Friday, November 11, 2022

BALKAN - BOSNIA & HERZEGOVINA - PLIVA WATERFALL

Assalamualaikum.
Selepas perjalanan dalam bas selama lebih 2 jam kami pun selamat tiba di Jajce dari Bihac. Jajce ialah sebuah bandar yang terletak di Central Bosnia Canton of the Federation of Bosnia and Herzegovina, sebuah entiti Bosnia dan Herzegovina.

Suasana di bandar Jajce. 

Kelihatan di atas bukit sana Jajce Fortress, Bosnia and Herzegovina.
The Walled City of Jajce (Bosnian, Croatian and Serbian: Jajačka tvrđava, Serbian Cyrillic: Јајачка тврђава) is a medieval fortified nucleus of Jajce in Bosnia and Herzegovina, with Jajce Citadel high above town on top of pyramidal-shaped steep hill, enclosed with approximately 1,300 metres (4,300 ft) long defensive walls,. It is one of the best preserved fortified capitals of the Bosnian Kingdom, the last stronghold before the kingdom dissolved under the pressure of military advancement at the onset of Ottoman Empire takeover.

Di Jajce kami stop di tempat lawatan pertama kami di Bosnia and Herzegovina iaitu Pliva Waterfall. 

Tempat bas parking di Autobusna Stanica Jajce (Bus Station Jajce). Ada disediakan kemudahan tandas di sini. 


Untuk melihat air terjun Pliva, kena jalan agak jauh juga, lebih 200 meter menurun bukit. 


Suasana pemandangan jalan ke air terjun adalah sangat scenic.

Jalan menurun bukit memang la senang. I kept thinking kepayahan kena panjat bukit ni masa nak balik ke bas nanti... hihi 😅.

Berjalan santai dalam suasana yang indah dengan suhu belas-belas. Nyaman. Still, eloklah memakai jaket.

Nak masuk ke kawasan air terjun Pliva ini kena beli tiket. Tak tahu berapa harga tiket sebab diuruskan oleh Mehmet our tour guide. Already included dalam pakej percutian kami ini.


Berjalan menurun bukit lagi. Agak curam juga dan jalannya berbatu, so kena be extra careful.  


Tentulah sekejap-sekejap mesti berhenti ambil gambar bila pemandangan indah sungai sebegini terpapar di depan mata 😃. 

Ini adalah sungai Vrbas. Panjang keseluruhannya adalah 250 kilometer. Aktiviti popular di sungai ini adalah water rafting dan fly fishing. 

Pliva waterfall yang akan kami lihat nanti terletak di pertemuan sungai Vrbas ini dan sungai Pliva. 

Deras dan jernih airnya. Ingin sekali lagi saya nyatakan di sini, suasana tempat ini adalah begitu nyaman sekali. Mendengar deruan air sungai, dengan suasana matahari memancar, pemandangannya indah serta  suhu yang dingin... sungguh menenangkan. Kadang-kadang saya lupa atau tak sempat to immerse myself begitu sebab maklum sajalah bila touring begini selalunya kena lekas sebab ada time limit bila melawat di satu-satu tempat.

Itu dia... sudah nampak Pliva Waterfall. 

Dari jarak ini sudah dengar kuat deruan air terjunnya. The fine mist from the waterfall pun sudah tempias pada kami masa berjalan ni.

Eh... kejap, ada itik Mallard pulak di sungai Vrbas ni 😃. Hampir tak nampak sebab agak jauh di bawah sana. 

Welcome to Pliva Waterfall, 
Jajce, Bosnia and Herzegovina 😃. 
🌊The Pliva Waterfall is located by the town of Jajce, in central Bosnia and Herzegovina, where the river Pliva meets the river Vrbas. The waterfall is a large tufa, also known as travertine barrier, making over 22 meters cascade on the Pliva river, in a narrow karstic zone, which follows the Pliva course, retracted into a flysh and limestone contact zone. It was 30 meters high, but after an earthquake during the Bosnian war and attacks on the power plant further up the river, the area was flooded and now the waterfall is 22 meters high.
🌊The old Jajce walled city core, including the waterfall, and other individual sites outside the walled city perimeter, such as the Jajce Mithraeum, is designated as The natural and architectural ensemble of Jajce and proposed for inscription into the UNESCO's World Heritage Site list. The bid for inscription is currently placed on the UNESCO Tentative list.

Ada platform dibina di depan air terjun ini untuk menyenangkan pengunjung melihat air terjun ini. Also mudahlah nak ambil gambar, or so I thought. Actually, di platform ini tempias percikan air terjun ini adalah lebih kencang dengan angin yang kuat. Habis cermin mata dan lens kamera basah! Lepas klik kamera, kena lap lens... klik-lap-klik-lap... hahaha 😄😅.

Kebetulan kedudukan matahari adalah di belakang kami dan pancaran cahayanya tepat sudutnya di air terjun ini membentuk pelangi. 

Cantik! SubhanAllah.


Pemandangan sungai Vrbas di tepi air terjun.


Lihatlah betapa lebatnya tempais air terjun ini! Basah jugalah dibuatnya 😄.

Untuk pemandangan-pemandangan sudut lain air terjun ini, pelawat boleh naik ke atas sana. 

Moh kita panjat tangga-tangga ni.



Amazing view!


Bukan saja di bawah sana, di atas ini juga dibina platforms for visitors to enjoy the fantastic view of the waterfall.



Pemandangan platform di tingkat atas ini. 

Pemandangan platform di bawah tadi. 

Nampak tu! Tempias air terjun tu dah macam hujan! 😃

Di platform ini ada poster 'Skokovi s vodopada Jajce' yang bermaksud 'Jumps from Jajce waterfalls'. Rupanya di air terjun ini ada diadakan acara tahunan tersebut. Ia adalah satu pertandingan terjun antarabangsa.

Di puncak atas air terjun ini ada sebuah platform. Dari situlah para peserta terjun akan melompat ke kolam di dasar air terjun ini. 

The professional jumpers akan buat landing pada dasar ini. Setiap terjun akan diberi markah oleh panel judges. Terjun di Pliva Waterfall Jajce ini adalah salah satu tempat yang paling mencabar tetapi juga tempat yang paling indah untuk terjun. Ia adalah daya tarikan istimewa bagi penerjun untuk melompat dari air terjun semula jadi yang terletak di tengah-tengah bandar bersejarah Jajce.

Ok, ini beberapa screenshots dari event 'Međunarodni skokovi s vodopada u Jajcu - 2021' - 'International jumps from the waterfall in Jajce - 2021'. 










Pastinya mestilah bergambar di tempat indah begini. 

Kena cepat-cepat bergambar sebab tempias... hihi 😄.



Selesai lawatan kami pun berjalan semula balik ke bas. 







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment