Wednesday, September 18, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - BORJ SUD

Assalamualaikum.
Selesai dengan lawatan di Chouara Tannery, kami ke Borj Sud pula. 

Dari Chouara Tannery berjalan ke bas. 




Bergambar di lorong-lorong sudah macam satu kemestian pulak.. hihi. 

A couple of murals that we came across. 


Di depan sebuah kedai pengukir tembaga.


Lorong bertangga.

Kenderaan 3 roda ini banyak kami nampak di Fes ini, yang digunakan terutamanya untuk mengangkut barangan melalui celah-celah lorong-lorong sempit di dalam medina (old town) dengan mudah.

Seorang penjual lembaran-lembaran kulit yang sudah siap dibersihkan, disamak dan dilembutkan.


Kenderaan hybrid, separuh motor, separuh trak.

Kelihatan sudah mula ramai pengunjung yang datang untuk melawat Chouara Tannery. 



مقاطعة جنان الورد - Daerah Jinan Al-Ward.


Penjual jalanan pakaian dan buah-buahan.

Penjual yang masih lagi menggunakan alat penimbang klasik. 

Boucherie Hamid - a butcher's shop. 







The Walls of Fes.








Cimetery Bab Ftouh - Bab Ftouh Cemetery.




Pemandangan kawasan El Mokhifa dan R'habet Zbib dilihat dari lebuh raya N8 (National Route 8). 








Kami pun tiba di Borj Sud. 

🔴Borj Sud (Menara/Kubu Selatan) ialah sebuah kubu di bandar Fez, Maghribi. 
🔴Ia pertama kali ditubuhkan sekitar 1582 oleh dinasti Saadian, mungkin dimodelkan mengikut kubu Portugis pada masa itu.

🔴Ia terletak di atas bukit yang menghadap ke bandar lama (Fes el-Bali) dari selatan, di seberang lembah dari kubu pelengkapnya iaitu Borj Nord, di atas bukit di utara bandar. 
🔴Borj Sud telah dicatat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981 sebagai sebahagian daripada medina Fez.
🔴Hari ini ia juga dikenali sebagai tempat peninjauan utama ke atas bandar lama.

🔴Seperti Borj Nord, kubu itu dibina pada 1582 oleh sultan Saadian yang berkuasa iaitu Sultan Ahmad al-Mansour. 
🔴Orang Saadian, yang ibu kotanya adalah Marrakesh, telah menghadapi tentangan yang ketara terhadap pemerintahan mereka di Fez dan kubu itu adalah salah satu daripada beberapa yang mereka bina di sekitar bandar itu. 

🔴Selain dari untuk mempertahankan kota daripada serangan luar, kubu-kubu itu juga dibina dengan tujuan untuk mengawal penduduk Fes el-Bali (bandar lama) yang gelisah ketika itu.
🔴Sehubungan itu, kubu-kubu itu dibina dalam kedudukan yang menghadap ke arah kota, dari mana meriam-meriam mereka boleh dengan mudah mengebom kota itu jika dikehendaki.

🔴Orang Saadian membina Borj Nord, Borj Sud, dan tiga benteng di sepanjang dinding selatan dan timur Fes el-Jdid untuk meniru seni bina tentera Portugis; berikutan daripada peperangan mereka untuk mengusir Portugis dari Maghribi. 

🔴Pembinaan kubu-kubu itu mungkin dilakukan oleh tenaga kerja dan kepakaran tawanan Eropah yang ditangkap dalam "Battle of the Three Kings" yang terkenal pada tahun 1578.
🔴Ini adalah kubu-kubu pertama dan boleh dikatakan satu-satunya kubu di Fez yang direka untuk zaman "new age of gunpowder".

Pemandangan dari kubu ini sungguhlah cantik. Dari sini kita boleh nampak hampir semua neighbourhoods di Fes El Bali seperti Taala, R'habet Zbib, El Mokhifa, Quartier Des Potiers dan El Keddane. Kawasan-kawasan Qasbah En Nouar dan Jnane Ad-Dar pula terletak lebih jauh lagi tapi masih boleh dilihat dari Borj Sud ini kalau kita zoom-in our camera. 

Ok, jom kita saksikan keindahan Fes El Bali dari kubu Borj Sud ini.



Ini adalah pemandangan ke arah kawasan penduduk di Taala (kiri), R'habet Zbib (kanan) dan Qasbah En Nouar (jauh di hujung).

Sebuah kubu lain juga dapat dilihat dari Borj Sud ini. Itulah Borj Nord. Ia kini adalah Borj Nord Museum. 

Borj Nord / Borj Nord Museum.
🔴Hari ini kubu ini menempatkan Museum of Arms. 
🔴Diasaskan pada tahun 1963, ia merupakan muzium pertama di Maghribi yang mengkhusus dalam sejarah senjata dan perisai.
🔴Koleksinya termasuk sehingga 5,000 peralatan (hanya sebahagian daripadanya dipamerkan) yang berasal dari 35 negara dan berasal dari zaman prasejarah hingga abad ke-20. 
🔴Muzium ini menonjolkan koleksi senjata Maghribi, dan menampilkan sejumlah besar yang dihasilkan di Fez di Makina, sebuah kilang senjata industri yang ditubuhkan pada tahun 1886 bersebelahan dengan Istana Diraja di Fez. 
🔴Salah satu artifak terkenal yang dipamerkan ialah meriam Saadian yang sangat besar yang digunakan semasa "Battle of Three Kings" pada tahun 1578, hampir 5 meter panjang dan berat sekitar 12 tan.
🔴Bangunan, muzium dan koleksinya telah dipulihkan pada tahun 2003.


🔴Yang depan itu adalah Zawiya of Moulay Idriss II. Di dalamnya terdapat makam Idris II, yang memerintah Maghribi dari 807 hingga 828 dan dianggap sebagai pengasas utama kota Fez.
🔴Di belakang sana pula ialah Mosque and University Kairaouine.
🔺Universiti al-Qarawiyyin, juga ditulis Al-Karaouine atau Al Quaraouiyine, ialah sebuah universiti yang terletak di Fez, Maghribi. 
🔺Ia diasaskan sebagai masjid oleh Fatima al-Fihri pada 857–859 dan seterusnya menjadi salah satu pusat kerohanian dan pendidikan terkemuka Zaman Keemasan Islam.
🔴Bersebelahan dengan Universiti al-Qarawiyyin ialah Al Attarine Madrasa.
🔺Al Attarine Madrasa adalah sebuah Sekolah Pengajian Islam abad ke-14 yang menampilkan karya jubin berhias dan seni bina dramatik.
🔺Al Attarine Madrasa dibina oleh sultan Marinid Uthman II Abu Said pada 1323-5. Madrasah itu mengambil namanya daripada Souk al-Attarine, sebuah pasar yang menjual rempah ratus dan minyak wangi.

Mausoleum of Moulay Idriss II.

Pemandangan ke arah Talaa.


Kenapa warna bangunan/rumah di Fez ini kuning semuanya? Well, most of them anyway, ada juga yang putih. 
🔴Setiap bandar dan bandar di Maghribi mempunyai warna khasnya sendiri:
🔺Marrakech: The Red City
🔺Casablanca: The White City
🔺Rabat: The Blue & White City
🔺Chefchaoun: The Blue City
🔺Fez: The Yellow City
🔴Kota purba Fez mempunyai medina seperti labirin yang dihiasi dengan warna kuning dan emas. Kuning melambangkan kemakmuran, kekayaan dan kebahagiaan, mencerminkan status bandar sebagai pusat perdagangan sepanjang sejarah.

Home satellite dishes on top of houses at Fes' old medina.

Menara ini adalah Zawiya de Sidi Abdelkader El Fassi (زاوية سيدي عبد القادر الفاسي).
🔴Zawiya Sidi Abdelkader al-Fassi, juga dikenali sebagai Zawiya al-Fassiya, ialah salah satu zawiyas bersejarah (kompleks agama dan tempat perlindungan Sufi) yang paling penting di Fes, Maghribi. 
🔴Ia terletak dalam kawasan R'habet Zbib.
🔴Ia dinamakan sempena Sidi Abdelkader al-Fassi (juga dieja Abd al-Qadir al-Fassi), seorang ulama Islam abad ke-17 yang sangat penting, mufti, dan wali sufi kota yang dikebumikan di zawiya ini.  
🔴Bangunan ini terletak di kawasan kejiranan Qalqliyin di selatan Fes el-Bali, medina lama Fes. 
🔴Ia adalah salah satu daripada beberapa tapak zawiya di bandar dan di seluruh negara yang dikaitkan dengan tradisi al-Fassiya tasawuf.

🔴Saya baca di Marrakech ada peraturan kod mengenai ketinggian bangunan di mana tidak boleh ada bangunan yang lebih tinggi daripada menara Masjid Koutaubia.
🔴Di Fes El Bali (old medina) ini pun saya tak nampak bangunan tinggi. Mungkin sejak dari zaman dulu memang tidak dibenarkan membina binaan lebih tinggi dari menara masjid, sama seperti di Marrakech. 
🔴Saya juga baca tiada bangunan tinggi di Fes kerana Fez ialah sebuah bandar yang terletak di wilayah yang mempunyai risiko gempa bumi yang besar, membina bangunan pencakar langit - sesuatu yang mungkin secara teknikal - akan menelan kos terlalu tinggi, untuk negara membangun seperti Maghribi, yang mempunyai keutamaan lain: sosial, pengangkutan, jalan yang bersih dan lain-lain kemudahan untuk rakyat.


Juga kelihatan dari Borj Sud ini ialah satu lagi tinggalan bersejarah di Fes, yang terletak di atas bukit sana, yang dipanggil Marinid Tombs atau Merinide Necropole. 

🔴Marinid Tombs ialah tapak makam-makam monumental yang telah musnah di atas bukit di utara Fes al-Bali. 
🔴Kawasan perkuburan itu pada asalnya adalah nekropolis diraja untuk dinasti Marinid yang memerintah Maghribi pada abad ke-13 hingga ke-15. 
🔴Hari ini, ia adalah tempat tinjau popular di bandar bersejarah itu.






Nampaknya Borj Sud ini adalah tempat lawatan yang popular bagi pelancong yang datang ke kota ini.





Dari Borj Sud ini juga pengunjung boleh lihat Cimetery Bab Ftouh - Bab Ftouh Cemetery.


















Berjalan ke bas untuk lawatan seterusnya.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment