Wednesday, September 11, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - FES CITY

Assalamualaikum. 
Pemandangan Fes, bandar kedua terbesar di Maghribi selepas Casablanca.

Kelihatan dari tingkap bilik kami menara Mosquée Tajamouâti - Tajamouati Mosque.
🔴Permata seni bina di tengah-tengah ibu kota spiritual Maghribi, masjid ini terletak berhampiran bulatan Kennedy, dan biasanya dirujuk oleh penduduk tempatan sebagai "Tajamouâti", sempena penaungnya yang murah hati, Abdel-Hadi Tajmouati, yang membiayai pembinaannya. 
🔴Kedua selepas Masjid Kairaouine dalam saiz dan kemegahan di dalam bandar, ia boleh menampung sehingga 4,000 orang jemaah.



Jom sarapan pagi dulu sebelum memulakan program lawatan di Fes.

Masa itu pukul 7 pagi. Had to start early. 

Our breakfast. Kalau nak banding dengan sarapan kita, memanglah 'uneventful' 😄. Tapi hakikatnya memang beginilah sarapan orang Maghribi. Cumanya mereka mesti ada roti, dan pagi itu kami opted for croissant. 

Then saya terperasan this lady making something like a pancake yang nampak macam roti canai 😃. 

Makanya mestilah dicuba. Namanya msemen (msemmen) atau rghaif. Ia adalah roti leper berbentuk empat segi yang rangup biasanya dimasak di atas kuali dengan minyak dan mentega. Lempeng Maghribi berbentuk segi empat sama ini hampir sama dengan roti canai atau chapati dan versi isinya sangat mirip dengan Gözleme Turki.

Roti canai, chapati, Gözleme dan msemen.

Bergambar di depan Hotel Sofia, Fes, Maghribi.





Semasa di dalam bas, salah seorang ahli group kami beri buah tin. 

Tepat pukul 8:30 pagi kami pun bertolak ke tempat lawatan pertama di bandar Fes ini.

Melalui Avenue Hassan II. Terdapat sebuah taman yang panjang di jalan ini yang merupakan antara tempat beriadah paling popular di bandar Fes ini.

🔴Fez atau Fes (bahasa Arab: فاس, rumi: fās) ialah sebuah bandar di pedalaman utara Maghribi dan ibu kota wilayah pentadbiran Fez-Meknes. Ia adalah bandar kedua terbesar di Maghribi. 
🔴Terletak di barat laut Pergunungan Atlas, ia dikelilingi oleh bukit dan bandar lama (medina) berpusat di sekitar Sungai Fez (Oued Fes) yang mengalir dari barat ke timur.

🔴Fez telah dipanggil "Mecca of the West" dan "Athens of Africa". Ia juga dianggap sebagai “spiritual and cultural capital” Maghribi.
🔴Fès dibahagikan kepada tiga kawasan utama: Fès el-Bali, Fès el-Jdid, dan Ville Nouvelle. Fès el-Bali, bandar bertembok lama, ialah tapak Warisan Dunia UNESCO dan terkenal dengan jalan berliku yang sempit dan pasar tradisional.
Barceló Fès Medina, sebuah hotel 4 bintang

🔴 Nama bandar ini dalam bahasa Arab ialah فاس Fās, dari mana namanya dalam bahasa Inggeris Fez, Fès, dan Fas diperolehi. 
🔴 Menurut beberapa tradisi, nama kota itu berasal dari perkataan Arab فأس Faʾs, yang bermaksud beliung (pickaxe). 
🔴 Pelbagai legenda telah dilaporkan untuk menjelaskan etimologi ini: 
🔺 Satu menceritakan kisah beliung emas yang ditemui di tapak semasa pembinaan bandar itu, manakala satu lagi mendakwa bahawa Idris I menggunakan beliung perak dan emas untuk menggali bersama pekerjanya. 
🔺 Satu lagi mengikut laporan oleh Ibn Abi Zar mendakwa bahawa sebuah bandar purba bernama "Sef" sebelum ini wujud di tapak tersebut dan Idris I menterbalikkan huruf nama ini untuk mencipta nama "Fes".
Avenue Hassan II park

Siapakah Idris I?
🔴 Idris (I) ibn Abd Allah (إدريس بن عبد الله / Idrīs ibn ʿAbd Allāh), juga dikenali sebagai Idris the Elder (إدريس الأكبر / Idrīs al-Akanidbar), ialah pengasas dinasti Idrisid di bahagian utara Maghribi, selepas melarikan diri dari Hejaz akibat Pertempuran Fakhkh. 
🔴 Dia memerintah dari 788 hingga 791.  
🔴 Dia dikreditkan sebagai pengasas dinasti yang menubuhkan negara Maghribi dan dianggap sebagai "pengasas Maghribi".
Penghujung Avenue Hassan II Park

🔴Yang tertua daripada empat bandar empayar Maghribi, Fes diasaskan di tebing Wadi Fès oleh Idrīs I (tebing timur, kira-kira 789) dan Idrīs II (tebing barat, kira-kira 809). 
🔴Kedua-dua bahagian itu disatukan oleh dinasti Almoravids pada abad ke-11 untuk menjadi sebuah bandar Islam yang utama.
Rond-Point La Fiat - Roundabout La Fiat

🔴Fès mencapai kemuncaknya sebagai pusat pembelajaran dan perdagangan di bawah dinasti Marīnids pada pertengahan abad ke-14 dan telah mengekalkan keutamaan agama sepanjang zaman. 
🔴Perjanjian Fès (30 Mac 1912) menubuhkan protektorat Perancis di Maghribi.
Borj Fez, sebuah shopping mall besar di Fes


🔴Semasa abad ke-12, bandar Fes adalah salah satu yang terbesar di dunia, dengan anggaran penduduk 200,000 orang. 
🔴Menjelang 1200, Fes dan Kaherah dikatakan telah menjadi bandar-bandar Islam terbesar. 
🔴Pada tahun 1250, Fes mendapat semula statusnya sebagai ibu kota di bawah dinasti Marinid.
Rond-Point du Jardun Alaouit - Jardun Alaouit Roundabout

Di sebelah kiri lebuh raya N6 ini ialah Alaouites Garden yang dibuat semasa pemerintahan Alaouites dalam tempoh dari permulaan pemerintahan (1666) hingga protektorat Perancis (1912).

Ini adalah Jewish area. Ada, antara lain, Jewish Cemetery of Fes, Tombeau de Saint Sulika (Tomb of Saint Sulika), Aben Danan Synagogue, Synagogue Al Fassiyine dan lebih jauh lagi di atas bukit ini ada The Royal Palace in Fez.

Di sini kami memasuki Boulevard Allal El Farisi. Ini gerbang masuk ke Avenue de la Liberte.

Ini pula 'American Fondouk' yang diasaskan oleh seorang artis dan dermawan Amerika yang bernama Barbara Hutton. 
🔴Barbara bersimpati dengan keldai, baghal dan kuda yang digunakan oleh penduduk tempatan dalam kerja-kerja harian mereka semasa dia di Fes pada tahun 1950-an. 
🔴Memandangkan haiwan-haiwan itu penting untuk penduduk tempatan menyara kehidupan mereka, Barbara segera mencipta American Fondouk, antara lain berfungsi sebagai hotel untuk haiwan-haiwan itu menginap. 
🔴Selesai bekerja, Barbara meminta pemilik-pemilik haiwan untuk membawa haiwan-haiwan mereka ke American Fondouk untuk berehat dan diberikan makanan dan rawatan percuma. 
🔴Sehingga hari ini, American Fondouk ini masih berfungsi.

🔴Bandar ini hampir sepenuhnya dikelilingi oleh bukit-bukit rendah yang diliputi dengan ladang zaitun dan dusun. 


🔴Bahagian Fès el-Jedid (Fès Baru) di bandar ini, yang diasaskan pada abad ke-13 oleh dinasti Marīnids, mengandungi Royal Palace dan Great Mosque yang terkenal dengan menara masjid (minaret) polikrom abad ke-13. 
🔴Bahagian moden bandar, Ville Nouvelle, terletak di dataran tinggi di barat daya; ia diasaskan oleh Marshal L.-H.-G. Lyautey dari Perancis pada tahun 1916. Kawasan perindustrian bandar ini terletak di daerah ini, berhampiran stesen kereta api. 
Bab Jdid

🔴Di atas bukit sana ialah Borj Sud - Borj South. 
🔴Ia adalah sebuah kubu tentera purba. 
🔴Bahagian luarnya adalah dibuka untuk lawatan orang ramai dan menawarkan pengunjung pemandangan bandar Fes yang indah.

Parking Bab Jdid - Bab Jdid car park

Kawasan penduduk jauh di belakang sana ialah R'habet Zbib.

Rond-Point Borj Sud - Borj South Roundabout


🔴Melalui lebuh raya N6 dengan pemandangan yang cantik kawasan penduduk El Mokhifa dan Quartier Des Potiers (Potters Quarter).

🔴Bandar lama (medina) ini mengandungi Masjid Qarawīyīn abad ke-9 dan merupakan lokasi universiti Islam yang terkenal (ditubuhkan pada 859) dan Universiti Sidi Mohammed ibn Abdellah (ditubuhkan pada 1974); ia juga merupakan tempat suci (zāwiyah) Idrīs I dan menempatkan makam Idrīs II. 
🔴Bandar lama itu mengandungi sejumlah funduq (karavansari) yang terpelihara dengan baik. 

🔴Di selatan Royal Palace terdapat Mellah. Banyak tukang emas dan tukang perak Yahudi pernah tinggal di sana satu ketika dahulu yang kini telah berpindah.


Ini adalah salah satu pintu masuk ke tanah perkuburan besar di Fes - Bab al-Futuh (Ftouh).



Bab Ftouh Cemetery.


🔴Benteng-benteng purba yang masih kukuh hingga hari ini di Fès, yang diapit oleh menara-menara batu, sebahagiannya masih mengepung bandar lama Fes, dikenali sebagai Fès el-Bali.



🔴Fès ialah pusat perdagangan dan kraf tradisional, dan sehingga akhir abad ke-19 ia merupakan satu-satunya tempat di dunia di mana fez (topi merah tanpa tepi dalam bentuk kon terpotong) dibuat.  
🔴Kebanyakan kraf tradisional bandar ini, seperti kerja kulit dan pembuatan tembikar, dihasilkan di jalan-jalan yang sempit dan berliku-liku di bandar lama (medina) dan dijual di pasar tradisional bahagian itu, atau sūq. 

🔴Pelancongan adalah industri utama di Fès. 
🔴Bandar lama itu dinamakan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981. 
🔴Fès mempunyai lapangan terbang antarabangsa. 
🔴Kawasan di Fès di mana bijirin (terutamanya gandum), kekacang, buah zaitun dan anggur dihasilkan; biri-biri, kambing, dan lembu juga diternak.   

Apakah bahasa yang dituturkan di Fes?
🔴Bahasa Arab Maghribi.
🔴Dialek Fessi (Bahasa Arab Maghribi: هضرة أهل فاس) ialah dialek bahasa Arab vernakular Maghribi, atau Darija, yang dikaitkan dengan kota Fes, terutamanya dengan keluarga elit lama di bandar itu. 

🔴Dahulunya ibu kota Maghribi sehingga 1912, Fes kekal sebagai hab penting kerohanian dan budaya di negara ini. 
🔴Sejarahnya yang kaya menjangkau lebih 1,200 tahun, terbukti dalam susunan istana, muzium, masjid dan lorong labirin di bandar lamanya (medina).
Rond-point bab ftouh Garden - roundabout bab ftouh Garden

Curious, saya pun cari makna tulisan di roundabout ini.


🔴Benteng pertahanan Fez terdiri daripada binaan benteng dan pintu gerbang yang mengelilingi Fes el-Bali dan Fes el-Jdid, pencantuman dua bandar yang membentuk medina lama Fes. 
🔴Terdapat juga beberapa kasbah yang dibina untuk melindungi dan mengawal bandar. 
🔴Kubu-kubu ini telah dibina selama berabad-abad dan apa yang masih kekal utuh adalah berasal dari pelbagai tempoh pembinaan yang berbeza.

🔴Kubu pertahanan kota ini telah mengalami evolusi yang kompleks selama berabad-abad dengan berbilang fasa pengembangan, pemusnahan dan pembinaan semula yang mempengaruhi bahagian-bahagian yang berlainan pada garis besar bandar. 
🔴Begitu juga dengan pintu-pintu kubunya yang berbeza-beza dari segi reka bentuk dan tarikh, daripada pintu-pintu pertahanan yang berkubu kuat kepada bukaan ringkas di dinding hari ini. 

🔴Tembok itu menandakan kedua-dua had fizikal dan simbolik bandar itu. Ada juga tembok-tembok yang dijadikan penanda antara daerah-daerah dalam bandar ini, makanya ia sendiri boleh mempunyai kepentingan sosial atau politik. 
🔴Tanah perkuburan utama di bandar ini juga terletak di luar pintu utama, khususnya: Bab Ftouh, Bab Mahrouk dan Bab Guissa.

🔴Seperti tembok kota pra-moden yang lain, benteng Fes ini berfungsi sebagai pertahanan dan pengawalan. Mereka melindungi bandar daripada serangan dan menghalang kemasukkan orang asing tanpa izin. 
🔴Pintu-pintu kota ini biasanya ditutup dan dikunci pada waktu malam. Pengembara biasanya tidak akan dapat memasuki bandar pada waktu lewat.  
🔴Tembok dan pintu pagar juga mengawal keluar masuk penduduk bandar itu sendiri, menghalang sesiapa daripada keluar jika pihak berkuasa mahu.  
🔴Salah satu fungsi terpenting dalam mengawal akses ialah mengawal aliran barangan dan memastikan ia dikenakan cukai dengan betul. Ini memastikan kutipan hasil yang cekap bagi pihak-pihak berkuasa terutamanya kerana semua souq (pasar) berada di dalam bandar.
🔴Akhir sekali, fungsi tembok bandar ini ialah juga untuk memudahkan pentadbiran dalam menentukan sempadan ruang bandar secara rasmi, di mana peraturan, prinsip atau undang-undang tertentu dipakai.

🔴Fès menganjurkan perhimpunan tahunan sufi terbesar di dunia. Festival Budaya Sufi (Festival of Sufi Culture) ialah perayaan muzik, tarian dan kerohanian yang meriah yang menarik ribuan pengunjung setiap tahun.

🔴Fès mempunyai rangkaian saluran air bawah tanah yang dikenali sebagai qanats. Terowong purba ini dibina untuk menyediakan bandar dengan sumber air yang boleh dipercayai.

🔴Fès adalah pusat pembelajaran Islam. Pelajar dari seluruh dunia datang ke Fès untuk belajar di sekolah Islamnya yang berprestij.
Mosquée Mohammed 6 - Mohammed VI Mosque

🔴Fès terkenal dengan “Fès Festival of World Sacred Music”. Perayaan ini menghimpunkan pemuzik dan penghibur dari pelbagai budaya untuk meraikan kuasa muzik sejagat.
Rond-Point Bab-Taza - Bab-Taza Roundabout

🔴Fès ialah “UNESCO City of Music”. Penamaan ini mengiktiraf Fès sebagai hab untuk pertukaran muzik dan budaya.

🔴Fès terkenal dengan barangan kulit tradisionalnya. Pengunjung boleh menemui produk kulit berkualiti tinggi, seperti beg, kasut dan jaket, di souks di bandar ini.

🔴Sebahagian besar medina Fez, yang mengandungi hampir 10,000 jalan, adalah bebas kereta sepenuhnya.
Kawasan penduduk Jnane Ad-Dar

🔴Fez mempunyai salah satu jam air tertua di dunia. Jam air ialah jam yang rumit di mana air mengalir dari satu hujung ke hujung yang lain dan mengira masa. Bersama-sama dengan dail matahari, jam air adalah bentuk pengukur masa tertua di dunia. Jam air Fez ini terletak di Dar al-Magana, yang dibina pada 1357. Mekanisme jam di dalamnya sedang dibina semula.

🔴Fez pernah mempunyai masyarakat Yahudi yang besar pada suatu ketika dahulu. Ia berkembang pada abad ke-15 di kawasan yang dipanggil Mellah. Kini kebanyakkan mereka sudah tiada.

🔴Fès adalah salah satu bandar tertua di Maghribi. Dengan sejarah sejak lebih seribu tahun, Fès telah memainkan peranan penting dalam pembangunan budaya dan intelektual di rantau ini.

🔴Fès mempunyai salah satu universiti tertua di dunia. Universiti Al Quaraouiyine, yang diasaskan pada 859 AD, diiktiraf oleh UNESCO sebagai universiti pemberi ijazah tertua di dunia.

🔴Seni bina di Fès mencerminkan gabungan gaya Islam, Andalusia dan Maghribi yang boleh dilihat pada kerja jubin yang rumit, ukiran berhias, dan taman halaman yang indah di masjid, istana dan madrasah di bandar ini.

🔴Pusat penyamakan kulit di Fez, Chouara Tannery sudah berusia hampir 1,000 tahun. Penyamakan kulit ini telah wujud selama hampir satu milenium, dan terkenal kerana menghasilkan barangan kulit berkualiti tinggi yang dijual di seluruh negara. Segala-galanya di sini dilakukan secara manual, dan proses penyamakan tidak berubah sejak zaman pertengahan.

Came upon some murals. Ini kempen jimat guna air agaknya.
لا تسرفوا  وفرها تجذها - Do not be extravagant and save it














Jnane Ad-Dar - a neighbourhood. 

🔴Di setiap kejiranan Fez diwajibkan ada masjid. Oleh sebab itu, Fez mempunyai bilangan masjid yang banyak, lebih daripada 300, yang boleh dilihat dari sudut pandangan yang berbeza di seluruh bandar.
Ansar mosque






Parking Bin lmdoun


Kami pun turun dari bas di sini untuk ke tempat lawatan kami yang pertama pada hari itu, iaitu ke Chouara Tannery.







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment