Wednesday, March 2, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 01 - PART 04 - MIRI - DEWAN BANDARAYA MIRI & COCO CABANA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok sambung cerita percutian kami di Miri, Sarawak.

Next stop, Dewan Bandaraya Miri. Ni masa kami sedang menyeberang Sungai Miri di Jambatan Jalan Piasau.


Arah upstream Sungai Miri.

Jeti/Port Sealink International Berhad. 

Arah downstream Sungai Miri ke Laut China Selatan.


Bila kami passed by syarikat dengan signboard kuning ini, Amza bertanya pada kami, 'Nampak tak patung/gambar burung kenyalang tu?'

'Oooo... yang cut out board burung enggang dengan label 'Kenyalang' tu? Ya... nampak'. 
'Haaa... itu ada ceritanya' balas Amza.

Begini ceritanya. Pada tahun 2013, seekor burung kenyalang bernama Faridah dari Kem Piasau telah ditembak oleh pemburu haram walaupun burung enggang adalah merupakan spesies terlindung. Setelah ditembak dan cedera teruk, Faridah tidak terus mati dan tetap terus cuba menyelamatkan dirinya dan terbang ke arah bandar Lutong. Namun kecederaan yang dialaminya membuatkan dia tewas dan jatuh 😭. Dan di sekitar syarikat inilah tempat dia jatuh. Bagi mengenang Faridah, maka pemilik syarikat ini memasang cut out board Faridah ini di depan syarikatnya. Dan pemburu haram tersebut telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman.

Ketika kejadian itu, Faridah mempunyai pasangan bernama Jimmy dan mereka mempunyai 2 ekor anak enggang bernama ‘Ahkaw’ dan ‘Ahmoi’. Faridah dan Jimmy sudah berpasangan sejak tahun 2005 dan Faridah bertelur dan menetas telur-telurnya setiap 8 bulan dan pada bulan Ogos 2013 adalah pusingannya yang ke 8. 

Pasangan enggang adalah pasangan seumur hidup, jadi Jimmy kemurungan bila Faridah sudah tidak ada dan bila dia terbang ke sana sini mencari Faridah tidak dijumpa. Pihak Kem Piasau bimbang kemurungan ini boleh menyebabkan Jimmy tidak mahu makan dan akibatnya mungkin boleh mati 😭. Fortunately Jimmy telah berjumpa dengan pasangannya yang baru iaitu Juliet dan bersarang dan mendapat 2 ekor anak bernama Cecelia dan Musa pada tahun 2013 juga.
Faridah (kanan) berpasangannya Jimmy

Ini bangunan Mega Hotel Miri.

Seterusnya kami dibawa Amza ke Dewan Bandaraya Miri. 

Dibina dengan kos kira-kira RM92 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 2021, bangunan ini mencerminkan pembangunan di Miri, perpaduan utuh rakyat yang pelbagai agama dan kaum serta kemakmuran yang dinikmati warga Miri.

Terletak di Marina Parkcity, bangunan Dewan Bandaraya Miri adalah simbol kemajuan Miri dari sebuah pekan minyak kepada sebuah bandaraya peranginan hijau utama di Utara Sarawak. Ia juga merupakan mercu tanda dan tarikan terbaharu Miri.

Bangunan ini dibina mengadap Laut China Selatan.

Dari pelantar persiaran bangunan ini kita boleh lihat keindahan Laut China Selatan.

Dari bangunan ini kalau kita zoom kamera, boleh nampak pelantar-pelantar minyak.



Mirage blurred oil rig di tengah Laut China Selatan.


Bangunan setinggi 9 tingkat ini unik kerana dibina berbentuk sebuah tong minyak (oil barrel) untuk menggambarkan status Miri sebagai bandaraya minyak.

Reka bentuknya menggabungkan elemen Indeks Bangunan Hijau. Ia adalah bangunan pertama di Sarawak Utara yang mendapat pengiktirafan Green Building Index (GBI).

Jom kita masuk ke dalam. Ini ruang legar di pintu masuk.

Amza cuba mendapatkan kebenaran untuk bawa kami naik ke bumbung bangunan ini tapi tak dapat sebab masa itu sudah habis waktu bekerja. 

Ada lubang besar di lobi bangunan ini. Interesting!

Jom kita turun escalator ini dan ambil gambar ke atas. 

Very impressive and futuristic!

Serombong cahaya ini dibuat untuk membolehkan cahaya semulajadi memenuhi ruang dalam bangunan ini bagi menjimatkan penggunaan elektrik. Ini adalah salah satu ciri reka bentuk yang menyokong elemen Green Building Index (GBI).




Kemudian kami ke luar bangunan. Reka bentuk luaran untuk bahagian bangunan yang mengadap ke arah Miri Central Park ini pula menggunakan 'bayang-bayang' yang dicipta oleh ruang negatif dengan membentuk vektor kuda laut sebagai hiasan facade bangunan ini. Kuda laut adalah simbol Bandaraya Miri.

Kata Amza, pada waktu malam, pencahayaan bangunan ini adalah sangat cantik.

Di sebelah bangunan Dewan Bandaraya Miri ialah Miri Central Park.

Miri Central Park ialah pusat sosial yang kekal dan tempat perhimpunan yang popular untuk masyarakat Miri. Taman ini juga dicerminkan sebagai taman bandar, yang menyediakan tempat untuk acara kebudayaan, perayaan dan hiburan sepanjang tahun.

Taman ini berfungsi sebagai komponen penting dalam pembangunan, di mana ia adalah pembangunan pinggir laut tulen pertama di negeri ini yang membawa penduduk Miri untuk bekerja, hidup dan beriadah bersama.

Ia juga terdiri daripada rangkaian laluan dan laluan pejalan kaki sepanjang tiga batu yang dibarisi pokok rendang dan landskap subur yang sesuai untuk berjalan, berjoging dan berbasikal. 

Selain itu, terdapat taman linear yang merentangi lebih daripada 500 meter dengan laluan tepi laut untuk memberi keseronokan kepada komuniti berada di pinggir laut.

Pemandangan indah Laut China Selatan dari Miri Central Park.

Alhamdulillah cuaca cukup baik sekali hari itu.



Kawasan pinggiran pantai di sini kami lihat adalah bersih dan bebas dari kekotoran sampah sarap atau bau tidak elok. Tapi kami perasan air laut di sini hitam pula warnanya. Adakah kerana pencemaran minyak? 

Kami mengagak mungkin di sini ada banyak sangat minyak semulajadi dalam laut sampai ombaknya pun bercampur dengan minyak. Masa di Pantai Lutong tiada pula keadaan ini.










Baik, tempat terakhir yang kami lawat dalam program Miri City Tour kami adalah Coco Cabana. 

Tiba di Coco Cabana.

Coco Cabana ialah salah satu tempat pelancongan yang paling kerap dikunjungi di Miri kerana pemandangan tepi laut yang berangin yang indah dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat untuk bersantai. Ia juga merupakan salah satu tempat terbaik untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Miri.

Ada Dinosour Park. 

Juga ada gelanggang Go-Kart.




Ada banyak gerai-gerai di sini terutamanya gerai menjual pelbagai makanan dan snek. 

'Food Walk' Coco Cabana.


Berhenti kejap di gerai ini sebab saya tak tahan tengok buah-buahan yang dijual... hihi 😁😋.

Pelawat boleh jalan-jalan di boardwalk yang dibina di tepian laut sambil menikmati pemandangan yang cantik.




Di Coco Cabana ada main event hall yang sangat cantik seni binanya. Dinding dihiasi dengan ukiran-ukiran kayu yang indah dengan penggunaan buluh-buluh di bahagian siling bumbung.

Coco Cabana pernah menjadi lokasi Festival Jazz Borneo, Miri Country Music Fest dan Asia Food Festival.  

Saya baca dalam event hall ini sering diadakan pelbagai acara termasuk persembahan kebudayaan. Tapi disebabkan Covid maka tiadalah such events masa kami di sini.




Coco Cabana juga terkenal kerana ada Rumah Api Kuda Laut Miri ini. 

Di Bandaraya Miri ada banyak binaan kuda laut ini tapi yang di Coco Cabana ini adalah yang paling grand. 






Ada buaian untuk pengunjung bergambar.




Ada banyak tempat duduk stail serambi di sini. Boleh rehat sambil tengok sunset.













Enjoying the sea breeze sambil makan air krim 😋.

Akan bersambung.... meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. coco cabana ... sangat omputeh!!! :))
    ada tanya tak Amza kenala air tu hirtam?
    kalau betul ada minyak .. kalau campak api boleh terbakar tak rasanya ...?

    sungai tu yang nampak dari hotel tu kan?yang ada bot tunda tu ?

    alaaa..
    kesiannya Faridah !!
    kenapakah ditembak ? bukannya boleh dimakan pun !nak bulu dia kot?
    kira Jimmy ni mixed marriage lah kan.. anak dia macam-macam bangsa :))

    cantik lah gambar mirage pelantar minyak tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... kan :).

      Amza pun tak pasti. Cuma dia kata di pantai lain di Miri tak ada pulak mcm ni. Perhaps it is naturally occuring.

      Yes, betul. That's the same river.

      Kesian sungguh... :( Sedih sungguh saya rasa masa baca kisah Faridah...
      Rasanya diburu for the tanduk kot.
      Yes... mixed marriage.. :)

      Thanks. Saya suka ilusi mirage tu :).

      Delete
    2. punca air hitam sebab di sungai baong tu adalah tempat maintenance kapal2. jadi ia adalah pencemaran dari manusia sendiri 😃

      Delete
    3. Oh ye ke. Aduh... sayang sekali. Harap2 ada langkah2 diambil untuk mencegah.

      Delete