Assalamualaikum.
Ok, saya sambung dengan cerita bahagian ke 2 perjalanan kami dari Ohrid, North Macedonia menuju ke Thessanoliki, Greece. Ketika ini kami sudah pun memasuki negara Greece, negara ke 7 dalam percutian 8 negara Balkan kami selepas Croatia, Bosnia & Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo dan North Macedonia.
Ok, saya sambung dengan cerita bahagian ke 2 perjalanan kami dari Ohrid, North Macedonia menuju ke Thessanoliki, Greece. Ketika ini kami sudah pun memasuki negara Greece, negara ke 7 dalam percutian 8 negara Balkan kami selepas Croatia, Bosnia & Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo dan North Macedonia.
Panel solar bifacial/dua muka (double-sided), mengumpul cahaya pada kedua-dua belah permukaan panel. Ia mampu menghasilkan satu pertiga lebih banyak tenaga daripada panel solar monofacial. Panel ini memerlukan rak khas untuk mendapatkan pendedahan maksimum kepada matahari. Bahagian sisi panel yang tidak ditujukan ke arah matahari - lembaran belakangnya - boleh menggunakan cahaya yang dipantulkan dari tanah atau bahan lain, atau permukaan yang cerah seperti pasir.
Masa lalu di kawasan ini, kami nampak 2 power plants yang besar. This one is power plant Ptolemaida 5, sebuah loji arang batu yang terakhir di bina di Greece. Loji ini akan beroperasi untuk tempoh masa yang singkat sahaja, kerana ia akan ditukar kepada gas pada tahun 2025 memandangkan Power Plant Controller (PPC) utiliti milik kerajaan Greece sedang membuat transformasi pesat daripada arang batu kepada tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian daripada komitmen negara Greece untuk menamatkan penggunaan arang batu mulai tahun 2025. Semua loji arang batu lain di Greece kini dijadualkan ditutup pada 2023. Power plants dibina di sini kerana berdekatan ada lombong arang batu jenis lignite. Contohnya ada satu lignite mine betul-betul di sebelah power plant ini (foto bawah).
Walaupun loji kuasa pembakaran lignit dan lombong lignit telah beroperasi selama lebih 60 tahun di Greece, tiada sebarang kajian epidemiologi dibuat ke atas kesan pencemaran udara terhadap status kesihatan penduduk di kawasan perlombongan lingite.
🔶Menurut kajian yang dijalankan oleh Hospital Universiti AHEPA, Thessaloniki, di tiga kampung di Prefektur Kozani, kematian akibat kejadian tromboemboli dalam tempoh 1992-2007 meningkat daripada 43% kepada 55%.
🔶Kajian yang dijalankan oleh Hospital Bodosakio, Ptolemaida, mendapati bahawa penduduk Ptolemaida adalah tiga kali lebih berkemungkinan menghidap alahan rinitis berbanding penduduk Greece di tempat lain.
🔶Cawangan Greek Greenpeace menjalankan analisis data dan metodologi yang digunakan oleh Agensi Alam Sekitar Eropah dan menganggarkan bahawa pencemaran udara ambien akibat operasi loji pembakaran lignit di Macedonia Barat telah menyebabkan 461 kematian pramatang pada tahun 2009.
Sumber: gr.boell.org
Beautiful Greece mountainous landscape.
Laluan lebuh raya Egnatia Odos ini merentasi kawasan pergunungan Greece Epirus dan Macedonia. Bahagian lebuh raya yang sedang kami lalui ini melintasi banjaran dua gunung iaitu gunung Pierian di selatan dan gunung Vermio di utara.
Lebuh raya Egnatia Odos, yang merupakan bahagian European Route E90 dalam negara Greece, dibina merentasi kawasan-kawasan pergunungan. Oleh itu banyak jambatan-jambatan yang perlu dibina. In fact, lebuh raya ini mempunyai 1,650 jambatan!
Selain jambatan-jambatan, tentulah terowong-terowong turut perlu dibina menembusi beberapa kawasan pergunungan. Ada 76 terowong semuanya!
The next tunnel. Belum pun keluar dari terowong ini sudah nampak terowong yang seterusnya. Begitulah dekat-dekat jarak antara terowong di kawasan pergunungan ini.
Check waktu solat di Thessaloniki.
Terowong lagi.
Dari highway ini kelihatan Haliacmon Dam, an artificial Lake at Saint Barbara of Veria.
Destinasi kami adalah ke Thessaloniki, but had to veer off to Veria sebab ada seorang group member kami yang emergency nak ke toilet.
Di dalam kawasan Veria dengan suhu 17℃ waktu tengahari.
Ini sebahagian pemandangan dari atas laluan European Route E90 - Egnatia Odos berterowong menembusi beberapa gunung.
Melalui beberapa terowong, one after another.
Kelihatan banyak miniature chapel Ortodox begini di tepi-tepi jalan di bandar, kawasan perkampungan dan juga di jalan masuk ke ladang-ladang. Ia dikenali sebagai 'kandylakia' dan biasanya ia dibuat dari kayu, batu, logam atau konkrit. Diletakkan di tepi jalan untuk:
🔸mengingati mangsa-mangsa kemalangan jalan raya dengan meletakkan miniature chapel di lokasi kejadian kemalangan.
🔸Ia juga dibina oleh mangsa-mangsa yang terselamat dalam kemalangan dan ini cara mereka mengucapkan terima kasih kepada saints di lokasi trajedi kemalangan.
🔸satu cara untuk menunjukkan bahawa terdapat sebuah biara atau gereja berdekatan terutamanya di kawasan kurang penduduk di mana gereja itu mungkin tidak kelihatan sama sekali dari jalan-jalan utama.
Placements of roadside miniature chapels are an important part of the Greek culture. Kandylakia are emblems of an old tradition which is very much preserved until this day in Greece. |
A flower nursery.
Dalam multipleks moden Olympus Plaza ini ada restoran-restoran Everest dan Olive & Oil, yang dibuka sepanjang masa dan juga Value Market.
Combine harvester machine in the middle of farm land |
Kemudiannya kami melalui ladang-ladang kapas yang luas. Pengeluaran kapas 2021/22 Greece adalah dianggarkan sebanyak 1.35 juta bales (480 lb. bale), turun 3.6% daripada musim sebelumnya disebabkan pengurangan kawasan yang ditanam. Greece adalah antara pengeksport utama kapas, paling banyak ke Turki dengan 50.1% daripada jumlah keseluruhan eksport.
Thessaloniki, juga dikenali sebagai Thessalonica, Saloniki atau Salonica, ialah bandar kedua terbesar di Greece, dengan lebih satu juta penduduk di kawasan metropolitannya. Ia adalah ibu kota geographic region of Macedonia, the administrative region of Central Macedonia and the Decentralized Administration of Macedonia and Thrace.
Thessaloniki is also known in Greek as 'i Symprotévousa', literally "the co-capital", a reference to its historical status as the 'Symvasilévousa' or "co-reigning" city of the Byzantine Empire alongside Constantinople.
Thessaloniki terletak di Teluk Thermaic, di sudut barat laut Laut Aegean. Ia bersempadan di barat oleh delta Axios. Pusat sejarah Perbandaran Thessaloniki mempunyai populasi seramai lebih 300 ribu orang pada tahun 2021, manakala kawasan metropolitannya mempunyai sebih sejuta penduduk pada tahun 2021.
Bandar ini diasaskan pada 315 SM oleh Cassander dari Macedon, yang menamakannya sempena isterinya Thessalonike, anak perempuan Philip II dari Macedon dan saudara perempuan Alexander the Great. Sebuah metropolis penting pada zaman Rom, Thessaloniki adalah bandar kedua terbesar dan terkaya di Empayar Byzantine. Ia telah ditakluki oleh Uthmaniyyah pada tahun 1430 dan kekal sebagai pelabuhan penting dan metropolis pelbagai etnik selama hampir lima abad pemerintahan Turki.
Urbanact organized and implemeted a mural programme as a part of the "Urbanartventures vol1" in Thessaloiniki. - urbanact.gr
More murals.
This is Villa Petridis (mansion on Anagenesis Street) one of the historical landmarks in Thesseloniki. A 1900-1910 building, which was restored in 2014 by the City of Thessaloniki.
Right: Courthouse of Thessaloniki
Kesesakan lalu lintas.
Then we came upon the Vardaris Tower and Walls which is part of the Vardaris Fortress. Antara tahun 1873 dan 1911 pemerintah Turki merobohkan kedua-dua tembok laut untuk membolehkan bayu laut menyejukkan bandar, dan bahagian dinding tanah barat dan timur supaya bandar itu dapat berkembang melepasi had berkubu asalnya.
Mural bertajuk “When nature takes over” ini dilukis pada 2015. Mural diilhamkan oleh kekurangan ruang hijau (taman) di pusat bandar Thessaloniki.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.