Wednesday, July 24, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - THE DEPARTURE - DUBAI TO CASABLANCA

Assalamualaikum.
Persinggahan transit kami di Dubai adalah kira-kira 2 jam.

Keluar dari pesawat menuju ke gate connecting flight.


Dubai Airport ini sangatlah besar. Terpaksalah kami berjalan laju. Sebelum ke gate, mesti lalu sekuriti dulu dan di situ juga ambil masa. 

Bergegas berjalan sambil ambil gambar... hihi.

Lalu kawasan kedai yang panjang. Jangan haraplah nak menyinggah walau pun ada masa 2 jam masa transit ini... hihi.



Naik lif.


Emirates ialah syarikat penerbangan antarabangsa terbesar di dunia, terbang ke 158 destinasi di 85 negara. Jadi tentulah airport ini sering sesak. Fyi, di section sesak penumpang, kalau nak masuk toilet, kena beratur panjang. 

Sampai di gate B21. Punyalah ramai penumpang. Fyi, penerbangan sambungan kami dari Dubai ke Casablanca adalah menggunakan pesawat Airbus 380 i.e kapal terbang besar, makanya ramailah sungguh passengers.

Pesawat Emirates Airbus 380 EK 751 dijadualkan berlepas dari Dubai ke Casablanca di Morocco pada pukul 7.30 pagi. Seawal jam 6.30 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Pukul 6:30 pagi, suasana sudah terang.




Masa menunggu nak masuk pesawat, kami bersembang dengan beberapa pelancong pencen dari Tasmania, Australia yang beratur bersama kami. Aunties and uncles ini sangatlah mesra dan kelakar. Seronok berborak dengan mereka. Love their witty and hilarious remarks 😄. Mereka sebenarnya sedang mengembara ke seluruh Afrika Utara. Selain Morocco, mereka juga akan berkunjung antara lain ke Tunisia. Mereka juga beritahu pernah ke Malaysia and they gave very good review especially Malaysian food. 

Melangkah masuk ke pesawat dan membaca doa.

Terjadi pula satu insiden di mana kami dimarah oleh seorang pak cik tua Morocco bila saya beritahu dia dan kawan dia (juga seorang pak cik tua) duduk di seats kami. Tak tahulah kami apa yang dijerit-jeritkan pada kami sebab dia cakap dalam bahasa Arab, atau Moroccan Arabic. Melihat kejadian itu beberapa Moroccan passengers lain cuba membantu kami tapi pak cik tua itu jadi bertambah garang dan tetap enggan berpindah tempat duduk. Akhirnya kru kabin Emirates bersama the other Moroccan passengers managed to get both of them off our seats. Selepas itu ramai penumpang rakyat Morocco di sekeliling kami meminta maaf kepada kami atas sikap pak cik tadi. Dari pada mulanya kami rasa agitated, kami rasa terharu pula atas permintaan maaf beramai tersebut.

Suasana di dalam pesawat Airbus.

In-flight info.


Kamera di ekor kapal terbang.

Arah Kiblat.

Flight path from Dubai to Casablanca.

Penerbangan kami ke Casablanca lewat berlepas selama hampir sejam kerana proses kemasukan penumpang ke pesawat yang panjang dan kerana berlakunya penumpang-penumpang yang menukar tempat duduk sesuka hati mereka. Penerbangan yang sepatutnya berlepas pada jam 7.30 pagi hanya berlepas pada jam 8.15 pagi.

Penerbangan dari Dubai ke Casablanca sangat panjang, lebih kurang selama 8 jam 40 minit. Dengan jarak penerbangan yang begitu jauh, memanglah kami bersyukur dapat terbang dengan pesawat Airbus 380 seperti ini kerana tempat duduknya selesa dengan legroom yang luas.
Sajian penerbangan sewaktu menuju ke Casablanca


Travel tips during flight.

Kami berdua memanglah suka tengok flight paths ini 😃.






Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang di atas Laut Mediterranean.

Sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.


Terbang atas Tunisia.



Pemandangan dari kamera bawah pesawat.



Alhamdulillah, kami pun selamat tiba di Cassablanca. Kami tiba di Casablanca lewat sejam dari jadual kerana penerbangan kami dari Dubai lewat sejam. Pesawat kami selamat tiba di Mohammed V International Airport di Casablanca, Morocco, pada pukul 1.35 tengah hari. Waktu di Morocco lewat tiga jam berbanding Dubai dan tujuh jam berbanding Malaysia.

Turun dari pesawat. Cantik sungguh langit Casablanca pada hari itu.

Menaiki bas untuk ke bangunan terminal.

Saya suka kalau dapat turun di apron/tarmac begini sebab dapat ambil gambar pesawat dengan dekat 😃.

Besar betul Airbus 380 ni.




Tiba di pintu Arrival.

Pesawat penerbangan nasional Morocco ~ Royal Air Maroc.


Royal Air Maroc.


مرحبا بكم في المغرب - Welcome to Morocco - Bienvenue au Maroc

Berjalan ke tempat pemeriksaan passport.

Kapal terbang besar, ramai penumpang, makanya banyaklah beg-beg. Jenuh kami menunggu beg-beg kami di luggage carrousel ini. Letih juga kami terintai-intai kerana ada 2 conveyor belts dan ramai orang.

Akhirnya kami terduduk bersandar di tepi luggage carrousel ini 😄.

Ada model Masjid Hassan II yang menjadi kebanggaan Casablanca di tempat pengambilan bagasi.

Ada sepasang suami isteri dalam kumpulan kami yang tidak menemui bagasi mereka. Sambil mereka membuat laporan kehilangan bagasi, Tour Leader kami Encik Hatta mencadangkan supaya kami keluar dulu bersolat di surau bahagian luar.

Di surau ini tiada tempat berwuduk disediakan, which was really pelik. Maka terpaksalah kami ke toilet untuk berwuduk. Dan lagi pelik, tandas awam dalam airport ini juga tiada tempat berwuduk dan tiada paip air untuk kemudahan beristinjak. Pelik la pada kami sebab kan "Morocco is a “sovereign Muslim state” and Islam is the religion of the state".

Ruang solat lelaki yang luas. Kata isteri surau wanita pula adalah sebuah ruang yang sempit. Sudahlah sempit, ramai pulak wanita Arab yang tidur di dalamnya ketika itu. Walau dikejutkan dan diminta beralih, mereka buat tidak peduli. Terpaksalah bergilir-gilir bersolat di satu ruang sempit di dalam surau yang sememangnya sudah sedia sempit itu.

Berjalan ke bas. Encik Hatta dan pasangan suami isteri yang kehilangan bagasi tadi datang menemui kami di surau ini. Syukurlah bagasi mereka ditemui juga akhirnya. 

Aéroport international Mohammed V / Mohammed V International Airport.



Berkumpul menunggu bas. 

Di sini kami bertemu Local Tour Guide kami yang bernama Mohsein. Peramah orangnya dan sudah lebih 13 tahun bekerja menerima tetamu dari Malaysia. Jadi dia boleh la juga cakap beberapa patah perkataan Melayu. Perkataan favourite Mohsein adalah "Jom, jom!" bila mengajak kami ke mana-mana.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment