Monday, September 30, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - FROM FES TO CHEFCHAOUEN - PART 02

Assalamualaikum.
Masih dengan cerita perjalanan kami dari Fez ke Chefchaouen. 

Kami buat toilet-stop di Station Service Albartquisia di daerah Nzala Beni Ammar.

Service station ini juga ada motel.


Cafe / restaurant.


Selesai di toilet. I think everyone agrees that short stops at the service stations during long bus journey are vitally important 😄. 

Di belakang cafe di petrol station ada sebuah taman yang cantik. Kalau penat memandu, sesuai sangat berehat and enjoy this beautifully green and inviting garden.




Kelihatan di seberang sana  jalan raya ada ladang gandum yang sangat luas. 

Haruslah zoom-in.

Zoom-in lebih ketat lagi. What an amazing view. 

A closer look at the crop.



Meneruskan perjalanan di N13 - National Route 13 (Morocco).

Kelihatan pengembala dan biri-biri.


Dari jalan raya ini kami dapat menyaksikan keindahan Middle Atlas.
🔴Middle Atlas ialah banjaran gunung di Maghribi. 
🔴Ia adalah sebahagian daripada banjaran gunung Atlas iaitu kawasan pergunungan dengan lebih daripada 100,000 km2, 15% daripadanya adalah berada pada ketinggian melebihi 2,000 meter. 
🔴Middle Atlas adalah yang paling utara dan kedua tertinggi daripada tiga rantaian Pergunungan Atlas utama Maghribi.


Dari daerah Fez-Meknès, kami masuk ke daerah Rabat-Salé-Kénitra. In fact, laluan jalan raya dari Fez ke Chefchauoen ini membawa kami masuk dan keluar ke/dari Fez-Meknès dan Rabat-Salé-Kénitra beberapa kali sebelum masuk ke Tangier-Tétouan-Al Hoceima untuk ke Chefchaouen.

Kawasan ragut binatang ternakan.

Ladang gandum.




Hamparan petak-petak ladang dalam pelbagai rona hijau yang menarik. 

Tanah perkuburan Islam, di Selfat.



Memang seronok dapat ambil gambar dari depan bas. Dari jauh saya sudah ternampak pengembala dan biri-birinya. It enabled me to prepare ahead of time to zoom in, frame, focus and capture at the most opportune moment.



Keindahan dua puncak gunung di kawasan banjaran gunung Middle Atlas dengan bentangan ladang gandum yang beralun-alun.

Despite the odd composition and framing, I am quite happy with this shot because of its multiple foregrounds and backgrounds 😊.

Seorang petani dan keldainya di perkebunan.

Dan pastinya ada masjid, walau pun di kawasan yang terpencil begini.





Gembala lembu.



Pemandangan yang saya nanti-nantikan 😃.











Penjual buah limau di tepi jalan.


Selain buah oren, di gerai ini juga ada menjual buah mulberries dan telur.




Merentasi Oued Sebou - Sungai Sebou. Di sungai ini juga merupakan sempadan antara daerah Fez-Meknès dan daerah Rabat-Salé-Kénitra. Ketika ini kami masuk semula dalam daerah Fez-Meknès. 

Province de taounate vous souhaite la bienvenue - Province of Taounate welcomes you.


Chefchaouen, terus ke depan.

Kawasan Douar Sidi Mohamed Chelh.



Menunggang keldai dengan membawa tong-tong air bersama.



Seronok dapat capture banyak foto-foto gembala biri-biri dan lembu semasa sepanjang perjalanan ini. Begitulah, lain orang lain minatnya ye tak? Hihi... 














A local man walking into his orchard.


Beautiful field flowers.






Pengembala main bola sementara haiwan ternakan meragut.

Warna bulu keldai yang paling biasa ialah kelabu, diikuti dengan coklat dan kemudian hitam. Warna yang paling jarang (rare) ialah putih tulen, yang kini cuma ada 200 ekor sahaja di dunia.










Service Station Afriquia، N13 Cercle Had Kourt Caidat Khnichat Commune Rurale Taoughilt, Ctre Commune Taoughilt, Morocco.



Merentasi Oued Ouerrha - Sungai Ouerrha. 

Oued Ouerrha atau Sungai Ouergha ialah anak sungai kepada Sungai Sebou, sungai yang kami lalui tadi.

Sungai Ouerrha adalah merupakan tapak pertempuran utama yang berlaku pada tahun 1925, di mana Perancis cuba untuk menyerang Rif. Walau bagaimanapun, walaupun mempunyai kuasa ketenteraan yang besar, tentera Perancis tidak dapat mengalahkan pakatan puak Rifian Berber.

Chefchaouen, straight ahead. 

Melalui bandar Jorf El Melha di Wilayah Sidi Kacem, Rabat-Salé-Kénitra.
























Untuk makan tengahari, kami dibawa ke Motel Rif di bandar Ouezzane. 
Ouazzane is a town in northern Morocco, with a population of 59,606 recorded in the 2014 Moroccan census. The city is well known in Morocco and throughout the Islamic world as a spiritual capital for it was home for several pillars of Sufism.
- Wikipedia


Tempat makan yang sudah di reserve untuk kami.

The menu.












Our delicious lunch. Ada 3 pilihan; saya pilih seafood, isteri pilih beef. The other choice was chicken.



Hello sweetheart 😍😃.


Dessert.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment