Assalamualaikum.
Alhamdulillah kami pun selamat tiba di Tarifa, Spain selepas hampir sejam perjalanan dengan feri dari pelabuhan Tanger Ville, Tangier, Morocco.
Urusan di imigresen Spain berlaku dengan cepat dan lancar. Setelah itu kami dibawa keluar bangunan terminal feri ini untuk menunggu bas dan local tour guide kami di Sepanyol ini.
Dalam foto ialah Castillo de Guzman el Bueno.
🔴Kubu Moor yang mengagumkan dan dibina kukuh ini, yang memainkan peranan penting dalam sejarah awal Sepanyol, telah dibaikpulih.
🔴Berada pada titik paling selatan semenanjung Iberia, Tarifa merupakan pintu masuk strategik penting ke Sepanyol dan seluruh Eropah untuk bakal penceroboh, jadi mempunyai struktur pertahanan yang baik seperti kubu ini adalah penting.
Apartamento El Puerto - Holiday apartment.
Inilah local tour guide kami selama di Sepanyol dan Portugal. Nama dia Puan Zarina, seorang wanita Melayu dari Malaysia yang telah berkahwin dengan seorang lelaki Morocco dan telah menetap lebih 10 tahun di Sepanyol.
Selepas berkenalan dan mendengar taklimat ringkas dari Puan Zarina dan tour leader Malaysai kami, En, Hatta, kami pun terus ke bas untuk ke kota Granada untuk melawat Alhambra yang terkenal itu.
Mural ikan paus dan lighthouse di Tarifa Island Interpretation Center.
🔴Di Tarifa ini ada Whale/Dolphin Watching tour untuk pelancong.
🔴Air laut Mediterranean kaya dengan nutrien dan bersama dengan cahaya matahari membantu pembentukan plankton tumbuhan (phytoplankton) - prasyarat untuk bekalan makanan yang banyak.
🔴Ikan paus dan ikan lumba-lumba juga mendapat manfaat daripada kejadian ini.
🔴Telah didokumentasi terdapat tujuh spesies ikan paus dan ikan lumba-lumba di Selat Gibraltar.
Dataran panjang dengan corak jubin lantai yang menarik. Di sini ada Oficina Municipal de Turismo de Tarifa - Municipal Tourist Office of Tarifa dan patung memorial Guzmán El Bueno.
Ia adalah mengenai Route of the Almoravids and Almohads
🔺Ruta de los Almorávides y Almohades - Route of the Almoravids and Almohads
🔺El legado andalust - The Andalusian legacy
🔺Itinerario Cultural del Consejo de Europa - Cultural Itinerary of the Council of Europe
🔴Laluan ini bermula di bandar Tarifa, dan mengembara di sepanjangnya adalah cara terbaik untuk menemui warisan yang ditinggalkan oleh Almoravids dan Almohads, dua dinasti asal Afrika yang meninggalkan jejak mereka dalam sejumlah besar tinggalan seni bina Al-Andalus.
🔴Laluan ini sepanjang 400 kilometer dan terbahagi kepada dua cabang di sepanjang wilayah Málaga dan Cádiz. Ia terdiri daripada perkampungan pantai, luar bandar dan pergunungan. Selepas melalui tempat-tempat menarik seperti Cádiz atau Jerez de la Frontera, kedua-dua cabang itu bertemu di bandar Ronda (Málaga).
🔴Bahagian terakhir laluan ini merentasi wilayah Axarquía di Malaga, dan sejauh Granada, menurut laluan yang diterangkan dalam buku perjalanan Rihla, oleh Ibn Battuta, seorang pengembara yang dilahirkan di Tangiers yang mencerminkan masyarakat abad ke-14 dalam tulisannya. Kesan-kesan peninggalan bersejarah Muslim yang boleh kita kagumi di sepanjang laluan ini pada asasnya adalah defensif, seperti istana Velez-Málaga.
Satu lagi street mural.
Membelok masuk ke (jalan) Avenida Andalucía.
Ini (Jalan) Calle Batalla del Salado - Battle of Salado Street. Ada patung di simpang ini, iaitu Dama Romana (Roman Lady) statue yang sudah tiada kepalanya.
🔺Reproduction of the sculpture of a dressed Roman lady whose original is from the 4th century BC and is in Baelo Claudia (Bologna, Tarifa).
🔺Battle Río Salado, juga dikenali sebagai Battle of Tarifa (30 Oktober 1340) ialah pertempuran tentera King Afonso IV dari Portugal dan King Alfonso XI dari Castile menentang Sultan Abu al-Hasan 'Ali dari dinasti Marinid dan Yusuf I dari Granada.
Dari Avenida Andalucía, kami masuk ke (jalan) Calle Coronel Francisco Valdés.
Ini Villanueva Tarifa - a 2 star hotel, dibina pada 1888.Terdapat lebih 22 ribu wind turbines dipasang di lebih seribu wind farms di Sepanyol.
Di atas bukit ini bersama dengan wind turbines ini ada sebuah Balai Cerap - Observatorio ornitologico el cabrito - El Cabrito Ornithological Observatory. Juga ada Dek pemerhatian "Watchout to Africa (Tarifa)" untuk melihat benua Africa dari Sepanyol.
Ornithological: relating to the study of birds
Dari Ctra Nacional N-340 (N-340 National Road) ini kita boleh nampak Selat Gibraltar.
🔴N-340 National Road ialah jalan nasional Sepanyol yang menghubungkan Puerto Real, Andalusia, ke Barcelona, selari dengan pantai Mediterranean.
🔴Dengan panjang 1,248 km, ia adalah jalan nasional terpanjang di Sepanyol dan merentasi sepuluh wilayah.
Memasuki wilayah Algeciras. Algeciras merupakan sebuah bandar dan perbandaran di Sepanyol di wilayah Cádiz, Andalusia. Terletak di hujung selatan Semenanjung Iberia, berhampiran Selat Gibraltar, ia adalah bandar terbesar di Teluk Gibraltar.
Di Algeciras ini kami berhenti untuk makan tengahari di Restaurante Encuentro familiar, a Moroccan restaurant.
Statue of Paco de Lucia, the Spanish virtuoso flamenco guitarist and composer.
Perjalanan dari Algeciras ke Granada ambil masa lebih 3 jam sejauh 258 km.
Lalu terowong di AP-7 (motorway in Spain).
The Autopista AP-7 (also called Autopista del Mediterráneo) (Catalan: Autopista de la Mediterrània) is a Spanish autopista (controlled-access highway). It runs along the Mediterranean coast of Spain.
Kelihatan dari lebuh raya ini gunung La Concha (The Shell).
🔴La Concha ialah sebuah gunung yang terletak di wilayah Málaga, di selatan Sepanyol. Ia adalah sebahagian daripada banjaran Sierra Blanca, di sepanjang pantai Mediterranean. Gunung ini adalah kira-kira 1,215 meter di atas paras laut.
🔴La Concha adalah salah satu destinasi mendaki paling popular di Sepanyol.
🔴La Concha adalah sebab mengapa Marbella mempunyai iklim mikronya sendiri, dengan gunung dan laut, memberikan begitu banyak hari cerah setahun. Itulah sebabnya La Concha dikenali secara tempatan sebagai "queen and protector of Marbella".
Peaje San Pedro de Alcántara - Marbella (AP-7) - Toll San Pedro de Alcántara - Marbella (AP-7).
Keindahan Marbella, Málaga dan Laut Alborán
The Alborán Sea, the westernmost part of the Mediterranean Sea, opens to the Atlantic Ocean through the Strait of Gibraltar.
Marbella ialah sebuah bandar dan kawasan peranginan di selatan Sepanyol Costa del Sol, sebahagian daripada wilayah Andalusia. Pergunungan Sierra Blanca adalah latar belakang pantai Mediterranean berpasir, vila, hotel dan padang golf sepanjang 27 km. Barat bandar Marbella, Golden Mile kelab malam berprestij dan estet pantai menghala ke marina Puerto Banús, dipenuhi dengan kapal layar mewah, dan dikelilingi oleh butik dan bar mewah.
A sport complex. Campo De Fútbol Ramón Rico - Ramón Rico Soccer Field.
Polideportivo Municipal Ramón Rico Benalmádena Pueblo - Área de Deporte Ayuntamiento de Benalmádena - Ramón Rico Municipal Sports Center Benalmádena Pueblo - Sports Area Benalmádena City Council.
Kelihatan seperti ada seekor lembu gergasi di atas bukit sana. Itu adalah El Toro Osborne atau The Osborne Bull.
The Osborne bull (Spanish: El Toro de Osborne) is a black silhouetted image of a bull in semi-profile. Erected as either 14-meter-tall (46 ft) or seven-meter-tall (23 ft) billboards, as of July 2022 there are 92 of them installed on hilltops and along roadways throughout much of Spain. The bull was originally conceived as an outdoor advertisement for the Brandy de Jerez made by the Osborne Group [es] in 1956. With the passage of time, the Osborne bull has become a national symbol of Spain.
Ok, jom kita saksikan keindahan muka bumi negara Sepanyol dalam perjalanan kami dari Tarifa ke Granada ini.
Short stop for rest and toilet break. Zarina, local tour guide kami kata pemandu bas mesti berhenti rehat selama 15 minit selepas setiap pemanduan selama 2 jam. Kalau terpaksa pandu sampai 3 jam, mesti rehat selama 40 minit. Pemandu mesti pastikan tidak memandu lebih dari 3 jam.