Wednesday, July 31, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - CASABLANCA - LA CORNICHE

Assalamualaikum.
Selepas stop di tepi Hassan II Mosque, kami ke kawasan tepian pantai La Corniche pula yang lokasinya di sebelah Hassan II Mosque di tepian Lautan Atlantik. Kebetulan masa itu adalah waktu matahari sedang terbenam, makanya sungguhlah indah pemandangannya.

La Corniche ialah daerah tepi pantai dan persiaran di bandar Casablanca Maghribi. Terdapat banyak kelab, hotel eksotik dan pusat peranginan indah yang terletak di kawasan pinggir pantai yang cukup popular ini. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan panoramik Laut Atlantik yang sangat indah dan bandar yang menakjubkan dari kawasan waterfront.

Di sebelah kanan itu adalah sebahagian dari bangunan Masjid Hassan II.

Tepi pantai ini adalah tempat yang menarik dengan banyak pusat riadah, teater, pawagam dan restoran. Tidak hairanlah bahawa Corniche adalah salah satu tempat melepak paling popular di bandar ini. Kawasan ini juga merupakan tempat yang bagus untuk bersiar-siar di pantai atau berjoging, selain menikmati tempat-tempat hiburan, makan di luar atau berpesta.

Persiaran pinggir laut sepanjang beberapa kilometer yang dikenali sebagai La Corniche ini menunjukkan sisi berbeza kepada Casablanca: sebuah bandar dengan pemandangan laut yang terbuka dan penuh dengan kehidupan.

La Corniche ini bermula di utara old medina, dan ia merangkumi sepanjang beberapa kilometer di sebelah hadapan laut Atlantik, dengan pemandangan-pemandangan ikonik seperti Masjid Hassan II dan rumah api bersejarah El Hank, selain pusat membeli-belah Anfaplace, pawagam Megarama, pantai Lalla Meryem dan Ain Diab, dan zon pejalan kaki yang indah yang sampai ke Morocco Mall yang serba moden.

Merakam keindahan matahari terbenam dari La Corniche.



Kelihatan El Hank Lighthouse.


Pemandangan Marine promenade of Hassan II Mosque - Persiaran laut Masjid Hassan II.

Salah satu projek penjanaan semula bandar utama di bandar Casablanca ini ialah mengubah kawasan persiaran pinggir laut dari Masjid Hassan II ke El Hank Lighthouse kepada ruang awam yang luas, dengan taman, kafe dan pemandangan laut yang indah menjadikan ia tempat yang sesuai untuk berjalan-jalan sambil menikmati matahari terbenam.

Direka bentuk untuk menjadi platform untuk beriadah dan tempat pertemuan untuk semua rakyat, persiaran laut Masjid Casablanca Hassan II ini menyumbang kepada perpaduan sosial, memperbaiki keadaan hidup penduduk dan mengukuhkan daya tarikan pelancong di bandar ini.

Projek ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan perjanjian berkaitan dengan menaik taraf garis pantai wilayah Casablanca-Settat.

Sebuah taman bandar yang indah yang terbuka kepada orang ramai dengan jalan pantai di sepanjang laut. Ia juga akan merangkumi kawasan panorama, kawasan rekreasi, kawasan kebudayaan serta zon menempatkan restoran dan kafe.



Menyusuri pantai Lautan Atlantik di Boulevard Sidi Mohamed Ben Abdellah.
🔴Sidi Mohammed ben Abdallah al-Khatib dikenali sebagai Mohammed III dilahirkan pada 1710 di Fes dan mangkat pada 9 April 1790 di Meknes. 
🔴Beliau ialah Sultan Maghribi dari 1757 hingga 1790 sebagai ahli dinasti 'Alawi. 
🔴Beliau adalah gabenor Marrakesh sekitar tahun 1750. 
🔴Beliau membina semula banyak bandar-bandar Morocco selepas gempa bumi tahun 1755, termasuk Mogador, Casablanca dan Rabat.
🔴Abdallah Laroui (ahli falsafah, ahli sejarah dan novelis Maghribi) menyifatkan beliau sebagai "arkitek Maghribi moden." 
🔴Beliau juga mengalahkan Perancis dalam ekspedisi Larache pada tahun 1765 dan mengusir Portugis dari Mazagan (al-Jadīda) pada tahun 1769.

Selain Masjid Hassan II, satu lagi binaan ikonik yang ada di pesisir pantai ini adalah El Hank Lighthouse ini.

🔴El Hank lightouse ini ialah rumah api yang terletak di hujung daerah El Hank, di barat pelabuhan Casablanca. 
🔴Ia diuruskan oleh Port and Maritime Authority within the Ministry of Equipment, Transport, Logistics and Water.

🔴Rumah api ini, yang dinamakan sempena lokasi di mana ia dibina, adalah rumah api tertinggi di Maghribi. 
🔴Ia telah dipulihkan oleh arkitek Perancis Albert Laprade yang mereka bentuk semula rabung dan landskap persekitarannya pada tahun 1916, yang diilhamkan oleh menara-menara purba. 
🔴Ia mula beroperasi pada tahun 1920 dan membantu pembangunan bandar Casablanca, kerana ia memudahkan akses ke pelabuhan, yang sebelum ini dianggap berbahaya.
🔴El Hank Lighthouse ini tingginya 51 meter, dengan diameter 39 meter pada dasarnya. 
🔴It is equipped with a 2nd order Fresnel lens and the lighting apparatus has 6 panels of 0.70 m, rotating on mercury. With an intensity equivalent to 2.1 million candelas, the lighthouse has a luminous range of 30 nautical miles (about 55 kilometers). It emits three grouped flashes every 15 seconds.

El Hank Lighthouse dibuka kepada pelawat dan merupakan salah satu tarikan pelancong di Casablanca. Pengunjung perlu mendaki 256 anak tangga untuk sampai ke platform atas.

Kami terus merakam keindahan matahari terbenam dari dalam bas. Ketika ini kami sudah pun masuk ke Boulevard de la Corniche pula.

Ini Pantai Lalla Meryem (Plage Lalla Meryem), salah satu pantai yang popular di Casablanca ini.

Pantai ini terbentang sepanjang kira-kira 1.5 km dan mempunyai kawasan pantai berpasir keemasan, dengan beberapa kawasan berbatu.

Fakta menarik tentang Plage Lalla Meryem ini adalah bahawa pantai ini dinamakan sempena Puteri Lalla Meryem, kakak kepada Raja Mohammed VI dari Maghribi. 

Restoran tepi pantai La Cascade.






Keindahan Pantai Lalla Meryem (Plage Lalla Meryem) dilihat dari jauh.

Bangunan tinggi itu adalah Hotel Azur Casablanca, sebuah hotel mewah 4 bintang. Berhampiran hotel itu juga terdapat Wafaa Al-Sultan Corniche, Piscine Tropicana (swimming pools), Piscine Miami (swimming pool) dan Tahiti Beach Club (bar and grill). Ada fasiliti swimming pools mungkin untuk ketika keadaan laut yang ganas dan merbahaya.



Cantik sungguh pemandangan ini... SubhanAllah.


Passed by Rond point Ain diab (a garden).


Ada sign besar Anfaplace Mall.


Thalasso Hotel & Spa, a 4-star hotel.



Ketika ini kami berada di dalam kawasan Enfa. Enfa, yang merupakan kawasan pinggir bandar yang kaya, adalah kawasan rumah kelas atas dengan sedikit struktur awam atau komunal. Jenis perumahan yang utama ialah vila individu dengan landskap yang besar; walau bagaimanapun, beberapa rumah bandar atau kondominium juga kini banyak dibina di sepanjang sempadan timur Enfa, menghubungkan kawasan itu dengan suasana Casablanca yang lebih terbuka.
Left: Softgroup Immobilier, a real estate developer in Casablanca

La Paillote, a bar.

🔴Ini adalah King Abdulaziz Al Saud Mosque yang dibina oleh King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud. Beliau adalah Raja dan Perdana Menteri Arab Saudi dari 1 Ogos 2005 hingga kematiannya pada 2015.
🔴Konsep pembinaan masjid ini telah diilhamkan oleh amalan Royalti Saudi yang membina masjid kecil di sebelah rumah mereka di mana sahaja mereka tinggal.
🔴Di Enfa pada 1979, sebuah masjid kecil dengan kapasiti 400 orang pada mulanya dibina bersebelahan dengan rumah percutian putera raja itu. Putera itu kemudiannya membina masjid ini yang jauh lebih besar dengan kapasiti 5,000 jemaah kerana masjid sebelumnya tidak boleh lagi menampung jumlah jemaah yang makin bertambah.
Al-Saoud Mosque
مسجد الملك عبدالعزيز آل سعود - King Abdulaziz Al Saud Mosque


Kanan: Tahiti Beach Club.

Piscine Tropicana, a swimming pool.

Kami pun turun dari bas untuk jalan-jalan di pesisiran Pantai Lalla Meryem sambil menikmati matahari terbenam. Kami diturunkan di كورنيش وفاء السلطان atau Wafaa Al-Sultan Corniche.

Haaa... baru la puas hati ambil gambar sunset dari tepi pantai begini berbanding dari dalam bas, yang sedang bergerak pula..... 😄

Pemandangan di Wafaa Al-Sultan Corniche, dengan Pantai Lalla Meryem di kiri dan Boulevard de la Corniche di sebelah kanan. 




Berbual dengan Mohsein, our local tour guide.

Pemandangan El Hank Lighthouse yang epik.




Suasana tepian pantai yang sejuk nyaman dan berangin.

Ok, jom saksikan lagi keindahan matahari terbenam di Lautan Atlantik dari La Corniche Casablanca, Morocco.





Bergambar kenangan di La Corniche, Casablanca, Morocco.

Bergambar dengan Mohsein.



Hotel Azur Casablanca.


Restoran Al Tazaj (kanan).









Ok, jom ke kota Marrakech.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment