Monday, July 29, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - HASSAN II MOSQUE

Assalamualaikum.
Sampai di bandar Casablanca ini kami terus dibawa ke restoran for a late lunch. 


Restoran Solamo's.




Soup, bread and dessert. Love the bread!

Our (late) lunch.


Lepas makan, terus naik bas untuk lawatan ke Masjid Hassan II yang dibina di pinggir North Atlantic Ocean. 

Kedai kopi dan kedai pie (Moroccon chicken pie). 

Kami terus merakam suasana Casablanca.




Banyak kami nampak 'Residences' seperti Residence Hamid Jassim ini. Tak berapa jauh ada Residence Yahya. They are apartments or residences or private houses.
Atelier Fikri itu adalah sebuah hair salon (coiffure & esthetique - hairstyle & aesthetics).


Ada banyak apartments.





Kelihatan Hassan II Mosque di celah-celah bangunan.

A policeman at a busy intersection.




Moulay Youssef Regional Hospital Center.

Direction Régionale du Ministère de la Santé et de la Protection sociale Casablanca Settat (Regional Directorate of the Ministry of Health and Social Protection Casablanca Settat).

Mural by Cheri Lee Charlton - the Moroccan Barbary Lion and the American Bald Eagle- emblems of Morocco and the US.

الثانوية الإعدادية الإدريسي - Al-Idrissi Secondary School

Mural by artist: Dynam.


Mural ditembok ini adalah tentang "Anniversary of the Green March" Maghribi. 
🔴Green March ialah demonstrasi besar-besaran strategik pada November 1975, yang diselaraskan oleh kerajaan dan tentera Maghribi, untuk memaksa Sepanyol menyerahkan wilayah separuh metropolitan yang dipertikaikan dan autonomi Sahara Sepanyol kepada Maghribi. 
🔴Kerajaan Sepanyol sedang bersiap sedia untuk meninggalkan wilayah itu sebagai sebahagian daripada penyahjajahan Afrika, sama seperti ia telah memberikan kemerdekaan kepada  Equatorial Guinea pada tahun 1968. 
🔴Penduduk asli di kawasan itu, orang Sahrawi, bercita-cita untuk membentuk sebuah negara merdeka. 
🔴Demonstrasi kira-kira 350,000 orang Maghribi maju beberapa kilometer ke wilayah Sahara Barat. Maghribi kemudiannya menguasai sebahagian besar bekas Sahara Sepanyol, yang terus dipegangnya hingga sekarang.

Foire Internationale De Casablanca (Casablanca International Fair) building.



Kami pun tiba di Kompleks Masjid Hassan II. This is Médiathèque de la Fondation de la Mosquée Hassan II de Casablanca (Media library of the Hassan II Mosque Foundation of Casablanca) building.

Bangunan di hujung sana itu pula ialah Académie des Arts Traditionnels (Academy of Traditional Arts).

🔴Masjid Hassan II (Grande Mosquée Hassan II) merupakan masjid kedua terbesar yang berfungsi di Afrika dan merupakan yang ke-14 terbesar di dunia.
🔴Menaranya ialah menara kedua tertinggi di dunia pada ketinggian 210 meter. 
🔴Masjid ini terkenal dengan seni bina Islam yang indah, yang merupakan gabungan gaya tradisional Maghribi dan moden.

🔴Disiapkan pada tahun 1993, ia telah direka oleh Michel Pinseau (arkitek Perancis) di bawah bimbingan Raja Hassan II dan dibina oleh tukang-tukang Maghribi dari seluruh Maghribi.
🔴Pada masa itu pembinaan masjid ini menelan belanja lebih daripada 585 juta Euro yang semuanya dibiayai dengan wang awam. 
🔴Pembinaan masjid ini mengambil masa 6 tahun dengan lebih daripada 6,000 tukang untuk membinanya. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1986 dan siap pada tahun 1993.

🔴Masjid Hassan II ini sebenarnya unik dari segi seni bina dan saiznya. Dengan menara yang menjulang sehingga 200 m tinggi dan mempunyai laser 30 km yang diarahkan ke Makkah, ia dianggap sebagai bangunan keagamaan tertinggi di dunia.
🔴Masjid ini bibina di atas tanjung yang menghadap ke Lautan Atlantik. Dindingnya daripada marmar buatan tangan dan bumbung boleh digerak buka-tutup. 
🔴Maksimum 105,000 jemaah boleh berkumpul untuk solat: 25,000 di dalam dewan masjid dan 80,000 lagi di luar masjid.

🔴Masjid ini adalah salah satu daripada dua masjid Maghribi yang dibuka kepada pengunjung bukan Islam dengan mengikuti lawatan berpandu (guided tour) berbilang bahasa dijalankan di luar waktu solat untuk pengunjung yang berpakaian sederhana. 

🔴Masjid ini menjulang di atas Lautan Atlantik. Bangunannya dibina sebahagiannya di darat dan sebahagiannya di atas lautan. Penempatan ini dicapai dengan membina platform yang menghubungkan singkapan batu semula jadi yang ditebus dari laut. 

🔴Dua pemecah ombak besar turut dibina, untuk melindungi masjid daripada tindakan hakisan ombak laut, yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter. 
🔴Sebuah jeti sementara sepanjang 800 meter perlu didirikan untuk melindungi asas tiang daripada laut semasa tempoh pembinaan.
🔴Kelebihan alam sekitarnya ialah ia bebas daripada bunyi dan pencemaran serta menerima angin segar dari laut.

🔴Selain dari bangunan masjid, struktur lain di kawasan ini ialah madrasah, hammam, muzium sejarah Maghribi, dewan persidangan dan perpustakaan yang sangat besar yang dikatakan yang "paling komprehensif di dunia Islam." 
🔴Terdapat 41 air pancut di halamannya yang semuanya dihias dengan baik. 
🔴Taman di sekeliling masjid ini dijaga dengan baik dan merupakan lokasi yang popular untuk berkelah bersama keluarga. 






🔴Madrasah yang direka bentuk secara tradisional merangkumi kawasan seluas 4,840 meter persegi termasuk ruang bawah tanah. Setinggi dua tingkat, ia dibina dalam bentuk separuh bulatan, bersebelahan dinding kiblat dan bahagian mihrab.

🔴Konteks sejarah masjid itu bermula dengan kematian King Mohammed V pada tahun 1961. King Hassan II telah meminta agar para arkitek/jurubina/artis terbaik negara itu tampil ke hadapan dan mengemukakan rancangan untuk membina sebuah makam bagi menghormati King Mohammed V.

🔴Pada tahun 1980, semasa sambutan hari lahirnya, King Hassan II telah menyatakan cita-citanya untuk mewujudkan satu monumen mercu tanda di Casablanca dengan menyatakan:
"Saya berharap Casablanca dikurniakan sebuah bangunan yang besar dan indah yang boleh dibanggakan sehingga akhir zaman. Saya ingin membina masjid ini di atas air, kerana takhta Allah SWT adalah di atas air. Oleh itu, orang beriman yang pergi ke sana untuk bersolat, memuji Pencipta alam semesta ini, dapat merenung langit dan lautan Tuhan".

🔴Masjid ini telah direka oleh arkitek Perancis Michel Pinseau yang pernah tinggal di Maghribi, dan telah dibina oleh kumpulan kejuruteraan awam Bouygues.
🔴Semasa tempoh pembinaan yang paling sibuk, 1,400 pekerja bekerja pada siang hari dan 1,100 lagi pada waktu malam. Seramai 10,000 artis dan tukang turut serta membina dan mengindahkan masjid. 

🔴Kerja dimulakan pada 12 Julai 1986 selama tujuh tahun. Pembinaan telah dijadualkan untuk siap pada tahun 1989 sempena ulang tahun ke-60 King Hassan II. 
🔴Bagaimanapun, masjid ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang menyebabkan perasmiannya tertangguh. Perasmian rasmi itu kemudiannya dipilih pada Rabi' al-Awwal ke-11 tahun 1414 Hijrah, bersamaan dengan 30 Ogos 1993, yang juga menandakan malam ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. 

🔴Kos pembinaan masjid ini, dianggarkan kira-kira 585 juta euro, merupakan isu perdebatan di Maghribi, sebuah negara berpendapatan sederhana rendah. 

🔴Walaupun King Hassan II berhasrat untuk membina sebuah masjid yang bersaiz kedua terbesar selepas Masjid al-Haram di Makkah, namun kerajaan Maghribi kekurangan dana untuk projek sebesar itu. 
🔴Sebahagian besar pembiayaan adalah melalui sumbangan awam. 12 juta orang menderma untuk tujuan itu, dengan resit dan sijil diberikan kepada setiap penderma. 
🔴Sebagai tambahan kepada derma awam dan dari pertubuhan perniagaan serta negara lain, negara barat turut menyediakan pinjaman, yang telah pun dibayar sepenuhnya oleh kerajaan Maghribi.







Foire Internationale De Casablanca (Casablanca International Fair) building.


Selepas melawat Masjid Hassan II dari luar, kami dibawa pula melihat masjid ini dari tepi persisiran pantai.







Pemandangan masjid dari sudut ini memang indah dengan berlatar belakangkan sinaran matahari yang sedang tenggelam di Laut Atlantik.
🔴Menara masjid ini adalah setinggi 210 meter dan merupakan menara tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 1993.
🔴Ia mempunyai pancaran laser yang dipasang di bahagian atas, yang dikendalikan secara elektronik pada waktu petang. Ia berorientasikan ke arah Makkah dan mempunyai jarak 30 kilometer.

🔴Masjid ini menggabungkan seni bina Islam dan unsur Maghribi, dan mencerminkan pengaruh Moor, sambil memaparkan reka bentuk moden. 
🔴Ia memaparkan unsur-unsur yang terdapat di bangunan Maghribi lain seperti masjid yang belum siap di Rabat dan Masjid Koutoubia di Marrakesh. Terdapat ciri-ciri dari kubu Rom lama yang ditukar menjadi makam Raja Mohammed V di Rabat. 
🔴Unsur-unsur lain adalah dari Masjid Tour Hassan, Dome of the Rock (juga dikenali sebagai Qubbat al Sakhra 688–692 AD), Masjid Agung Madinah (705–710 AD), Masjid Kairouan di Tunisia (663 AD), Masjid Agung Masjid Damsyik (705–715 M), Masjid Agung Cordoba (785–786 M), Masjid Quarawiyyin (956 dan 1135 M) di Maghribi, Masjid Agung Tlemcen (1136), dan Djamaa el Kebir (1096).

🔴Konkrit yang digunakan untuk membina menara masjid ini adalah jenis gred tinggi khas, yang boleh berfungsi dengan baik dalam keadaan buruk akibat gabungan angin kencang dan seismik. 
🔴Ini dicapai oleh Jabatan Sains Kumpulan Bouygues, kontraktor untuk projek itu, yang membangunkan konkrit kekuatan tambahan empat kali lebih kuat daripada konkrit biasa. 
🔴Dipanggil B.H.P (konkrit tahan tinggi), ia menawarkan rintangan kepada nilai mampatan sebanyak 1200 bar per meter persegi (didakwa sebagai rekod dunia) dan mempunyai masa penetapan yang sangat cepat. Ini membolehkan pembinaan struktur yang lebih tinggi sambil mematuhi jadual pembinaan. 
🔴Kren khas juga direka untuk disesuaikan dengan ketinggian menara untuk penbinaan menggunakan jenis konkrit ini.

🔴Muka fasad menara ini telah diukir dengan hiasan dari bahan-bahan yang berbeza dengan krom dan hijau sebagai warna dominan (sebagai pengganti penggunaan batu bata), yang kebiasaannya digunakan dalam banyak menara-menara terkenal yang lain.

🔴Jubin hijau menghiasi menara ini untuk satu pertiga daripada ketinggian dari atas, dan kemudian menukar warna kepada hijau tua atau biru; warna-warna yang dikatakan dipilih oleh pereka untuk meraikan kehidupan seorang raja.

🔴Semua granit, plaster, marmar, kayu dan bahan lain yang digunakan dalam pembinaan masjid ini, telah diekstrak dari sekitar Maghribi, kecuali beberapa tiang granit putih Itali dan 56 candelier kaca.

🔴6,000 tukang tradisional Maghribi bekerja selama lima tahun untuk mencipta mozek yang banyak dan cantik, lantai dan tiang batu dan marmar, acuan plaster berukir, dan siling kayu yang diukir dan dicat. 

🔴Kerja pembinaan melibatkan penglibatan 35,000 pekerja dan bekerja lebih 50 juta jam.
Permukaan luar masjid memaparkan kemasan titanium, gangsa dan granit.




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment