السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Cerita perjalanan kami dalam Gua Niah (Great Cave) diteruskan. Honestly, since it was pitch dark memang apa pun kami tak nampak. Lampu suluh pun cuma pakai lampu handphone, so kalau suluh ke keliling dalaman gua memanglah tidak cukup untuk menerangi suasana bagi membolehkan kami merakam gambar. There was just not enough light.
But then Amza (our tour guide) bawa kami ke bahagian ini dalam Gua Niah ini. Ada corong dengan lubang besar di siling gua. SubhanAllah... cantik sungguh.
Laluan di bahagian dalam Great Cave seterusnya membawa kami ke ruang besar ini yang dikenali sebagai 'Padang', di mana terdapat cahaya matahari memancar masuk ke dalam bahagian gua ini dari lubang-lubang besar di bumbung gua yang langsung menerangi formasi batuan yang menarik di dalam gua. 'Padang' yang berada dalam Lobang Hangus (Burnt Cave) ini juga dikenali sebagai 'The Large Chamber'.
Pancaran cahaya dari lubang gua ini menerangi formasi batuan Lobang Hangus dengan begitu indah sekali.
Epik sungguh. Actually kami berdua rasa lega sungguh bila nampak cahaya dalam kegelapan gua ini. Macam beacon of hope gitu... hahaha 😄.
Ambil gambar dalam keadaan kelam macam ni dengan cara hand held, makanya menggeletarlah imejnya... hihi 😅.
Kelihatan rintikan air dari lubang di atas.
Sejuk dan nyaman dan sunyi sepi. I wonder if it is echoey if I shouted in this cave. Of course la I did not... hihi... habis trauma la pulak nanti the bats and swiflets 😅.
Memang mencabar ambil gambar dalam gua ni. Shoot guna compact camera dan handphone. Begini sajalah hasilnya 😅.
Di sini formasi batuan diterangi oleh cahaya yang bersinar masuk melalui lubang besar di bumbung gua.
Di sini kami berehat sekejap, about 10 minutes to catch our breaths. Lepas rehat kami pun sambung jalan lagi. Sebenarnya ada lagi gua jauh di dalam sana iaitu Gua Kain Hitam 1 (Painted Cave 1) dan Gua Kain Hitam 2 (Painted Cave 2). Kami buat keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke gua-gua tersebut kerana the trail is very challenging, at least for us, since it involved climbing very high and steep stairs in pitch black darkness. Moreover, jarak ke sana tu adalah lebih kurang 1.4 km ke dalam gua gelap... shivers... 😦.
Kami pun dibawa Amza berjalan ke arah Lobang Kuala, pintu gua yang sama kami masuk tadi. On the way tu, Amza tanya nampak tak ada cahaya kecil jauh di dinding sana. Bila diamat-amati dengan teliti for a few seconds, haaa.. baru la kami nampak as in foto bawah kiri. Kata Amza itu adalah pemungut sarang burung. Saya cuba zoom-in dalam gelap tu, cuma dapat imej kanan tu 😅.
Sudah nampak Lobang Kuala.
Amazing rock formations. Amidst the large boulders ada juraian batang-batang buluh bersambung-sambung yang digunakan oleh pemungut sarang burung.
Laluan titian kayu ada yang rata, turun dan naik. Hati-hati jangan terpijak tahi kelawar.
Pemandangan pintu masuk Lobang Kuala dari dalam gua. Dengan ketinggian lebih 60 meter dan lebar 250 meter, ia merupakan salah satu pintu masuk gua yang paling menakjubkan di dunia, yang membawa kepada ruang yang lebih besar di dalamnya. Saya suka pemandangan Lobang Kuala ini dari sudut ini because of the wonderful contrast of the hard ancient rock formations with jagged dangling stalactites against the beautiful lush green rainforest that surrounds the cave.
I think spot ini spot yang paling best untuk ambil gambar dalam gua ini. I think sebab tu la kalau kita search 'Niah Caves' mesti keluar foto like the above... hihi 😁. Dah kira macam cliché shot gitu 😄.
Landskap dalaman gua yang menakjubkan.
Bila ikut laluan keluar ini kami lebih banyak menurun tangga dari memanjat. Tapi turun pun kena perlahan-lahan sebab curam dan at certain spots adalah licin.
Buluh-buluh pemungut sarang burung.
Ok, ada cerita lagenda tentang gua ini. Dahulu di kawasan Gua Niah, terdapat sebuah perkampungan di atas sebuah bukit bernama Bukit Terayeng. Seperti yang diceritakan, penduduk kampung memutuskan untuk memanjangkan rumah panjang mereka. Mengikut adat dan kepercayaan mereka, sesiapa yang ingin membina rumah mesti mengorbankan anak manusia di tempat di mana tiang rumah pertama untuk rumah panjang baharu itu akan dipacak. Seorang kanak-kanak telah dipilih dengan teliti dan pengorbanan telah dilakukan.
Kanak-kanak malang itu adalah cucu kepada seorang wanita tua bernama Peira. Suatu hari, apabila menyedari cucunya tidak pulang, dia pergi mencarinya. Selepas lama mencari, Peira menemui kesan darah di atas tanah dan segera mengetahui bahawa cucunya telah menjadi mangsa tradisi itu. Dia menangis tersedu-sedu kerana kehilangan satu-satunya keturunannya yang masih hidup dan berikrar membalas dendam kepada penduduk di situ. "Untuk ini, biarlah semua manusia juga mati," Peira menyumpah. Selama lima hari berturut-turut, dia memukul gong dan menari.
Akhirnya, orang ramai berkumpul dan kagum melihat wanita tua yang kesepian itu terus menerus menari siang dan malam. Tiba-tiba langit menjadi gelap, ribut bermula, angin bertiup kencang dan hujan turun seperti batu. Rumah panjang itu kemudiannya berubah menjadi gua dan penduduk kampung menjadi batu - sehingga membentuk gua dan gunung di atasnya. Dipercayai bahawa penduduk kampung itu masih boleh dilihat di dalam gua hari ini dalam bentuk stalagmit dan stalaktit.
Memang betullah kata Amza earlier, laluan masuk ke gua pakai laluan titian kayu ini adalah lebih sesuai dijadikan sebagai jalan keluar. Banyak tingkat tangganya. Masa turun tangga-tangga ni pun kami rasa kepenatan, apa lagi kalau memanjat.
Lagi satu foto Lobang Kuala Gua Niah dari dalam gua.
Beautiful green luminuous moss.
Nampak macam dah nak dekat sampai pintu gua tapi sebenarnya masih jauh lagi. Ada lagi tangga-tangga yang perlu dituruni.
Rocks covered with beautiful medium aquamarine green moss.
There you go... step by step... easy does it.... 😅. Tapi seriously, memang kena slow-slow macam ni sebab dah la curam licin tangga-tangga ni, kaki-kaki kami masa ni pun dah lembik 😅!
The stairs just seemed to be endless, says me who had not done any exercise for months and months.. due to covid... me conveniently and squarely blaming the pandemic 😄.
Masa tengah turun tangga, tiba-tiba Amza tanya, 'Nampak tak the bird nest collector?', sambil menuding ke arah one of the hanging bamboo scaffoldings di depan Lobang Kuala. Being in the semi darkness and having had to suddenly look towards the bright pintu gua made my mata berpinar sekejap... hihi. Aaaaa... yes, I can see him! Amza said we were quite fortunate dapat tengok pemungut sarang burung masa itu kerana selalunya mereka berada jauh di dalam kegelapan Gua Niah ini memandangkan ada lebih banyak sarang-sarang burung di dalam sana berbanding kawasan dekat dengan pintu gua. Amza kata susah nak jumpa mereka kerana pemungutan hanya dibuat pada masa-masa tertentu, oleh pemungut yang ada lesen dan hanya ketika musim memungut sahaja.
And it was such a wonderful coincidence too that we get to see the bird nests collector from this angle. Seeing him from this far inside the cave created quite a nice silhouette of the man. Dan kebetulan pulak lagi masa tu dia tengah turun menyusur ke bawah dengan buluh-buluh tu. Mujur la juga compact camera saya ini boleh zoom ketat-ketat. Maka bolehlah dapat capture images like these. Alhamdulillah.
Saya baca kawasan sarang burung di sini adalah kawasan sarang burung yang diwarisi oleh pemungut-pemungut sarang burung. Kawasan-kawasan sarang burung juga sudah disempadankan supaya tidak berlaku pencerobohan. Pemungut-pemungut sarang burung di sini juga adalah pemungut sarang burung berlesen dan penjual sarang burung yang sah.
|
Kami diberitahu satu masa dulu pemungut sarang burung ini terdiri dari Orang Penan kerana tanah di sini adalah tanah tradisi milik mereka. Namun lama-kelamaan profesion ini turut disertai oleh suku lain seperti Iban. Sekarang dah ada juga pekerja asing yang diupah sebagai pemungut sarang burung. |
Antara sarang burung yang paling berkualiti yang ada di pasaran dan mempunyai permintaan yang tinggi adalah sarang burung dari Gua Niah ini.
|
Black-nest swiflets di Great Cave menghasilkan sarang yang boleh dimakan yang mempunyai kepentingan komersial. Diperbuat daripada air liur burung, sarang burung ini mempunyai permintaan tinggi terutama dari China kerana nilai perubatan dan peningkatan kesihatan diri. Ia boleh dihidangkan dalam bentuk sup, pencuci mulut atau diminum terus, sebagai tonik agar-agar yang dipercayai membantu penghadaman dan menguatkan sistem imun. Sarang burung telah menjadi salah satu produk makanan paling eksklusif di dunia kerana penmungutannya yang berbahaya serta proses pembersihan yang rumit. |
Semasa membina sarangnya, Black-nest swiftlet akan mengeluarkan serangkaian air liur yang mempunyai konsistensi seperti gam dan bertali. Air liur itu adalah mucoglycoprotein (protein yang digabungkan dengan karbohidrat) dan ia mengandungi paras kalsium, besi, magnesium dan kalium yang tinggi yang kemudiannya mengeras menjadi bahan yang ahli biologi panggil sebagai 'salivary laminae cement'.
Menuai sarang burung yang boleh dimakan ini merupakan salah satu pekerjaan paling berisiko di dunia. Burung pintar ini sering bersarang di bahagian gua yang sukar dicapai, tinggi dan berlubang di mana ramai pemungut sarang burung telah jatuh dan mati. Pengumpul sarang yang kuat dan berkemahiran tinggi, kadangkala dikenali sebagai 'Spiderman' memberanikan diri untuk mengumpul sarang burung dari dinding gua. Mereka terkenal sebagai yang paling tangkas dalam memanjat dinding gua yang gelap. Kematian dan kecederaan akibat terjatuh adalah perkara biasa.
Sejak 1931, Gua Niah menjadi pusat utama penuaian sarang burung yang menghasilkan 18,500 kg sarang setahun, menyumbang kepada kira-kira 70% daripada jumlah pengeluaran sarang burung di negeri Sarawak. Nilai sarang burung hampir sama dengan nilai emas di Hong Kong pada tahun 2003, di mana harga sarang burung adalah AS$ 200/oz. dan harga emas ialah US$ 300/oz.
Sebelum diproses, nilai sarang burung boleh mencapai antara RM2,000 hingga RM2,500 sekilogram. Harganya lebih mahal lagi bila sudah diproses iaitu antara RM7,000 hingga RM8,000 sekilogram.
Terdapat tiga spesies burung layang-layang di Taman Negara Niah yang sarangnya boleh dimakan iaitu Black-nest Swiflet (Aerodramus Maximus), Mossy-nest swiflets (A. Salanganus) dan Glossy swiftlets (Collocalia Esculenta). Hanya Black-nest Swiflets mempunyai nilai komersial yang menghasilkan sarang burung paling berharga.
Information on 'Co-Management of Edible Bird Nest'.
My wife crossing the massive area in front of the Lobang Kuala (West Mouth) towards the entrance.
Amazing landscape colors. Red earth, with luminous lime green and aquamarine green rock formations.
Maka selesailah perjalanan kami dalam Gua Niah ini. Syukurlah kami decided not to continue our walk to the Painted Cave yang jauhnya lebih 1 km away sebab lutut-lutut kami dah bergoyang-goyang 😅. Tapi sebelum beredar Amza ajak kami berposing ala Simba dijulang atas batu. Huh? Apeni? Hihihi... 😄.
Saya pun daki batu besar ini dengan Amza. He asked me to go to the furthest edge of the rock setakat yang saya berani then suruh saya pose macam Rafiki the shaman baboon holding up Mufasa's young son Simba. But I was holding my sling bag lah... hahaha 😁😂. Then he ask my wife to take the photo 😄.
And of course lah I edit and replace the sling bag with our cat Tam Tam 😁😊.
Alhamdulillah, sampai juga kami ke Gua Niah.
Kami pun berpatah balik ke Niah National Park Entrance. Ini ketika lalu semula di Trader's Cave.
Trader's Cave.
Melalui the same titian kayu menuju ke entrance.
Rainforest inhabitant.
More rainforest dwellers.
Perbandingan saiz ulat gonggok. It's big!
Dan kami pun sampai ke Pengkalan Lobang untuk naik bot menyeberang Sungai Niah.
Thank you for reading. Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
bravo !!!
ReplyDeletewith standing ovation !!!!
kagum lah En Syed pergi mauk gua Niah ni!
Saya sendiri tak pernah terpikir sebab tau kena panjat memanjat gitu !!
eh ..
jerit je lah..
nak dengar echonya melantun jauh ke dalam!
burung-burung n kelawar tak marah laaa....
saya sokong Nenek Peira !
padan muka penduduk kampung!
memandai je bunuh cucu orang ...
macamanalah depa memanjat kan?
kuat sungguh !!
tak ada safety equipments pulak tu..
memang mati katak lah kalau jatuh
eh..
tiba-tiba ada Tamtam pulak .....
berani tak pegang ulat gonggok ?
saya tak...
Thank you... thank you... :)
Delete*me taking a bow** :):)
Saya tak berapa yakin at first, to be honest. My wife, dia dah nekad. Dia kata dia nak experience juga masa usia dan kesihatan tengah boleh lagi ni. With my wife's semangat dan maklumat dari Amza about the trails challenges, maka saya pun kuatkan diri dan semangat. Alhamdulillah.
Huisshhh.... cannot jerit-jerit dalam tu doc. Amza pun dah beritahu kami kena senyap-senyap masa jalan tu. Dia bercakap beri penerangan dalam tu pun with low voice. Pelawat2 mmg ditegah dari membuat bising kerana boleh menyebabkan gangguan pada the inbitants like kelawar dan swiflets. We were told if felt threatened from the noise, the swiflets will not come back to this cave untuk bersarang pada musim seterusnya. Mereka akan cari gua-gua lain. Ini tentulah akan menjejaskan livelihood pemungut sarang burung.
Kan. Senang2 je buat cucu orang macam tu. Mujurlah dongeng.
Yes indeed. Macam ada super human strength. I understand mereka ada skills, tapi the strength tu!
Masa di Bako National Park, our guide cerita pernah ada seorang pemungut sarang burung yg jatuh dan broke so many bones in his body that the body was transported out of the cave dalam tin besar minyak tanah. Begitulah keadaan tubuh dia sampai boleh dilintuk liuk dimasukkan dalam tin itu.
Hihi... :)
Saya ok pegang selagi dia tak gigit :).