Wednesday, August 28, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - MARRAKECH TO CASABLANCA - PART 02

Assalamualaikum.
Selepas perhentian di rest area, kami meneruskan perjalanan dari Marrakech ke Casablanca, dan seterusnya akan ke Rabat.

Kami terus merakam pemandangan landskap Maghribi ketika sepanjang perjalanan.



Ketika ini kami merintasi sungai Oum Er-Rbia. Sungai ini juga merupakan garis sempadan antara wilayah Casablanca-Settat dan Marrakech-Safi.
🔴Oum Er-Rbia (the mother of spring) ialah sebuah sungai yang besar, panjang dan berkeupayaan tinggi di tengah Maghribi.
🔴Panjang sungai ini adalah 555 kilometer. Oum Er-Rbia ialah sungai kedua terbesar di Maghribi selepas Sungai Sebou. 
🔴Ia berasal dari Atlas Tengah (Moyen Atlas), mengalir secara amnya ke arah barat melalui bandar Khénifra dan mengalir ke Lautan Atlantik di pelabuhan Azemmour, yang terletak di tebing kirinya. 
🔴Walaupun tidak boleh dilayari, Oum Er-Rbia adalah sungai yang deras dan merupakan sumber utama kuasa hidroelektrik dan pengairan Maghribi. Terdapat 6 empangan di sungai ini; Afourer, Kasba Zidania, Im Fout, Daourat, Sidi Saïd Maachou, dan Bine el-Ouidane (di Sungai El-Abid). 
🔴Hasil pertanian yang ditanam di lembangan sungai Oum Er-Rbia termasuk buah sitrus, gandum, anggur, kapas dan rami (flax).

🔴Anak sungai Oum Er-Rbia yang paling penting ialah Sungai El-Abid, Sungai Tessaoute, dan Sungai Lakhdar.
🔴Menurut para sarjana, nama asal Berber bagi sungai itu ialah Wansifen dan hanya ditukar baru-baru ini, sekitar abad ke-16 atau ke-17. Sebuah kampung berdekatan bernama Oum Rabia mungkin telah mempengaruhi perubahan nama ini.
🔴Oum Er-Rbia diairi oleh sejumlah besar mata air bawah tanah, oleh itu dikenali sebagai  "The Forty Springs". Namun itu hanyalah sekadar istilah puitis dan bukannya kiraan yang tepat.

Merentasi laluan landasan kereta api. Stesen kereta api terdekat dari lokasi ini adalah Gare Ferroviaire Macheraà Ben Abbou (Machera Railway Station in Ben Abbou).
🔴Fyi, Maghribi mempunyai kereta api terpantas di Afrika, kereta api berkelajuan tinggi Al Boraq 300km/j berdasarkan TGV Perancis, menghubungkan Tangier, Rabat dan Casablanca setiap jam melalui laluan berkelajuan tinggi baharu.

Settat Province.





























🔴Pengeluaran pertanian Maghribi juga terdiri daripada oren, tomato, kentang, buah zaitun, gula, gandum, barli, buah-buahan (epal, anggur, tembikar. pisang) dan minyak zaitun. 
🔴Produk pertanian berkualiti tinggi biasanya dieksport ke Eropah. 
🔴Maghribi menghasilkan makanan yang mencukupi untuk kegunaan domestik kecuali bijirin, gula, kopi dan teh.

🔴Aktiviti pertanian merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Maghribi. 
🔴Pada 2020, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan menyumbang 12% daripada KDNK, nilai tambah kedua tertinggi di Afrika Utara selepas Algeria. 
🔴Maghribi mempunyai kira-kira 30 juta hektar kawasan tanah pertanian. Kira-kira 21 juta hektar adalah padang rumput kekal, manakala 7 juta hektar adalah tanah pertanian. Keluasan tanah di bawah tanaman kekal meliputi baki 1.7 juta hektar. 
🔴Selain pengeluaran tanaman, aktiviti penternakan dan perikanan juga berleluasa di negara ini.
















Pased by Settat City.


🔴Terletak di dataran pantai di selatan Casablanca, bandar Settat merupakan pusat pasar terbesar di dataran pantai Chaouia yang subur. 
🔴Ciri Settat yang paling ketara ialah casbah lewat abad ke-17 yang dibina oleh pemerintah ʿAlawī Mawlāy Ismāʿīl. 
🔴Bandar ini dihubungkan melalui jalan raya dan kereta api dengan Casablanca di utara dan Marrakech di selatan.















Ecole Mohammed Vi De Formation Dans Les Metiers Du Batiment Et Des Travaux Publics (Mohammed VI School Of Training In Trades Building And Public Works).













Ladang gandum.
🔴Sehingga tahun tanaman 2019/2020, pengeluaran gandum lembut di Maghribi berjumlah hampir 18 juta quintals. 
🔴Wilayah Rabat - Salé - Kénitra menyumbang hampir enam juta quintals, pengeluaran terbesar yang didaftarkan di negara ini. 
🔴Sebaliknya, gandum durum kebanyakannya dihasilkan di wilayah Tanger - Tétouan - Al Hoceima pada tahun yang sama.
🔴1 quintals bersamaan dengan 100 kg.




















Keindahan dataran subur barat Maghribi.





Gare de péage Nouaceur sortie - Nouaceur toll station exit.


Nouaceur Province.
Nouaceur ialah sebuah daerah di dalam wilayah Maghribi Casablanca-Settat. Bandar utamanya ialah Bouskoura, dan pusat pentadbirannya adalah di Nouaceur. Mohammed V International Airport berada di Nouaceur.

Keluar dari lebuh raya, kami terus menuju ke Mohammed V International Airport.



Mohammed V International Airport.






Lama juga kami menunggu seorang ahli kumpulan kami menyelesaikan urusan bagasinya dengan dibantu oleh Tour Leader Encik Hatta dan Local Tour Guide Mohsein.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment