السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ok, lepas habis jalan-jalan dalam program Miri City Tour, kami dihantar oleh Amza (tour guide) ke hotel penginapan kami iaitu Pullman Miri Waterfront.
Hotel ini 5 Star. Isteri saya book untuk kami menginap di sini sebab masa buat booking di Agoda, rate semalamnya adalah terjangkau, rate murah. Juga kerana lokasinya bagus with restaurants within walking distance dari hotel.
Facade depan hotel ini ada the biggest garden wall atau vertical garden yang pernah saya nampak. So nice!
Scan dulu sebelum masuk.
Lobi Pullman Hotel Waterfront. It was CNY, hence the festive decorations.
Indeed, the decorations were a tad sparse. Understandably operations and day to day costs had to be keep at the minimum due to the impact of Covid on hotels. At least this hotel made an effort.
Pullman Miri Waterfront ini tingginya 24 tingkat, merupakan bangunan tertinggi di Miri. It is a 5-star International chain hotel with 328 rooms.
Ini lokasi Pullman Miri Waterfront dan places of interest sekitar Bandaraya Miri.
Masa check-in we found out that bilik yang isteri saya book a while ago via Agoda was at a lower level, which limit the sea views. Knowing that salah satu tarikan hotel ini adalah pemandangan laut, sungai dan bandarnya yang cantik, kami pun cuba bertanya-tanya adakah lagi available bilik yang di tingkat tinggi sikit for a better view. Saja la bertanya walau pun kami rasa tak dapat sebab kami sudah bayar rate murah. Tapi terus je staff di reception ini bagi kami bilik di tingkat 12! Wah! Alhamdulillah.....
Masuk ke bilik, we were delighted at how spacious the room was. Nampak je 2 biji bantal sorang, lagi la happy... hihi 😁. From previous experiences, masa menginap di hotel-hotel lain, selalunya ada satu bantal je and kena minta house keeping for extra pillows.
Draw back the curtains and natural light just flooded the room so amazingly. Ini bagus sebab tidak perlu switch on the lights and therefore reduce usage of energy/electricity thus helps the environment.
Separating bed area and the bathroom is this partition to place our bags, to hang our clothes etc, nicely segregating the large room into 3 distinct areas.
The full bathroom with bath and shower, sink and toilet. Comfortable and not too compact. Of course complete with bathroom amenities like the shampoo, shower gel/shower soap etc.
The bathroom also has a window by the bathtub with amazing view of the Sungai Miri.
Right, now let's check out the views outside this wonderfully large window.
Waaa... cantiknya.... subhanAllah...
Dari kanan: Kampung Wireless, Sungai Miri, Miri Golf Club dan Laut China Selatan.
Pemandangan Sungai Miri, Kampung Wireless dan Bandaraya Miri.
Zooming further upstream boleh nampak beberapa ports/jetties untuk bot-bot dan kapal berbagai saiz.
Miri Golf Club. Padang golfnya terletak antara Sungai Miri dan Laut China Selatan.
Miri Golf Club telah ditubuhkan seawal tahun 1910 untuk memenuhi keperluan rekreasi ekspatriat yang datang dari Belanda dan England.
The first 6 holes of the existing course were constructed in 1924 by Sarawak Oilfield Limited, the forerunner of Sarawak Shell.
Pemandangan Sungai Miri dan Laut China Selatan.
Dari tingkap bilik penginapan kami ini juga boleh nampak sebahagian Bandaraya Miri.
Saya plan nak ke kampung air ini, Kampung Wireless. Tapi kena ask around dulu sebab tak tahu kalau orang luar/pelancong boleh jalan-jalan ambil gambar di situ.
Ini Miri Waterfront. Kami rancang nak ke waterfront ini untuk tengok sunset lewat petang nanti.
Sungai Miri ini merupakan ‘turning point’ (laluan berputar) bagi kapal-kapal dan bot keluar masuk melalui kuala sungai.
Sebuah barge yang sarat membawa kontena-kontena.
Sedang belayar ke arah muara Sungai Miri ke Laut China Selatan.
Macam-macam watercrafts lalu di sungai ini.
Bot-bot laju.
Offshore Tug or Supply Ship.
|
Bot seperti ini digunakan untuk aktiviti-aktiviti minyak dan gas luar pesisir, perkhidmatan keselamatan maritim dan keperluan pengangkutan berkelajuan tinggi lain untuk kakitangan dan kargo. Selain itu, juga untuk melaksanakan pelbagai misi, termasuk keselamatan dan pengiring, mencari dan menyelamat, memadam kebakaran dan medivac |
Sudah pun pukul 6 petang, jadi kami pun keluar hotel dan berjalan menuju ke Miri Waterfront untuk menunggu waktu sunset.
|
Miri Waterfront Commercial Center. |
Nampaknya ada beberapa restoran di depan Pullman Hotel. Bolehlah kami dinner at one of them malam ini.
Miri Waterfront. Just a few meters away from Pullman Miri hotel.
Untuk mengindahkan lagi waterfront ini, patung kuda laut didirikan sebagai salah satu mercu tanda dan ikon Bandaraya Miri. Turut dipasang di waterfront ini sign '💗 Miri'.
Sebenarnya patung kuda laut ini tiada di dalam perancangan awal pembinaan waterfront ini. Sebaliknya sepatutnya dibina sebuah jeti. Tapi pembinaan jeti didapati tidak sesuai kerana lokasinya akan membuatkan laluan sungai sesak dan boleh menghalang laluan berpusing bagi kapal-kapal dan bot-bot yang keluar masuk melalui kuala sungai. Maka jeti itu diganti dengan arca logam kuda laut.
Tebingan ini panjangnya kira-kira 116 meter. Ia dibina di sepanjang tebing kuala Sungai Miri dari arah Kampung Wireless hingga ke Pullman Miri Waterfront dengan kos RM3.7 juta.
Patung kuda laut yang dibuat daripada logam tahan karat ini dibina mengadap Laut China Selatan. Patung kuda laut itu saja adalah 12 meter tingginya. Ketinggian keseluruhan ikon kuda laut dan platform konkritnya yang dibina di dasar sungai adalah 40 meter.
Sambil menunggu matahari terbenam, we watched and took photos of watercrafts passing by this Miri river.
Tug boat and barge full with contenas.
Cantik warna kekuningan matahari terbenam masa itu.
Pemandangan muara Sungai Miri dan Laut China Selatan.
Tug boat passing by Kampung Wireless.
Kampung Wireless.
Pullman Miri Waterfront and beautiful sunset seen from Miri Waterfront.
Panorama shot.
Ehhh.... kebetulan ada pula kepulan awan nampak macam bentuk kuda laut 😁.
A couple of 'metal trees' with concrete benches turut menghiasi waterfront ini.
Di dataran kecil ini pula ada reflexology foot path.
Kampung Wireless.
Beautiful Miri sunset.
As mentioned earlier, saya bercadang nak jalan-jalan di Kampung Wireless ini. Isteri tak join, so saya jalan sorang.
Before going further in, saya bertanya dulu pada adik perempuan dua orang ni kalau pelancong boleh jalan-jalan di kampung air ini. Mereka kata boleh tapi mereka cadang saya tanya pada ayah one of them yang kebetulan berada di depan sebuah rumah bersama beberapa ahli keluarga yang lain. Walau pun ada sedikit masalah komunikasi, saya diberitahu pelancong boleh je jalan-jalan dan ambil gambar di kampung ini. The uncle and his family were very kind and made me feel welcomed. So nice!
Pemandangan sunset dari Kampung Wireless.
Pemandangan Pullman Miri Waterfront dari Kampung Wireless.
Ok, jom explore.
Walaupun dengan pembangunan pesat di sekelilingnya, Kampung Wireless ini, sebuah kampung tradisi, masih lagi mampu bertahan. At least part of it.
Dahulu di sepanjang Sungai Miri ini ada satu lagi kampung tradisi, iaitu Kampung Dagang. Tapi sekarang sudah tidak ada lagi kerana sekitar tahun 1980an penduduk perkampungan itu telah dipindahkan bagi tujuan pembangunan kawasan kampung itu.
Tempias pembangunan turut dirasai olen penduduk Kampung Wireless apabila sebahagian perkampungan ini telah dipindahkan ke kawasan lain disebabkan pembinaan Miri Waterfront.
Dikatakan sekarang ini hanya tinggal sekitar 100 buah rumah sahaja lagi di kampung ini dengan penduduk lebih kurang 500 orang.
Kebanyakkan penduduk Kampung Wireless bekerja sebagai nelayan, pekerjaan tradisi mereka yang masih mereka teruskan walaupun permodenan pesat di sekeliling mereka.
Selain menjual terus hasil tangkapan laut penduduk kampung ini juga terlibat dengan pembuatan ikan kering sebagai sumber pendapatan.
Ok, jom kita jalan celah-celah rumah di perkampungan air ini menggunakan laluan titi-titi kayu.
Kampung Wireless Miri ini dibuka sejak awal 1920an dan dikatakan ia adalah kampung tertua di Miri. Penduduk awalnya ketika itu adalah dari kalangan etnik Miriek yang menyara hidup dengan menjual hasil tangkapan laut.
Dan ketika sekitar tahun awal 1920an juga penduduk kampung ini makin bertambah dengan kedatangan kaum-kaum lain seperti masyarakat Melanau dari Mukah yang datang ke Miri untuk menjadi pekerja-pekerja industri minyak.
Kampung 'Wireless'... unik nama itu kan. So macam mana dapat nama 'Wireless' tu? Nama 'Kampung Wireless' mula digunakan hanya sekitar tahun 1949 apabila sebuah tiang komunikasi didirikan di hujung kampung ini oleh Koloni British Borneo bagi kegunaan Jabatan Pos dan Telegraf Sarawak. Jalan menuju ke tiang komunikasi ini dikenali sebagai Jalan Wireless oleh British ketika itu. Langsunglah kampung ini dipanggil Kampung Wireless hingga sekarang.
Saya baca ramai yang mengatakan perkampungan ini tidak banyak bezanya sejak dari dulu hingga sekarang walaupun pembangunan pesat di kawasan kelilingnya.
Masa saya jalan-jalan di sini terfikir juga kenapa keadaan kampung ini begini sedangkan tidak jauh dari kampung ini adalah lokasi Miri Waterfront Commercial Center.
|
Pullman Waterfront hotel di background, about 290 meters away from this kampung. |
Sebab sejarahnya, saya rasa elok kalau kampung ini dijadikan sebuah Kampung Warisan Miri dengan status 'Miri Heritage Village'. Molek juga kalau boleh dijadikan tarikan pelancong. Saya decided nak jalan-jalan di kampung ini pun sebab I find it quite charming and such an interesting kampung to visit terutama kerana the houses were built on stilts. Lagi pun lokasinya sangat strategik.
Honestly, saya rasa suspen jugak la bila jalan atas laluan titi kayu yang di hujung-hujung ni. Nampak macam tak stabil je... takut pulak terbolos kalau tersalah pijak...hihi 😅.
Haaa... kalau laluan titi kayu yang macam ini nampak and feel more steadier.
Kalau perkampungan ini dapat pengiktirafan 'Kampung Warisan', bolehlah dapatkan bajet untuk cantikkan rumah-rumah di sini dan pelancong bolehlah masuk dan lawat a couple of designated houses so that tourists can get a glimpse of the life of the villagers. Just like Kampung Morten di Melaka dan Kampung Ayer di Brunei.
Something that I noticed ialah kampung ini bersih tiada sampah sarap atau bau-bau yang kurang menyenangkan. Not that I was expecting it, but it is something that is definitely worth highlighting.
Juga worth highlighting tiada sampah sarap floating around di kawasan perairan di sini. Jelas kebersihan di kampung ini begitu dijaga dan dititikberatkan. Excellent!
Saya baca ada beberapa usaha seperti program membaiki laluan kayu pejalan kaki dan program Pembersihan Perdana di Kampung Wireless ini. Semoga inisiatif-inisiatif seperti ini dan lain-lain program naik taraf yang lebih impactful dapat diteruskan, inshaAllah.
Selesai sudah jalan-jalan saya di Kampung Wireless ini. Sebuah kampung tertua Miri yang bersejarah with its own charm and attractions. To strike a balance between Miri city modernization and upkeeping this water village would definitely be beneficial for Miri and the penduduk of this village.
Saya pun join my wife semula and we enjoyed the beautiful Miri sunset.
Pemandangan matahari terbenam di Kuala Sungai Miri seen from Miri Waterfront. Breathtaking!
Kalau anda ada plan nak bercuti ke Miri atau atas apa-apa urusan lain, pastikan ke Miri Waterfront ini to see the amazing sunset.
Cantik sungguh! SubhanAllah.
Alhamdulillah cuaca cukup baik tak hujan petang itu.
Dan pastikan juga to include Miri's iconic Seahourse statue in your sunset photos.
Dan kalau boleh stay at Pullman Waterfront Miri hotel sebab Miri Waterfront ini is just a few meters away. Also kalau menginap di hotel ini cuba dapatkan bilik with view of this Sungai Miri.
Ehhh... baru saya perasan di pagar waterfront ini ada simbol kuda-kuda laut 😀.
Ada 3 ekor kuda laut pada setiap pagar 😀.
Selesai menyaksikan dan ambil gambar keindahan matahari terbenam dari Miri Waterfront, sebelum balik ke hotel, kami decided to have dinner first. Kami makan di Restoran Muara which is located just opposite of Miri Waterfront.
Had simple dinner of Nasi Goreng Seafood and Mee Goreng Seafood. Sedap!
Sebelum tidur ambil gambar malam dari tingkap bilik hotel.
Pemandangan sebahagian Bandaraya Miri, Sungai Miri dan swimming pool hotel.
Thank you for reading. Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
May Allah make this a time in which we become closer to Him. May He protect us, our loved ones and the wider community from harm. Finally, we ask Him to forgive all of those who have passed away and have mercy on them.
May Allah protect us, our families, those working to stop the virus, and the entire ummah. Ya Allah, remove this virus from the earth, allow us to stay patient and selfless through this trial and grant us forgiveness and nearness to You. Ameen.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Salam kenal. Dah lama tak ke Miri, kalau dulu masa duduk di Bintulu selalu bawak anak-anak jalan2 di Miri. Hotel Pullman tu memang best sebab hotel paling moden di Miri. sebenarnya dekat2 Miri Golf Club tu ada kedai makan yang terkenal dengan gelaran mee jawa padang golf. Ramai orang suka singgah makan mee jawa kat situ.
ReplyDeleteSalam kenal Puan.
DeleteTu la, kami cuma berada di Miri for a couple of days saja. Dan hampir full day spent ke Gua Niah. Jadi tak cukup masa nak really explore Bandaraya Miri yg best tu.
Yes, saya recommend kalau nak ke Miri, menginaplah di Pullman Waterfront Miri. It is a bit pricey tapi boleh je cuba cari rates semalam yang terjangkau.
Tentu sedap mee Jawa tu!
Thanks Puan for reading my blog and for the comments too :).
saya ingatkan ' wireless ' sebab 4g atau 5g
ReplyDeleterupa-rupanya sebab dahulu kala :)
saya tak nampak macam kudalaut
nampak macam buaya!!
tak ada orang kat luar rumah masa kat kampung tu ya?
tak ada gambar orang pun
Me too :).
DeleteBuaya? Aaa.. yes, now I see it too :).
Actually ada a few passersby (penduduk kg ini) masa tu tapi tak berani la nak ambil gambar mereka.