Monday, March 28, 2016

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA BATU GAJAH DAN GEREJA KATOLIK SAINT JOSEPH BATU GAJAH

Hari tu saya temankan isteri ke Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah, Perak kerana my wife dan kakak dia ada urusan harta pusaka di situ.

Kepada sesiapa/ibu dan bapa kita yang ada harta alih dan tak alih [tanah], cepat-cepat la kita dan mak/ayah buat wasiat kerana kalau tak buat, nak buat tuntutan atau nak bahagi-bahagi harta tanah amatlah rumit prosesnya. Nak buat wasiat silalah pergi ke Amanah Raya di Ground Floor, Wisma Amanah Raya, No 2, Jalan Ampang, 50508 Kuala Lumpur.

Jika tiada wasiat, pewaris ada 3 pilihan di mana urusan harta si mati boleh dilakukan. Mereka adalah Amanah Raya, Pejabat Tanah dan Mahkamah Syariah melalui Pejabat Agama. 

Foto bawah adalah poster proses Pembahagian Pusaka Kecil di Pejabat Dearah dan Tanah Kinta ni. Step pertama nak isi borang tu bukan senang. Banyak dokumen-dokumen perlu disertakan. Jadi mak dan ayah dan kita semua yang masih hidup lagi ni elok sangat la cepat-cepat buat wasiat. Bila kita dah tak de di dunia ni nanti, susah pewaris-pewaris kita nanti kalau tak de wasiat. Dan takut kita 'tersangkut' sebab hal-hal harta dunia kita tidak di settle sebelum kita mati. 

Dah ada kemudahan secara Online. Jangan la tunggu-tunggu lagi ya especially kalau mak/ayah kita yang dah meninggal dunia dan masih ada harta/tanah mereka yang belum diuruskan.   
Jika berlaku kematian, kena bersegera buat 3 perkara. 
1) Uruskan jenazah si mati
2) Selesaikan hutang si mati
3) Urus pusaka si mati

Sebenarnya entry ni saya nak buat pasal bangunan. Tapi since saya dah bercerita kenapa kami ke pejabat daerah dan tanah ni maka tu yang terbercerita sekali tentang pengurusan harta pusaka :).

So semasa isteri dan kakak ipar sedang sibuk berurusan, saya yang tidak dibenarkan untuk masuk sama ke dalam Bilik Bicara Kuasa ketika perbincangan dibuat, decided daripada duduk je di kerusi luar bilik tu lebih baik saya merayau-rayau di sekeliling pejabat daerah ni. 

Sebenarnya saya cukup tertarik dengan bangunan di sini. Masa masuk parking ketika sampai tadi lagi saya dah teruja.  

My first thought was what an amazing job they did in restoring the old buildings. Really good job! And I also thought that it was such an important effort for them to repair and restore these historic buildings to their former glory. Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. 

Beginilah keadaan bangunan ini sebelum kerja-kerja pemulihan. 
Sumber

Kerja-kerja pemulihan sedang dilakukan.
Sumber

Dan inilah bangunan kolonial Court House selepas restorations. 

Tersergam. Masa tu macam biasa la bila saya di tempat bersejarah macam ni saya mula la membayangkan bagaimana suasana masa zaman kolonial di sekitar bangunan-bangunan ni. 

Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah. 
Di kompleks ni ada banyak pejabat, antaranya ialah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Bicara Kuasa Tanah. 

Di sebelah papan tanda Pelan Tunjuk Arah kompleks ni ialah dredging bucket kapal korek timah. Dulu perlombongan timah memang banyak di sini jadi saya rasa diletakkan dredging bucket ini di sini adalah sebagai satu peninggalan sejarah.
Dredging bucket ni digunakan di kapal korek untuk menyedok pasir dan lumpur yang bercampur bijih timah yang diangkat ke atas kapal untuk diproses. Macam rantai motor, dredging buckets ini disambung menjadi satu rantai. Macam rantai motor juga, ia boleh putus. Bila putus dredging buckets tu akan jatuh ke dalam lombong. Jadi penyelam akan ditugaskan untuk menyangkutkan rantai pada dredging buckets tadi untuk ditarik ke permukaan dan dipasang balik pada kapal korek. 

Di Batu Gajah ada beberapa bangunan lama bersejarah yang dibina sekitar tahun 1800 dan 1930 dan tersenarai dalam List of British Colonial Buildings. Bangunan-bangunan tu adalah Hospital Batu Gajah, Kinta Prison, Kellie's Castle dan Court House. 

Dan inilah bangunan Court House tu. Bangunan Pejabat Daerah Kinta ini telah dibina pada tahun 1892, ketika Sultan Idris Iskandar Syah memerintah Perak. Ia dibina dan dimiliki oleh Frank Swettenham, the first British Resident of Perak. State Engineer ketika itu ialah Francis St. G . Caulfield. 
Pada tahun 1892 bangunan ini digunakan oleh District Office, Public Works Department juga oleh Batu Gajah Court yang berperanan sebagai High Court.

Ia sebenarnya terdiri daripada tiga bangunan yang dihubungkan oleh laluan pejalan kaki berbumbung. Court House adalah yang di bangunan tengah. 

Pelan lantai bangunan ini dibina mengikut bentuk cruciform [salib] berdasarkan budaya gereja Kristian di negara barat dahulu. Bangunan itu direka untuk melambangkan keadilan menggunakan prinsip budaya kristian dilambangkan dalam seni bina kolonial. 
Betul ke bentuk salib? Jom tengok aerial view bangunan ni dengan Google map. 
Hmm... betul. Tapi tak de apa salahnya kan. 

Tulisan 'COURT HOUSE' was preserved. 

Ada plak pada dinding bangunan ni tercatat tahun bangunan ini dibina iaitu 1892, dibina ketika Sultan Idris Iskandar Syah memerintah Perak, dibina oleh Frank Swettenham, the first British Resident of Perak dan the State Engineer ketika itu Francis St. G. Caulfield.

Plak perasmian Kompleks Pentadbiran Daerah Kinta, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan, Yang Dipertua dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. 

Secara estetika, seni bina bangunan kolonial British di Malaysia adalah pada dasarnya satu hibrid di mana gaya seni binanya berbeza dan diubah suai mengikut penggunaan bahan-bahan binaan tempatan yang ada pada masa itu dan bergantung juga pada tradisi seni bina. 
Pada abad ke 19, British telah menerima pakai gaya seni bina campuran British dan Mughal [Indian Muslim] di India, dan biasanya digunakan dalam bangunan pentadbiran.

Di depan bangunan ini juga ada plak 7 wasiat Raja-Raja Melayu. 

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Menggunakan cara pemulihan bangunan seperti yang di Eropah adalah tidak sesuai dilakukan untuk memulihkan bangunan ini walaupun design dan style bangunan ni sama macam yang di Eropah. Sebab cuaca sini dan sana tak sama. Also bahan binaan yang digunakan untuk buat bangunan ni dan yang di Eropah adalah tak sama. Jadi mesti guna pendekatan saintifik untuk selidik masalah, kerosakan, kecacatan dan keteguhan bangunan ni. 

Bukan senang ya nak restore bangunan lama. 

Bukaan seperti pintu dan tingkap, bingkai, tiang dan struktur-struktur lain telah direka untuk menggambarkan ideologi British tentang kuasa mereka dan untuk memperkenalkan klasik modenisme di Malaya. 

Walau pun Court House ini mempunyai gaya seni bina campuran tetapi pelan bangunan ini nyata gaya Eropah.

Jenis bangunan begini yang selalu ditemui semasa tahun 1880-an, mempunyai beberapa pengaruh baroque dan gaya Palladian semasa zaman kebangkitan semula Renaissance.



Grill tingkap yang asal masih lagi ada dan digunakan. Ada tertera tahun bangunan ini dibina iaitu pada 1892.



Lepas tu saya ternampak sign 'Galeri' dan terus jadi excited.. hehe. Saya pun naik ke tingkat 1 tapi malangnya tutup pulak pintu kaca galeri tu. Saya jenguk ke dalam, tak de orang. Di depan Galeri ni pun tak de security guard. Tapi saya tak putus asa. Tiba-tiba teringin sangat nak tahu apa ada dalam galeri tu. Dan saya pun teringat tadi ada lalu kaunter pertanyaan, jadi saya terus ke sana. Saya tanya staf di situ adakah Galeri tingkat 1 boleh dilawat orang awam? Ya, kata staf wanita tu. Saya kata galeri tu kunci. Staf tu request saya ke naik ke tingkat 1, ke pejabat 'Bahagian Khidmat Pengurusan' dan bertanya di sana. 

Saya pun naik la ke bahagian tu dan diminta duduk sebentar oleh seorang staf wanita kerana Puan Anne [Ketua Penolong Pegawai Daerah - Khidmat Pengurusan] tak de di pejabat masa tu. Kena ada kebenaran dari Puan Anne dulu sebelum boleh masuk ke galeri tu. Wah.. tetiba saya rasa macam menyusahkan je pulak mengacau mereka bekerja. Masa menunggu tu kebetulan isteri saya dah selesai urusan dia di pejabat Bicara Kuasa and joined me menunggu. Masa tu ada saya terfikir juga mungkin kalau nak ke galeri tu kena tulis surat dulu in advance seeking approvals siap dengan sebab-sebab kenapa nak ke galeri tu. But then saya fikir kalau dibuka pada public tak kan la nak kebenaran bertulis pulak kan. Boleh walk in terus, ye tak? Tambah lagi kalau betul nak kena tulis surat bagai mesti staf yang minta saya menunggu tu dah beritahu saya.

Dalam 15 minit Puan Anne pun sampai. Staf tadi masuk ke dalam pejabat Puan Anne. Lepas tu kami dijemput masuk ke pejabat Puan Anne. Saya ditanya saya ni siapa, apa sebab nak ke galeri tu dan berapa ramai nak ke galeri tu. Baik je cara saya ditanya tu. Saya pun terus terang kata saya ke situ sebab temankan isteri saya yang ada urusan di pejabat tanah. Yang saya suka bangunan-bangunan kolonial lama dan bila ternampak galeri tu dan kalau dibenarkan nak lawat galeri tu. Saya tambah cuma kami berdua je. Puan Anne pun beri kebenaran. Saya diberitahu saya ditanya soalan siapa/kenapa/berapa ramai tadi sebab pihak pengurusan pernah menerima beberapa permohonan kebenaran nak ke galeri tu contohnya dari pelajar-pelajar kolej/universiti, sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat perfileman. Jadi kalau tujuan rasmi/group visits mesti la minta kebenaran dan untuk rekod. Saya rasa kami dibenarkan on the spot sebab kami ni cuma request dari individuals. 

Eh.... amboi, ada orang shooting filem ke dalam galeri tu? Apa sebenarnya ada dalam galeri tu? Tambah curious jadinya.. hehehe..

Kami pun dibawa oleh staf Bahagian Khidmat Pengurusan tadi ke Galeri. 

Ada poster ni. Sejarah Court House di Batu Gajah. Ia adalah Supreme Court Building yang kedua dibina selepas yang pertama di Kuala Lumpur. 
Banyak kes telah didengar di Mahkamah Majistret. Sebagai senior magistrates di Batu Gajah, George Maxwell dan W.P Hume mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati. Mereka ditakuti oleh kumpulan-kumpulan perompak kerana selalu mengarahkan hukuman sebat awam. 

Ini pula poster 'The history of the Modern Malaysian Judiciary'. Sejarah bermula dengan pembelian Pulo Penang [sekarang Pulau Pinang] pada 1786 oleh Captain Francis Light.

Haaaa...... inilah yang ada dalam Galeri ni! Ada bilik perbicaraan mahkamah zaman kolonial! Awesome!! :)
Ok, saya kongsi sedikit sejarah ringkas mahkamah ni:
- Pada tahun 1892 bangunan ini adalah lokasi Batu Gajah Court yang berperanan sebagai High Court. 
- Pada 1903, High Court telah dipindahkan ke Ipoh dan Batu Gajah Court ini dijadikan District Court. Kemudian digunakan sebagai Magistrates' Court, tapi hanya di tingkat atas sementara lantai bawah digunakan oleh Land Office. 
- Pada 1994, Magistrates' Court dipindahkan ke bangunan baru juga di Batu Gajah. 
- Pada 1998, bangunan ini bersama bangunan-bangunan lain di Batu Gajah telah diletak di bawah kawalan Sultan Perak yang telah mengecat bangunan ini dengan warna putih, warna kegemaran sultan. 
- Pada 2007, bangunan ini telah diubahsuai dan dijadikan Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah.

Mahkamah adalah fungsi utama di bangunan ini di mana pihak British membawa penjenayah-penjenayah ke muka pengadilan. 

Ini pelan bilik mahkamah di bangunan Court House ni. 

Tumpuan utama di sini adalah tentunya meja hakim, yang terletak di platform yang tinggi dari lantai, lokasi tempat duduk yang paling baik dengan laluan khas, semua ini membantu dalam menumpukan perhatian ke arah hakim.



Lantai mahkamah ini keseluruhannya adalah dibuat dari kayu untuk beradaptasi dengan keadaan cuaca yang panas. Kayu yang digunakan adalah kayu cengal kerana ketahanan dan tidak diserang anai-anai.

Sambil meneliti bilik ni, terbayang keadaan film shoot di sini. Court drama agaknya.. hehehe... 

Perabot-perabot adalah dari kayu jati dan mahogany diwarnakan hitam. Rekaan kerusi-kerusinya ringkas tanpa sebarang hiasan/ukiran dan dengan sandaran yang tegak.

Saya juga diberitahu ada syarikat dari luar negara yang datang lokasi ni untuk buat dokumentari. Ada architecture students yang datang buat research. Ada juga lawatan-lawatan dari pelajar-pelajar sekolah. 

Kandang pesalah. Tinggi kandang ni. Kalau saya berdiri dalam tu, sampai ke dagu. 

Ada kerusi dengan seat yang dibuat dari rotan sesuai dengan cuaca yang panas. Digunakan oleh British yang juga ada bertapak di India di mana rotan banyak didapati. 

Di belakang bilik bicara ada holding cell ni. Agaknya untuk mengurung penjenayah-penjenayah sementara menunggu giliran dipanggil untuk dibicara. 



Wah! Tak sangka betul ada pulak dewan mahkamah ni di bangunan pejabat daerah ni. To me this is such a wonderful experience. Terasa macam dibawa ke zaman kolonial pulak :).

Kami pun beredar. Ternampak poster 'Sejarah Batu Gajah' ni.
"Bandar bertuah ini adalah tempat keputeraannya DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah iaitu seorang Sultan yang berkaliber, yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-9". 

"Batu Gajah telah melahirkan ramai lagi tokoh-tokoh terkemuka seperti Raja Asal, William Kellie Smith, Ho Yuk Phooi, Charles Alma Baker, Kerani Ariff, Dato’ Mustapha Albakri, Syed Shaidali dan K. Malaiperumal Pillay. Nama-nama terkenal dalam bidang agama termasuk Tuan Syed Abdul Kadir (Kadi Pertama Batu Gajah), Haji Salleh bin Lebai Awang (Ketua Imam Masjid), Haji Abdul Hamid (Guru Agama), Mohamad Nawawi (wartawan dan sarjana bahasa Arab) dan Cikgu Ali (Guru Quran dan Imam). Terdapat ramai lagi tokoh yang terkenal dalam semua bidang ketokohan seperti perlombongan, getah, pentadbiran dan pendidikan". 

"Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870-an. Menurut diari J.W.W. Birch, Resident British Pertama di Perak, beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah. Ini menunjukkan perkembangan awal Batu Gajah adalah berkait rapat dengan kegiatan perlombongan bijih timah yang mula berkembang di Jajahan Kinta pada masa itu". 

"Mengikut satu lagi versi, iaitu versi yang mungkin lebih credible, nama Batu Gajah diambil daripada nama sebuah kampung Mandailing di Medan, Indonesia. Kampung tersebut masih lagi wujud. Biar apa sekali versinya, perlu dinyatakan di sini bahawa gajah bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu. Binatang darat paling besar ini telah digunakan secara meluas bagi pengangkutan darat di negeri-negeri Melayu sehinggalah awal tahun 1910-an. Dalam Perarakan Diraja Perak, pasukan gajah yang membawa rengga (tempat duduk belakang gajah) biasanya dihias berwarna-warni diiringi oleh juak-juak (biduanda) yang berpakaian indah membawa alat-alat kebesaran dan payung Diraja. Disamping itu, gajah juga digunakan dalam kerja-kerja pembalakan dan mengangkut hasil serta alatan perlombongan di Daerah Kinta". 

Sejarah Sistem Pentadbiran Batu Gajah. 
Sistem Pentadbiran Batu Gajah:

Batu Gajah terletak di Mukim Sungai Terap iaitu salah sebuah mukim dalam Jajahan Kinta. Pada peringkat awal, Mukim Sungai Terap merupakan Pusat Pentadbiran di bawah pegangan Dato’ Amar DiRaja iaitu Orang Besar Enam Belas di bawah kelolaan Datuk Panglima Kinta, sehinggalah campur tangan British di Perak. Apabila British campur tangan, hak wibawa Pembesar Melayu untuk mengutip cukai dan mentadbir kawasan masing-masing dimansuhkan. Peranan Dato’ Amar DiRaja sebagai pentadbir semakin kurang penting apabila Batu Gajah dijadikan Pusat Pentadbiran British di Jajahan Kinta pada tahun 1892. 

Ketua Pentadbiran Jajahan Kinta ialah Tuan Pegawai Daerah atau D.O (District Officer) yang berpengalaman memandangkan Batu Gajah kaya dengan hasil buminya. Pegawai Daerah Kinta selalunya akan dilantik menjadi Resident British di negeri-negeri Melayu yang lain. Sepanjang tahun 1890-an sehingga 1900-an, pembangunan di Batu Gajah agak pesat. Pentadbiran British telah mendirikan Pejabat Daerah, Mahkamah Majestret dan Pejabat Tanah Dan Galian pada tahun 1892. 



Untuk melengkapkan kemudahan pentadbiran British, pelbagai bangunan turut dibina seperti balai polis, penjara (1902) dan hospital. Kekayaan hasil bumi di Batu Gajah ketika itu telah menarik minat Mr. John Brooke Scrivenor, ahli kaji bumi pertama di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang sampai ke Malaya pada 17 September 1903. Mr. John Brooke Scrivenor berpendapat Batu Gajah mempunyai potensi yang baik, maka pusat kaji bumi yang pada mulanya terletak di Kuala Lumpur dipindahkan ke Batu Gajah pada tahun 1908. Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur, Jabatan Mergastua (PERHILITAN) dan Jabatan Hutan telah diadakan. Selain itu, rumah-rumah banglo untuk kediaman Pegawai British juga disediakan. Perkembagan pentadbiran dan perlombongan bijih timah di Batu Gajah telah mendorongkan British membina jalanraya dan jalan keretapi. 

Dalam tahun 1893, landasan keretapi telah dibina dari Tapah Road ke Teluk Intan dan dari Ipoh ke Batu Gajah. Dalam tahun 1894, landasan keretapi Ipoh ke Batu Gajah telah disambung dengan Kota Bahru, Perak.

Sumber: pdtbatugajah

Selepas keluar dari Galeri, masih ada lagi a few minutes sebelum nak bertolak balik jadi saya ambik beberapa lagi snaps. 

Saya suka bangunan kolonial begini dan ingin mengucapkan syabas sekali lagi kepada semua pihak-pihak yang terbabit dalam kerja-kerja restorations for such a splendid job done. 

Masa nak ke pajabat ni memang tak sangka pulak bangunannya bangunan kolonial Britsh. On top of that terjumpa pulak Galeri yang ada dewan mahkamah dari zaman kolonial. 
Syukur Alhamdulillah.

Saya tetiba berkobar nak cari lagi bangunan kolonial atau bangunan lama di Batu Gajah ni. Tapi just one more building je yang sempat kerana kami mesti pulang ke KL asap. Moreover, jalan-jalan cari bangunan lama ni adalah sesuatu yang tidak dirancang. Jadi saya pujuk la isteri saya untuk cari satu je lagi bangunan. Dia pun cadangkan kami ke sebuah gereja just a short drive dari Pejabat Daerah dan Tanah Kinta ni. Yay! :)

Dan kami pun tiba di gereja ni iaitu Gereja Katolik Saint Joseph, Batu Gajah, Perak. Masa tu ingat nak ambik dari pagar luar sahaja sebab tak tahu samada dibenarkan masuk atau tidak.

Tak jauh gereja ni dari Pejabat Daerah dan Tanah Kinta. 

Sedang saya ambik gambar tu saya ternampak seorang lelaki Cina di dalam kawasan gereja ni.  
Gereja ni asalnya dibina dari kayu pada 1885 oleh Rev. Fr. P. Allard. Beliau adalah seorang mubaligh Kristian bangsa Perancis yang dihantar ke Perak pada 1874 oleh Society of Foreign Missions of Paris, sebuah organisasi mubaligh Roman Katolik. Gereja ini dibina lengkap dengan sebuah sekolah dan doctrine house. Untuk mewujudkan tabung pembinaan gereja, Rev. Fr. P. Allard terpaksa membuat penternakan ayam dan penanaman sayur-sayuran.

Saya pun masuk, approached the Chinese gentleman, bertegur dan perkenalkan diri. Baik uncle tu, dengan senyuman layan saya. Saya tanya boleh ke saya jalan-jalan di gereja ni dan ambik gambar. Uncle tu kata boleh. In fact, dia siap offer nak jalan sama dan tunjukkan tempat tu pada saya. Baiknya uncle tu. 
Gereja ini dibina kerana kedatangan pelombong-pelombong Cina Kristian Katolik secara beramai-ramai dari Larut ke Batu Gajah sejak tahun 1880an. By1885 dah ada 250 orang Cina Katolik di Batu Gajah.

Sambil jalan tu, uncle tu pun bercerita tentang sejarah bangunan gereja ni. Saya tanya nak masuk dalam gereja ambik gambar boleh ke? Dia kata tak jadi masalah. 
Kemudian sekitar tahun 1927 hingga 1929, gereja ini digantikan dengan bangunan batu oleh paderi gereja ketika iaitu Fr. Noel Maury. Pembiayaan datang dari penduduk tempatan, bekas-bekas pastor dan juga badan-badan korporat seperti Perancis Tekka Mines.

Oh by the way, nama uncle tu ialah Mr. Christopher. Dia bercerita dia ke gereja ni sejak dari kecil lagi. Sekarang dia adalah salah seorang dari Extraordinary Ministers of Holy Communion di gereja ini.
Pada tahun 1957, Fr. Narbias, paderi ketika itu,  telah mengasaskan Catholic Welfare Service dan Chinese Catechists Training Centre yang pertama di Malaya. 

Just to be sure and to be respectful, saya tanya lagi tak apa ke kalau saya masuk ke dalam gereja ni dan ambik gambar. Saya tak mahu mengganggu atau melanggar sebarang peraturan gereja. Uncle Christopher senyum je kata tak perlu risau, it is ok. He said he will accompany me. 
Gereja St. Joseph hari ini masih merupakan tempat ibadat utama bagi para penganut-penganut Katolik di Batu Gajah. Gereja ini telah menghasilkan dua archbishops, antaranya Emeritus Gregory Yong of the Archdiocese of Singapore dan Archbishop Murphy Pakiam, of the Archdiocese of Kuala Lumpur. Ia mempunyai dua chapels luar iaitu St Jude's Chapel di Gopeng dan Chapel of the Holy Family di Lembah Kinta.

Tapi sebelum masuk bangunan gereja, uncle Christopher kata nak bawak saya ke kawasan kubur dahulu. Haaa... kawasan kubur? Dia kata ini kawasan perkuburan lama, since the 1800s. Kira macam tempat bersejarah la sebab saya ada kata pada uncle Christopher yang saya suka bangunan-bangunan lama dan tempat-tempat bersejarah. 

Ni la first time saya nak masuk kawasan perkuburan Kristian. Historic burial ground pulak tu. Sebelum masuk tu saya baca la apa yang patut sambil memohon pelindungan dariNya. 

Peta lokasi Catholic Cemetery St.Joseph Church. 
Inilah the 'Historic Catholic Cemetery of St Joseph's Church'. Ada 2 bahagian: Pertama adalah kawasan perkuburan lama sejak awal kurun ke 19 semasa gereja St. Joseph dibina. Bahagian ke 2 ialah perkuburan sejak tahun 1950-60an hingga sekarang. 

Pemandangan dari pintu gerbang. Bersama uncle Christopher kami pun masuk ke kawasan perkuburan ini melalui di celah-celah antara kubur.

Kata uncle Christopher ini adalah salah satu kubur yang sudah tidak dapat dikenalpasti kerana sudah tiada sebarang tanda atau butir simati pada kubur ini disebabkan faktor cuaca dan tiada penjagaan. Kata Uncle Christopher kemungkinan besar kubur ini kubur early pioneers in Perak.  

Satu lagi kubur lama yang tidak dapat dikenal pasti. 

Ini pula kubur Frederick Aloysius, the beloved son of Joan and of Frederick Joseph Weld of the F.M.S [Federated Malay States] Civil Service. Frederick Joseph Weld ni ialah seorang Residen British di Perak.
Born 11th. April. Died 9th. May 1906. Tahun dilahirkan tidak dicatat bermakna Frederick Aloysius dilahirkan di tahun yang sama dia meninggal. Jadi dia cuma hidup selama kurang sebulan sahaja.

Masa tengah buat blog entry ni, saya terperasan nama si ayah ada nama 'Weld'. Mungkinkah mereka ni ada kaitan dengan Gabenor Negeri-negeri Selat Sir Frederick Weld?  Saya pun check la genealogy Sir Frederick Weld.  Rupanya betul la kubur yang kami jumpa ni ialah kubur cucu kepada Sir Frederick Weld.

Jadi atuk kepada Frederick Aloysius ni atau bapa kepada Frederick Joseph Weld adalah Sir Frederick Weld. Sir Frederick merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat dari 1880-1887. Tempat-tempat yang dinamakan sempena nama beliau:
- Port Weld [ditukar ke Kuala Sepetang] 
di Perak. Beliau telah bina landasan kereta api pertama di Malaya dari Taiping ke Port Weld.
- Weld Road di Kuala Lumpur [ditukar ke Jalan Raja Chulan]
- Weld Hill di Kuala L
umpur [ditukar ke Bukit Mahkamah].   

Btw, itulah uncle Christopher. Dia tengah menunjukkan satu kubur kanak-kanak bernama Oswald yang mati masa berumur 1 tahun. 
Kanak-kanak yang bernama Oswald ini lahir pada 28hb. Mac 1904 dan meninggal pada 24hb. April 1905, lebih kurang sebulan selepas harijadi dia yang pertama.

Termasuk kubur Oswald ni, ia adalah kubur kanak-kanak yang ke 2 uncle Christopher dan saya jumpa. Agaknya kenapa ya? Mungkinkah masa tu ada ramai kanak-kanak yang meninggal kerana penyakit dan tiada rawatan dan ubat ketika itu? 

Masa cari info gereja ni terjumpa pula obituary tahun 1935 ni yang pengkebumiannya simati adalah di tanah perkuburan gereja ini. 

Satu lagi kubur pioneer in Perak.


Ini pula kubur Rev. Fr. Peter Narbais Jaureguy, Parish Priest of Batu Gajah 1957-66. 


Uncle Christopher kata ini adalah kubur-kubur orang kaya dulu-dulu di Batu Gajah kerana can afford tombs yang besar begini. 

Setakat itu sahaja saya nak berjalan di kawasan kubur tu dan tak mahu masuk lebih ke dalam lagi. Cukup le ke barisan kubur di bahagian depan je. Uncle Christopher ada bertanya saya samada saya nak ke kawasan kubur yang satu lagi iaitu yang ada kubur-kubur tahun 1950-60an hingga sekarang. Saya politely declined sebab saya cuma interested nak ke bahagian historic cemetery tu je. 

Sebelum masuk ke gereja uncle Christopher bawa saya dulu ke bahagian belakang gereja. 

Dan inilah yang nak ditunjuk oleh uncle Christopher. Ini adalah bekas tapak gereja lama yang dibina pada tahun 1885. Tak siapa akan perasan tapak ni kalau tak ditunjuk. Masih lagi ada batu tapak gereja lama tu disebalik lalang yang tumbuh meliar. 130 tahun usia tapak tu. Kata uncle Christopher memang section ni dibiarkan kosong tanpa sebarang binaan sebagai tinggalan kesan sejarah gereja. 

Kami nak masuk ke gereja masa tu tiba-tiba uncle Christopher ajak saya ke bangunan adminstration sebab kebetulan paderi gereja St. Joseph ni baru sampai. Lalu saya diajak uncle Christopher untuk berjumpa dengan Fr. Andrew Stephen. Saya kata boleh ke sebab tak nak la ganggu Fr. Andrew Stephen. Uncle Christopher kata Fr. Andrew will be happy to see you. Ok lah. Tak sangka pulak dapat jumpa priest gereja ni.
Inilah Fr. Andrew Stephen. Lepas bersalam saya teruslah memperkenalkan diri dan tujuan saya ke gereja ni. Saya tambah uncle Christopher had been so kind to take me around. Also told him that we went to the historic cemetery to see old tombs. Fr. Andrew was very welcoming and that immediately put me at ease. Saya sangat concern kalau kedatangan saya akan mengganggu pula. Tapi Fr. Andrew ok je. Dia bercerita, kalau tak silap saya, dia asalnya orang Penang dan dah beberapa tahun di gereja St. Joseph ni. Saya kata dia nampak muda, dia ketawa dan kata dia tak lah semuda yang saya sangka. Seronok sembang dengan Fr. Andrew especially sebab sebelum ni saya tak pernah lagi berbual dengan seorang paderi di Malaysia ni.  

Fr. Andrew juga bercerita tentang foto-foto lama yang ada di pejabat dia. Bagaimana foto-foto tu penting sebagai salah satu bahan arkib gereja dan some of the photos were restored seperti, sebagai contoh, foto-foto di bawah ni.


Bila saya minta izin nak ambil gambar mereka, Fr. Andrew dan uncle Christopher ok je :). They were actually very nice and very friendly. 

Di depan bangunan pejabat admin ni ada grotto ni. Grotto adalah sebuah gua buatan yang kecil dan selalunya ada air mengalir seperti grotto ini. Grotto ini ada patung the Blessed Virgin. Juga dikenali sebagai Marian grotto. 

Not wanting to take too much of Fr. Andrew's time, saya rasa masa tu elok saya beredar tapi sebelum tu saya pun ucapkan terima kasih pada Fr. Andrew kerana sudi menerima kedatangan saya dan bersembang dengan saya. Fr. Andrew kata tak de masalah, datang je bila-bila masa :). 

Now baru la uncle Christopher bawak saya masuk ke dalam gereja.

Suasana di dalam gereja St. Joseph Catholic Church. Cuma ada seorang wanita India sahaja yang sedang bersembahyang di situ masa tu. Saya tanya uncle Christopher ok ke kalau saya masuk sebab takut ganggu wanita tu. Uncle Christopher senyum je kata ok. Agaknya by now dia dah letih nak help overcome my concerns.. hehehe... Bukan apa, ni kan tempat ibadat mereka dan saya bukannya tahu peraturan-peraturan di situ. Jadi kena la hormat.

Ada patung Jesus di altar. 

Dan saya ternampak buku Bible lama ni. Jadi saya pun tanya la uncle Christopher. Dia kata Bible ni sudah lama usianya tapi dia tak berapa pasti berapa tahun. Saya pun suggested cuba tengok tarikh publication Bible ni. Uncle Christopher terus menyelak buku ni. Takut la pulak masa tu kot ada helaian yang terkoyak. 

Ada tertulis 'sic ergo vos orabitis' yang bermaksud 'Thus therefore shall you pray'. 

Akhirnya jumpa mukasurat yang ada satu tarikh edisi September 27th. 1850. Wah... Bible ni dah berusia 166 tahun. 

Satu lagi yang menarik perhatian saya dalam gereja ni ialah cecair dalam botol-botol kaca ni. Saya tanya dulu pada uncle Christopher boleh ke ambik gambar. Bila saya tanya cecair apakah itu, dia terangkan tapi saya tak berapa faham. Jadi saya research sikit sebab rasa curious sangat nak tahu. Sebelum ni saya tak tahu pun pasal minyak-minyak ni. 
Mengikut kepercayaan penganut agama Kristian:
Oil of the sick [kiri]: Minyak zaitun blessed oleh bishop of a diocese yang digunakan dalam sakramen pengurapan [menyapu minyak pada dahi] orang sakit.
Chrism oil [tengah]: Minyak zaiton [atau minyak sayuran lain jika tiada minyak zaiton] yang digunakan semasa Baptism. Juga blessed by 
bishop of a diocese. Selalunya ada wangian balsam.
Oil of Catechumens [kanan]: 
Minyak yang digunakan semasa Baptism. Ia dipercayai untuk menguatkan orang yang dibaptis untuk menjauhkan diri dari kejahatan, godaan dan dosa.





Ada juga stained glass ni. 


2 daripada 14 Stations of the Cross. Saya ambik 2 gambar ni je dari 14 yang ada di gereja ni. Susah nak ambik sebenarnya sebab tinggi kedudukkannya. Saya pulak cuma pakai camera handphone je ni. 
Kiri: Station of the Cross no. 1 - Jesus is condemned to death.
Kanan: Station of the Cross no. 2 - Jesus carries his cross. 

1928, tahun gereja ni dibina semula dari rumah kayu ke bangunan batu oleh Fr. Noel Maury

Senarai dermawan kepada dana pembinaan gereja versi bangunan batu. 

Tertera juga senarai jadual tugasan Extraordinary Ministers of Holy Communion St. Joseph Catholic Church. 

Selesai explore gereja St. Joseph ni maka berakhirlah 'tour' saya bersama uncle Christopher yang begitu baik hati dan ceria orangnya :). Saya sebenarnya hanya terfikir nak ke dalam gereja sahaja tapi dibawa juga oleh uncle Christopher ke historic cemetery, ke tapak lama gereja St. Joseph yang asal dan bertemu dengan Fr. Andrew Stephen. I could not have asked for more :). Needless to say I really thanked uncle Christopher for showing me around the church. 

Okeh, selesai dah catatan saya ke 2 buah binaan bersejarah di Batu Gajah ni. Sebenarnya memang tiada rancangan nak buat ini semua kerana tujuan asal saya ke Batu Gajah adalah untuk menemankan isteri saya yang ada urusan di pejabat tanah. Sebab tu la semua gambar-gambar ni diambil menggunakan cuma handphone camera sahaja. Kira ok kan foto-foto dari phone Samsung :).

Sekian dan terima kasih.

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. bestnya entri ni!!

    hehhehee
    i am a history junkie kannn..
    and old blidings!!

    jap
    nak balik..
    sat lagi baca balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I knew you'd enjoy reading historical stuff.. hehehe...

      Saya pun doc macam seronok buat entry ni. First, sebab tak pernah lagi but entry macam ni. 2nd, seronok pulak buat research nak dapatkan historical facts as well as some related general information. 3rd, I just love the 'discoveries' like the mahkamah and Weld's cucu. 4th, sebab berlaku benda2 yang tak disangka like bukan je dapat ambik gambar church tu dari luar, siap dapat masuk dalam dengan diiring oleh seorang Church member, dapat jumpa priest dan pergi tengok historical cemetery dan tapak church yang asal.

      Delete