabangsa. 
🔶Kerajaan negeri sedang menguatkuasakan sebuah program 3 tahun dengan bantuan kewangan kerajaan Denmark dan bantuan teknikal dari Wetlands International Asia Pacific.
🔶Waktu terbaik untuk melawat Tasek Bera bergantung kepada musim hujan dan kering yang berlaku di sini. 
🔶Adalah dinasihatkan supaya pengunjung datang selepas musim hujan kerana tasik ini akan menjadi lubuk pemancing yang baik selepas hujan lebat. 
🔶Musim kering berlaku antara bulan Februari hingga April dan Jun hingga Ogos. 
🔶Tasik Ini dizahirkan oleh pemandangan air yang didominasi daun-daun pandanus yang mengelilingi terusan-terusan sempit yang menghala ke tasik. 
🔶Pelbagai spesies paku pakis, anggerik dan tumbuhan menumpang dapat dilihat di batang dan dahan pokok, sementara batang-batang rotan berduri berlingkar di lantai hutan. 
🔶Berdozen periuk kera berwarna hijau dan merah tumbuh di rumpunan 'reed' dan hutan tebal di tengah tasik.
🔶Tasik ini dan kawasan sekitarnya menjadi tempat pelindungan lebih daripada 200 spesies burung, 50 mamalia dan 90 spesies ikan. 
🔶Kawasan hutan tanah rendah yang kaya dari segi biologi, dengan kepelbagaian, menjanjikan peluang yang banyak untuk aktiviti 'jungle trekking' dan pemerhatian alam semulajadi.

Pejabat Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera.
🔶Tapak Ramsar adalah Tanah Lembap (Wetlands) yang mempunyai kepentingan antarabangsa, terutamanya sebagai Habitat Unggas Air. Ia adalah suatu perjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani oleh 23 buah negara di bandar Ramsar, Iran pada 2 Februari 1971 sebagai rangka kerja memulihara tanah lembap dan potensi alam semula jadinya.    
🔶Malaysia mempunyai 7 buah Tapak Ramsar yang diwartakan. Tapak tersebut adalah Tasik Bera (Pahang); Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai (Johor); Kuching Wetland National Park (Sarawak); Lower Kinabatangan-Segama Wetlands dan Kota Kinabalu Wetlands (Sabah).


Peta Tasek Bera.




Sebelum drive masuk ke dalam, daftar diri dulu di pondok pengawal ini. Masuk adalah percuma.

Ok, jom kita masuk. 

Dari entrance ini hendak ke tepi tasik jaraknya 2 km. 


Laluan yang sungguh sunyi sepi sekali.

Malam semalamnya hujan sangat lebat, like ribut. Jadi di laluan ini ada banyak ranting dan dahan pokok yang jatuh ke atas jalanraya. 

Perlahan saja kami drive sebab kena berhati-hati dengan halangan yang ada di jalan. 

Sudah pun sampai.

Dari papan-papan arah/maklumat ini, nampaknya di sini ada disediakan beberapa kemudahan. But the reality was, masa kami tiba di sini it was deserted, we did not see a single soul and it was quite eerie actually. 

Semua facilities tutup. 


Ada tempat parking kereta yang luas.

Pintu masuk yang kami lalui tadi.

Ada papan info/iklan yang sudah lusuh sangat rupanya. 

Rupanya ada 'Tasik Bera Resort' di sini. 

Surau ada disediakan tapi keadaannya kelihatan terbiar dengan pintunya terbuka. Masuk pulak nanti haiwan liar ke dalam tu.

Ada info tentang Tasik Bera.


Baik, jom kita ke jeti untuk lihat keindahan Tasik Bera. Ada disediakan laluan konkrit yang elok dan kukuh, cuma nampak terbiar dengan pondok rumbia yang sudah runtuh di sebelahnya. 

Up ahead is the jetty. Yang sebelah kiri tu rasanya Tasik Bera Resort. 


Ini Jeti Pelancongan Tasik Bera.



Suasana di jeti.


Ok, jom kita jalan di sepanjang jeti ini dan nikmati keindahan tasik ini.



Sekali sekala kelihatan pemancing.









Seperti lain-lain kawasan tanah paya di dunia, sistem saliran Tasik Bera berperanan mengawal banjir dengan mengawal dan menapis aliran air dan seterusnya menyumbang ke arah kesinambungan sumber semula jadi kepada penduduk setempat. Ia juga berperanan sebagai 'tangki karbon' di mana komposisi tanah gambutnya berupaya menyimpan karbon dalam kuantiti yang banyak.

Menyedari hakikat bahawa Tasik Bera mempunyai kepelbagaian biologi, kawasan tanah paya ini telah diwartakan di dalam Ramsar Convention pada bulan November 1994 sebagai tanah lembap berkepentingan antarabangsa yang perlu dipulihara dan dikekalkan.


Ada trails yang boleh dilalui oleh pelawat yang menggemari jungle trekking.




























Ok, jom kita beredar. 

Hopefully, tempat yang menarik ini akan kembali meriah dengan pelawat kerana memang Tasik Bera ini cukup indah sekali. Kemudahan asas sudah ada, cuma perlukan penjagaan yang baik. Kami ke sini actually pada Ogos 2022, jadi ketika itu masih Covid, mungkin sebab itu tempat ini nampak terbiar. 








Leaving the lake and back to Bandar Bera.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment