Monday, November 28, 2022

BALKANS - BOSNIA & HERZEGOVINA - FROM SARAJEVO TO MOSTAR - JABLANICA

Assalamualaikum.
Sambung cerita perjalanan kami dari Sarajevo ke Mostar. Masa on the way to Mostar, kami dibawa berhenti di Jablanica, salah satu bandar di Bosnia & Herzegovina. 

Perbandaran Jablanica ialah destinasi pelancongan utama di Bosnia dan Herzegovina. Ia menawarkan pelbagai jenis aktiviti. Pergunungan di sekitarnya seperti Plasa, Čvrsnica dan Prenj menawarkan kedua-dua kawasan perburuan dan pelbagai laluan mendaki.
Purata ketinggian Jablanica ialah 202 meter di atas paras laut. Kira-kira 69% daripada kawasan perbandarannya seluas 301 km2 adalah berhutan. Tasik Jablanica adalah ciri geografi serta ekonomi yang penting di Jablanica.

Passing through the town. On the right is Gradska džamija Jablanica - Jablanica city mosque. 

Sungai Neretva mengalir melalui Jablanica, yang bersambung dengan Tasik Jablanica yang namanya diberi sempena Municipality Jablanica ini. 

Di taman tengah bandar ini ada Centralno Spomen Obilježje - Central Memorial Park untuk memperingati 144 martyrs, killed, missing and dead from Jablanica in the 1992 war of defense and liberation. A place to remember the heroes who gave their lives for their city and state of BiH.
"Let the lights, fountains and granite of this monument forever bear witness to the grandeur of the deed, i.e. the freedom, which were presented by our defenders in the last war"
Salem Dedić, mayor of the municipality Jablanica

Jablanica dan kampung sekitarnya terletak di lembah Vrbas.
Bingo Hipermarket Jablanica

Masa melalui bandar ini dari dalam bas kelihatan gunung Čvrsnica, salah satu gunung tertinggi di Bosnia & Herzegovina.

Kawasan Jablanica mempunyai sejarah aktiviti manusia sejak bronze age, dan berkembang semasa era Rom dan Zaman Pertengahan, yang terbukti dengan penemuan 42 tapak sejarah dengan 683 nekropolis dengan makam-makam stećak. Stećak atau Stećci ialah nama untuk batu nisan zaman pertengahan yang monumental, yang terletak di seluruh Bosnia dan Herzegovina, dan bahagian sempadan Croatia, Montenegro dan Serbia.

Pada zaman dahulu, wilayah ini memperoleh kekayaannya daripada kumpulan-kumpulan karavan yang melalui antara Dubrovnik dan Bosnia, menyeberangi lembah Vbras. 

Banci pertama pada 1477 merekodkan 3 kampung di dalam dan sekitar Jablanica (Žuglići, Ostrožac dan Čehari), dan banci kedua pada 1488/89 melaporkan sejumlah 67 rumah dengan penduduk bercampur Kristian dan Islam. 

Semasa zaman Uthmaniyyah, wilayah Jablanica mendapat sedikit perhatian, sebaliknya Konjic menerima pembiayaan seperti pembinaan jalan raya. Pembandaran Jablanica bermula pada zaman Austro-Hungary dengan pembinaan jambatan, terowong, rumah dan pangsapuri, dan stesen kereta api.

Hari ini, Jablanica ialah sebuah destinasi percutian yang popular untuk penduduk tempatan dan asing yang dalam perjalanan dari Konjic ke Mostar. 

Di Jablanica ini kami dibawa melawat salah satu historical landmark Bosnia & Herzegovina iaitu Memorial complex "Battle of the Neretva" yang terkenal dengan jambatan kereta api di atas sungai Neretva yang telah dimusnahkan oleh partisan semasa Perang Dunia Kedua. Battle of the Neretva adalah disebabkan oleh rancangan strategik serangan gabungan Axis powers pada tahun 1943 terhadap Partisan Yugoslavia. Axis powers ialah pakatan tentera yang memulakan Perang Dunia II dan berperang melawan pihak Allies. Anggota utamanya ialah Nazi Jerman, Kerajaan Itali dan Empayar Jepun.

Memorial Complex of the Battle ini didedikasikan untuk Battle on the Neretva. Untuk memperingati peristiwa ini dengan bermaruah dan berintegriti, sebuah Kompleks Memorial telah dibuka pada 12 November 1978 untuk menandakan ulang tahun ke-35 Pertempuran Neretva. Ia telah dirasmikan oleh Josip Broz Tito. Berikutan amalan ketika itu di mana pembinaan sesebuah muzium peringatan dibina di tapak bersejarah yang asal, kompleks ini juga dibina di tempat di mana detik-detik penting berlaku.
Pada tahun 2009, Commission to Preserve National Monuments of BiH menetapkan tapak bersejarah ini - the memorial complex of the Battle on the Neretva di Jablanica sebagai National Monument of Bosnia and Herzegovina.

Josip Broz (7 Mei 1892 – 4 Mei 1980), juga dikenali dengan nama Tito, merupakan seorang revolusioner komunis Yugoslav yang berkedudukan penting dalam politik Yugoslavia dari tahun 1943 sehingga kematiannya pada 1980. Beliau lebih dikenali dalam peringkat antarabangsa sebagai ketua Pergerakan Negara-Negara Berkecuali bersama-sama Jawaharlal Nehru, Gamal Abdel Nasser, Sukarno dan Kwame Nkrumah.

Pameran utama di kompleks peringatan ini adalah jambatan Neretva yang dirobohkan di sungai Neretva, sebagai simbol Battle for the Wounded. Jambatan besi ini dibom oleh Tentera Partisan Yugoslavia di bawah pimpinan General Tito untuk menghalang kemaraan tentera Nazi dari Jerman. Selepas tamat Perang Dunia Kedua ia telah dibina semula tapi dibom sekali lagi untuk filem Battle of Neretva pada tahun 1968.

Sebuah filem partisan epik Yugoslavia 1968 berdasarkan peristiwa sebenar Perang Dunia II dan the Battle of Neretva juga ada dibuat. 'Battel of Neretva' adalah filem paling mahal yang dibuat di SFR Yugoslavia. Filem ini telah dicalonkan dalam kategori Academy Award for Best Foreign Language Film tapi tidak menang.
Poster 'Battle of Neretva', 1968

Untuk satu adegan dalam filem  'Battle of Neretva' jambatan besi di kompleks ini telah dibom. Antara alasan lain untuk merobohkan jambatan ini ialah supaya satu hari nanti ia boleh dijadikan tarikan pelancong. Lepas diletup dan dirakam, tiada satu rakaman pun boleh digunakan kerana asap yang berkepul-kepul sehingga tidak dapat melihat apa-apa. Maka diputuskan supaya jambatan itu dibaiki semula dan dimusnahkan sekali lagi. Masalah dengan asap yang berlebihan berlaku lagi dan adegan jambatan yang diletupkan dalam filem itu akhirnya dirakam menggunakan replika bersaiz kecil di studio di Prague. Di bawah adalah beberapa babak jambatan itu diletupkan dalam filem Battle of Neretva.
Bom-bom sedang di pasang pada jambatan

Jambatan diletupkan oleh pelakon Yul Brynner, a Russian actor

Jadi jambatan ini telah diletupkan dan roboh sebanyak 3 kali. Kali pertama ketika perang dan dibina semula untuk diletupkan kali kedua dan ketiga masa penggambaran filem. 

Bahagian jambatan yang masih boleh dilihat di gaung sungai Neretva ini adalah sisa dari set filem Battle of Neretva. Selain jambatan yang telah roboh, di kompleks ini juga dipamerkan kepala keretapi (73 series locomotive) dan satu gerabak yang berada di atas landasan keretapi yang asal.  

A well-known 73 series locomotive, designed and built by the Krauss factory in Linz, Austria, in 1913. 



Untuk mendapatkan pandangan jambatan roboh dengan lebih jelas, kami dibawa ke sebuah jambatan yang juga dibina menyeberang sungai Neretva ini. 

Pemandangan sungai Neretva ke arah utara.





Merakam foto dari jambatan ini. 

Pemandangan pergunungan yang indah.




Dari kompleks ini kelihatan gunung Čvrnica yang merupakan salah satu gunung tertinggi di Bosnia dan Herzegovina. Ia terletak di bahagian utara Herzegovina dan juga merupakan puncak tertinggi di Herzegovina (Pločno 2228 meter). Di kawasan pergunungan ini terdapat lebih daripada sepuluh puncak yang tingginya lebih dari 2,000 meter. 

Čvrnica terletak di kawasan perbandaran Posušje, Jablanica dan Mostar, dan juga merupakan sebahagian daripada Blidinje Nature Park. Ia adalah destinasi kegemaran pendaki gunung dari negara ini dan seluruh rantau disebabkan keindahan persekitaran semula jadinya yang luar biasa.

Pergunungan ini mempunyai tiga jenis iklim: iklim Mediterranean di dasar gunung, iklim Eropah Tengah di lereng bukit dan iklim alpine di puncak dan dataran tinggi. Selama enam bulan kawasan pergunungan ini mengalami suhu purata di bawah sifar darjah Celsius.

Sebuah restoran di tepi sungai Neretva.


Di bahagian tengah kompleks peringatan ini dibina bangunan muzium, yang mempunyai seni bina moden. Muzium ini direka oleh Branko Tadić, Zdravko Dunđerović dan Mustafa Ramić.

Nama muzium ini adalah Muzej Bitka za ranjenike na Neretvi - Jablanica = Museum of the Battle for the Wounded at Neretva River - Jablanica.

Muzium "Battle for the wounded on the Neretva" di Jablanica adalah lokasi budaya yang penting untuk Bosnia dan Herzegovina kerana ia mendedahkan peristiwa dahsyat Perang Dunia II di bekas Yugoslavia kepada seluruh dunia. 

Pertempuran anti-fasis yang berlaku dalam Perang Dunia II dikenang di lokasi bersejarah ini. Menghidupkan kenangan ini dicapai dengan menyelidik, mengumpul dan mentafsir sumber sejarah kepada standard profesional tertinggi.

Muzium ini mempunyai pelbagai aktiviti seperti lawatan pameran, pelajaran sejarah, tayangan filem, ceramah dengan veteran perang dan banyak lagi. Lebih 300,000 pelawat mengikuti aktiviti-aktivit pendidikan ini setiap tahun. Pameran tetap dan sementara menyediakan sumber pembelajaran yang berharga untuk jumlah pelawat yang ramai ini.

An artillery of the Second World War is also on display in the complex. Tidak pasti samada meriam ini adalah milik dan digunakan oleh Partisan atau yang telah dirampas dari pasukan Axis oleh Partisan.


Ok, jom kita jalan-jalan di sekitar kompleks ini.








Serangan bermula pada 20 Januari 1943. Pasukan Axis mempunyai 127,000 askar, artileri yang kuat, kereta kebal dan 15 pesawat perang, berbanding dengan 18,000 askar partisan. Serangan kuat Axis bermula di utara-barat Bosnia dan sebahagian daripada Croatia hari ini, dan partisan terpaksa berundur. Mereka berundur hingga ke tenggara, ke sungai Neretva. Dalam perjalanan, mereka membawa bersama hampir 4,000 askar yang cedera. Itulah sebabnya pertempuran ini sering dipanggil "The most human battle in WWII". Di kompleks ini ada monumen ini di mana tertera kata-kata presiden Yugoslavia Josip Broz Tito "Ranjenike ne smijemo ostaviti - we must not leave the wounded".
Ranjenike ne smijemo ostaviti (we must not leave the wounded) - Tito










Ada sebuah padang bola di tepi kompleks ini. Ia adalah sebahagian dari Sporstka Dvorana Jablanica, a sport complex.




Baik, selesai di Memorial complex "Battle of the Neretva", kami pun naik bas dan sambung semula perjalanan ke Mostar.

Leaving Jablanica.

Bas berhenti sekejap for 'Happy hour' stop... hihi 😄. Yes indeed, the ever so important toilet stop... hihi 😅.




Ada observation deck. Jom kita ke sana.

Beautiful view.

Tapi ada something more beautiful lagi adorable di atas dek ini! 😃😸😺😻😽

Hello love... 😍.




Cantik sungguh pemandangan dari dek ini.










Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.   

No comments:

Post a Comment