Friday, September 6, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - KASBAH OUDAYA

Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi cerita percutian Morocco-Spain-Portugal kami. 

Selesai makan tengahari, lawatan kami seterusnya di bandar Rabat ini adalah ke Kasbah Oudaya. 

Dinding kota dalam foto di bawah adalah 'The walls of Rabat'. Ini adalah tembok purba yang dibina mengelilingi bandar lama Rabat. Bahagian tertua dinding ini dibina pada abad ke-12, dengan bahagian-bahagian yang berbeza telah ditambah pada abad-abad selepasnya. Tembok lama ini membentuk sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia Rabat.

Pemandangan sungai Bou Regreg dari Corniche Bouregreg. Di sebelah sini adalah Rabat dan di seberang sana adalah Salé. 

Salé.



Le Dhow - restaurant, lounge, club.



Sudah kelihatan kota lama Kasbah Oudaya.

Bukan Kasbah Oudaya sahaja tinggalan sejarah yang dikekalkan, tetapi juga tembok-tembok atau dinding-dinding lain di sekitar bandar Rabat ini juga turut dikekalkan.

Ini adalah salah satu contoh tembok pertahanan lama yang masih utuh setelah dipulihara di jalan Rte des Oudayas.

Rabat adalah sebuah bandar sejarah yang cantik dan bersih.

Lokasi Rabat di tepi Lautan Atlantik menghidangkan pemandangan-pemandangan yang cukup indah sekali.

Pengunjung dapat menyaksikan keindahan sebuah kota lama yang sudah berusia lebih 900 tahun yang terletak di tebing tinggi tepi laut. Itulah Kasbah Oudayas.
🔴Kasbah Oudayas di Rabat ialah tapak bersejarah yang bermula sejak abad ke-12. Pada mulanya dibina sebagai kubu pertahanan untuk melindungi bandar daripada kapal lanun dan tentera penceroboh, Kasbah itu kemudiannya diperkuat dan diperluaskan oleh Sultan Yacoub al Mansour.

Kubu pertahanan yang dibina untuk mencegah serangan-serangan musuh yang datang dari sungai Bouregreg (di sebelah kanan foto di bawah).


Ini Mosquée El bacha / El Bacha Mosque yang merupakan sebahagian dari kota lama Kasbah Oudaya.

Ketika ini kami berada di jalan Rte des Oudayas. As traveller/tourist, I sometimes takes the time to appreciate, in this instance, what the Moroccan Government had done to preserve its heritage buildings and forts/castle, definitely for tourism purposes, but also for people around the world to enjoy its heritage and learn about its history not just as a city (Rabat) but also the history of the country. 


Kelihatan ada satu pintu masuk gerbang kecil di dinding ini. Di sebalik dinding ini ada sebuah taman yang indah dipanggil Andalusian Garden. Di bahagian itu juga ada National Museum of Jewelry and Adornment.

Kami akan masuk ke dalam kota lama bersejarah ini melalui gerbang Bab Oudayas di hujung sana.

Ini adalah bekas kota lama Qasr Bani Targha.

Keindahan pemandangan Laut Atlantik dari Avenue Al Marsa.

Benteng pemecah ombak yang dibina untuk mengelak kesan hakisan laut berterusan pada Rabat Beach.

Ini Cimitero Al Shouhada / Tanah Perkuburan Al Shuhada. 

🔴Perkuburan Syuhada ialah sebuah tanah perkuburan orang Islam di bandar Rabat, Maghribi, seluas 15 hektar menghadap Lautan Atlantik. 
🔴Ia adalah tanah perkuburan Islam terbesar di bandar ini. 

🔴Di antara 3,500 tanah perkuburan di Maghribi, "Tanah Perkuburan Syahid" ini mempunyai ciri yang sangat istimewa. Perkuburan Syuhada adalah untuk golongan elit, termasuk ahli politik, ahli perniagaan, jeneral, artis dan intelektual. 
🔴Ia juga dikenali sebagai tanah perkuburan "VIP", dan yang lain memanggilnya sebagai tanah perkuburan "lima bintang", memandangkan kos pengebumian dan mencari tempat untuk mengebumikan orang mati di sini adalah berbeza sama sekali daripada tanah perkuburan lain di Maghribi.

Kami pun diturunkan di sini, berdekatan dengan entrance masuk ke dalam kota. Langit nampak mendung. Kemungkinan akan hujan.

Mohammed VI Tower di Salé, bangunan tertinggi di Morocco.

Rte des Oudayas - Route of the Oudayas.

Bangunan-bangunan putih di Rabat. Nampak cantik dan 'suci'. Nampak bertambah cantik dan dramatik dengan langit mendung ketika itu.

Zoom-in lagi ketat boleh nampak menara Rabat Grand Mosque.


Tanah Perkuburan Al Shuhada.

Mohsein memberi penerangan mengenai Kasbah Oudaya dahulu sebelum masuk ke dalam kota.

🔴Kasbah of the Udayas (Kasbah Oudaias atau Oudayas), adalah sebuah kasbah (kubu pertahanan) di Rabat, Maghribi. Ia terletak di atas bukit di muara Bou Regreg bertentangan dengan Salé, dan bersebelahan dengan Medina quarter di Rabat. Ia disenaraikan, bersama-sama dengan tapak lain di Rabat, sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
🔴Ia dibina di hujung tebing berbatu setinggi 30 meter di muara sungai Bouregreg di Lautan Atlantik. Lokasi strategik ini mungkin sepadan dengan tapak tentera Rom atau Phoenicia kuno.

🔴Dinding kubu Kasbah Oudayas dibina pada abad 12 oleh dinasti Almohad dalam gaya seni bina Maghribi. 
🔴Dinding/tembok kubu ini dibina menggunakan konkrit oker dan tanah merah dan mencapai ketinggian 17 meter dengan ketebalan yang berbeza dari 1 hingga 3 meter yang diselingi oleh menara-menara tinggi. 

🔴Pada asalnya, dinding Kasbah Oudayas dilengkapi dengan laluan-laluan berbumbung yang berdinding. 
🔴Kerja-kerja pembinaan itu dimulakan pada tahun 1197 di bawah pemerintahan Sultan Yaacoub El Mansour.

🔴Kubu itu telah dipanjangkan dan lubang-lubang pada dinding-dinding kubu juga dibuat untuk menempatkan 68 meriam oleh orang Andalusia.
🔴Menara-menara pertahanan yang dipanggil ‘Menara Lanun’ juga dibina dengan meriamnya diarahkan menghala ke arah sungai Bouregreg dan bandar Salé (sebelum ini Salé-the-Old).

Kalau tak larat nak berjalan kaki di dalam kota ini, bolehlah sewa tricycle ini.

🔴Ini pintu gerbang masuk ke kota lama ini. Namanya Bab Oudaya (Bab Oudaia / Bab Udaya / Gate of the Udayas), juga dikenali sebagai Bab Lakbir atau Bab al-Kabir atau Bab El Kebir yang bermaksud 'Great Gate'.
🔴Dibina pada 1195, lokasinya, di mana ia menghadap pusat bandar dan berada di luar istana asal, menjadikan cara masuk melalui pintu gerbang ini lebih kepada gaya ‘istiadat’ daripada ‘pertahanan’. 

🔴Pintu masuk ini dibina daripada batu-batu berhias dan dihiasi dengan rangkaian gerbang berukir yang menjadikannya salah satu permata seni Almohad.
🔴Pintu Bab El Kebir dibina pada 1150 oleh Sultan Abdelmoumen yang ketika itu merupakan jalan masuk ke Dataran Souk El Ghzal (pasar bulu biri-biri). 
🔴Dataran itu kini adalah merupakan sebuah dataran awam di pintu masuk Kasbah Oudayas. 
🔴Untuk tempoh yang lama, pintu itu dinamakan ‘Pintu Penjara’ ketika Kasbah Oudayas menempatkan sebuah penjara.

🔴Pintu ini mempunyai gerbang berbentuk ladam kuda yang dihiasi dengan motif bunga dan Islamik. 
🔴Tulisan-tulisan Kufic turut diukir padanya dan memberikan pintu ini gaya seni bina yang unik. 

🔴Pintunya diperbuat daripada kayu pain yang diperkuat dengan paku besi. Panjang pintu kira-kira 38 meter, lebarnya 16 meter dan tingginya 13 meter.
🔴Pintu Bab El Kebir kini membawa masuk pengunjung ke dewan pameran, galeri serta muzium. 4 pintu gerbang lain yang tidak kurang hebatnya memberikan akses ke bahagian bawah Kasbah dan taman-taman.

Ok, jom kita masuk ke dalam kota bersejarah berstatus 'Unesco World Heritage Site' ini.
🔴Kota-kota pertahanan zaman dulu selalu dibina dindingnya dengan begitu tebal. 
🔴Kasbah ini mempunyai ketebalan dinding antara 1 hingga 3 meter. 
🔴Dibina tebal tentunya atas sebab pertahanan dari serangan musuh yang menggunakan catapults serta juga boleh menahan kekuatan bola meriam yang ditembak dan untuk menyokong meriam pertahanan mereka sendiri.

Masa kami masuk kelihatan 2 orang polis awam dan 2 orang polis tentera.


Di dalam kasbah ini ada restoran dan kafe serta pastinya kedai-kedai souvenirs juga. Antara hidangan yang ada di restoran 'Artistes' ini ialah 'sardines balls tagine with tomato sauce' dan 'chicken tagine with preserved lemons'.

🔴Ini satu lagi pintu gerbang yang ada pada gerbang besar Bab Oudaya. Pintu ini tidak dibuka untuk laluan pengunjung. 
🔴Ada sebuah dataran di depan pintu besar ini. Dahulu ia adalah dataran Souk El Ghzal atau Pasar bulu biri-biri, kini merupakan sebuah dataran awam.

🔴Tembok kota yang masih berdiri sehingga hari ini dibina oleh Abu Yusuf Yaqub al-Mansur (Khalifah Almohad dari tahun 1184 hingga 1199) yang berhasrat untuk mendirikan kediamannya di Rabat dan menggunakannya sebagai pangkalan operasi dan penyimpanan untuk senjatanya supaya dia lebih mudah memasuki Sepanyol, di mana dia memerintah.
🔴Dinding kota itu panjangnya hampir 2 kilometer dan diperkukuhkan dengan menara-menara. 
🔴Dinding kubu itu mengepung dan melindungi istana, bandar Rabat, dan kawasan tanah yang luas, di mana putera itu membina istana yang megah, dan membentangkan taman-taman yang indah, diairi oleh sungai yang berlimpah yang puncanya dari mata air yang berdekatan. 
🔴Tembok ini, serta istana dan bandar, dibina oleh hamba Sepanyol, yang ditawan dalam kempen pertamanya. 

🔴Maghribi terhutang budi dengan dinasti Almohad, bukan sahaja untuk penaklukan wilayah di Sepanyol, Algeria dan Tunisia, tetapi juga untuk monumen mengagumkan yang mereka bina yang mempengaruhi seni bina Maghribi pada abad-abad berikutnya dan sehingga hari ini, khususnya pintu-pintu gerbang Rabat. 
🔴Reka bentuk yang ditampilkan menunjukkan bahawa Almohad mahu meraikan kehebatan pemerintahan mereka dan tidak mengambil berat tentang kesukaran mereka dalam pertahanan. 
🔴Gerbang ladam adalah ciri reka bentuk yang pertama kali digunakan di Sepanyol oleh Visigoth dan kemudian diterima pakai oleh Moors, terutamanya dalam reka bentuk Masjid Besar Cordoba.

Ukiran dan hiasan pada dinding gerbang yang cukup indah sekali.


Ada fountain di dataran ini.

🔴Dalam kota ini juga kami perhatikan ada banyak kucing. 
🔴Jinak-jinak belaka, agaknya sudah biasa dengan kehadiran pengunjung. 
🔴Wished I had some cat food on me at that time.

🔴Saya juga sempat bertegur sapa dengan remaja-remaja ini. 
🔴Mereka fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, memudahkan kami bersembang. 
🔴Mereka adalah penduduk Rabat yang tinggal di dalam kota berkubu yang bersejarah ini bersama keluarga mereka. 
🔴Dalam perbualan kami, saya yang lebih banyak menjawab soalan mereka 😄. Curious mereka dengan orang Asia/Malaysia agaknya 😄. Atau mungkin mereka jarang dapat peluang berbual dengan orang macam kita. 


Ketika ini kami berada di jalan Rue Jamaa yang ada kedai-kedai antara lain kedai souvenir.


Kemudian kami dibawa Mohsein, our local tour guide, melalui lorong-lorong sempit untuk ke Place Oudaya atau Dataran Oudaya yang merupakan tempat viewpoint pemandangan indah di hujung kota ini yang mengadap Lautan Atlantik.

Bahagian yang kami lalui ini sebenarnya adalah di celah-celah rumah orang. Semuanya berdinding tinggi dan kedudukkan tingkapnya juga tinggi dan tertutup rapat serta bergrill besi. Maka janganlah kita berbuat bising atau terover excited meriah lebih sangat... hehe. Nanti mengganggu residents di sini.  

🔴Kasbah Oudaya adalah salah satu tapak paling unik di Maghribi dan merupakan mercu tanda pertama bandar Rabat.
🔴Nama asal kasbah itu ialah Qasbat al-Awdāya (قصبة الأوداية). Awdāya ialah kata jamak bagi perkataan wadi, yang bermaksud "lembah sungai." Penggunaan al-Widaya (الوداية) dan bukannya al-Awdāya telah menjadi popular di Maghribi.

🔴Dikatakan kalau berada di Rabat, Kasbah ini mesti dilawati. 
🔴Kota bersejarah yang cukup cantik ini terdiri daripada bandar lama dan Medina Rabat. 
🔴Ia penuh dengan bangunan-bangunan berwarna biru dan putih, kedai dan taman. Dikelilingi oleh dinding dan tembok tinggi dan pantai, kasbah ini benar-benar indah.

🔴Terletak di sepanjang Sungai Bouregreg, sejarah kubu lama ini bermula sejak Dinasti Almoravid. Pada mulanya dibina pada abad kesebelas, ia kemudiannya dibina semula oleh Khalifah Almohad pada pertengahan abad kedua belas. 

🔴Kasbah ini kini menjadi hab aktiviti yang sibuk dengan laluan pejalan kaki yang sempit dan skema warna biru dan putih yang menarik.

Bergambar di lorong-lorong seperti ini sudah macam satu kemestian pada saya... hihi 😄.

🔴Kebanyakan tinggalan kasbah ini adalah daripada abad ke-12. Walaupun dimusnahkan beberapa kali, ia telah dibina semula. 
🔴Pada zaman Alawi, kasbah ini menyaksikan beberapa perkembangan seperti pembinaan Istana Amiri dan beberapa military installations yang memainkan peranan penting dalam melindungi kasbah ini. 
🔴Banyak kemudahan-kemudahan lain terutamanya mahkamah dan penjara, memainkan peranan penting sepanjang sejarahnya.

🔴Memasuki kota bersejarah ini melalui kawasan yang lebih tinggi, pengunjung akan melalui gerbang serta dinding kubu yang tebal dan cantik. 
🔴Laluan di dalam kota ini membawa pengunjung ke tempat pandangan yang menakjubkan di sepanjang garis pantai yang menawarkan suasana Mediterranean, dengan pemandangan dermaga yang luar biasa.

🔴Kasbah ini telah menjadi rumah kepada ramai pendatang Andalusia, suku Arab, dan beberapa sultan paling berkuasa di Maghribi. 

🔴Kasbah ini mempunyai kawasan kejiranan kediaman. 
🔴Jalan-jalannya yang sempit dipenuhi dengan rumah bercat putih dan terkenal dengan dinding biru dan putihnya yang berbeza, kebanyakannya dibina oleh pelarian Islam dari Sepanyol.
🔴Di dalam kota lama ini juga ada B&B.

Ini adalah salah satu rumah kediaman penduduk di dalam kota bersejarah ini. Cantik pintunya dengan depan rumah dihiasi dengan tumbuhan berpasu. I am imagining there is a beautiful inner courtyard that is surrounded by house. Alangkah bestnya kalau dapat masuk dengan tengok bagaimana rupa dalaman sebuah rumah di sini.

🔴Emir Almoravid Tachfine Ibn Ali mengarahkan pembinaan Kasbah pada tahun 1140 dengan tujuan untuk mendirikan Ribat, atau kubu kecil, untuk menempatkan persaudaraan askar Muslim-pendakwah yang matlamatnya adalah untuk menyatukan wilayah-wilayah Muslim yang berbeza dan mengalahkan suku Berghouata. 
🔴Di sana, dia membina sebuah istana; Ksar Bani Targa. 
🔴Marrakech berfungsi sebagai lokasi hab kuasa pada masa itu.

🔴Beberapa tahun kemudian, dinasti Almohad mengambil alih Afrika Utara.
🔴Atas perintah Khalifah Abdelmoumen, sebuah kubu yang lebih besar dibina pada tahun 1150 dan diberi nama El Mehdia sempena pemimpin spiritual Almohad El Mehdi Ibn Toumert.
🔴Kubu besar ini dibina untuk berperang melawan saingan Almoravid yang dihalau ke Sepanyol dan untuk perlindungan daripada serangan lanun dan pencerobohan.

🔴Kasbah Oudayas kemudiannya mengambil nama Ribat Al Fath yang bermaksud ‘Kubu Kemenangan’ atau ringkasnya Ribat. 
🔴Dari tahun 1818, nama ‘Ribat’ itu turut digunakan untuk menamakan bandar yang dibina di sekelilingnya iaitu ‘Rabat’ yang sebelum ini dipanggil Salé-the-New.

Since warna jaket kebetulan sama dengan warna pintu yang sangat cantik ini, maka haruslah berfoto kenangan di depannya 😄.

Pintu rumah-rumah di sini cantik-cantik belaka. Hampir semuanya berlainan saiz, warna dan reka bentuk. Itu yang menariknya!

🔴Warna biru khas Maghribi ini dipanggil Majorelle Blue.
🔴Pada tahun 1924, artis Perancis Jacques Majorelle membina karya seni terbesarnya, Taman Majorelle di Marrakech, Maghribi, dan mengecat dinding taman, air pancut dan vila dengan warna biru yang sangat pekat, yang mana dia trademarked sebagai Majorelle Blue.

Bergambar kenangan di pintu biru Majorelle bersama a teeny weeny kitty.

Ada juga rumah yang depannya dihias cantik begini. I love it 😀!

Ada tumbuhan rimbun pelbagai warna dalam pasu-pasu besar yang sangat cantik. Pasu-pasu itu dan dinding rumah ini diceriakan dengan embossed artwork yang sangat kreatif dan menarik.

Di atas pintu rumah ini ada tertera perkataan 'Dar Zarafa', yang indah maksudnya. 
🔴"Dar" literally mean "house" and "home".
🔴"Zarafa" means "charming" or "lovely one" in Arabic.

Sebuah lagi rumah, dengan jemuran karpet.

Di pintu rumah ini Mohsein ajak kami berhenti seketika. Ada kisahnya tentang pintu ini. 

🔴Pada pintu ini ada pengetuk pintu (door knocker) yang berbentuk tangan. 
🔴Kata Mohsein pengetuk pintu itu dipanggil Fatima's hand, sempena nama Fatimah Az-Zahra yang merupakan anak perempuan Baginda Nabi Muhammad SAW. 
🔴Pengetuk pintu ini kata Mohsein sering digunakan sebagai satu jenis hiasan di banyak pintu-pintu hadapan rumah-rumah di Maghribi, terutamanya di rumah-rumah tradisional mereka.

🔴Saya baca pengetuk pintu ini kononnya berasal dari simbol Islam kuno. 
🔴Namun kaitannya dengan Islam adalah kabur dan ianya sekadar cerita turun temurun dan lebih terpaut pada idea oleh mereka yang cenderung romantis.
🔴Juga ada yang mengatakan simbol tangan ini digunakan untuk perlindungan dan digunakan sebagai pertahanan untuk menangkis the Evil eye.
🔴Penggunaan simbolik tangan wanita mungkin bermula sejak Babylonia purba dan mana-mana budaya yang memuja dewi wanita.
🔴Ada pula pendapat yang mengaitkannya dengan kata-kata 'knock on wood' untuk menyatakan keinginan bahawa sesuatu akan atau tidak akan berlaku.

🔴Seperti yang kita tahu, penggunaan azimat begini untuk menangkis kejahatan adalah satu bentuk khurafat, yang melanggar peraturan Islam. Jadi, menggunakan 'tangan' ini sebagai simbol pelindung adalah diharamkan. 
🔴Walau apa pun simbol dan tujuannya, secara peribadi saya mendapati ia agak menyeramkan sebab essentially it is a 'dead hand' or ' cold disembodied hand'. 

🔴Saya baca terdapat dua jenis pengetuk pintu tangan, iaitu pengetuk pintu tangan lelaki dan pengetuk pintu tangan perempuan. 
🔴Kedua-duanya diletak di pintu hadapan rumah dan masing-masing mempunyai bunyinya yang tersendiri. 
🔴Legenda mengatakan bahawa pelawat akan mengetuk pengetuk pintu begini yang sesuai mengikut jantina mereka.
🔴Selalunya dilihat pada pintu hadapan rumah-rumah lama di Maghribi, Tunisia dan Mesir, tradisi Moor ini juga terdapat di Eropah, terutamanya di Sepanyol, Perancis dan Portugal. 
🔴Walaupun kebanyakan pengetuk pintu lama yang dapat dilihat hari ini adalah dari awal abad ke-20 dan mungkin sekadar hiasan dan bukannya praktikal, penggunaan pengetuk pintu unik ini adalah perkara biasa pada abad yang lalu.

Ok, jom sambung jalan lagi. 
🔴Kasbah ini telah menjadi rumah kepada ramai pendatang Andalusia, suku Arab, dan beberapa sultan paling berkuasa di Maghribi.

Ini pula adalah pintu masuk ke Masjid El-Atika. 
🔴Masjid utama di tapak Kasbah di benteng Rabat ini dipanggil Jama' al-'Atiqa, atau 'Old Mosque' atau 'Mosque of Kasbah'. 
🔴Ia adalah bangunan tertua yang masih berdiri. 
🔴Dibina sekitar 1150 oleh Abd al-Mu'min, ia telah dibaiki dengan ketara pada abad kelapan belas oleh Ahmed el-Inglizi, seorang corsair Inggeris yang hidup semasa pemerintahan Sultan Mohammed bin Abdallah. 
🔴Menara masjid ini dibina hanya semasa pengubahsuaian seterusnya dilakukan. 

🔴Satu ciri luar biasa susun atur masjid ini adalah menaranya dibina berasingan dari bangunan masjid dan berada di belakang dinding kiblat. Ia hanya disambungkan ke bangunan masjid pada tahun 1940.
🔴Di bawah adalah foto menara Masjid El-Atika dilihat dari Rabat Corniche.



Suasana di dalam rumah dan lorong dalam kasbah ini. Tentulah hanya kenderaan motorsikal dan basikal sahaja yang muat untuk melalui lorong-lorong sempit di sini.

Tricycle biru yang boleh disewa pengunjung untuk pusing-pusing dalam kasbah ini.

Beautiful weather-beaten old doors. 

🔴Kasbah Oudayas telah menjalani perluasan dan pengubahsuaian ketika pemerintahan beberapa sultan dari beberapa dinasti dan meluas di kawasan sebesar 4.5 hektar.
🔴Ia dilindungi oleh kubu yang mengagumkan yang dipanggil tembok Almohad, dilengkapi dengan meriam-meriam yang pernah digunakan untuk mengawasi kapal-kapal musuh.
🔴Pada akhir abad ke-12, Yacoub El Mansour membina sebuah bandar yang lebih besar lagi di sekeliling kubu pertahanan itu.

🔴Walaupun dengan pelaburan besar dan kubu baru dibina, Kasbah Oudayas agak kurang berpenghuni selepas kematian Yacoub el Mansour. 
🔴Sejak pembinaannya, beberapa generasi dari beberapa asal usul telah menetap di Kasbah, masing-masing meninggalkan jejaknya.
🔴Ia telah menempatkan beberapa puak-puak Arab dan sultan-sultan. Tetapi, ia telah diabaikan selama hampir 4 abad sebelum didiami oleh Moor dari Sepanyol.

🔴Pada abad ke-17, selepas Reconquista Sepanyol oleh raja-raja Katolik, kira-kira 2,000 imigran Andalusia dari masyarakat Sepanyol Hornachos, iaitu orang Islam terakhir yang tinggal di Sepanyol selepas kejatuhan kerajaan Granada, melarikan diri dari Semenanjung Iberia dan mencari perlindungan di Kasbah Oudayas yang pada masa itu sangat usang. 
🔴Mereka menarik ribuan imigran lain dan menetap di medina yang mereka bina di sekitar Kasbah.

🔴Sebahagian daripada penduduk Andalusia yang tidak berpuas hati yang diusir dari Sepanyol memilih untuk menjadi lanun. 
🔴Mereka didorong oleh kebencian terhadap penguasaan Katolik dan digalakkan oleh laluan-laluan kapal-kapal yang membawa pelbagai barangan yang penting di Mediterranean dan di pantai Atlantik.

🔴Pada masa itu, semua kapal dagang dilengkapi dengan senjata pertahanan bersedia untuk melawan serangan dan rompakan lanun Kristian atau Islam.
🔴A form of maritime piracy regulation that emerged in the fourteenth century and was sanctioned by Muslim sultans and Christian kings permitted the plundering of rival ships and distinguished "outlaws" and thieves from privateers who sailed under their patronage.

🔴Sultan Saâdi Moulay Zidane mengambil imigran Moor dari Kasbah Oudayas menjadi ahli tenteranya untuk menguatkan kuasanya ke atas Rabat dan wilayahnya. 
🔴Malah, dengan peningkatan dalam teknologi tentera laut yang dibawa pulang dari Sepanyol, imigran Moor membangunkan armada yang sangat berkuasa sehingga memiliki 60 kapal perang yang dikendali oleh Raïs (kapten) yang berpengalaman.

🔴Pemberontak Moor yang sama itu kemudiannya mengasaskan pada tahun 1627, sebuah Republik Bouregreg yang dikenali oleh penganut Kristian sebagai Republik Salé yang ibu kotanya ialah Kasbah Oudayas. 
🔴Pembentukkan Republik itu termasuk kota Salé (atau Salé-the-Old) di seberang sungai Bouregreg, Kasbah Oudayas dan Salé-the-New (medina Rabat). 
🔴Para pelayar Salé melayari Lautan Atlantik dan sampai ke pantai negara yang jauh seperti Iceland, Kanada dan Brazil.

🔴Tawanan Kristian dari Salé telah dijual sebagai hamba di Souk El Ghzal (pasar bulu biri-biri), di esplanade semasa di hadapan Bab of Oudayas. 
🔴Sebaliknya, lanun Kristian terus menguasai Laut Mediterranean dan pantai Atlantik. Persaingan memainkan peranan dalam pembangunan teknik maritim di kedua-dua belah pihak. 
🔴Kasbah Oudayas menjadi sasaran beberapa pengeboman oleh armada Kristian. Walau bagaimanapun, kedudukan kasbah yang tinggi berbanding dengan paras sungai di bawahnya melindunginya daripada kemusnahan besar-besaran dan pengeboman tidak dapat dilakukan tanpa bantuan armada Kristian.

Meow Kasbah Oudayas.

🔴Untuk melindungi diri mereka, orang Moor menggali terowong yang luas di bawah Kasbah yang wujud sehingga hari ini tetapi kini aksesnya dilarang kepada orang ramai. 
🔴Pada tahun 1666, Sultan Alaouite Moulay Rachid merampas muara sungai dan menamatkan Republik Bouregreg. Dia kemudiannya melakukan pembangunan Kasbah Oudayas secara besar-besaran dan membina kediaman di sana. 

🔴Sultan Sidi Mohammed Ben Abdellah, yang terkenal kerana menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa besar pada masa itu dan menjadikan Maghribi sebagai negara pertama di dunia yang mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat, menjadikan Rabat sebagai ibu kotanya pada tahun 1785. 
🔴Beliau kemudiannya juga melakukan pembangunan besar di Kasbah. Anak lelakinya, Moulay El Yazide meneruskan kerja ini selepas penggantiannya.

🔴Pada tahun 1844, Sultan Alawite Moulay Abderrahmane menyertakan suku Arab Sahrawi dari Oudayas dalam tentera dan menyuruh ketua suku ditempatkan di Kasbah untuk menjaga kota dan mempertahankannya terhadap pergolakkan antara puak-puak di rantau itu. 
🔴Sejak itu, Kasbah itu mengambil nama Kasbah Oudayas merujuk kepada suku ini iaitu suku Arab Sahrawi dari Oudayas. Puak itu juga diamanahkan oleh Sultan dengan kerja dan perkhidmatan polis, cukai dan pengurusan hal ehwal awam. 
🔴The Kasbah of the Oudayas berfungsi sebagai benteng dan di dalamnya terdapat taman-taman pokok palma dan mawar, yang dipanggil "Riyad", air pancut, hammam, dll. Ia juga pernah berfungsi sebagai penjara selama berabad-abad.

🔴Selepas kira-kira seribu tahun melalui pelbagai pengubahsuaian dan renovasi, ciri-ciri gemilang masa lampau kasbah ini tetap dikekalkan. 
🔴Pada hari ini, sebahagian besar kasbah ini adalah merupakan kediaman kepada kira-kira 2,000 orang penduduk Rabat yang sangat mesra yang bersedia untuk mengalu-alukan pengunjung ke sudut kecil dunia mereka. 
🔴Kasbah Oudayas kini menjadi Tapak Warisan Dunia Unesco.

Dan kami pun tiba di Oudaya Square (Place Oudaya).

Luas dataran ini. Platform bekas stesen isyarat Oudaya ini, dibina pada abad ke-18 oleh Sultan Sidi Mohammed ben Abdallah.

Masa itu kami berharap sempatlah hendaknya jalan-jalan di dataran ini sebelum hujan turun.

Ok, jom kita explore. Kata Mohsein di hujung platform ini kita boleh menyaksikan pemandangan yang indah. 

🔴Pada awal abad ke-17, orang Moorish membina platform yang luas ini di lokasi pinggir timur laut kasbah, menghadap ke sungai Bou Regreg, yang digunakan untuk isyarat semafor. 
🔴Struktur gudang ini (foto bawah) kemudiannya ditambah padanya pada abad ke-18, digunakan hari ini sebagai sekolah dan bengkel permaidani.
🔺Semafor: Sistem semafor adalah cara menyampaikan maklumat pada jarak jauh melalui isyarat visual menggunakan api, lampu, bendera, dayung, cahaya matahari, dan gerakan tangan.

Dramatik sungguh langit ketika itu.

Pemandangan epik pertemuan Sungai Bou Regreg dengan Lautan Atlantik. 
🔴Di sebelah kanan ialah Salé Ville Beach dan di kiri ialah Rabat Beach. 
🔴Ada 4 benteng pemecah ombak besar dan panjang dibina di muara ini. 

Di seberang sana Sungai Bou Regreg itu adalah Salé.


Di bucu kota ini yang mengadap muara sungai dibina menara pertahanan besar yang dilengkapi dengan watchtowers dan meriam-meriam.



Salé Ville Beach, Salé Port and Bouregreg Traditional Fishing Cooperative (Salé and Rabat).

Walking on Salé Ville Beach. 


Sebelah kiri ialah Salé dan di seberang sungai sana ialah bandar Rabat. 




Kelihatan dari platform ini Mohammed VI Tower, Grand Theater of Rabat (kiri) dan Rabat Corniche (kanan) - lokasi restoran makan tengahari kami earlier.


🔴Angin agak kuat juga di dataran ini pada masa itu. 
🔴Di tepi lautan, di lokasi tebing tinggi dan dengan suasana hari nak hujan. Makanya rasa sejuk tapi nyaman.
🔴Kelihatan seorang penjual minuman panas berjalan membawa bakul dan portable metal teapot.

Pada zaman dahulu, dari segi ketenteraan, lokasi kasbah ini memanglah sungguh strategik. 
🔴Sebuah kasbah yang dibina tinggi di tebing batu mengadap ke arah laut akan memudahkan pengawal mengesan kehadiran kapal-kapal musuh dan lanun dari jauh lagi. 
🔴Lokasi tinggi di atas tebing juga adalah lebih selamat dan dapat menghindar serangan musuh dengan lebih jaya.
🔴Lokasi berdekatan dengan muara sungai pula memudahkan pelancaran serangan terhadap penceroboh dan mencegah kemasukkan kapal-kapal musuh ke kawasan bandar.


A watchtower and a cannon.

Benteng pemecah ombak di sini bukan sahaja berfungsi mencegah hakisan pantai tetapi juga dibina sesuai untuk penduduk Rabat beriadah. 

Kelihatan beberapa orang sedang memancing.

Ada juga yang berkelah bersama keluarga.

Ini pula pemandangan Rabat Beach. Kelihatan ramai yang berkelah, bermain sukan pantai dan berenang.

Nampaknya kawasan pantai ini adalah selamat untuk berenang. 



Hujung salah satu benteng pemecah ombak.


Di pantai ini ada Rabat Beach Walking Area, Rabat Beach Culture (a volunteer organization), Association Nautique surf (a sports club), Rabat Surf Club (a surf school), Marine Surfing Association, Moroccan Association of Free Surfers, restoran dan kafe dan tempat parking.


Dari platform Kasbah Oudayas ini juga kita boleh nampak Rabat Lighthouse. Juga dikenali sebagai Fort de la Calette Lighthouse, ia dibina pada tahun 1920 dan tingginya 31 meter dan masih beroperasi.

Di tepi pantai ini juga ada kawasan tanah perkuburan Islamic cemetery (Kasbah of the Udayas).


While the rest of us takes photos, this lone woman traveller drew the beautiful views of places she visited. How awesome was that! 😃

Bergambar kenangan di Kasbah Oudayas, berlatar belakangkan Rabat Beach dan Lautan Atlantik.


Puncak menara Masjid El-Atika juga dapat dilihat dari dataran ini.

Bangunan ini sekarang telah dijadikan sekolah dan bengkel permaidani.


Ok, selesai lawatan di dataran ini, kami pun segera beredar kerana hujan sudah mula renyai.


Sebuah 'Librairie, Cafe, Litteraire, Galerie d'Art' - kedai buku, kafe, sastera, galeri seni.

Berjalan melalui lorong-lorong cantik di Kasbah Oudayas menuju ke pintu gerbang keluar. Pada kami kalau tidak dibawa oleh Mohsein, kami mungkin boleh sesat berjalan dalam labyrinth di kasbah ini 😄.

Lagi weather-beaten, lagi saya suka 😄.

Adakala laluan dalam kasbah ini mendaki dan menurun. Mostly rata. Masa ini menurun dan jalannya agak licin basah kerana hujan renyai. 

Ada jualan jalanan kerja tangan kesenian kayu. 


Bougainvillea rimbun terjuntai cantik dari tingkat atas rumah ini. 

Melalui lorong besar di antara dua dinding yang tinggi. Mungkin dibina begini sebagai satu cara pertahanan ketika kubu ini menghadapi serangan musuh. Jika tembok luar berjaya diruntuhkan musuh, kubu ini masih ada lagi satu dinding pertahanan.


Tembok pertahanan yang masih utuh sehingga hari ini.


Berikut adalah beberapa pemandangan-pemandangan dari luar Kasbah Oudayas yang kami rakam semasa menunggu bas.




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment